Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, November 13, 2010

Hukum 'HUDUD' - Bahagian 5

Gambar Peringatan - "The Taliban Shari’a court in Pakistan ordered the right hands of three local tribesmen to be cut off as punishment for an alleged theft - Pakistani police from the tribal region of Orakzai, near the Afghanistan border, have confirmed the incident. After the amputations, the men were transported to a hospital for treatment. The resultant blood loss following the amputations has put the men in danger of losing their lives. Orakzai, in northwest Pakistan’s semi-autonomous tribal area, has recently been the centre for action in an anti-Taliban sweep by the Pakistan military, which is trying to eradicate Islamist extremism."
Dua Autoriti dalam Perundangan Islam

Walaupun tiada perkataan ‘hudud’ dalam Quran yang merujuk kepada jenayah-jenayah hudud yang dimaksudkan olek kaum fuqaha, konsep ‘sempadan’ yang terkandung dalam makna perkataan itu membenarkan kita menggunakan perkataan itu dengan makna undang-undang dalam ertikata yang luas dan menyeluruh.

Ketempangan konsep perundangan Islam kaum fukaha dapat dilihat dari penciptaan kaedah ta`zir, iaitu hukuman di luar apa yang mereka takrifkan sebagai hudud, yang ditentukan oleh kuasa budibicara hakim.

Mengapakah, di satu pihak, mereka membenarkan kaedah ini (yang memang dibenarkan dalam Quran), sedangkan, di pihak lain, mereka menegaskan hukuman hudud itu mutlak dan tidak boleh digunakan budibicara hakim, berdasarkan dua prinsip hukum, keadilan dan ehsan, dalam Quran?

Mari kita kembali kepada soal autoriti dalam perundangan Islam?

Mengikut ahli hukum klasik, Quran dan Hadis/Sunnah merupakan dua sumber pokok, dengan tiga sumber tambahan, iaitu Qias, Ijmak dan Ijtihad. Rumusan ini boleh diterima dengan syarat sumber Quran mengatasi serta menghakimkan sumber-sumber lain. Ini sesuai dengan ajaran Quran, seperti yang diterangkan dalam ayat-ayat al-Quran 4:59 dan 5:48 berikut:-

"Hai orang mukmin, hendaklah kamu ta`ati Allah dan hendaklah kamu ta`atai rasul dan mereka yang berkuada di antara kamu. Jika kamu berbalah tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu rujuk kepada Allah dan rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Ini lebih baik dan jalan penyelesaian yang elok" [4:59].


"Kemudian Kami wahyukan kepadamu kitab suci ini dengasn benarnya, mensahkan kitab-kitab suci dulu serta mengatasinya. Hendaklah engkau hukum mereka mengikut wahyu-wahyu Tuhan dan jangan ikut kehendak mereka, jika itu bercanggah dengan kebenaran yang telah datang kepadamu.”[5:48]

Ayat pertama di atas menerangkan dua sumber undang-undang yang perlu dipatuhi oleh orang mukmin. Pertama, undang-undang dasar yang ditentukan oleh Tuhan dan terkandung dalam Quran. Inilah makna frasa “ta`ati Allah dan ta`ati rasul”. Perkataan rasul disebut kerana rasullah yang membawa Quran itu kepada manusia.

Perhatikan perkataan ‘rasul’ yang disebut, bukan nama rasul itu. Ini membuktikan Tuhan menarik perhatian kita kepada jawatan, bukan diri, rasul itu. Kedua, undang-undang tambahan, yang boleh digubal oleh pihak yang berkuasa atau pemerintah, dengan syarat undang-undan tambahan ini tidak bercanggah dengan undang-undang dasar yang Tuhan saja berhak buat.

Nabi Muhammad bukan saja bertindak sebagai nabi dan rasul untuk menerima dan menyampaikan Quran daripada Tuhan kepada manusia; beliau juga bertindak sebagai pemerintah (ulil-amr) kepada masyarakat Arab pada waktu itu. Dalam peranan dan bidang kuasa ini, beliau menggubal Piagam Madinah yang masyhur itu untuk mentadbir negara-kota Madinah dan kemudian negara-bangsa Arab di seluruh Semenanjung Arab apabila beliau menawan Mekah pada akhir misi beliau. Oleh yang demikian, praktik beliau sebagai pemimpin (pentadbir, panglima perang, hakim) menjadi precedent atau contoh ikutan.

Ayat kedua di atas menerangkan, walaupun sudah terdapat beberapa kitab suci sebelum Quran, iaitu Taurat, Zabur, dan Injil, apabila Quran datang kepada Nabi Muhammad, Quran mensahkan apa-apa yang benar dalam kitab-kitab suci terdulu, dan, di samping itu, Quran mengatasi kitab-kitab ini. Ini bermakna apa-apa yang bercanggah dengan ajaran Quran dalam kitab-kitab ini dengan sendirinya batal.

Ini juga bermakna semua ajaran atau saranan yang bercanggah dengan ajaran Quran, baik dari mana juga datangnya, tertelok dari segi Islam. Kita akan dapati bahawa sebagian daripada ketentuan-ketentuan yang dibuat dalam fiqah tradisional bercanggah dengan ajaran Quran. Tugas berat cerdik-pandai Islam sekarang ialah membuat penilaian ini terhadap warisan ilmu perundangan Islam.

Rumusan usul-fiqh tentang sumber-sumber hukum dalam Islam boleh disimpulkan ke dalam dua autoriti hukum yang disebutkan dalam ayat 5:49 yang petikan di atas. Di bawah konsep ulil-amr atau pemerintah, kita boleh terima kaedah-kaedah Qias, Ijmak dan Ijtihad, kerana sebelum sebuah undang-undang boleh dilaksanakan, ia perlu digubal, dilulus dan dilaksanakan oleh sebuah badan yang berkuasa. Saranan-saranan ahli-ahli fikir dan perdebatan dan musyawarah kaum cerdik-pandai dan pemimpin dalam masyarakat boleh menyumbang kepada pembinaan undang-undang.

Rujuk juga:-

1. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 1
2. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 2
3. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 3
4. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 4

2 comments:

  1. Salam..saya ingin menegur sedikit pada tulisan penulis.."Ketempangan konsep perundangan Islam kaum fukaha dapat dilihat dari penciptaan kaedah ta`zir, iaitu hukuman di luar apa yang mereka takrifkan sebagai hudud, yang ditentukan oleh kuasa budibicara hakim."..penulislah yg lebih ketahui siapa kaum fukaha yg dimaksudkan penulis.sekiranya maksudnya sama pada zahir ayat..penulis telah membuat tanggapan yg salah terhadap fukaha..ini kerana ulama fekah mengeluakan hukum dan ijtihad mereka termasuk juga masalah hudud berdasarkan zaman mereka.mereka tidak tinggalkan karya mereka utk kita copy 100% utk dipraktikkan pada zaman kita.yg pastinya mereka tinggalkan karya mereka sebagai panduan utk generasi akan datang.kesilapan yg dilakukan oleh Pas ialah dlm merangka hukum hudud di kelantan mereka kelihatan seakan-akan copy paste dari kitab ulama terdahulu..akhirnya menimbulkan permasalahan dari segenap sudut.sekiranya pas memahami metod hukum hudud yg disampaikan oleh kaum fukaha terdahulu melalui karya mereka..masalah tidak timbul.sekian.

    ReplyDelete
  2. sahabat jangan letak ayat suci Allah sebelah gambar mcm tu walau untuk kebenaran plzzzz

    ReplyDelete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP