Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, June 23, 2012

Hukum Hudud hanyalah ciptaan ahli-ahli Fiqh???




Siri penerangan umum dan pembuka minda supaya tidak ditipu lagi oleh Nik Ajis mengenai Hukum Hudud ciptaan PAS dan penyokong Anwar peliwat dan penzina tegar yang melakukan perkara-perkara yang dikutuk oleh Allah swt dan Nabi Muhamad saw dalam bilik berkunci tanpa 4 saksi saranan ahli-ahli Fiqh PAS itu.

1. Yang dikatakan 'Hukum Hudud' dengan hukuman-hukuman yang ditetapkan itu sebenarnya adalah diambil oleh agamawan-agamawan Islam dahulu kala hingga sekarang dari kitabullah Torah, Injil dan al-Quran serta hadith2.

2. Kitabullah Torah untuk pengikut Nabi Musa as (Bani Israel /Yahudi) ini wujud 1,900 tahun sebelum wahyu (al-Quran) pertama Allah swt kepada Nabi Muhamad saw (iaitu 3,240 tahun dahulu), manakala kitabullah Injil bagi pengikut Nabi Isa as pula wujud lebih kurang 600 tahun sebelum turunnya al-Quran (iaitu 2030 tahun dahulu).

3. Hukuman potong tangan terhadap kesalahan mencuri ada dinyatakan di dalam kitab suci Torah bani Israel/Yahudi, kitab suci Injil bani Nasara/Kristian dan kemudiannya dalam al-Quran.

4. Hukuman terhadap kesalahan zina (adultery/fornication) mengikut kitab Torah dan Injil adalah rejam sampai mati (stoning to death) tetapi hukuman rejam ini tidak diwahyukan oleh Allah swt dalam al-Quran. Jadi, ayat rejam ini tiada dalam al-Quran, kecuali al-Quran versi pengikut Syiah. Walau bagaimanapun hukuman rejam terhadap penzina ini tidak dipraktiskan lagi oleh Bani Israel/Yahudi dan Bani Nasara/Kristian sebelum Nabi Muhamad saw berhijrah ke Madinah lagi.

5. Agamawan-agamawan Islam tetap mahukan hukuman rejam dikenakan terhadap penzina (muhsan) dengan alasan sunnah Nabi (mengikut Hadith) kerana nabi Muhamad sendiri menjatuhkan hukuman rejam terhadap pasangan Yahudi yang berzina berlandaskan kitab Taurah mereka.

6. Hadith rujukan Nabi Muhamad menjatuhkan hukuman rejam terhadap penzina Yahudi berlandaskan kitab Torah ialah...

(a). Hadith Sahih Bukhary Volume 4, Book 56, Number 829:
Narrated 'Abdullah bin 'Umar:

The Jews came to Allah's Apostle and told him that a man and a woman from amongst them had committed illegal sexual intercourse. Allah's Apostle said to them, "What do you find in the Torah (old Testament) about the legal punishment of Ar-Rajm (stoning)?" They replied, (But) we announce their crime and lash them." Abdullah bin Salam (former Rabbi who embraced Islam) said, "You are telling a lie; Torah contains the order of Rajm." They brought and opened the Torah and one of them solaced his hand on the Verse of Rajm and read the verses preceding and following it. Abdullah bin Salam said to him, "Lift your hand." When he lifted his hand, the Verse of Rajm was written there. They said, "Muhammad has told the truth; the Torah has the Verse of Rajm. The Prophet then gave the order that both of them should be stoned to death. 'Abdullah bin 'Umar said, "I saw the man leaning over the woman to shelter her from the stones."

(b) Hadith Sahih Bukhary Volume 9, Book 93, Number 633:
Narrated Ibn 'Umar:

A Jew and Jewess were brought to the Prophet on a charge of committing an illegal sexual intercourse. The Prophet asked the Jews, "What do you (usually) do with them?" They said, "We blacken their faces and disgrace them." He said, "Bring here the Torah and recite it, if you are truthful." They (fetched it and) came and asked a one-eyed man to recite. He went on reciting till he reached a portion on which he put his hand. The Prophet said, "Lift up your hand!" He lifted his hand up and behold, there appeared the verse of Ar-Rajm (stoning of the adulterers to death). Then he said, "O Muhammad! They should be stoned to death but we conceal this Divine Law among ourselves." Then the Prophet ordered that the two sinners be stoned to death and, and they were stoned to death, and I saw the man protecting the woman from the stones. (See Hadith No. 809, Vol. 8)

7. Dalam al-Quran wujud wahyu-wahyu Allah menuntut Nabi Muhamad sendiri menjatuhkan hukuman mengikut hukuman2 yang ditetapkan dalam Torah dan Injil. Antara ayat2 itu ialah....

Ayat 44 al-Maaidah - "Sesungguhnya Kami telah menurunkan Taurat, didalamnya ada petunjuk dan nur (cahaya), sedang Nabi2 yang tunduk (kepada Allah) menghukum dengan Taurat itu, terhadap orang2 Yahudi dan (begitu pula) ulama dan ketua2 agama, sebab mereka menghafal Kitab Allah dan mereka itu menjadi saksi atas demikian itu. Sebab itu janganlah kamu takut kepada manusia dan takutlah kepadaKu dan janganlah kamu jual ayat2Ku dengan wang yang sedikit. Barang siapa yang tiada menghukum menurut yang diturunkan Allah, maka mereka itu orang2 yang kafir;

Ayat 45 al-Maaidah - "Kami telah perlukan kepada mereka dalam Taurat, bahwa sesungguhnya jiwa dibalas dengan jiwa, mata dengan mata, hidung dengan hidung, telinga dengan telinga, gigi dengan gigi dan luka ada pula qisasnya. Barang siapa bersedekah (mema’afkan) qisas itu, maka demikian itu penutup bagi dosanya. Barang siapa yang tiada menghukum menurut yang diturunkan Allah, maka mereka itu orang2 aniaya"; dan

Ayat 47 al-Maaidah - "Hendaklah ahli Injil menghukum menurut yang diturunkan Allah dalam Injil itu. Barang siapa yang tiada menghukum menurut yang diturunkan Allah, maka mereka itu orang2 fasik".

