Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, April 30, 2011

Anwar mesti bersumpah - Mufti Perlis




Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya mendakwa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim sewajarnya membuat sumpah balas jika benar tuduhan-tuduhan yang didakwa itu fitnah semata-mata.

Ini katanya penting bagi membuktikan lelaki di dalam Video Seks yang dibongkar oleh Datuk Eskay itu bukan individu bernama Anwar Ibrahim. Beliau turut berkata sumpah muhabalah yang sewajarnya dilakukan Anwar akan turut membersihkan nama baik pemimpin-pemimpin Islam secara keseluruhan.

Semalam, Datuk Eskay ditemani oleh 2 lagi 'Datuk T' iaitu Datuk Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim telah membuat pengakuan Sumpah Laknat mendakwa identiti lelaki di dalam Video Seks yang dibongkar olehnya merupakan Anwar Ibrahim. Beliau juga bersumpah merupakan saksi yang berada di tempat kejadian.

Dalam pada itu, Laman Portal Perak Today telah mengeluarkan 2 kaping gambar di mana Anwar sedang beramah mesra dengan Datuk Eskay. Ia dikatakan bercanggah dengan kenyataan Anwar sebelum ini mengatakan belum tidak pernah mengenali Datuk Eskay.

Sumber : www.klpos.com

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP