Dato’ Eskay Shazryl Abdullah adalah nama yang telah menggegarkan 1 Malaysia dan 1 Dunia. Siapa sangka individu yang low profile ini tiba-tiba menjadi perhatian semua pihak.
Saya hanya pernah melihat kelibat Dato SK beberapa kali tetapi kesempatan tanpa dijangka melalui ajakan seorang teman menyebabkan hati saya tersentuh dan teruja untuk berkongsi sedikit cerita yang diluar pengetahuan kita.
Kami yang berkunjung ke rumah beliau merupakan kumpulan pertama masyarakat setempat (Padang Terap) yang berpeluang mendengar dari individu yang sedang bertarung dengan raksaksa politikus negara,, DSAI.
Saya langsung tidak mengenali beliau, tetapi ada kisah yang signifikan melalui aturan dari Yang Maha Berkuasa menyebabkan perjalanan dan pertemuan saya dengannya menyaksikan kebesaranNYA, Yang Maha Mengetahui dan Maha Bijaksana. Subhanallah.
IBADAT HAJI & PERTEMUAN
Semasa di hadapan Kaabah dan di Raudah saya sempat untuk solat ISTIQARAH memohon petunjuk kebenaran tentang DSAI, saya memohon kehadratNYA agar diperlihatkan segala keburukan yang ada jika DSAI adalah petualang dan tidak layak memimpin negara juga berdoa untuk keselamatan negara tercinta.
Kembali ke tanahair, bermula dengan pembongkaran isu video oleh ‘Trio T’ melalui Dato SK (Nota: Beliau tidak menuduh DSAI berzina, sebaliknya hanya mengatakan “orang dalam video itu adalah DSAI dan juga dirinya), kebetulan di suatu malam hampir sebulan yang lalu, selepas solat Isyak di Masjid Muadzam Shah Kuala Nerang, saya terpandang kelibat Dato SK yang singgah bersolat di situ. saya menghampiri beliau dan bersalam sambil mengucapkan terima kasih atas tindakannya membongkar tentang DSAI. Beliau tersenyum dan menepuk bahu saya dan berlalu.
Malam jam 8.40 /13 Jun 2011, seorang rakan mempelawa saya ke rumah Dato SK, Beliau menyambut kami dengan mesra dan terus membawa kami ke tingkat terbuka di atas rumahnya dan kami solat Isyak secara berjemaah di atas bumbung rumah diimamkan oleh Hj Mat Zain.
Ruang terbuka dipuncak rumahnya yang dijadikan surau, cukup cantik dengan pandangan terbuka dikelilingi bukit dan dataran yang luas. Sesudah itu kami masuk ke dalam rumah dan berbual. Beliau masih mengingati saya dan mengulangi ungkapan semasa bertemu di masjid tempohari.
Sesi seterusnya terlalu menarik. Kami dibawa ke sebuah PC yang diletakkan di ruang tamu utamanya. Sambil duduk bersila kami khusuk mendengar cerita yang keluar dari mulut beliau. Banyak isu yang dikupas dari hati ke hati dan begitu telus. Saya dapat merasakan betapa kejujuran insan bernama Dato SK yang tidak pernah kami kenali sebelum ini. Paling mengujakan apabila beliau membuka fólder gambar menunaikan haji pada tahun lalu.
Rupanya kami berdua ada di Tanah Suci dan berkongsi berbagai pengalaman yang sangat menarik. Kisah-kisah haji beliau ketika melontar jamrah juga begitu menyentuh hati. Ketika beliau menunjukkan gambar ‘hujan lebat di Kaabah’ yang diambil dari bilik penginapan di hotel ‘Jam Besar’, saya pula menunjukkan rakaman video dari BB yang saya ambil dalam kebasahan hujan di hadapan kaabah ketika curahan air dari ‘Pancur Emas’ keluar mengalir. Subhanallah.
KISAH TENTANG DSAI DIBONGKAR
Dari PC tersebut, muncullah gambar-gambar Dato SK yang sejarah hidupnya banyak berurusan dengan Kerajaan Thailand kerana tugasnya sebagai Konsulat Diraja di negara tersebut. Kami ditunjukkan banyak gambar perjumpaan beliau dengan ketua-ketua kumpulan pejuang di Selatan Thailand. Sewaktu zaman Tun Mahathir, beliau telah diarahkan oleh Tun M untuk menjadi orang tengah di antara Kerajaan Thailand, Malaysia dan Kumpulan Pemisah bagi mencari jalan penyelesaian berbagai isu yang menjadi masalah berlarutan.
Semua akses untuk berurusan dengan kumpulan ini ada pada Dato SK. Malah melalui bukti bergambar yang kami lihat (seperti didedahkan Wikileaks) beliau memang telah mengatur beberapa siri perjumpaan kumpulan pemisah ini di Langkawi. Wikileaks membuat tuduhan tidak berasas kepada beliau tetapi sebaliknya tugas beliau adalah menjadi pengantara dan pencari jalan keamanan kepada semua pihak.
Kami juga ditunjukkan tentang ‘kehebatan’ dan ‘kepakaran’ setiap orang yang menjadi ketua kumpulan pemisah tersebut. Pertemuan dengan golongan agama dan imam-imam juga diatur di Langkawi dengan kehadiran Tun M (yang ketika itu sudah meletak jawatan) untuk membantu golongan ini.
Ketika ini air mata saya bergenang memikirkan begitu pekanya Tun Mahathir kepada saudara seagamanya di Selatan Thailand, Palestin dan lain-lain tempat walaupun beliau sudah tidak mempunyai kuasa sebagai PM. Panjang lebar Dato SK menjelaskan segala peristiwa yang berlaku dan saya melihat rupanya beliau merupakan ‘kunci utama’ kepada mana-mana pihak berurusan dengan ketua puak-puak Islam di Selatan Thailand tersebut.
Gambar-gambar DSAI sewaktu siri kunjungan ke Thailand juga terlalu mengujakan kami. Kemesraan beliau dengan Dato SK boleh jelas dilihat dalam setiap keping gambar tersebut dan cukup membuatkan kita mampu berkata “betapa pembohong sungguh DSAI” yang kononnya mengatakan tidak mengenali Dato SK.
Sebagai Konsulat Diraja Thailand, beliau bertanggungjawab membantu sesiapa sahaja yang berkunjung ke negara tersebut atas urusan rasmi. Namun dalam kes DSAI, beliau bukan sahaja berkunjung sebagai Ketua Pembangkang dan dibawa bertemu tokoh-tokoh utama di Thailand tetapi juga terlalu kerap ke negara tersebut dan diuruskan oleh Dato SK di sana. Sehingga hari ini DSAI Belum mampu menjawab 5 soalan Dato SK…Lihatlah gambar keakraban DSAI dengan Eskay yang diberikan kepada saya.
BAHAYA ANWAR
Dato SK juga sungguh-sungguh mengatakan kepada kami “U ingat tarikh ini - 12 Januari 2011, di antara jam 6 hingga 7 (waktu Thailand), di mana DSAI berada ketika di Bangkok?”
Saya menyaksikan sesuatu yang sangat-sangat dahsyat yang tidak selayaknya dilakukan oleh seorang yang mengaku dirinya Islam”. Saya pun bukannya alim sangat tetapi apa yang DSAI lakukan dalam masa sejam tersebut benar-benar membuat saya terfikir bagaimana pemimpin yang cukup menjengkelkan ini akan menjadi ketua negara?
Saya tak bermaksud untuk menjelaskan kejadian yang ‘diluar jangkauan’ ini. tetapi sejahat-jahat kita sebagai manusia mungkin ada dosa besar yang Allah SWT akan ampunkan jika kita bertaubat. Tetapi apa yang disaksikan oleh Dato SK ini adalah kejadian yang sangat berlawanan dengan fitrah DSAI sebagai seorang muslim.
Untuk pengetahuan, sepanjang kami di rumah beliau, tiada tayangan atau paparan video ditunjukkan, dan Dato SK tidak menyimpan pun salinan video setelah semuanya diserahkan kepada PDRM. Persoalan ini saya timbulkan kerana terdapat seorang dua yang ‘nakal’ mengatakan kami pasti puas kerana dapat melihat video lucah dan pergi dengan tujuan mencari ‘maksiat’. Itulah realiti sikap prasangka iblis dan syaitan yang bersarang di hati kumpulan jumud dan pencacai parti pembangkang.
Kita mungkin sengaja melupakan bagaimana Anwar ketika sebelum dipenjarakan dan sesudah bebas, mengunakan pentas ceramah untuk menghina dan mengaibkan banyak pihak, dari Tun Mahathir, Pak Lah dan Najib. Berbakul-bakul umpatan dan fitnah dilemparkan kepada orang lain kerana dendam politik akibat nafsu kuasanya diragut ketika 'nasi sudah hampir masuk ke mulut'.
Anwar lupa ketentuan Allah Yang Maha Menghendaki, semuanya itu kini berbalik kepada dirinya sendiri. Sesuai dengan Sabda Nabi SAW,'Wahai kaum, barangsiapa yang lidahnya tidak dapat menyelamatkan orang lain (daripada umpatannya), maka tidak akan masuk iman ke dalam hatinya. Sesungguhnya sifat orang muslim itu tidak mengumpat dan tidak mendedahkan aib dan keburukan sesamnya. Sesungguhnya, siapa yang mendedahkan aib saudara seIslamnya, maka Allah akan bongkarkan aibnya, WALAUPUN DILAKUKAN DI DALAM RUMAH DAN BILIK YANG TERTUTUP RAPAT'. (riwayat Abu Daud). Bukankah hadis ini ada kaitan dengan apa yang berlaku kepada Anwar.
Banyak cerita mengenai pengalaman lama, SMS, email dan bukti-bukti ditunjukkan Dato SK kepada kami pada malam itu mengambarkan betapa beliau sudah cukup bimbang jika manusia yang dikenalinya ini diangkat oleh PAS sebagai rakan sekutunya. Beliau mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan beberapa pemimpin kanan PAS. Dato SK tidak berminat dalam politik dan tidak mahu menyebelahi UMNO atau PAS.
Beliau seorang bekas konsulat yang dilihat langsung tidak memihak kepada mana-mana parti. Saya dapat melihat keikhlasan kerana beliau bukan ahli mana-mana parti politik dan sama ada UMNO mahu pun PAS. Beliau banyak membantu mereka khususnya di Padang Terap. Semua masyarakat setempat tahu sumbangan beliau di sini dan keperihatinan beliau kepada kehendak orang ramai. Apa yang dikongsi pada malam itu lebih kepada peringatan sangat penting kepada PAS supaya tidak bersekongkol dengan Anwar.
Dato Eskay terlalu bimbang imej PAS yang kian tercalar disebabkan DSAI akan menyebabkan PAS rebah. Sedangkan beliau sangat mengenali watak sebenar DSAI. Banyak perbualan saya dengan rakan-rakan PAS juga bersetuju bahawa imej PAS kian tergugat gara-gara Anwar. Mereka amat mengharapkan PAS tidak berkerjasama dengan Anwar demi menyelamatkan parti tersebut ditolak oleh orang Melayu yang semakin bimbang.
Dato Eskay amat menghormati rakan-rakan pimpinan PAS dan ingin menyelamatkan parti tersebut dari manusia yang sangat-sangat MERBAHAYA kepada keamanan di Malaysia.
Bukankah kita telah melihat bukti bagaimana DSAI mengatur gerakan refomasi dan mengajurkan tunjuk perasaan yang mendatangkan huru hara. Semua ini telah berjaya dicatur oleh beliau dan menyebabkan begitu banyak kesan yang diluar jangka. Malah hubungan beliau dengan Dato SK adalah hubungan yang ‘ada makna’ demi kerakusan kuasa untuk menggunakan segala sumber dan ‘membuka kunci’ pertemuan dengan kumpulan pemisah ini.
Mungkin anda boleh berfikir secara mendalam, apakah yang boleh dilakukan oleh manusia bernama DSAI ini jika keadaan semakin terdesak? Eskay tidak memerlukan Anwar dalam karier dan kehidupannya, tetapi Anwar sangat-sangat memerlukan Eskay demi cita-cita dan nafsu politiknya.
Tanpa dendam, tanpa sebab keuntungan, beliau terpaksa melakukan sesuatu tindakan paling berani dan berisiko terhadap keselamatan diri sendiri. Tapi bagi saya Itulah nilai diri seorang pejuang agama, bangsa dan negara yang tidak dapat dinilai dengan wang ringgit untuk kita bayar kepada keselesaan dan ketenteraman beliau.
Selama ini kita tercari-cari bukti nyata dan banyak pihak yang fanatik sering menafikan ‘kemungkaran’ DSAI. Eskay membongkarnya dengan tujuan dan niat untuk menyelamatkan negara. Beliau mempelawa penyokong PAS untuk melihat kebenaran yang selama ini mereka cari. Kita semua tahu dan melihat pendokong PAS menganjurkan SOLAT HAJAT dengan memenuhi stadium. Bagi saya sehingga mati pun, mata hati penyokong pembangkang tidak akan terbuka kerana Solat Hajat yang dilakukan adalah untuk ‘menafikan kebenaran’ dan ‘mempertahankan kebatilan mereka’. Bukankah kita dianjurkan memohon petunjuk ? melalui petunjukNYA, Allah akan memberikan yang paling baik untuk kita. Kita tidak tahu adakah apa yang kita hajati itu baik untuk kehidupan dunia dan akhirat, tetapi kita terus meminta dariNYA sedangkan hanya Allah Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk kehidupan kita.
Saya ‘melihat’ sesuatu dengan SOLAT ISTIQARAH, Allah SWT membuka jalan dan petunjuk kerana saya inginkan ‘cahaya kebenaran dariNYA’. Pintu kebenaran dibuka olehNYA dan segala kisah yang saya lalui itu adalah petunjuk dan jalan yang memang saya cari untuk mengukuhkan pendirian dengan sikap rasional dan berfikiran terbuka.
Syukur kepada Allah SWT yang telah membuka pintu-pintu kebenaran dan menerima ketentuan ini sebagai petunjuk dariNYA. Juga rasa bangga kerana dapat dipertemukan dengan insan yang sangat budiman dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara Malaysia. Tindakan paling tepat dan paling berani yang di lakukan oleh Tun Mahathir ternyata telah membantu negara terselamat buat seketika, tugas selanjutnya adalah menyingkirkan petualang ini dari arus politik perdana..Tugas ini kini terpikul sepenuhnya kepada kepimpinan PAS dan pendokongnya. SELAMATKANLAH MALAYSIA !!!!
Catatan oleh: Cr. LUKMAN MOIDIN
Anwar VS Eskay, Siapa tumbang, Siapa bimbang?
Trump’s Re-election Defines a New Era of American Politics
40 minutes ago
No comments:
Post a Comment