Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, July 30, 2011

Penjelasan berhubung Kapal Selam SCORPENE & Pesawat SUKHOI SU30MKM




Kementerian Pertahanan hari ini ingin memberi penjelasan berhubung kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pihak-pihak tertentu tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM dan kapal selam Scorpene oleh Angkatan Tentera Malaysia.

Kementerian Pertahanan mendapati bahawa kenyataan-kenyataan yang dibuat terutama oleh parti-parti politik tertentu mengenai perolehan kelengkapan tersebut sejak akhir-akhir ini telah menimbulkan banyak kekeliruan dan salah faham di dalam masyarakat.

Selain itu, ia juga menimbulkan persepsi negatif dan prasangka bahawa perolehan kelengkapan untuk keperluan Angkatan Tentera Malaysia telah dilaksanakan tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan, tidak telus dan membazir.

Di sini, pihak Kementerian ingin memaklumkan bahawa semua rundingan perolehan adalah dijalankan mengikut Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara oleh pegawai-pegawai kerajaan. Ia melibatkan pelbagai peringkat kelulusan termasuk Jawatankuasa Teknikal dan Jawatankuasa Rundingan Harga setelah penilaian-penilaian yang teliti dibuat demi memastikan perolehan tersebut menepati keperluan Angkatan Tentera Malaysia.

Selain itu, rujukan juga dibuat kepada pihak Jabatan Peguam Negara bagi mendapatkan kelulusan ke atas klausa-klausa kontrak tersebut. Semua terma-terma dan kelulusan untuk rundingan terus dikemukakan kepada Kementerian Kewangan dan kontrak hanya akan ditandatangani selepas kelulusan Kementerian Kewangan diperolehi.

Berhubung dengan perolehan kapal selam Scorpene, Kementerian Pertahanan ingin menegaskan bahawa dakwaan kononnya kerajaan telah membayar komisen sebanyak RM540 juta kepada Encik Abd Razak Baginda merupakan satu tuduhan yang tidak berasas sama sekali.

Kementerian juga ingin menegaskan bahawa dalam soal perolehan kapal selam Scorpene, TIDAK ADA sebarang komisen yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn. Bhd. seperti yang didakwa. Ini kerana perolehan kapal selam telah dibuat secara rundingan terus – selaras dengan tatacara perolehan kerajaan – dengan syarikat pembuat iaitu ARMARIS (Perancis) dan NAVANTIA (Sepanyol) yang telah mendapat persetujuan kerajaan masing-masing.

Sebaliknya, syarikat Perimekar Sdn. Bhd. yang didakwa menerima komisen, sebenarnya diberikan kontrak menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi untuk tempoh selama enam tahun. Nilai kontrak tersebut adalah sebanyak EURO 114.96 juta, yang dibayar secara berperingkat-peringkat mengikut kemajuan pelaksanaan projek.

Perimekar Sdn Bhd dimiliki bersama oleh Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), Boustead Holdings Berhad dan K.S.Ombak Laut Sdn. Bhd.

Skop kerja perkhidmatan sokongan adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kemudahan kediaman beserta kelengkapan untuk tim projek bagi 27 keluarga di Perancis dan Sepanyol untuk tempoh enam tahun.

2. Menyediakan pejabat urusan dan kediaman beserta kelengkapan bagi krew kapal selam TLDM seramai 156 orang untuk tempoh empat tahun di Perancis dan Sepanyol.

3. Menyediakan insurans kesihatan bagi anggota serta keluarga tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

4. Membayar elaun harian dan elaun krew kapal selam sebanyak EURO 50 sehari seorang untuk tiga tahun pertama dan EURO 60 sehari seorang untuk tiga tahun kedua.

5. Membiayai kos penerbangan pergi dan balik bagi setiap krew kapal selam untuk balik bercuti ke Malaysia pada setiap 4 bulan (tiga kali setahun).

6. Lain-lain keperluan tim projek dan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol

Perkhidmatan koordinasi pula melibatkan:

1. Bertanggungjawab memastikan penyertaan syarikat Malaysia dalam pembinaan dan membantu syarikat-syarikat Malaysia yang berpotensi untuk menyertai program off-set.

2. Membantu kontraktor utama dalam memberi maklumat tentang prosedur kerajaan berhubung perlaksanaan kontrak.

3. Menyelaras latihan krew kapal selam antara kontraktor dengan kerajaan.

4. Menyediakan laporan koordinasi setiap enam bulan.

Jumlah kontrak EURO 114.96 juta bukanlah merupakan keuntungan bersih milik syarikat Perimekar Sdn Bhd., sebaliknya jumlah ini adalah meliputi segala pembayaran kos langsung bagi skop perkhidmatan sokongan dan tanggungan ke atas kos tidak langsung bagi perkhidmatan koordinasi seperti yang ditetapkan dalam kontrak tersebut.

Kementerian Pertahanan membuat keputusan untuk melantik sebuah syarikat tempatan bagi menyediakan perkhidmatan sokongan dan koordinasi kerana kaedah tersebut dianggap lebih sesuai dan berkesan. Ia juga bagi tujuan melicinkan kerja-kerja Tim Projek membuat pemantauan ke atas pembinaan dan latihan krew kapal selam di Perancis dan Sepanyol.

Selain itu, segala perbelanjaan untuk projek kapal selam ini dapat dikawal dan dijadualkan manakala perbelanjaan di luar jangka (cost over-run) dapat dielakkan memandangkan pelaksanaan projek perolehan kapal selam memakan tempoh masa yang panjang iaitu selama enam tahun serta melibatkan bilangan anggota yang ramai.

Berdasarkan kepada keperluan tersebut, maka syarikat Perimekar Sdn. Bhd. telah dilantik untuk menyediakan perkhidmatan yang diperlukan mengikut skop kerja yang ditetapkan.

Tentang perolehan pesawat Sukhoi SU30MKM pula, Kementerian Pertahanan ingin menyatakan bahawa perolehan adalah dibuat secara rundingan terus dengan Rosoboronexport, syarikat milik negara Russia.

Rundingan terus ini adalah selari dengan dasar negara Rusia dan negara-negara lain yang mempunyai polisi bagi mengawasi penjualan peralatan ketenteraan keluaran syarikat negara masing-masing agar tidak terlepas kepada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.

Berdasarkan senario tersebut, semua kontrak-kontrak perolehan peralatan pertahanan ditandatangani oleh wakil Kementerian Pertahanan bagi pihak Kerajaan Malaysia dengan syarikat-syarikat Principal negara asing, termasuk dalam soal pembelian pesawat Sukhoi. Perolehan pesawat ini juga mematuhi Tatacara Perlaksanaan Kontrak-Kontrak Perolehan Peralatan Pertahanan Negara.

Dalam soal pembelian pesawat Sukhoi, syarikat Rosboronexport telah melantik sebuah syarikat tempatan untuk memudahkan urusan mereka di negara ini. Justeru, Kementerian ingin menegaskan bahawa sebarang urusan perniagaan antara Rosboronexport dan syarikat tempatan yang dilantik adalah merupakan urusan perniagaan biasa semata-mata dan sama sekali tidak melibatkan Kerajaan Malaysia.

Dengan penjelasan ini, maka Kementerian Pertahanan berharap agar semua pihak memahami keadaan sebenar dan tidak lagi mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang mengelirukan dan boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap Angkatan Tentera Malaysia, Kementerian Pertahanan dan Kerajaan Malaysia.

Cawangan Perhubungan Awam
Kementerian Pertahanan Malaysia
Kuala Lumpur

Friday, July 29, 2011

Ku Li akan menggantikan Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang!




Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan dipelawa oleh pihak pembangkang memegang jawatan Ketua Pembangkang sebagai persediaan jika Datuk Seri Anwar Ibrahim disabit bersalah dalam kes liwat yang dihadapinya ketika ini.

Menurut Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim, maklumat mengejutkan itu diterimanya pagi ini daripada rakan-rakannya yang masih berada di dalam Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata, pucuk pimpinan pembangkang dikatakan telah menemui Tengku Razaleigh baru-baru ini bagi membincangkan perkara tersebut memandangkan kebarangkalian Anwar disabitkan bersalah dalam kes liwatnya adalah besar.

‘‘Saya terkejut menerima maklumat ini kerana tanpa disangka-sangka mereka tawarkan jawatan ini kepada seorang pemimpin lama UMNO. Saya penuh yakin dan percaya Tengku Razaleigh tahu tentang perkara ini.

‘‘Selain menjadi Ketua Pembangkang, saya percaya ini juga sebagai persediaan pihak pembangkang untuk menghadapi Pilihan Raya Umum Ke-13 akan datang. Mereka amat memerlukan seorang pemimpin yang berkaliber bagi menggantikan Anwar,’’ katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Zahrain berkata, berdasarkan pengamatannya tindakan terbaru pihak pembangkang itu turut dikaitkan dengan keperluan kepada seorang pemimpin yang mampu meneutralkan Pas dan DAP seperti mana peranan Anwar selama ini.

‘‘Saya juga diberitahu keputusan ini telah dibuat secara kolektif antara pemimpin Pas, DAP dan PKR. Nampaknya, kriteria untuk menjadi Ketua Pembangkang mestilah dalam kalangan pemimpin yang telah lama berkhidmat di dalam UMNO.

‘‘Inilah realiti yang berlaku sekarang. Di dalam pembangkang sendiri tidak ada pemimpin yang boleh menggantikan Anwar. Jika dilantik Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sudah tentu Penasihat DAP, Lim Kit Siang tidak bersetuju dan begitu juga sebaliknya,’’ katanya.

Dalam pada itu Zahrain berharap Ketua UMNO Bahagian Gua Musang itu menolak pelawaan tersebut jika benar ia berlaku demi masa depan orang Melayu yang kini semakin berpecah.

‘‘Di saat orang Melayu yang semakin berpecah, pelantikan Tengku Razaleigh sebagai Ketua Pembangkang akan memburukkan lagi keadaan. Perpaduan orang Melayu akan bertambah parah,’’ katanya.

Zahrain berkata, pihak yang pasti gembira dengan perkembangan terbaru itu sudah tentu DAP kerana sememangnya parti berkenaan mahu melihat orang Melayu berpecah-belah.

Ketika ditanya sejauh mana kesahihan maklumat tersebut, Zahrain berkata, beliau yakin perkara tersebut berlaku dan sekiranya dakwaan itu tidak benar, Tengku Razaleigh perlu tampil menjelaskan kedudukan sebenar.

Beliau turut yakin perkembangan terbaru itu juga menunjukkan saat kehancuran PKR semakin hampir apabila parti berkenaan ketandusan pemimpin berkaliber.

Oleh: SAIFULIZAM MOHAMAD

Thursday, July 28, 2011

Revolusi Jalanan Anwar Ibrahim - Dialog Prof. Dr. Hermawan Sulistyo dengan Sanusi Junid




Dialog antara Profesor Dr. Hermawan Sulistyo (Prof. Riset) dengan Tan Sri Sanusi Junid di Restoran Hotel Inter-Continental, Jakarta pada 10 JULAI, 2011

Secara kebetulan saya berada di Jakarta kerana menghadiri majlis perkahwinan anak saudara saya pada hari demonstrasi 'bersih' di Kuala Lumpur.

Banyak tetamu yang hadir dalam majlis perkahwinan yang kendurinya diadakan sehingga petang, setelah gambar demonstrasi itu ditayangkan di kaca televisyen di Jakarta, tetapi tidak ada yang bertanya mengenai demonstrasi 'Bersih' yang tersiar dalam TV-TV di Indonesia itu.

Bagi mereka di sana pada hampir setiap minggu ada demonstrasi.

Jadi saya terpaksa bertanya pada seorang tokoh politik yang sangat mahir dengan demonstrasi di Indonesia. Beliau ialah Professor Riset, nama timangan seorang tokoh terkenal, yang sering diwawancara di dalam TV-TV di Indonesia. Beliau terkenal dengan pandangannya yang cukup berani dan tajam dalam semua wawancara yang melibatkannya.

Profesor Riset :Kecil sekali demo di Malaysia itu. Tidak ramai. Lucu juga ya, bila polisi datang mereka terus lari. Kalau di kita (maksudnya di Jakarta), melawan terus dan tidak takut polisi.
Sanusi Junid :Ada nampak muka Bapak Anwar Ibrahim dalam siaran TV?
Profesor Riset :Ada. Kenapa ya? Apa orang tidak peduli dia lagi sampai dia perlu demo? Kan dia kepala partai dan ahli Parlimen. Apa tidak cukup bicara dalam Parlimen mengenai masalah negara? Di Indonesia, dan di serata dunia, anggota Parlimen dan Senate tidak kelihatan berdemonstrasi.
Sanusi Junid :Tidak. Anwar mungkin tidak punya waktu untuk berbahas di dalam Parlimen kerana dia harus meladeni berbagai dakwaan yang dia harus lalui di mahkamah.
Profesor Riset :Dakwaan seksual?
Sanusi Junid :Ya. Mungkin juga dia mengharapkan mendapat cedera di dalam demo ini nanti sehingga rakyat bersimpati dan mengundinya di dalam pemilu (pilihanraya umum) nanti. Waktu dia dipukul oleh Kepala Polisi Malaysia, Tan Sri Rahim Noor, semasa dia ditahan kerana kes liwat dan rasuah dahulu dia mendapat banyak simpati rakyat sehingga menguntungkannya di dalam pemilu.
Profesor Riset :Saya baca mengenai itu, tetapi apa begitu politik di Malaysia?
Sanusi Junid :Dalam sejarah UMNO ada tokoh yang sangat disegani bernama Dato' Harun Idris. Beliau dahulunya menjadi Ketua Pergerakan Pemuda UMNO di Malaysia dan sekaligus menjadi Menteri Besar Selangor.
Profesor Riset :Saya juga pernah membaca mengenai kes itu; apa hubungannya dengan kes Anwar dipukul kepala polisi?
Sanusi Junid :Waktu Dato' Harun berada di dalam penjara, kerana kes rasuahnya, beliau telah mendapat kemenangan besar dalam pertandingan untuk jawatan Naib Presiden UMNO, kerana perasaan simpati ahli-ahli UMNO terhadapnya. Keadaannya sama Pak dengan kejadian-kejadian di rumah apabila ibu melaporkan kenakalan anak. Tergantung kepada cara reaksi bapanya. Jika si bapa begitu terkesan dengan laporan ibu itu sehingga si bapa memarahi atau memukul anaknya maka ibu mungkin terdiam sejenak. Tetapi jika terus dipukul maka akan timbul simpati ibu sehingga akhirnya mungkin ibu pula yang memarahi bapanya, walau pun yang melapor pada mulanya ialah ibu itu sendiri.
Profesor Riset :Apa Pak Anwar juga menagih simpati?
Sanusi Junid :Kira-kira begitu
Profesor Riset :Kenapa?
Sanusi Junid :Kerana Anwar kini ada dua kes di dalam mahkamah. Yang pertama kes liwat dengan Saiful dan yang kedua kes video seksual dengan perempuan China yang sudah disahkan oleh pengkaji terkenal di Amerika Syarikat dan Korea Selatan bahawa video itu genuine dan wataknya 99.99 % mirip Anwar. Ianya hanya menjadi 100% apabila Anwar mengaku. Kalau kes liwat itu sudah kali kedua .....
Profesor Riset :Kes pertama bagaimana?
Sanusi Junid :Kes pertama Anwar didapati bersalah meliwat Azizan supirnya, tetapi beliau didapati tidak bersalah oleh mahkamah lebih tinggi ...
Profesor Riset :Kok bisa begitu?
Sanusi Junid :Mahkamah yang lebih tinggi itu menolak kes itu kerana waktu liwat gagal dibuktikan oleh pihak pendakwa, walau pun liwat berlaku.
Profesor Riset :Bisa lepas ya jika waktunya tidak terbukti?
Sanusi Junid :Dari tiga hakim yang mengadili kes Anwar ini dua darinya lelaki dan seorang wanita. Ketiga-tiganya mendapati Anwar meliwat, cuma waktunya tidak terbukti. Ini ada tertulis dalam buku Michael Backman berjodol 'Inside Knowledge' di bawah tajuk 'Malaysia's Dark Cloud'. Hakim wanita berpendapat Anwar bersalah kerana jika seseorang itu terbukti membunuh tetapi waktu pembunuhan berlaku tidak terbukti masakan yang membunuh itu dilepaskan. Dua hakim lelaki menolak pendirian ini kerana bagi mereka ini mahkamah undang-undang dan bukan mahkamah moral.
Profesor Riset :Kok bisa begitu? (Sambil menggelengkan kepalanya)
Sanusi Junid :Anwar juga mempunyai seorang ahli hukum ketua pembelanya yang pintar. Kes Anwar biasanya memakan masa yang panjang atas alasan Anwar tidak sihat, peguam tidak sihat, hakim tidak layak, bukti tidak jelas, kalau bukti jelas cara pengambilannya tidak teratur ... dan lain-lain.
Profesor Riset :Tetapi imej Anwar di Indonesia tetap baik. Tidak ada yang menjelaskan begini. Bagaimana dengan kes video seksnya?
Sanusi Junid :Kes liwat Anwar ini membuat dia popular di Barat, khususnya di Amerika Syarikat kerana di sana masyarakatnya liberal dan 'amalan liwat itu diterima baik oleh masyarakat. Malahan sesama lelaki dan sesama wanita pun bisa bersuami isteri. Malahan cerita mengenai amalan liwat juga boleh membantu untuk melegakan pihak Barat yang sentiasa bimbang jika ada pemimpin yang mereka anggap sebagai tokoh Islam yang fanatik di dunia. Bagi mereka pemimpin Islam yang meliwat tidak mungkin menjadi seorang Muslim yang fanatik atau fundamentalis.
Profesor Riset :Kalau Barat menerima baik seseorang yang dituduh meliwat, apakah pula masalah Anwar?
Sanusi Junid :Masalahnya ialah kes Video Seksual yang sudah disahkan oleh pakar terkenal di Amerika Syarikat dan di Korea Selatan sebagai tulin dan wataknya 99.99 % mirip Anwar. Bapak kan tahu masyarakat Amerika Syarikat tersangat sensitif jika ada skandal seksual di pihak atasannya. Imej Anwar pasti terjejas di Barat dengan kes Video ini.
Profesor Riset :Ya, saya teringat kes Monica Lewinsky dengan Bill Clinton yang menggegar Amerika Syarikat, kes Presiden Bank Dunia Paul Wolforwitz, katanya kawan Bapak Anwar, dengan wanita Iran bernama Shaha Riza sehingga Paul terpaksa berhenti dari jawatannya; dan kini kes Presiden Bank Dunia lagi Dominique Strauss-Kahn dengan ..... lupa namanya.
Sanusi Junid :Masalah Anwar yang kedua ialah kekalahan-kekalahan yang dialami oleh partainya dalam pemilu-pemilu kecil di Malaysia dan kekalahan teruk partainya dalam piliharanraya Negeri Sarawak baru-baru ini.

Anwar juga menghadapi masalah kerana jika partainya kalah teruk sekali dalam pilihanraya umum nanti bukan sahaja cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia akan gagal tetapi jika partai PAS dan DAP mendapat lebih banyak kerusi dalam pilihanraya umum akan datang dan prestasi partainya mendukacitakan bukan sahaja kredibilitinya untuk terus menjadi Ketua Partai Kolusi Pakatan Rakyat tercabar malahan kekalahan begitu tidak membantu kesnya yang di dalam mahkamah sekarang. Oleh itu Anwar perlu menyediakan sebab atas kekalahannya. Makanya kumpulannya menyerang Suruhanjaya Pilihanraya atau KPU (Komisi Pemilihan Umum) di sini sebagai persiapan untuk berdemonstrasi lagi apabila kalah nanti. Kesimpulannya nanti ialah mereka kalah kerana KPU Malaysia dikatakan menyeleweng.

Mesir, Tunisia dan demonstrasi-demonstrasi di negara-negara Islam sekarang ini menjadi sumber inspirasi baginya. Itu ramalan saya.
Profesor Riset :Tidakkah Malaysia bimbang dengan imej Anwar yang baik di Indonesia?
Sanusi Junid :Banyak anggota keluarga saya di Jakarta yang bersimpati dengan Anwar kerana melihat isteri dan anaknya. Sebagai isteri Wan Azizah perlu dihormati kerana setianya kepada suami. Asal suaminya tidak menyuruhnya membuat sesuatu yang bertentangan dengan Islam Wan Azizah patut dihormati. Dia tidak perlu menyelidik peranan suaminya di belakangnya.
Profesor Riset :Apakah Malaysia tidak bimbang dengan imejnya yang dicemarkan oleh Anwar dalam omongan dan wawancaranya di media Indonesia?
Sanusi Junid :Saya tidak bimbang kerana TKI (Tenaga Kerja Indonesia) yang berjumlah hampir 2 juta, cukup ramai yang mengetahui keadaan sebenar di Malaysia. Kita harus percaya bahawa kebenaran itu akan menang akhirnya. Imej Malaysia dalam media Indonesia tidak mempengaruhi pemilu di Malaysia. Imej Indonesia dalam media di Malaysia boleh mempengaruhi pemilu di Indonesia kerana TKI juga mengundi dan mereka dipengaruhi media di Malaysia.
Profesor Riset :Bagaimana dengan pekerja Indonesia yang dianiaya oleh tuan rumah, atau majikannya, di Malaysia?
Sanusi Junid :Itu berlaku di mana saja. Di Saudi Arabia ada pekerja Indonesia yang dihukum pancung walau pun TKI di Saudi Arabia tidak seramai di Malaysia. Indonesia hanya mendengar, melihat dan membaca, melalui media, mengenai TKI diazab di Malaysia dan tidak pula mengetahui mengenai rakyat Malaysia yang diazab atau dibunuh oleh TKI.

Bukan semua orang Malaysia baik, begitu juga dengan TKI. ....bukan semuanya baik.

Seterusnya, agak susah bagi Malaysia untuk menjelaskan bahawa kebanyakana TKI yang dianiayai di Malaysia ialah oleh majikan yang bukan Melayu dan bukan Islam kerana di bawah Pancasila tidak ada perbezaan antara suku, etnik dan agama di Indonesia. Jika TKI yang beragama Islam hanya dibenarkan bekerja di rumah-rumah orang Islam mungkin jumlah tragedi yang berlaku akan berkurangan. Orang Melayu di Malaysia menganggap orang Indonesia sebagai saudara serumpun dan turut sedih apabila membaca mengenai majikan bukan Melayu menyiksa TKI.
Profesor Riset :Tidakkah pemerintah Malaysia berusaha membaiki imej buruk yang didedahkan dalam media Indonesia oleh Anwar?
Sanusi Junid :Agak susah, dan sebenarnya tidak perlu, kerana Anwar banyak kawan di Indonesia khususnya di kalangan wartawan dan pengusaha. Belia mengenal mantan tokoh-tokoh HMI (Himpunan Mahasiswa Islam) Indonesia sejak dari waktu Anwar menjadi pemimpin mahasiswa. Hubungan beliau dengan wartawan dan pengusaha terpupuk waktu beliau menjadi Menteri, Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan Wakil Perdana Menteri. Beliau memegang jawatan-jawatan ini kerana lantikan Bapak Tun Dr. Mahathir. Contohnya, ada mantan Menteri Indonesia yang dibantu oleh Bapak Anwar waktu belajar untuk S3 (PhD) di Universiti Sains Malaysia dan ada mantan Menteri Indonesia yang pernah dibantu oleh Bapak Anwar waktu beliau dalam swasta.

Anwar tidak mungkin dapat mengumpul begitu banyak kawan di kalangan wartawan dan pengusaha jika Bapak Tun Dr. Mahathir tidak memberi kesempatan untuknya memegang jawatan dalam Kabinet. Tetapi wartawan dan pengusaha yang menjadi kawan Anwar, kerana Anwar dilantik oleh Bapak Tun Dr. Mahathir, tidak menjadi kawan Tun Dr. Mahathir.
Oleh kerana ibu mertua saya sampai ke restoran, dengan kereta roda, kerana ada majlis menyambut hari lahir di restoran itu, maka saya menamatkan perbicaraan dengan menyatakan:-
Sanusi Junid :Bapa Professor, kita sambung lagi perbicaraan di lain kesempatan.
Kami bersalaman.
Profesor Riset :Terima kasih. Saya akan ke Kuala Lumpur nanti untuk mengarang buku mengenai hubungan Tan Sri dengan Indonesia.
Sanusi Junid :Saya menunggu ....... kesimpulannya, susah untuk mempersembahkan yang benar mengenai Anwar dalam media di Indonesia jika banyak wartawan dan tokoh media adalah kawannya.
Profesor Riset :Sebabnya ...?
Sanusi Junid :Kerana bangsa Melayu, termasuk yang dari rumpun Melayu, lebih menyokong kawan daripada prinsip dan kebenaran.
Profesor Riset :Terima kasih. Selamat hari jadi.
Waktu saya menghantar Professor Riset keluar restoran, beliau, sambil ketawa berlulucuan, menambah:-
Profesor Riset :Oh ada satu lagi ... kasi tahu pada Bapa Anwar jika lain kali dia mahu adakan demonstrasi undang saja dari Indonesia tenaga TKD ( Tenaga Kerja Demonstrasi ) yang perlu dibayar hanya Rp50,000-00 (lebih kurang RM18-00) sehari dan bukan RM200-00 lebih seperti di Malaaysia. TKD juga akan demo sepanjang hari dan tidak takut pada polisi.
Sanusi Junid :Menarik. Assalaamu'alaikum.
Profesor Riset :Wa'alaikumussalam.

Idea yang cukup baik.

Oleh: Sanusi Junid

Tuesday, July 26, 2011

Pengakuan Bekas Kader PAS - KENAPA KAMI TINGGALKAN PAS






Saya menulis artikel ini demi menerangkan kepada semua kenapa saya tinggalkan PAS dan menepis fitnah dan tohmahan yang dilemparkan kepada saya dan rakan saya Nashrul Fazli.

Saya menyokong PAS semenjak tahun 1996 semasa menuntut di Universiti Malaya lagi. Nashrul menyokong PAS jauh sebelum itu semenjak di sekolah lagi. Kami berdua menjadi ahli PAS seumur hidup pada tahun 1997 ketika usia kami 19 tahun. Ingin saya tekankan bahawa tidak seperti majoriti rakyat Malaysia yang menyokong atau mengenali PAS pasca pemecatan Anwar Ibrahim pada 1998, kami berdua sudahpun menjadi ahli PAS semasa PAS cumalah parti kampung dan dijauhi oleh orang Melayu kerana imejnya yang ekstremis.

Kami menyokong PAS kerana PAS mengaku Al Quran dan Sunnah sebagai perlembagaanya.

Kami masuk PAS kerana sentiasa percaya bahawa Islam itu Adil. Justeru itu, kami berdua mengikuti usrah Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) kerana merekalah proksi PAS di kampus. Kami bersungguh-sungguh mahu dikaderkan sebagai ahli PAS malah menarik ramai sahabat kami utk bersama-sama berjuang di dalam PAS.

Beberapa siri tamrin dijalankan oleh PMIUM dan kami istiqomah mengikutinya. Kemuncaknya adalah sebuah Tamrin Panjang (TAMPAN) selama 1 minggu yang telah lama kami tunggu2 kerana ia umpama graduasi bagi anak-anak usrah elit yang terpilih menjadi kader PAS. Kami tahu bahawa tamrin terakhir ini akan brutal dan telah bersiap sedia dari segi mental untuknya berbanding dengan rakan2 kami lain yg mengalami kejutan budaya. Kami redha menerimanya sebagai sebahagian dari proses pendidikan kami sebagai ahli jamaah. Namun betapa pun kami bersedia, kami tetap terkejut! Kerana apa yg kami sangka Islam yang adil, cantik dan indah sebenarnya telah bertukar wajah menjadi Islam yg zalim, ekstremis dan mendedahkan wajah PAS yg sebenar.

Panel2 yg datang memberikan ceramah kepada kami adalah bukan calang2 orangnya seperti Arwah Ustz Fadhil Noor (Bekas Presiden PAS), Hj. Abdul Hadi Awang (Presiden sekarang, pada ketika itu Timbalan Presiden), Nik Aziz Nik Mat (Menteri Besar Kelantan), Allahyarham Bunyamin Yaakob, Ustz Siddiq Noor, Ustz Azizan (MB Kedah skrg), Mat Sabu, Mahfuz Omar dan ramai lagi. Kami dilayan seperti banduan. Hak asasi kami dirampas. Kami diajar perkara2 yg salah! Mana2 ibubapa yg melihat keadaan kami pada ketika itu akan mengalirkan air mata darah. Kami dilarang tidur sepanjang kursus itu (kekadang hanya 1 jam tidur sehari saja), dilarang mandi selama 1 minggu, diberikan makanan- makanan yang cukup daif (yang paling tidak dapat kami lupakan nasi kosong tanpa lauk dan air teh tawar. Akhirnya kami tuangkan air teh itu ke dalam nasi demi memberikan rasa sedikit pada nasi kosong itu).

Kami diberikan tekanan mental (mental torture) dan brain wash setiap masa agar menyokong PAS. Kami didoktrinkan utk menyokong PAS dan jika tiba masanya utk rela mati demi PAS. Pelajaran tidak penting, yg penting hanyalah perjuangan serta kemenangan Islam (read PAS). Ketaatan yg paling utama adalah kepada Presiden PAS (Amir Jamaah) dan bukan kepada Yang Dipertuan Agong malah ibubapa sekalipun. Malah kami masih ingat dgn jelas bagaimana seorang pemimpin utama PAS sekarang (nama saya rahsiakan, contact personal kalau nak tahu) dengan jelas telah mengatakan bahawa, "Islam ditegakkan dengan dua cara, dengan pedang atau demokrasi. Perjuangan PAS pada ketika ini adalah melalui demokrasi. Jika Pas gagal, maka PAS akan mengangkat senjata! Jika sekiranya saat itu (angkat senjata) tiba, adakah tuan2 semua bersama dengan kami?" Kami yg sedang mabuk dgn candu PAS bertakbir dan kata kami akan bersama angkat senjata!

Kami ditawan serta di brain wash utk menjadi tentera2 militan PAS. Kami diajar utk wala' (taat tidak terhingga) kepada pemimpin PAS, hatta kalau ada exam hari ini dan diarahkan utk pergi berdemonstrasi oleh Amir Kampus (Presiden PMIUM/Pengerusi Jemaah Islam Kampus JIK), maka kami wajib menurut. Pada akhir sessi Tamrin tersebut, kami dipaksa berbaiah kepada pemimpin PAS dengan bersaksikan Allah, Rasul, Malaikat dan Alam Semesta dan bersumpah bahawa laknat Allah akan menimpa kami jika kami keluar dari ketaatan kpd jemaah iaitu PAS! Dalam keadaan tertawan, ramai antara kami yg terpaksa berbaiah dan akhirnya terikat dgn perjanjian bathil ini.

Semasa dalam Tamrin ini lagi, Nashrul dan saya mula tertanya2...Islam yg kami kenal adil tetapi yg kami jumpa di sini zalim. Islam itu tidak menindas, tapi kami ditindas. Islam itu agama yg aman, tetapi kami disiapkan utk menjadi militan. Kesemua ini berlaku dgn izin serta pengetahuan jelas dan sedar para pemimpin PAS! Walaupun begitu, kami tetap kekal bersama dgn PAS kerana menyangkakan inilah jemaah terbaik yg sedia ada di Malaysia. Takkan nak sokong UMNO yg takde Quran dan Sunnah dalam perlembagaanya... kami memujuk diri sendiri. Namun demikian kami jelas bahawa buat masa ini, inilah jemaah Islam terbaik. Jika ada yg lebih baik dari PAS, maka kami akan menyertainya.

Rentetan dari itu, menjadilah kami aktivis PAS di kampus. Study kami entah ke mana...kerana kami sentiasa dikerah utk melakukan gerak kerja PAS di kampus mahupun di luar kampus. Demonstrasi menjadi mainan buat kami. Mesyuarat jemaah hampir setiap malam. Ramai antara sahabat2 kami yg berbaiah gugur dan tidak graduate kerana diajar utk meletakkan aulawiyat (keutamaan) pada jemaah lebih dari pelajaran. Saya dan Nashrul bertambah tidak puas hati. Kami melakukan islah (pembaikan) dari dalam utk meyedarkan jemaah (PMIUM) tentang bahaya pelajaran kami yg terabai dek ditarbiyah dgn salah oleh PAS.

Tetapi kami masih taat kpd PAS demi Islam. Islam kah mereka ini yg mengorbankan anak2 para petani, nelayan, peneroka serta ibu bapa dari kampung yg menghantar anak mereka utk mendapat segulung ijazah, tetapi akhirnya hanya pulang ke kampung semula sebagai seorang penganggur yg berkelulusan terakhir SPM? Sedangkan Rasulullah tidak mengajar begitu. Konsep Jihad diselewengkan sebegitu jijik sekali oleh PAS.

Di kampus juga kami melihat dengan jelas betapa orang2 agama begitu korup sekali. Gerai-gerai Ekspo Konvokesyen yg strategik disapu mereka seluas2 nya untuk persatuan mereka serta persatuan-persatuan proksi PAS. Tender air batu, tong gas dimonopoli sepenuhnya oleh orang-orang yg memperjuangkan Islam ini. Malah banyak kes siswi2 yang cantik semuanya disapu oleh pimpinan kampus yg rata2nya adalah pelajar Akademi Islam. Ada kes abang senior kami yang keluar dari jemaah kerana tunangnya meninggalkan dirinya setelah dilamar oleh seorang pemimpin Jemaah Islam Kampus! Banyak lagi penyelewengan mereka yg saya tak terkata di sini. Namun ia tetap tidak menyebabkan kami keluar dari ketaatan kpd PAS.

Ramai di antara kami yang terbeban dengan gerak kerja jemaah sehingga pelajaran kami terabai termasuk diri saya yang mengulang satu tahun di Fakulti Perubatan. Ramai juga sahabat kami yang gugur tidak graduate atau jika graduate sekalipun dengan kelulusan cukup-cukup makan. Pada ketika itu saya mula menyalahkan PAS dan mendesak Nashrul sebagai sahabat baik saya 'reconsider' kedudukan kami dalam PAS. Nashrul tetap menyuruh saya kekal taat kpd jemaah. Diketika kami pelajar aliran sains gagal, pelajar aliran sastera dan Akademi Islam semua lulus dgn 1st class honours walaupun tak study kerana sistem pelajaran mereka yg lebih fleksibel dan mudah. Saya kekal menyokong PAS bersama dgn Nashrul tetapi kami sentiasa jelas, jika ada jemaah lain yg lebih baik dan syumul berbanding PAS, maka kami akan menyertainya.

Kami tetap membuat usrah tetapi naqib-naqib kami dari aliran Akademi Islam tidak faham masalah kami pelajar aliran sains. Akhirnya kami mengambil Professor Dr Mohd Zaki Abdul Muin (Timbalan Dekan Fakulti Kejuruteraan UM) utk menjadi naqib kami. Asalnya usrah ini utk pelajar kejuruteraan tetapi saya dibawa Nashrul ikut sekali. Prof Zaki adalah merupakan seorang aktivis PAS yg cukup ikhlas di dalam berjuang. Beliau seorang yang teguh berpegang kepada prinsip Islam. Orangnya bersih dari riba’ dan korupsi. Rumah dan keretanya dibeli dengan cash tanpa loan dari mana2 bank. Orangnya cukup sederhana dan warak dan menjadi contoh kepada kami agar menjadi seorang Muslim yang berjaya.

Disebabkan kemenangan PAS merampas Terengganu, dan mengekalkan kekuasaan di Kelantan pada pilihanraya 1999, dia diminta oleh PAS utk jadi Pengarah (CEO) Terengganu Advance Technical Institute (TATI), di sana beliau cuba bawa PAS yg ideal, tak korup, cuba jadikan TATI modul pembelajaran teknologi terbaik. Beliau melantik seorang bekas Pegawai Tinggi BPR (kini SPRM) sebagai Pengurus Besarnya untuk mengatasi serta menghindari masalah korupsi. Sayangnya, disangka panas sampai ke petang, tapi rupanya hujan di tengahari. Ada perselisihan di antara Prof dgn Harun Taib, Ketua Dewan Ulamak PAS dan merangkap exco pendidikan negeri.

Wang ehsan utk TATI, Prof Zaki enggan beri kepada kerajaan Terengganu sebab beliau nak beli barang-barang untuk TATI sedangkan Terengganu mahu menggunakan peruntukan wang ehsan untuk TATI itu bagi tujuan politik lain. Prof juga tak setuju mesin TATI digunakan utk print poster politik pada harga yg sgt rendah. Ada org hasut Harun Taib pecat pengurus besar ex BPR tu atas alasan kononnya dia tu SB (Special Branch Polis)! Cuba bayang, suspek saja, bukannya ada bukti. Kalau BN buat seperti itu, suspek saja kakitangan kerajaan sokong PAS, terus pecat, tidakkah ini satu kezaliman? Prof Zaki beri kata dua, kalau hendak pecat pengurus besar dia, pecat diri Prof Zaki sekali. PAS Terengganu beri notis 24 jam get lost dr TATI kepada Prof. Prof tidak dipanggil bicara pun. Anwar kena pecat kurang-kurang Tun Dr. Tun Dr. Mahathir panggil, bagi peluang bela diri.

Prof tinggalkan puncak kerjayanya di UM. Kalau beliau tinggal di UM, sudah tentu jadi dekan Fak. Kejuruteraan UM, diangkat jadi Majlis Tertinggi Universiti dan ada peluang jadi Naib Canselor UM. Tapi demi Islam, Prof tinggalkan UM dan pergi ke institusi lubuk macam TATI dan ditendang keluar seperti anjing kurap. Langsung tak fikir tentang sumbangannya selama ini untuk PAS. Langsung tidak difikirkan kebajikan Prof, anak2 serta isterinya. Macam ni ke Parti Islam? Jauh lagi korup dan zalim dari UMNO!

Kami beramai2 marah teramat kepada PAS. Nashrul dan saya malah bertekad kami hanya akan aktif semula dalam PAS setelah Hadi Awang dan Harun Taib mampus. Kami marah sangat dengan PAS. Tetapi Prof Zaki kata pada kami, jangan keluar dari ketaatan kepada jemaah. Kami dengan itu kekal taat dan sokong PAS demi Islam.

Akhirnya sahabat saya Nashrul sambung belajar di UK. Semasa di sana Nashrul rajin bersolat di masjid. Disitulah dia mengenali pelbagai jemaah. Saya pada ketika itu, berada pada tahun ke 4 dan final year perubatan. Maka Nashrul berjumpa dengan pelajar2 Arab dan Pakistan. Nashrul berdebat dengan mereka utk defend jemaah2 haraki seperti Ikwanul Muslimin dan PAS. Semua hujah2 PAS diberikan tetapi semuanya patah sebelah tangan sahaja dengan hadith2 sahih Rasulullah yg tak pernah kami diajar atau didedahkan. Nashrul akhirnya akur dan mengaku kalah setelah TIDAK ADA HUJAH MENGHALALKAN MENJATUHKAN PEMERINTAH YG ISLAM WALAUPUN MEREKA ZALIM, MAKSIAT, TIDAK BERHUKUM DENGAN HUKUM HUDUD ATAU MENGAMALKAN DEMOKRASI DAN BUKAN SYURA SELAGI MEREKA BERSOLAT. Nashrul ditunjukkan hadith2 sahih dari kitab-kitab hadith yang asal. Semua hadith bab pemerintahan dalam sahih Muslim dibaca satu persatu, tetapi tidak ada satu nas pun yg membenarkan menjatuhkan pemerintah.

Nashrul menghubungi saya dan memaklumkan apa yg dia jumpa kini. Saya pada asalnya pun skeptic....tetapi inilah yg kami cari. Satu manhaj yg mengikut full sunnah Rasulullah. Kami pun masuk berdebat dengan ramai ustaz-ustaz PAS sejak hampir 5 tahun dahulu. Kami bentangkan segala hadith2 yg kami temui dan minta mereka hurai kenapa PAS tak ikut...jawapan2 mereka seperti jawapan Tun Dr. Mahathir yg kata Nabi simpan janggut kerana takde pisau gillete, kalau laksana hudud semua orang akan kudung etc!!! Mereka tolak puluhan hadith2 ini sebagai tidak relevan dengan zaman sekarang!!! Pandangan ‘ulamak’ seperti Nik Aziz diletakkan lebih tinggi dari Hadith Nabi SAW!!!! Kami tidak dapat menerima kesesatan ini. Bagi kami Allah dan Rasul yang teratas.

Rasullulah sudah tinggalkan kita dua perkara yg kita tidak akan sesat selamanya iaitu Quran dan Sunnah. Pendapat para sahabat, tabiin malah ulamak-ulamak selepas padanya adalah rendah tarafnya berbanding Hadith Nabi SAW yg tidak boleh dipertikaikan. Pendapat ulamak mestilah ke arah menyokong dan membenarkan hadith Rasulullah. Mana-mana ulamak yg meletakkan pendapatnya lebih tinggi daripada Hadith Rasulullah adalah sesat. Mengatakan bahawa hadith2 Nabi hanya terpakai utk Daulah Islamiyah seperti ustaz2 PAS ini adalah merupakan penipuan terhadap Rasulullah. Mereka (PAS) mengiktiraf bahawa system khalifah / daulah Islamiyah adalah berterusan bermula dari Khulafah Al Rasyidin, seterusnya Bani Umayyah, Bani Abbasiyah dan berakhir dengan Bani Uthmaniyah Turki.

Sebenarnya, hanya 4 khalifah pertama sahaja yang benar2 naik jawatan melalui sitem syura. Pemberontakan pertama terhadap khalifah berlaku pada zaman Saidina Uthman digerakkan oleh Munafik Abdullah bin Saba. Setelah umat Islam melakukan pembunuhan pada Saidina Uthman, maka lahirlah puak khawarij, Syiah dan zaman fitnah hingga ke hari ini. Maka setiap pelanggaran sabdaan Rasulullah akan menjauhkan kita lagi dari Sunnah. Setelah Saidina Ali, Saidina Muawiyah naik dgn Majlis Tahkim, dan setelah itu sistem monarki bermula di mana Muawiyah melantik Yazid anaknya sebagai khalifah.

Tetapi para ulamak yg hidup pada zaman tersebut tetap megiktiraf Yazid dan keturunannya sebagai pemerintah yg mesti diberikan ketaatan bersesuaian dgn hadith Rasulullah walau sezalim mana mereka sekalipun. Malah Hajjaj bin Yusuf At Tsaqafi, seorang gabenor telah menyerang Kaabah dan mengebom sebahagian Kaabah dgn manjanik serta membunuh Abdullah bin Zubayr ra dgn begitu kejam. Bom kaabah ni dah kira macam Abrahah ni. Tetapi Tabiin Agung seperti Hassan Al Basri tetap katakan wajib taat kepada Hajjaj. Imam Syafii malah mengatakan sah bersembahyang berimamkan Hajjaj yg zalim ini.

Begitu juga dengan Imam Ahmad bin Hambal yang berhadapan dengan Khalifah Bani Abbasiyah yang terpengaruh dengan fahaman muktazilah, Khalifah Al Ma'mun, yang mengatakan Quran itu adalah makhluk! Imam Ahmad telah berfatwa kufur orang yg mengatakan Quran itu makhluk. Kerana itu, Imam Ahmad disebat dan dipenjarakan. Apabila para murid Imam Ahmad berjumpa utk meminta izin menjatuhkan Khalifah Al Ma'mun, telah dilarang keras oleh Imam Ahmad kerana faham dengan sabdaan Nabi SAW yang meletakkan kesatuan ummat paling utama. Begitu juga dengan para khalifah Islam yg begitu ramai yg kaki perempuan, kaki khamar etc.. tetap diiktiraf sebagai pemerintah Islam oleh PAS...sangat aneh.

Jatuh menjatuh oleh rakyat ini berterusan dan setiap kali berlaku, digantikan oleh pemimpin yg lebih zalim, lebih lemah, dan lebih menjauhi sunnah. Hingga akhirnya Kerajaan Turki Uthmaniyah buang syura dan ambil parlimen! Hapuskan serban dan diganti tarbus.. Tetapi mereka kekal diiktiraf daulah islamiyah...sangat pelik.

Natijahnya, sistem Islam terhapus sama sekali dan kita mengamalkan demokrasi kini. Jika kita tidak juga kembali kepada sunnah dan berterusan mahu menjatuhkan pemerintah yang Islam, tidak mustahil negara kita akan diperintah oleh orang kafir. Singapura sudah cukup sebagai contoh, kita dapat lihat orang Melayu yg sokong PAP Lee Kuan Yew kerana marah kepada UMNO menyesal tak berkesudahan kerana menjadi warga kelas kedua di negara sendiri. Lihat saja Iraq, penyingkiran Saddam Hussin tidak membawa keamanan langsung buat negara malah saban hari berlaku tembak menembak dan kekacauan. Sahabat saya dari Iraq yg sambung belajar dengan saya berkata, orang Iraq menyesal menggulingkan Saddam. Ada juga orang yang menjadikan Indonesia sebagai contoh dengan mengatakan penggulingan Suharto telah menyebabkan ekonomi Indonesia berada pada tahap tertinggi kini.

Neraca ekonomi sahajakah yang kita pakai? Tidak nampakkah bala bencana seperti Tsunami, Banjir, Gempa Bumi, Letusan Gunung Berapi serta banyak lagi bencana alam yang meragut ratusan ribu nyawa? Ini semua adalah kemurkaan Allah. Jatuhnya Suharto menyebabkan merdekanya Timor Leste dan menjadi kerajaan Kristian pertama di Nusantara. Pluralisme agama tumbuh subur di sana. Adakah Islam diletakkan tertinggi? Pancasila masih didokong tertinggi walaupun Suharto dijatuhkan sudah 14 tahun lamanya. Janganlah kita tuli dalam menilai. Inilah harga yg dibayar utk perjuangan khawarij menjatuhkan pemimpin.

Sebaliknya jika kita bersabar, bertaubat bersungguh2 serta beribadat, nescaya Allah akan gantikan dengan pemimpin yg lebih baik, negara yang lebih aman dan makmur serta pentadbiran yg lebih mendekati sunnah.

Al-Hassan al-Bashri rahimahullah berkata: "Ketahuilah mudah-mudahan Allah mengampuni Anda bahawa kejahatan para pemimpin itu merupakan salah satu bentuk murka Allah Ta'ala. Murka Allah itu tidak dapat dihadapi dengan pedang, tetapi dapat dicegah dan ditolak dengan doa, taubat, kembali ke jalan Allah, dan menjauhkan diri dari segala dosa. Sesungguhnya jika murka Allah dihadapi dengan pedang, murka tersebut akan menjadi lebih parah." [Al-Wajiiz fii 'Aqiidatis Salafish Shaalih, hal. 190]

Maka kami berpegang kepada sunnah dengan menyokong pemerintah Muslim yg ada sekarang yg kebetulannya adalah UMNO. Kerajaan kita tidak lah seburuk mana, kuasa politik dipegang oleh umat Islam, rakyat Islam diberikan keistimewaan ekonomi, peluang belajar yg luas, umat Islam bebas beribadah tanpa perlu rasa takut dan curiga kepada orang kafir, sistem keselamatan dan pertahanan yg rata2 nya dikuasai oleh orang Islam...banyak lagi. Jika PAS memerintah, maka segala ketaatan kami secara hukumnya adalah kepada PAS. Ini kehendak ugama. Tetapi melihat kezaliman mereka selama ini serta korupsi mereka sedangkan belumpun benar2 berkuasa, maka sebelum mereka menjadi pemerintah , maka PAS akan kami tentang bersungguh2 sebelum nasi menjadi bubur.

Menyokong PAS adalah haram kerana PAS adalah tidak syarie yang mana tidak ada nas Quran atau Hadith yg membenarkan perjuangan PAS utk menjatuhkan pemimpin yg sedia ada. Perlembagaan PAS sendiri (yakni Quran dan Hadith) mengharamkan kewujudan PAS. PAS wajib ditolak kerana perjuangan mereka adalah perjuangan khawarij. Utk kami, kami sangat jelas akan perkara ini kerana kami mendengar dengan jelas bahawa PAS akan mengangkat senjata jika gagal di dalam demokrasi sepertimana FIS di Algeria dan Ikhwanul Muslimin di Mesir.

Hujah kami ini bukanlah hujah UMNO kerana UMNO tidak tahupun akan hujah ini, malah menekan ulamak-ulamak salaf di Malaysia seperti Ustaz Rasul Dahri dengan mengharamkan buku2 karangan beliau yg menolak bidaah seperti doa nisfu syaaban, tahlil, bacaan Yaasin pada malam Jumaat etc. Walaupun menerima tekanan dari pemerintah, ulamak2 salaf tetap taat kepada pemerintah kerana inilah yg betepatan dgn sunnah. Inilah pendapat para ulamak salafusoleh seperti Imam Malik, Imam Syafie, Imam Ahmad, Hassan Al Basri, Sheikhul Islam Ibn Taimiyyah serta para ulamak salaf sepanjang zaman.

Kami tenang dan aman dengan manhaj yg kami ikuti ini. Kami berjuang kini utk meyedarkan semula sahabat2 kami yg telah terpesong dari jalan sunnah dengan menyokong PAS sejak dari zaman kampus. Suka saya dan Nashrul seandainya sahabat-sahabat juga meninggalkan PAS dan bersama2 dengan kami mendokong ajaran Rasulullah.

Oleh : Rahman Kadir

Sumber: Anak Seberang

Sunday, July 24, 2011

BERSIH 2.0 - Yang tersurat dan yang tersirat Anwar Ibrahim


Pada minggu lepas penulis amat tertarik dengan dua artikel tulisan anak muda, satu di The Edge mempersoalkan tentang apa salahnya rakyat hendak berhimpun dan kenapa perlu takut pada komunis. Satu lagi artikel tentang hak rakyat untuk berhimpun, dibenarkan undang-undang negara dan beliau yang kebetulan lahir di negeri yang tidak beraja mempersoalkan tentang peranan Yang di-Pertuan Agong yang dianggap mencampuri urusan politik.

Kedua-dua pemuda ini tak dapat dinafikan memang cerdik, cuma kurang pandai membaca yang tersirat.

Kali pertama penulis ikut berdemonstrasi pada tahun 1973 di hadapan Bangunan AIA , di Kedutaan Amerika Jalan Ampang sempena lawatan Thanom Kittikarchorn. Pertama kali juga penulis dengar pidato Anwar dengan perkataan "imperialis," "Yahudi" disorak oleh pelajar-pelajar berambut panjang termasuk Hishamudin Rais, Kamaruzaman Yaakub, tak ketinggalan Mat Sabu, wakil Persatuan Siswa Utara.

Beberapa bulan selepas itu, kami dikerah lagi untuk demonstrasi kelaparan di Baling. Selang beberapa bulan selepas Demonstrasi Baling, sekali lagi kami dipaksa berarak ke Parlimen menuntut taraf Institut Teknologi Mara (ITM) ke taraf universiti yang disertai majoriti penuntut ITM.

Yang jelas, selepas 38 tahun orang yang sama kembali ke jalan raya, tunjuk perasaan - Anwar Ibrahim, Hishamudin Rais, Mat Sabu, Syed Husin Ali, Malik Husin dan beberapa muka lama yang nampak masih belum berubah dengan hobi lama mereka. Sebahagian besar mereka ini pun tidaklah 'bersih' sangat.

Kalaulah orang Pas ingat apa yang telah dikhianati oleh orang berkenaan pada pilihan raya 1982 setelah beria-ia berpakat dengan Pas dan CCC kemudian lari meninggalkan pakatan tersebut setelah nampak yang mereka akan kalah teruk, tak mungkin mereka boleh bersekongkol dengan beliau.

Namun bila matlamat sudah menghalalkan cara dan agama dijadikan barang dagangan, halal dan haram sudah tidak menjadi persoalan. Tambahan pula Pas sekarang dikuasai oleh golongan yang dikatakan profesional.

Anehnya beberapa pemimpin - ulama bukan, profesional pun bukan yang terpilih menerajui parti yang bercita besar menjadi alternatif, lupa bahawa mereka hanya bertanding 65 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen.

Sememangnya berhimpun dan berarak untuk kebaikan tidak ada salah. Malah semasa 16 tahun dalam kerajaan pun Anwar sering berarak semasa Maulidur Rasul, bersalawat, pasti pahala yang melimpah ruah hinggakan dalam masa singkat mampu naik hingga menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Semasa berkuasa, Anwar begitu rapat dengan ramai lagi tauke besar. Penulis masih ingat semasa orang tersebut berkunjung ke Gerik merasmikan Persidangan Pemuda Bahagian tahun 1985, dia datang dengan helikopter Genting Highland, bukti betapa rapatnya hubungan pemimpin Islam itu dengan tauke-tauke besar.

Mungkin juga Anwar terlalu sibuk dengan politik hendak menjatuhkan Tun Ghafar Baba dan Dr. Mahathir Mohamad di samping menjaga kuncu-kuncunya yang terlibat dengan pelbagai bisnes, mungkin wakil-wakil rakyat pembangkang terlupa tentang bos mereka pernah terlibat meluluskan IPP. Sekarang melalak di Parlimen, menyalahkan orang lain.

Begitu juga dengan projek-projek penswastaan yang lain termasuk hingga terlupa tentang Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Sewajibnya sebagai orang nombor dua dalam kerajaan, Anwar atas sikap keperihatinannya sebagai pejuang kebebasan, dengan kuasa yang ada mampu memperbaiki sistem pilihan raya ke taraf yang paling baik seperti yang beliau perjuangkan sekarang, tapi dia lebih banyak berpolitik daripada bekerja.

Berdasarkan rekod, tak nampak cacat cela sistem pilihan raya yang ada. Sistem inilah yang memenangkan Dato' Onn Jaafar bertanding sebagai calon Parti Negara di Kuala Terengganu Selatan pada tahun 1959, memenangkan Khadijah Sidek sebagai calon Pas di Dungun di mana kemudiannya Pas haramkan calon wanita bertanding.

Sistem yang sama yang telah mengekalkan keluarga Anwar di Permatang Pauh bermula dari ayahnya, Ibrahim Abdul Rahman yang memenangi kerusi Seberang Tengah pada tahun 1959 dan 1964 kemudiannya dimenangi oleh Mustafa Husin atas Parti Gerakan pada tahun 1969, Ariffin Daud (BN ) tahun 1974 dan Haji Zabidi Ali (Pas) tahun 1978.

Bermula dari 1982 selepas Anwar melompat masuk UMNO, Permatang Pauh sekali lagi dikuasai oleh keluarga Anwar dan isterinya Wan Azizah. Sistem yang sama juga telah memenangkan V. David sebagai calon Bebas di Bangsar, Yeo Tat Beng di Bruas pada tahun 1959, begitu juga Quek Kai Dong di Seremban Barat dan Chin See Yin di Seremban Timur juga sebagai calon Bebas.

Sistem SPR yang sama jugalah Nik Aziz dan Lim Kit Siang sudah 42 tahun menjadi wakil rakyat walau pun tak ada apa sangat yang dibuat selain mengkritik dan mencari kesalahan orang.

Sistem yang sama juga membolehkan keluarga Karpal Singh dan keluarga Kit Siang mampu menang dan menjadi wakil rakyat. Malah Dr. Mahathir pernah kalah kepada Yusuf Rawa di Kota Setar Selatan pada tahun 1969 juga atas sistem sama yang kini dipertikaikan.

Pilihan raya bergantung kepada faktor 'persepsi dan populariti.' Pada pilihan raya 1990, Angkatan Perpaduan Ummah menang hampir 90 peratus di Kelantan kerana rakyat ketika itu yakin dengan kombinasi Pas dan S46, samalah pada tahun 1999 Pas hampir menang semua di Terengganu kerana rakyat negeri itu mahu merasa duduk di bawah kerajaan Islam.

Tetapi persepsi rakyat bahawa Pas terlalu rakus, merampas tanah, menutup tadika akhirnya tahun 2004 Pas pula yang bungkus. Jelas rakyat lebih cerdik dan rakyatlah yang membuat keputusan siapa yang mereka suka.

Sebenarnya tidak ada apa yang kurang dengan sistem yang ada jika dibanding dengan sistem pilihan raya di Amerika Syarikat apabila kemenangan George W Bush di Florida semasa menentang Al Gore terus dipertikaikan.

Apa yang tersirat sebenarnya bukanlah soal pilihan raya yang tidak adil atau tidak, sebaliknya kumpulan ini cuba bersiap sedia untuk menjadikan SPR sebagai kambing hitam sekiranya mereka kalah teruk dalam PRU 13 akan datang dan ini adalah ekoran kekalahan dalam beberapa pilihan raya kecil yang lalu termasuk pilihan raya Negeri Sarawak.

Persepsi pengundi juga nampaknya memihak kepada BN ekoran pendekatan Datuk Seri Najib Tun Razak yang sering mendekati rakyat serta kejayaan program NKRA dari segi membendung jenayah, membenteras rasuah, mempertingkatkan taraf kehidupan isi rumah berpendapatan rendah dengan program Kedai 1Malaysia, Klinik 1Malaysia, mempertingkatkan pencapaian pendidikan, mempertingkatkan infrastruktur luar bandar serta memperbaiki pengangkutan awam bandar.

Program-program seperti Rumah Pertamaku, penubuhan Parlimen Belia serta Himpunan Sejuta Belia membuktikan golongan muda menerima program transformasi kerajaan dan inilah yang sebenarnya menjadikan pembangkang menggelabah.

Jadi sebelum kalah di padang atas kelemahan mereka sendiri, pengadillah yang menjadi sasaran walaupun mereka sedar pasukan mereka sememangnya lemah dan tidak punya semangat berpasukan.

Apa yang lebih menakutkan, kalau dilihat dari apa yang berlaku di Algeria, Mesir, Yemen, Syria dan beberapa negara Arab yang lain punya kaitan rapat dengan apa yang ingin dilakukan di Malaysia.

Dalam satu Forum "US and Muslim World" di Doha pada Mac 2009, Anwar duduk semeja dengan Madeline Albright. Dalam ucapannya, Anwar bukan saja memuji melambung-lambung Presiden Barack Obama tetapi menggesa rakyat di Asia Barat bangkit menentang kezaliman dan menggesa Obama supaya menumpu usaha mempercepatkan proses demokrasi di Asia Barat dan di Asia Tenggara khususnya di Malaysia dan secara sukarela menawarkan diri untuk melaksanakan proses tersebut.

Mungkin juga ini hanyalah secara kebetulan tapi kalau dilihat dari rangkaian mereka ini, kita patut berfikir dua kali kaitan puak-puak ini.

Yang ditakuti bukanlah Pengerusi Bersih 2.0 S.Ambiga, tetapi siapa di belakang Ambiga dan Bersih?

Oleh ROSLAN LATIF
PENULIS ialah Presiden Alumni Melayu Amerika Utara (ALMA)

Saturday, July 9, 2011

MP Kota Belud menjawab andaian blogger PAS Tulang Besi Mengenai Pengundi Hantu Di Permatang Pauh !!!


Yesterday, some of my Twitter friends pointed me to an article written by a person named Tulang Besi in the Malaysia Waves website. Here is my response to it.

Dear Mr Tulang Besi,

Thank you for your rebuttals to my original article. Your full version of rebuttal can be found here. And my original article can be found here.

If you don't mind allow me to respond to your main points so that our readers can be better informed of the issue in hand ie allegations that the Election Comission (EC) manipulates election and that is not competent to do its job.

1. The problem is these dead people seem to rise up from the grave and voted. And despite party representatives reporting these people as being dead, the EC still refuse to remove them from the list.

I can confidently and categorically say that the EC will remove the name of the dead from the electoral roll if an official certificate of death is presented to them. No question about it. You can bring them to court and I GUARANTEE YOU WILL WIN YOUR CASE.

But if the reporting by your party representative was done verbally or by presenting only Certificate of Burial from the police or by bringing a relative of the dead to vouch for the death, I am sorry, EC won't entertain you.

The EC needs official proof. Provide them with the official death certificate issued by the Registration Department. Even Certificate of Burial from the police is not enough since the EC regulation clearly states that ONLY death certificate issued by Registration Department is acceptable to EC. If you can't provide that, then yes, I am afraid you are right. The "dead" will rise from the grave and vote. And you know what? It's legal.

2. Why has EC refused to take action when the evidence is so glaring. For instance, the house below has 60 registered voter in it. What’s stopping EC from cleaning this part of the roll? (more information on the 60 voters in one address example can be read here: http://www.malaysiawaves.com/2011/07/bersih-20-60-pengundi-dalam-1-rumah.html)

Mr Tulang Besi,

Have you been to a kampung setting? Do you know how many kampung folks use single address to deal with the government? Do you know that most squatters (who live on illegal structures) use legal (meaning not a squatter) house belonging to other people as their official address? And do you know that in a kampung setting, when a son gets married and builds his house within the big compounds of his father's house, chances are he, his wife and children will still use his father's house as official address? Can SPR remove their names form the electoral roll and deny them their rights to vote just because they use the same address? Absolutely not! It's not even constitutionally allowed!

Here is a true personal story for you. My late father was a YB in the 70s. He was born and lived in a poor village call Kampung Serusup. Being a YB, he was the first person in my kampung to have a mail box number at the Post Office. Those days (and this still apply to certain kampungs even today), most kampung houses in Sabah were not numbered and because of that postmen couldn't deliver letters to their houses.

The villagers had to go to the Post Office personally to collect their letters from the mail boxes assigned to them. One day instead of his usual self, my late father asked me to collect the mails. I was quite shocked to find that our family's mailbox was full of letters for people I did not know at all. I ran back to my father and told him of my shocking discovery. He smiled at me and said, "It's okay, these are the poor people without proper addresses in our kampung whom I allowed to use our mail box to correpondance with the government".

Can we be a bit conspiratorial, Mr Tulang Besi?

Is Kampung Bagan Serai in Permatang Pauh parliamentary seat? Yes.

Did the 60 people register during Dato Seri Anwar Ibrahim's tenure as Deputy Prime Minister and Finance Minster? Possible.

Is it plausible Anwar was trying to fatten his vote bank then to ensure he won in Permatang Pauh considering he had a lot of enemies within and outside UMNO who tried to do him in? Plausible.

Now consider the issue which made YB Azmin Ali screaming from the top of his lung a couple of weeks ago. He was incessantly attacking the EC for allowing 11 people to register as voters using his mother's house. Without missing a beat, he spun the theory of UMNO-BN-Najib-SPR-Police evil axis to the hilt!

Upon checking, the EC found out that out of the 11 names, 5 were Azmin's own family members namely, Azmin himself, his wife, his mother, his sister Ummi Hafilda and his brother Mohd Azwan Ali. The other 6 were made of Chinese (5 people) and a Malay. But that's not the interesting part. EC also revealed that the 6 names were registered between 1990-1993 when Anwar and Azmin were the darlings of everyone, occupying the minister office including that of the Deputy Prime Minister's.

One wonders why a party accused of being anti-chinese and a racist, planted chinese votes in a Malay area like Azmin's mother's Kg Kelang Gate Baharu to undermine Pakatan Rakyat? Logically "an anti-chinese and racist UMNO" will not get chinese support. It should have planted Malay voters instead! Now you know why Azmin has been deafeningly silent about the issue since the EC made this revelation!

Actually Mr Tulang Besi, the more pertinent issue is, did the 60 persons voted twice? If they did, please let the whole world know.

3. ARD argues for the current practice of postal voting. Maybe ARD would care to comment on the article below related to Postal Voting

Mr Tulang Besi,

Although I sometimes find Harakah is written for the sole purpose of getting maximum political mileage, like the side story on arsenic poisining in the article above, I nevertheless thank you for highlighting the main headline.

I notice the date of the publication was 20th September 1999. Precisely because of this kind of allegations back then that the EC had decided to make immediate changes to the postal vote procedures involving the military and the police. Now, postal vote voting procedure is similar to normal vote system. Military and police personnel vote in private booths, while the entire voting procedures are watched by representatives of the candidates. Now, no one can claim he votes for someone else anymore.

4. Turkey had just concluded their election recently. Yet, all their army personnel votes in voting centres open to supervision by parties contesting. Unlike Malaysia, Turkey actually has problems with Kurdish armed insurgency. Yet, they can get their servicemen and women to vote in polling centres without having them to abandon their posts.

Mr Tulang Besi,

I hope you dont mind if I say it one more time. This time in bold capital letters complete with quotation and three exclamation marks in an exclusive paragraph of its own, to emphasize it just incase you forget again.

"ALL POSTAL VOTING ARE MONITORED PERSONALLY BY PARTY REPRESENTATIVES WHO ARE PHYSICALLY PRESENT AT THE POLLING CENTRES!!!".

I can understand if you can't and don't want to trust the EC since you say it's evil, but not trusting your own party representatives? Adoi!

Since I don't have the time to verify, I presume you meant Turkey servicemen and women voted in polling centres set up outside their military compunds. Well, we are better than them actually. Our Malaysian servicemen and women voted, under the watchful hawkish eyes of each party representatives, in polling centres set up within their compounds! So, they can vote independently, in private booths, while still be able to man their posts! Isnt't that wonderful? Perhaps that's why, compared to Turkey, insurgents don't want to mess with Malaysian military! We are ever ready!

5. Indelible ink: My question to ARD is that why has this problem NEVER BEING FACED by countries already practicing usage of indelible ink. Has ARD shut his eyes to the fact that indelible ink is being practiced in many countries all over the world including our neighbour, Indonesia. Indonesia has more than 200 million electorates, yet, they don’t face the hypothetical problem that ARD has highlighted above. As such, the hypothetical problem being cited by ARD is no more than a lame excuse made up by the EC.

Mr Tulang Besi,

Did you notice that the countries you quoted using indelible ink are those which have huge population and a big proportion of them do not have official indentification? India, Indonesia, Afghanistan etc. Their election identification and verification system is so outdated that they need indelible ink to identify, verify and mark voters who have voted. Go read blogger OutSyed The Box's interesting take on this issue. And who said they dont have problems with their indelible ink system? Google the stories and you will find many disputes, frauds and illegal tempering. In short, the indelible ink system is not fool-proof either.

Mr Tulang Besi, in your attempt to vilify the EC and the government, you conveniently forgot that in Malaysia we have a law named Elections Act 1958. I dont know about Afghanistan, India or Indonesia, but here in Malaysia, the Election Act clearly DOES NOT PROVIDE POWER to the EC to compel all voters to have their fingers inked. In other words, if someone has voted but refuses to have his finger inked, there is nothing that the EC can do about it. That's why I said in my original article, BERSIH made a mistake by bringing this issue to the streets instead of the Parliament to propose amending the Election Act.

So, Mr Tulang Besi, I hope I have answered your rebuttals in a clearer and unemotional way. Have a good day. Thank you.


MPKotaBeludBlogspot.Com

Wednesday, July 6, 2011

Menjawab dakwaan palsu Anwar Ibrahim & Ambiga dalam kes BERSIH 2.0



Tuntutan asal 'BERSIH!'

Senarai asal 17 perkara dalam Memo Bersih Memo bth. 27 November 2010 kepada Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia.

1. Investigation of Election Offences
2. Obstruction to voters registration
3. Automatic Registration
4. Lowering of voting age from 21 to 18
5. Absentee voting for all.
6. Indelible Ink
7. Minimizing gerrymandering (minimizing? Not abolish completely?)
8. Minimising malapportionment of constituencies
9. Meaningful campaign period of 21 days minimum.
10. Free and fair media access
11. Control of party expenses
12. Public Finance of Party Expense (they want taxpayers funds for party expenses)
13. Right to contest election after Resignation - ‘kataks’ to be forced to resign
14. Administrative neutrality
15. Restoration of Local Government elections
16. Full Judicial scrutiny on Election Petitions
17. Right to observe elections

Hanya 8 perkara sahaja yang diketengahkan dari senarai asal 17 tuntutan oleh Ambiga dan Anwar Ibrahim, iaitu:-


click to enlarge

Jawapan-jawapannya:-


Maaf Ambiga, saya tidak lut dengan jarum anda.

Rasanya, semua mesti sudah mengetahui mengenai rancangan BERSIH dan pakatannya dalam parti pembangkang untuk mengadakan perhimpunan jalanan di Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih 100,000 `orang kuning' pada Sabtu depan.

Dengan penuh angkuh, mereka mendakwa mempunyai alasan kukuh berbuat demikian dan pada 9 Julai nanti, Yang di-Pertuan Agong mesti dimaklumkan mengenainya.

Apabila diminta justifikasi mengadakan perhimpunan jalanan haram itu, penyokongnya pantas memberi alasan yang sudah dijangka. Anda akan diberi syarahan mengenai kepentingan kebebasan hak demokrasi, selain kenyataan sinis kononnya anda tidak menghiraukan kebenaran.

Mereka akan memberitahu betapa SPR bersekongkol dengan kerajaan untuk menyenaraikan individu yang sudah meninggal dalam senarai pengundi. Mereka resah apabila dimaklumkan SPR tidak harus dipersalahkan.

Berapa ramai antara kita yang membuat pemberitahuan kepada SPR apabila ada saudara-mara yang meninggal? Mengapa kita tidak mengambil masa lama untuk memaklumkan bank, syarikat insurans, polis, KWSP hatta Along sekalipun tetapi bukan SPR?

Hakikatnya, kita memandang lewa keperluan membuat laporan kepada SPR kerana pilihan raya umum berlaku sekali dalam lima tahun. Kita kerap mendengar orang berkata: "Kenapa perlu nak lapor cepat-cepat? Orang mati bukannya boleh mengundi."

Apa yang dilepas pandang ialah undang-undang tidak membenarkan SPR membuang nama pengundi tanpa bukti sahih.

Saya berjumpa dengan pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) semalam. Mereka mengakui ramai penduduk terutama di luar bandar, gagal melaporkan kematian anggota keluarga.

Ini membuatkan saya terfikir, mengapa BERSIH menyalahkan SPR dan bukan sikap acuh tidak acuh sebilangan rakyat Malaysia?

Begitu juga halnya dengan dakwaan ramai pengundi mendaftar menggunakan alamat sama.

Saya mengesyaki satu daripada puncanya ialah pengundi menggunakan alamat kediaman disewa apabila mendaftar sebagai mengundi. Malangnya, apabila mereka berpindah daripada rumah sewa, mereka gagal memaklumkan kepada SPR. Penghuni berikutnya akan menggunakan alamat sama unuk mendaftar sebagai pengundi.

Saya masih ingat ketika berpindah ke kondo sewa di Kuala Lumpur pada 1993. Saya kerap menerima surat penyewa terdahulu termasuk penyata bank dan surat rasmi kerajaan kerana beliau tidak menukar alamat dengan pihak berkenaan, hinggalah saya berpindah tiga tahun selepas itu!

Dalam kes pengundi hantu yang berdaftar menggunakan alamat rumah ibu YB Azmin Ali, saya dapati ia agak melucukan kerana dalam jutaan rumah di negara ini, SPR terpaksa memilih rumah ibu pemimpin pembangkang yang paling lantang bersuara untuk `menempatkan' pengundi hantu. Memang melucukan.

Satu lagi isu berterusan BERSIH ialah undi pos. Pertamanya, istilah pengundi pos tidak tepat. Tidak ada undi pos bagi polis, tentera dan kakitangan kerajaan yang bertugas sebagai pegawai pilihan raya ketika pengundian.

Mereka tidak mengirim undi masing-masing menerusi sistem perkhidmatan pos. Mereka mengundi lebih awal dengan diperhatikan wakil semua parti bertanding. Pengundi pos mengundi seperti mana kita pengundi biasa melakukannya. Dakwaan yang diputar belit pembangkang kononnya ketua mereka memeriksa siapa yang dipangkah adalah palsu sama sekali. Wakil calon ada di tempat pengundian bagi memastikan itu tidak berlaku, melainkan mereka tertidur ketika bertugas!