8. Hukuman Qazaf, iaitu tuduhan terhadap wanita muhsyanat (wanita yang baik) berzina tanpa dikemukakan 4 saksi haruslah disebat adalah rentetan dari tuduhan zina terhadap isteri Rasulullah yang amat muda itu, Aishah dengan Safwan bin Muatal semasa balik dari medan perang. Sila rujuk Asbabul Nuzul ayat2 dari surah an-Nur ini.

9. Di Malaysia agamawan-agamawan yang mengaku mereka Islam juga menyifatkan perbuatan zina adalah sama juga dengan perbuatan liwat. Jadi apabila seorang ahli politik yang kegemaran utamanya suka meliwat (dan berzina) didakwa meliwat oleh mangsa peliwat sendiri dalam bilik berkunci, 'agamawan-agamawan' ini juga mahukan 4 saksi yang menonton aksi liwat ini sebagai saksi. Kalau tidak dapat didatangkan 4 saksi, maka sipeliwat akan terlepas dari didakwa manakala si mangsa peliwat pula akan didakwa dan dihukum sebatan atas kesalahan Qazaf..

10. Allah swt menganugerahkan aqli untuk kita berfikir, tetapi wujud lagi manusia yang malas berfikir.

Oleh : Elly Nina Ahmed

Hukum Hudud tidak disebut dalam Al-Quran ?

1. Semenjak 2 hari ini, ruangan alam maya di Malaysia mungkin sibuk dan hangat mengenai kenyataan Tun Dr. Mahathir apabila ditanya mengenai hukum hudud.

2. Perlu ditekankan bahawa, kenyataan Tun Dr. Mahathir itu adalah untuk menjawab soalan seorang peserta seminar.

3. Terdapat dua isu utama yang disebutkan oleh Tun Dr. Mahathir iaitu, hukum hudud tidak disebut dalam Al-Quran dan pentingnya konsep keadilan dalam undang-undang islam.

4. Didalam Al-Quran, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan-kesalahan jenayah tidak ada disebut. Diulang sekali lagi, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada kesalahan jenayah tidak pernah disebut.

5. Perkataan hudud disebut dalam AL-Quran sebanyak 14 kali yang menyentuh perkara berikut :-

(a). berkenaan hubungan suami isteri di dalam bulan puasa (disebut 1 kali) - pada surah 2 ayat 187

(b). berkenaan perceraian (disebut sebanyak 8 kali) - 4 kali pada surah 2 ayat 229, 2 kali pada surah 2 ayat 230 dan 2 kali pada surah 65 ayat 1.

(c). berkenaan faraid (disebut sebanyak 1 kali) - pada surah 4 ayat 13

(d). berkenaan perkara umum (3 kali) - pada surah 4 ayat 14, surah 9 ayat 97 dan surah 9 ayat 112.

(e). berkenaan adat zihar (1 kali) - pada surah 58 ayat 4.

....semuanya berjumlah 14 kali.

6. Dalam kesemua sebutan perkataan hudud di 14 kali tersebut, tiada satupun yang merujuk kepada kesalahan jenayah (mencuri, berzina, tuduhan berzina, merompak, murtad dan ditambah dengan minum arak dan pemberontakan).

7. Inilah yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir bahawa dalam Al-Quran tidak disebut hukuman hudud terhadap jenayah-jenayah tersebut secara literal.

8. Ini sama juga dengan kenyataan Hadi Awang apabila beliau mengatakan bahawa dalam Al-Quran tidak disebut negara islam. Sudah semestinya perkataan islam banyak kali disebut, tetapi tidak ada satupun yang merujuk kepada negara islam secara literal. Tetapi konsep keseluruhan sistem perundangan dan pentadbiran menurut pandangan Al-Quran ada. Yang tiada adalah perkataan negara islam.

9. Oleh itu, ada kebenaran bahawa perkataan hukum hudud utk jenayah tertentu tidak disebut dalam Al-Quran seperti yang dinyatakan oleh Tun Dr. Mahathir.

10. Dalam isu kedua pula, Tun Dr. Mahathir menekankan betapa pentingnya keadilan dalam undang-undang islam.

11. Ini adalah benar kerana keadilan amat dituntut. Sebab itulah, Tun Dr. Mahathir mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS bukanlah undang-undang islam kerana ianya tidak adil. Undang-undang hudud PAS hanya dikenakan keatas orang islam sahaja maka disini timbul konflik keadilan dimana satu kesalahan yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza agama akan menerima hukuman yang berbeza. Ini tidak melambangkan keadilan sedangkan Islam menitikberatkan keadilan.

12. Kenyataan Tun Dr. Mahathir mengenai konsep keadilan ini adalah konsisten dengan kenyataan beliau pada tahun 1993 apabila menjawab surat Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz. Pada masa itu lagi Tun Dr. Mahathir telah membangkitkan konsep keadilan ini dan mengapa undang-undang hudud PAS tidak berketepatan dengan perinsip keadilan dalam Islam.


Oleh: CheWal ...aku menulis bukan kerna nama...

Sila rujuk juga :

1. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 1

2. Hukum Hudud - Jawapan Tun Dr Mahathir kepada cucunda Hilal Asyraf

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP