Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday, January 27, 2011

Suami calon PAS Tenang amik MC Private 2 hari dan sambung 19 hari lagi MC Klinik Kerajaan untuk bantu isteri kempen


Click image to enlarge
Maarof Abd Mutalib, suami calon PAS bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang, Normala Sudirman, dilaporkan mengambil cuti sakit selama 21 hari pada bulan ini.

Perkara ini didedahkan laman blog MARAHKU (marahku.blogspot.com) semalam yang turut menyiarkan salinan tiga cuti sakit yang diperoleh Maarof.

Dalam artikel bertajuk "PRK TENANG: Normala's cheating husband has been keeping secrets from her", penulis laman blog itu secara sinis mengandaikan Maarof menghidap penyakit teruk yang mengancam nyawa sehingga diberikan cuti sakit begitu panjang.

Beliau berkata, Maarof yang juga seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen di sini, kali pertama mendapat cuti sakit selama dua hari, iaitu dari 6 hingga 7 Januari lalu daripada doktor sebuah klinik swasta di sini.

Katanya, Maarof kemudian mendapat cuti sakit selama dua minggu iaitu dari 10 hingga 23 Januari lalu daripada doktor Klinik Kesihatan Bandar Putra di Segamat.

Klinik kerajaan itu sekali lagi memberikan cuti sakit kepada Maarof, kali ini selama lima hari sehingga esok, apabila beliau menemui doktor Isnin lalu.

Sementara itu, Maarof kelihatan terkejut apabila diminta mengulas laporan itu.

"No comment," jawabnya ketika ditemui selepas selesai makan tengahari dengan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, di Kampung Tenang, di sini.

Apabila sekali lagi ditanya soalan itu, Maarof berkata beliau masih tidak bersedia menjawabnya pada masa ini.

"Saya tiada komen... Perkara ini saya tidak bersedia untuk menjawabnya buat masa ini. Saya hanya mahu menumpukan serta memberi fokus untuk menyokong isteri, Normala Sudirman, berkempen dan menghadapi pilihan raya kecil ini," katanya.

Maarof sebelum ini menyatakan beliau mengambil cuti untuk menemani isteri beliau sepanjang kempen pilihan raya DUN Tenang.

Hari mengundi ialah pada Ahad ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP