Aku hanya tersenyum sendiri bila Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Aziz Nik Mat semalam menasihatkan Karpal Singh supaya berdepan dengan orang Pas terlebih dahulu untuk memahami hukum hudud sebelum menolaknya mentah-mentah. Ia berikutan bantahan Karpal terhadap cadangan Menteri Besar Kelantan itu agar negara ini kembali kepada undang-undang hudud. Ini kerana menurutnya undang-undang sivil sekarang gagal mengawal jenayah dan penyakit sosial
Bagi aku, buat apa pula Karpal nak faham tentang hudud? Karpal tak perlu tahu tentang hudud. Mengapa aku kata begitu?
Jawapannya mudah saja, satu dunia dah tahu Karpal berulang-kali beritahu yang langkah mayatnya terlebih dahulu sebelum nak wujudkan negara Islam. Maknanya di sini, Karpal dari awal lagi dah 'tak pandang' pasal Islam ini, jadi bila dia dah tak pandang tentang Islam, mengapa pula Nik Aziz terhegeh-hegeh nak dia faham pula tentang hudud?
Kalau Islam pun dia dah tak hairan, bagi aku buang masa saja kalau Nik Aziz nak Karpal ambil berat atau memahami hudud ini.
Bagi aku, yang paling 'tidak cerdik' adalah Nik Aziz sendiri. Dia bukan baru kenal Karpal. Bahkan aku rasa dia sendiri pun dah cukup masak perangai Karpal.
Yang kita tertanya-tanya sekarang, kenapa Nik Aziz masih nak berkerjasama dengan Karpal sedangkan Karpal awal-awal lagi dah nyatakan pendiriannya terhadap agama yang kita anuti itu.
Kenapa Nik Aziz lebih rela untuk 'tidur sebantal' dengan Karpal sedangkan dengan UMNO dia bukan main lagi berpatah arang berkerat rotan.
Nik Aziz juga dengan 'confident' semalam mengatakan yang Karpal adalah satu-satunya pemimpin dalam DAP yang menolak hukum hudud.
Maaf Nik Aziz, bukan Karpal saja, semua orang dalam DAP itu menolak hudud. Kalau betul ada ahli atau pemimpin DAP menyokong hudud, aku minta dia bagi bukti sekarang juga
Aku nak tahu siapa yang dalam DAP menyokong hudud seperti mana yang digembar-gemburkan oleh Nik Aziz itu
Nik Aziz kena ingat, UMNO sendiri pun bukannya tolak hukum hudud, tetapi UMNO menolak tafsiran dan undang-undang Pas Kelantan yang tidak serasi dengan syariah.
Yang UMNO persoalkan ialah, apakah undang-undang Pas dengan hukum hudud Islam menepati dan mencapai maksud dan matlamat hukum hudud dalam Islam?
Apakah undang-undang Pas akan menjamin keadilan bagi mereka yang akan didakwa dibawahnya?
Kita semua kena faham, hukum hudud bukan menekan keberatan hukum dalam Islam tetapi sebaliknya adalah untuk keadilan.
Menganggap keadilan tidak penting dalam Islam adalah salah.
Sebenarnya kedatangan Islamlah yang membawa keadilan kepada Arab Jahiliah dan masyarakat lain yang menerima Islam. Sebab keadilannyalah, Islam mudah diterima.
Aku nak tanya satu soalan kepada Nik Aziz, kenapa undang-undang Pas Kelantan tidak akan dipaksakan ke atas orang bukan Islam?
Betul, Nabi sendiri tidak menggunakan undang-undang Islam untuk mengadili orang bukan Islam, tetapi hasilnya masih keadilan bagi semua pihak, sama ada yang Islam dan yang bukan Islam.
Tetapi jika undang-undang Pas diguna untuk orang Islam dan undang-undang jenayah biasa diguna untuk bukan Islam maka hasilnya ialah perbezaan hukuman yang amat ketara antara penjenayah Islam dan penjenayah bukan Islam bagi jenayah yang sama.
Perbezaan hukuman untuk jenayah yang sama amatlah tidak adil bagi apa juga sistem nilai atau agama.
Daripada kajian yang telah dibuat amatlah jelas bahawa undang-undang PAS Kelantan adalah tidak menepati sepenuhnya undang-undang, semangat dan sifat-sifat yang ada pada agama Islam.
Ini yang Nik Aziz perlu terang kat umat Islam di Malaysia ini, bukan pada Karpal Singh!
No comments:
Post a Comment