Beberapa pemimpin BERSIH juga mahu pengiraan undi pos dilakukan pada hari yang sama atas alasan ada kemungkinan berlaku penipuan jika dikira kemudian. Cadangan itu tidak praktikal kerana keputusannya akan mempengaruhi aliran pengundian pada hari pengundian sebenar. Apa pun, pernah berlaku pembangkang mendapat lebih banyak undi pos berbanding BN. Secara khususnya, pilihan raya kecil Teluk Kemang pada 2000.

Jika BERSIH bimbang dengan integriti beg mengandungi undi pos sepanjang berada dalam jagaan pihak berkuasa, mereka sepatutnya mencadangkan supaya wakil pembangkang hadir di lokap di mana beg-beg berkenaan disimpan. Iyalah, apalah sangat duduk merenung beg selama 3 hari 3 malam semata-mata untuk memastikan keselamatan beg-beg yang dikawal ketat, dikunci dan dipateri kemas itu.

Memang benar sebahagian besar pengundi pos memihak kepada BN. Bagaimanapun, ini tidak menghairankan langsung dan boleh dijelaskan dengan muda. Mengapa mereka mahu mengundi parti yang tidak putus-putus memburuk-burukkan, menghina, memaki dan mengkritik mereka? Mereka juga manusia yang mempunyai perasaan dan harga diri.

BERSIH juga mahu pegawai tentera dan polis, yang tidak terbabit secara langsung dengan pilihan raya supaya mengundi menerusi proses biasa seperti mana orang awam. Mereka mendakwa pihak berkenaan tidak perlu mengundi awal. Saya tidak setuju.

Antara hari paling kritikal bagi negara ialah pada hari mengundi. Ini kerana ketiadaan pihak berkuasa awam menimbulkan pelbagai kemungkinan berlaku huru-hara dan elemen subversif. Pada hari mengundi, pasukan tentera dan polis berada di tahap berjaga-jaga paling tinggi dalam berdepan sebarang kejadian tidak diingini yang boleh menjejaskan keselamatan negara.

Justeru, bagi BERSIH jelas bersikap tidak bertanggungjawab apabila mencadangkan supaya pegawai tentera dan polis meninggalkan pusat kawalan masing-masing - tidak kiralah di hutan rimba, pulau terpencil, pangkalan udara dan laut, pusat pemeriksaan persempadanan nun di pedalaman atau pusat kawalan strategik! Kesediaan anggota berkuasa kita memastikan keselamatan negara tidak boleh dikompromi.

Mungkin ada yang menganggap saya keterlaluan dalam memperkatakan soal ancaman keselamatan pada hari mengundi. Mungkin juga. Tapi kalau ia berlaku, saya lebih sanggup anggota berpakaian seragam bergegas mendapatkan pesawat Sukhoi, MiG dan F18 serta segera melancarkan kapal Frigate, Corvette dan kapal selam untuk mengekang lawan. Ia hanya boleh dilakukan jika mereka berada di pangkalan dan bukannya menghabiskan masa beratur untuk mengundi di Grik, Batang Berjuntai, Lubok Antu atau Long Pasia!

BERSIH turut mendesak supaya undi pos dibenarkan di kalangan rakyat Malaysia yang tinggal jauh (dalam negara) dari kawasan mengundi. Sebagai contoh, rakyat Sabah yang tinggal dan bekerja di Kuala Lumpur tetapi mendaftar sebagai pengundi di Kota Belud, Sabah.

Pada pendapat saya, seseorang yang mendaftar sebagai pengundi di Kota Belud tetapi memilih untuk hidup dan bekerja di Kuala Lumpur tidak berhak menentukan siapa yang patut menjadi Wakil Rakyat bagi penduduk Kota Belud! Dia sepatutnya mengundi memilih Wakil Rakyat di Kuala Lumpur yang lebih sesuai menangani pelbagai isu berhubung kehidupannya di bandaraya besar itu!

Adalah tidak adil bagi masyarakat tempatan Kota Belud tunduk kepada kemahuan `orang luar' yang tinggal di Kuala Lumpur dalam menentukan calon pilihan sedangkan mereka yang perlu berdepan Wakil Rakyat itu setiap hari.

Lagipun, bukankah meminta lebih ramai pengundi mengamalkan undi pos bertentangan dengan tuduhan awal BERSIH kononnya sistem undi pos dilingkari masalah prosedur yang membawa kepada kemungkinan penipuan?

Menyentuh isu penggunaan dakwat kekal, SPR sudah menjelaskan secara terperinci berhubung kebimbangannya mengenai penggunaan bahan itu. Secara peribadi, kebimbangan saya mengenai dakwat itu lebih kepada sama ada ia sah dari segi undang-undang.

Apakah SPR mempunyai kuasa di bawah Akta Pilihanraya 1958 sedia ada, untuk menafikan hak seorang pengundi yang jarinya sudah bertanda dakwat selepas mengundi tetapi mendakwa jarinya dihitamkan oleh dakwat secara paksa? Apa akan berlaku jika beliau berkeras untuk mengundi bagi menunaikan tanggungjawabnya di bawah Perlembagaan, tidak kiralah jarinya mempunyai dakwat atau tidak? Apakah kita akan menyaksikan suasana kacau-bilau di pusat mengundi?

Semua ini adalah persoalan mudah tetapi besar kesannya jika tidak diperhalusi dengan jelas. Itu sebabnya mengapa BERSIH wajar mencadangkan pindaan terhadap Akta Pilihanraya di Parlimen dan bukannya demonstrasi jalanan! Walau sejuta orang berpakaian kuning muncul menyertai perhimpunan jalanan sekalipun, tuntutan itu tidak boleh dipenuhi tanpa meminda Akta Pilihanraya bagi menjadikannya lebih spesifik dan jelas.

Sama juga halnya dengan pendaftaran pengundi secara automatik. Kaedahnya tidak jauh berbeza dengan amalan pendaftaran pengundi sepanjang tahun. Ia juga memerlukan pindaan ke atas Akta Pilihanraya bagi membolehkan peruntukan itu dimasukkan. Bagaimanapun, jika seseorang itu berasa tidak mahu mendaftar sebagai pengundi, bukankah beliau sekadar melaksanakan hak demokrasinya? Mengapa BERSIH mahu menidakkan haknya untuk tidak mendaftar sedangkan kononnya BERSIH adalah juara hak demokrasi rakyat?

Saya tiada masalah dengan tuntutan BERSIH supaya jangka masa berkempen ditetapkan sekurang-kurangnya 21 hari. Apa yang agak pelik di pandangan saya ialah BERSIH gagal menyedari kempen tanpa henti pembangkang yang berlangsung 365 hari, 24 jam seminggu di seluruh negara sejak 2008.

Mengenai dakwaan membeli undi ketika pilihanraya, saya harap Ambiga menyedari bahawa mereka yang bakal berdemonstrasi dengan beliau pada 9 Julai kelak agak pakar dalam hal ini. Semua orang tahu di tengah-tengah kerancakan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor pada April tahun lalu, Anwar Ibrahim menjanjikan 100,000 hak milik tanah kepada golongan miskin di kawasan itu (Sumber: The Malaysian Insider, 13 April 2010). Ini diikuti dengan pengumuman Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, untuk menghapuskan cukai tanah bagi rumah kedai di Hulu Selangor (Sumber: New Straits Times, 20 April 2010), selain memberi bonus berjumlah RM6,116,000 kepada semua ketua kampung dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) di Hulu Selangor (Sumber: SelangorKini Online, 21 April 2010).

Dan saya harap Ambiga tidak melupakan ibu kepada segala perbuatan membeli undi: kempen Nik Aziz yang menjanjikan syurga jika anda mengundi PAS!

Dengan pelbagai kekecohan mengenai dakwaan keraguan pilihan raya di Malaysia, saya terfikir bagaimana agaknya keadaan di negara lain. Adakah negara lain di seluruh dunia berdepan isu dan dakwaan kepincangan pilihan raya? Apakah masalah itu hanya berlaku di Malaysia?

Menerusi carian di Internet, saya dapati pada Oktober tahun lalu, Pendaftar Pemilih (ROE) di New Zealand mengeluarkan 306 nama daripada senarai pengundi yang dikesan tidak mendiami alamat yang dinyatakan dalam borang pendaftaran. Di Auckland, ROE menyiasat 90 pengundi yang dikesan menetap di dua kediaman di Pembroke St dan Puhinui Rd.

Di Venezuela, Majlis Pendaftar Pemilih Nasional dimaklumkan mengenai kewujudan 39,000 pengundi berusia 100 tahun dan ke atas. Di Sepanyol, Biro Bancian Pemilih menerima aduan berhubung percanggahan dari segi pengundi di 22 pekan di Malaga dan 16 lagi di Granada.

Dan di Amerika Syarikat, aduan dikemukakan berdasarkan pelucutan hak mengundi apabila Parti Republikan didakwa `membersihkan' nama golongan Afrika-Amerika daripada senarai pengundi pada pilihan raya Presiden 2004 yang memihak kepada George Bush. Selain itu, ramai yang tidak dapat melupakan peristiwa apabila Suruhanjaya Hak Asasi Amerika Syarikat mengumumkan proses pilihan raya di Florida ketika Pilihan Raya Presiden AS 2000 dipenuhi dengan pelbagai kesilapan serius.

Kisah di atas membawa kita kepada dua perkara menarik. Pertama, dari segi statistik, seperti mana-mana pangkalan data yang besar saiznya, senarai pengundi tidak akan terlepas daripada kesilapan sepenuhnya, walaupun Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri. Secara statistik, ia memang mustahil. Ia adalah apa yang dipanggil oleh pakar statistik sebagai ralat pensampelan dibenarkan yang tidak menjejaskan integriti keseluruhan senarai dalam apa keadaan pun. Keduanya, dalam contoh di atas, pengadu membuat laporan kepada pihak berkuasa pilihan raya masing-masing dan membenarkan penyiasatan dilakukan. Mereka tidak menjadikan demonstrasi jalanan sebagai penyelesaian.

Hujah terakhir saya dalam artikel ini ialah soalan buat warga Kuala Lumpur. Apakah anda bersedia menghadapi demonstrasi jalanan di tengah-tengah ibu kota sepanjang masa? Anda sedia berdepan dengan segala kesulitannya? Semua itu akan menjadi rutin jika BERSIH diberi laluan memulakannya. Anda tidak boleh membenarkan BERSIH dan menghalang yang lain daripada berarak di sepanjang Jalan Bukit Bintang setiap hujung minggu bagi memperjuangkan pendapat masing-masing. Anda akan digelar hipokrit.

MPKotaBeludBlogspot.Com





Aliran Dana BERSIH 2.0 Disiasat, Anwar Lari Ke London…


Satu tindakan yang mungkin tidak pernah difikirkan oleh penganjur BERSIH 2.0 mahupun pemimpin Pakatan Rakyat ialah siasatan ke atas akaun kewangan Ambiga Sreevanasan yang didakwa menerima pembiayaan dana daripada NGO-NGO asing.

Ambiga Sreevanasan sebelum ini telah mengaku menerima biaya daripada beberapa agensi asing terutama yang dimiliki oleh Zionis dan sangat terkenal kerana hubungkait agensi-agensi tersebut dengan Anwar Ibrahim serta pembunuhan jutaan umat Islam di serata dunia.

Polis akan menyiasat tentang sebuah bank tempatan yang dikesan digunakan oleh penganjur perhimpunan 9 Julai, Ambiga Sreevanasan untuk menerima dana daripada beberapa NGO asing bernilai puluhan juta ringgit. Itulah pengumuman yang dibuat oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Dan yang paling menariknya ialah apabila polis akan mendapat kerjasama bank pusat iaitu Bank Negara untuk melakukan siasatan tersebut.

Laporan daripada beberapa buah akhbar mendakwa Ambiga mempunyai akaun di bank tersebut yang sudah menerima puluhan juta ringgit dana asing dan merupakan satu daripada lima akaun yang dimiliki oleh Ambiga. Bank berkenaan menjadi pilihan Ambiga dan NGO asing kerana sebahagian saham bank tersebut dimiliki oleh seorang pemimpin pembangkang.

Mungkin kerana faktor itulah, Anwar Ibrahim membawa keluarganya ‘lari’ ke London dan dijangka tidak akan bersama-sama demonstrasi BERSIH 2.0 pada 9 Julai nanti. Sebabnya, orang yang paling takut jikalau kewangan dan sumber kewangannya disiasat adalah Anwar Ibrahim sendiri.

Sesuatu yang harus kita akui ialah, Anwar Ibrahim dalam mana-mana ceramahnya seringkali memperkatakan tentang kekayaan dan perolehan para pemimpin UMNO-BN tetapi tidak pernah sekalipun menceritakan dari mana sebenarnya dia memperolehi kekayaan yang tidak terkira. Para pencacainya sibuk memperkatakan tentang Rosmah Mansor tetapi tidak pernah mempersoalkan bagaimana Anwar boleh ke luar negara setiap bulan dan berulang-alik dari Amerika Syarikat ke Malaysia bagaikan berulang alik dari Kuala Lumpur ke Shah Alam!

Sebarang dana asing yang ada di dalam akaun Ambiga Sreevanasan mengesahkan bahawa BERSIH 2.0 sebenarnya didalangi oleh kumpulan-kumpulan asing yang mahu melihat Malaysia huru-hara dan kacau-bilau. Sudah tentu pelaburan yang dibuat, memerlukan pulangan yang sangat besar.

Tidak ada orang yang cukup gila untuk meletakkan sejumlah wang yang bernilai puluhan juta ringgit tanpa sebarang motif dan tujuan. Sudah tentulah apa yang diminta oleh ‘para pelabur’ tersebut adalah Malaysia dan khazanahnya!

Maka disebabkan itulah, Ambiga dan BERSIH 2.0 menuntut sesuatu yang sebenarnya bersifat gila kerana Ambiga sendiri dalam pengakuan yang dibuat kepada seorang editor kanan mengesahkan bahawa BERSIH 2.0 sebenarnya tidak ada motif bagi sebarang tuntutan terhadap SPR kerana semua tuntutan tersebut tidak berasas. Selama ini, SPR telah menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Dakwat kekal pula yang digunakan sebagai alasan yang bersungguh-sungguh sebenarnya adalah cerminan kepada kemunduran sikap serta tanggapan para pemimpin Pakatan Rakyat.

Sebabnya, ketika kebanyakan negara di dunia ini, termasuklah negara-negara yang menggunakan dakwat kekal seperti India sudah beralih kepada kaedah biometrik, tuntutan Pakatan Rakyat agar penggunaan dakwat kekal digunakan pada musim mengundi tidak lebih daripada memperolok-olokkan Jabatan Pendaftaran Negara. Seolah-olah sebahagian daripada rakyat di negara ini masih tidak mempunyai dokumen pengenalan diri.

Maka sudah sewajarnya Ambiga berasa kecut perut dengan tindakan yang dilakukan oleh pihak berkuasa. Kerjasama daripada Bank Negara, sudah tentu akan mendedahkan lebih banyak tembelang yang cuba ditutup oleh para pemimpin Pakatan Rakyat sebelum ini. Pendedahan tentang dana-dana asing yang bakal dibuat oleh pihak polis nanti, pastinya akan membuatkan Pakatan Rakyat tutup mulut, seperti mana Azmin Ali tutup mulut tentang isu ‘pengundi hantu’ yang dia sendiri daftarkan sewaktu dia menjadi Setiausaha Politik Timbalan Perdana Menteri seperti yang didedahkan oleh SPR!

Selangor Daily.com

Tuesday, July 5, 2011

Anwar Ibrahim menjadikan Melayu yang naif sebagai kaldai dan kuda tunggangan


AIDCNews – 04/07/11 – “Saya pada bulan puasa satu tahun (dulu), dia (Anwar) datang ke Kelantan..waktu itu saya bersama PKR lagi..mereka panggil saya sambut Anwar di Billion (Hotel Renaissane, Kota Bharu).

“Lepas itu pergi dengarlah macam-macam cerita yang disampaikan Anwar, antaranya Anwar kata ‘kita orang Melayu, apabila satu hari orang bukan Islam menjadi pemerintah kita, ketua negara kita, kita jangan riuh rendah (pertikai), asalkan kita dapat bekerja untuk mencari rezeki’.

“Dia (Anwar) anggap kita seperti lembu, kerbau, yang hanya duduk atas dunia semata-mata untuk mencari makan, inilah orang (Anwar) tidak ada agama. Patutlah parti dia (Anwar), parti Liberal, parti sama rata, parti kafir dah tu !”, kata Tuan Guru Haji Abdullah Annajmi, semasa kuliah Subuh, di Madrasah Annajmiyyah, Tebing Genting, Pengkalan Kubor, Kelantan.

Menurutnya, konsep parti yang menghalalkan liberal seperti yang diperjuangkan PKR bertentangan dengan akidah Islam.

Katanya kombinasi dalam PR yang didokong oleh tiga parti, tidak menguntungkan Islam kerana hanya parti PAS yang kononnya mahukan Islam sedangkan dua parti lagi memperjuangkan Liberal (PKR) dan Sosialis (DAP).

“Kafir dah..menghalalkan Liberal itu Kafir dah. Saya sokong pendapat Harussani (Mufti Perak). Harussani kata Liberal itu kafir.

“Dua (parti) kapir, (campur) satu lagi kononnya Parti Islam, nak martabatkan perjuangan Islam macam mana ?. PAS kononnya nak Islam, Sosialis (parti) kapir, Liberal (parti) kafir, di manakah mahu membawa (perjuangan) kebajikan ?

Tuan Guru Haji Abdullah Annajmi turut menceritakan pembohongan Datuk Seri Anwar Ibrahim berkenaan cita-cita menjadi Perdana Menteri semasa berceramah di Hotel Renaissane, Kota Bharu.

Difahamkan kehadiran Anwar di hotel, Kota Bharu itu sekitar tahun 2008.

“Dia (Anwar) kata, ‘saya akan jadi Perdana Menteri pada tarikh tertentu (16 September 2008).

(Ketika Anwar bercakap itu) Saya berada dekat dengan dia. Kepala lutut saya, bersentuhan dengan kepala lutu dia.

“Saya tanya kepada dia. Boleh kah Datuk jadi PM. Dia (Anwar) jawab boleh. Cukup dah (bilangan Ahli Parlimen). Syaratnya pun dah cukup, hanya tunggu masa sahaja, saya akan jadi PM.

“Sehingga sampai ke hari ini, banyak kali dia (Anwar) isytiharkan dirinya sebagai PM (tetapi) semua itu bohong! Bohong ! Bohong !”, katanya.

Menurutnya Anwar hanya berangan-angan menjadi PM sejak dari menjadi Timbalan Perdana Menteri semasa dalam kerajaan dahulu, namun gagal merealisasi cita-cita sampai ke hari ini.

“Dia (Anwar) masih bermimpi ketika dia berada bersama Dr Mahathir, ketika itu dia jadi Timbalan Perdana Menteri kepada Dr Mahathir.

“Lepas Dr Mahathir, dialah yang akan jadi PM, sebab dia lah Timbalan.

“Tiba-tiba berlaku perkara yang tidak disangka-sangka, Anwar kena pecat dan masuk penjara…Walaupun dia berada di penjara, hingga sampai ke hari ini, dia masih bermimpi, dia masih lagi Timbalan kepada Dr Mahathir.

“Dr Mahathir sudah berhenti jadi PM, tetapi dia masih menuntut jawatan PM, (walaupun) jawatan itu tidak layak diberikan kepadanya”, katanya.

Sunday, July 3, 2011

Demonstrasi Haram BERSIH 2.0 9 Julai 2011 - Satu pandangan agamawan Islam



10 SEBAB MENGAPA RAKYAT MALAYSIA WAJIB MENJAUHI PERHIMPUNAN BERSIH

1) BERSIH sebenarnya diadakan dengan mempunyai agenda halus untuk menyelamatkan Anwar Ibrahim daripada dipenjarakan atas kes liwat. 9 Julai yang dipilih sebagai tarikh BERSIH sebenarnya merupakan tarikh di mana Anwar akan disumbatkan ke dalam Penjara Sg. Buloh. Jadi, pakatan haram cuba mencetuskan huru-hara dengan harapan mereka dapat menjatuhkan kerajaan, seterusnya menyelamatkan Anwar.

2) BERSIH boleh menjerumuskan negara ini ke dalam kancah huru-hara seperti yg berlaku di Mesir dan Libya. Perhimpunan haram tersebut boleh menjejaskan sektor ekonomi negara seperti perniagaan dan pelancongan. Ia juga boleh mencetuskan kesesakan lalulintas, mengancam keselamatan awam dan memburukkan nama Malaysia di mata dunia.

3) BERSIH boleh mengundang campur tangan asing terhadap hal ehwal negara ini. Mengambil contoh seperti apa yg berlaku di Libya, negara asing khususnya yang tidak sefahaman dengan Malaysia sudah pasti akan mengambil kesempatan ini untuk bertindak dari aspek ketenteraan dan sekatan ekonomi jika perhimpunan berlarutan ke tahap pertumpahan berdarah. Akhirnya, negara ini akan dijajah sekali lagi.

4) Masa depan yg gelap bakal menimpa para peserta BERSIH jika ditangkap dan didakwa oleh pihak berkuasa. Jika anda seorang kakitangan awam dan penuntut IPTA, tindakan keras termasuk dipecat/dibuang universiti bakal dikenakan. Adalah tidak berbaloi untuk anda menggadaikan kerjaya anda semata-mata demi mempertahankan seorang pemimpin yg korup moral.

5) BERSIH dicemari oleh anasir-anasir komunis yg dibawa oleh Parti Sosialis Malaysia (PSM). Adalah amat malang khususnya kepada umat Melayu Islam yg sanggup bersengkongkol dengan puak komunis yg anti agama, anti monarki dan berhajat menubuhkan sebuah republik komunis di negara ini.

6) BERSIH didakwa dibiayai oleh agensi luar negara yg mempunyai kaitan dengan Yahudi. Sudah pasti mereka ini memiliki agenda tersirat untuk menjajah negara ini dengan menjadikan puak pakatan haram sebagai proksi. Inilah juga cara yg digunakan oleh puak-puak Yahudi-Zionis untuk menjatuhkan kerajaan sebuah negara Islam, iaitu dengan menaja parti pembangkang untuk menjatuhkan kerajaan yg memerintah.

7) Khusus untuk org Melayu, BERSIH berkemungkinan besar mencetuskan pertempuran berdarah di antara 2 kumpulan Melayu yg bertentangan ideologi. Satu pihak menyokong BERSIH iaitu Melayu pakatan haram, manakala UMNO dan PERKASA menentang BERSIH. Jika 13 Mei 1969 diingati sebagai tragedi berdarah rusuhan kaum, 9 Julai 2011 pula mungkin akan diingati kerana tercetusnya rusuhan berdarah sesama org Melayu.

8) Orang Melayu Islam yg dijangka menjadi peserta teramai BERSIH bakal diperkudakan oleh puak-puak kafir seperti Ambiga Sreenevasan, DAP dan komunis PSM untuk menjatuhkan kerajaan Malaysia yg diketuai oleh org Melayu Islam. Puak kafir ini hanya akan memberi arahan saja kepada org Melayu tanpa perlu turun berdemonstrasi. Yang akan mati katak nanti adalah org Melayu juga.

9) BERSIH digunakan oleh puak pakatan haram untuk mengubah struktur negara ini. Jika berjaya, mereka bakal meminda Perlembagaan dengan menghapuskan Perkara 153, memansuhkan sistem beraja di negara ini dan memastikan Kristian diangkat sebagai agama rasmi negara.

10) BERSIH digunakan oleh pakatan haram untuk mengembalikan semula momentum sokongan rakyat kepada mereka. Ia juga dijadikan alat untuk mengalih tumpuan rakyat terhadap kelemahan mereka mentadbir 4 negeri yg ditawan pada 2008 dan ingin menjatuhkan kerajaan BN secara kekerasan selepas menyedari peluang mereka untuk menang pada PRU akan datang adalah tipis.

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My Photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP