Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday, July 1, 2010

Nik Aziz cabar Karpal buktikan dasar Islam Pas salah

Nik Aziz cabar Karpal buktikan dasar Islam Pas salah

KOTA BHARU 30 JUN 2010 - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat mencabar Karpal Singh supaya membuktikan konsep negara Islam acuan Pas yang dilaksanakan di Kelantan selama 20 tahun, adalah salah.

Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan berkata, kenyataan Pengerusi DAP, Karpal Singh yang menolak gagasan pembentukan konsep negara Islam Pas jika pakatan pembangkang dapat menguasai pentadbiran negara, sebagai kenyataan peribadi.

Menurutnya, Pas akan terus melaksanakan Islam yang diperjuangkan sejak sekian lama walaupun ada bangkangan beberapa pemimpin parti rakan sekutu dalam pakatan pembangkang, termasuk DAP.

“Jika terdapat suara sumbang yang lahir pemimpin parti pakatan pembangkang yang mencurigai hasrat Pas itu, ia adalah pendapat peribadi masing-masing.

"Selagi mereka (yang tidak bersetuju dengan dasar Pas itu) tidak dapat buktikan dasar Islam kami laksanakan ini salah, kami akan terus perjuangkan dasar ke arah pembentukan negara Islam," katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini, hari ini.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP