Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, December 6, 2010

Anwar dan Nik Aziz perosak persatuan Melayu Islam

Dua PRK yang telah berlalu telah membuktikan bahawa kepimpinan YAB PM kita mampu membangunkan semula keutuhan parti BN. Pakatan Rakyat yang diterajui oleh tiga parti yang berlainan idelogi dan prinsip telah gagal menambat hati rakyat.

PAS bukan lagi parti yang benar2 memperjuangkan Islam. Pemimpin2 PAS sudah sedia maklum tahu bahawa PKR dan DAP juga tidak memperjuangkan Islam, malahan DAP itu sendiri anti Islam dan anti Melayu. Persoalan nya, mengapa pemimpin2 PAS sanggup bersengkokol dengan PKR dan DAP, sedangkan parti2 itu tidak memperjuangkan Islam dan Melayu?

Sebenarnya sudah ramai penyokong2 PAS yang sedar perkara ini. Kebenaran ini telah mula terbukti dalam PRK Manik Urai di mana PAS cuma menang tipis sahaja. Kepercayaan orang melayu/Islam terhadap PAS semakin merosot. Pemimpin2 PAS sudah kehabisan modal untuk mempertahankan penyokong2 Melayu/Islam.

Kini PAS cuma berharap mendapat sokongan dari bukan Melayu terutamanya kaum Cina dan India. Malangnya, kaum bukan Melayu ini sudah mengesan kelemahan PAS. Kaum bukan Melayu ini menyokong PAS bukan kerana perjuangan PAS untuk membela Islam.

Pemimpin2 PAS ini sebenarnya 'bodoh sombong'. Mereka berfikiran bahawa DAP dan PKR itu lebih Islamik dari UMNO. Malang nya penyokong2 PAS masa kini sudah menyedari kebodohan dan kesombongan pemimpin2 PAS ini.

Budak kecil yang belum bersunat pun lebih tahu bahawa DAP itu kafir, sekafir2nya manusia. Sedangkan Melayu UMNO itu sama juga Islamnya dengan Melayu PAS. Jika orang Melayu PAS solat, orang Melayu UMNO pun solat juga. Jika orang PAS puasa, orang Melayu Islam UMNO pun puasa juga, pendek kata apa yang dilakukan oleh PAS tentang Islam UMNO pun sama begitu juga.

PAS menuduh UMNO berperangai buruk, tetapi ramai juga PAS yang berperangai buruk. PAS atau UMNO sama juga, mereka semuanya manusia biasa. Pemimpin2 PAS sudah terlalu terlena dalam mimpinya bahawa merekalah manusia yang paling beragama dan paling mulia dimuka bumi ini dan di sisi Allah swt.

Pemimpin2 PAS harus segera bangun dari mimpinya dan menyedari bahawa manusia hari ini sudah tidak boleh dipesongkan pemikirannya dengan ceramah2 dan usrah yang mengkhayalkan fikiran. Manusia hari ini berfikiran luas dan matang. Sudah kenal yang mana intan dan kaca.

PAS tidak akan mampu bertahan dengan sokongan kaum bukan Melayu kerana kebanyakan kerusi2 yang dimenangi oleh PAS adalah dari kawasan majoriti kaum Melayu/Islam. Diharapkan PRU-13 akan datang akan menamatkan riwayat PAS dan PKR. InsyaAllah.


Oleh: Amir Hakimi

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP