Dato' S. Nallakaruppan mendakwa beliau pernah melihat aksi Anwar Ibrahim melakukan hubungan seks dengan ramai lelaki dan wanita, termasuk dengan Samsidar Taharin, isteri Azmin sendiri dan beliau sedia mendedahkan kegiatan seks liar Anwar itu di mahkamah jika Anwar sendiri berani memulakan saman malu terhadapnya di Mahkamah Tinggi.
"Saman saya kalau Anwar anak jantan" - Nalla
Anwar, sila saman dan bawa kami ke mahkamah dengan segera
Satu Ledakan 'Hiroshima' Akan Berlaku Di Mahkamah
DALAM MAHKAMAH PERSEKUTUAN MALAYSIA
(BIDANG KUASA RAYUAN)
RAYUAN JENAYAH NO. 05-6-2003 (W)
ANTARA
DATO’ SERI ANWAR IBRAHIM --- Perayu
Lawan
PENDAKWA RAYA --- Responden
Coram :
Abdul Hamid bin Haji Mohamad, HMP
Rahmah bt. Hussain, HMP
Tengku Baharudin Shah bin Tengku Mahmud, HMR
GROUNDS OF JUDGMENT
.... To summarise our judgment, even though reading the appeal record, we find evidence to confirm that the appellants (Anwar & Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen...
(DATO’ ABDUL HAMID BIN HAJI MOHAMAD)
Hakim Mahkamah Persekutuan
Malaysia.
2 September 2004.
2. Tuan Guru Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sekarang tiba-tiba berkata bahawa, "boleh bekerjasama dan berniaga dengan Yahudi".
3. Ini suatu perkembangan yang amat menghairankan dan memualkan dengan sikap Parti Islam Semalaysia (PAS) yang kononnya memperjuangkan Islam dan anti Yahudi satu ketika dahulu.
4.PAS pada zaman sebelum turunnya ‘wahyu’ terkini dari Hadi Awang ini akan mengecam barang sedikit sekalipun apa jenis hubungan dengan Yahudi, hatta kalau ada orang Yahudi yang kentut sekalipun di negara kita mereka akan menjerit isytihar perang, tetapi hairannya kini menghalalkan hubungan dgn yahudi.
5. Saya masih ingat sekitar tahun 2000 yang mana buah pisang kaki dari Israel yang dibawa masuk ke adalam negara dari Singapura telah dipaparkan di dalam Harakah sebagai bukti hubungan dagang antara Malaysia dan Israel. Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional telah dibantai dgn begitu hebat sekali. Malah Tun Dr Mahathir telah dilabel sebagai agen zionis.
6. Saya tidak pasti samada pendirian terbaru Presiden PAS berkenaan dengan Yahudi ini disebabkan Datuk Seri Abdul Hadi ingin mempertahankan Anwar ataupun hendak mengenakan Anwar.
7. Di hati kecil saya, saya merasakan Abdul Hadi tidak seperti Anwar.
8. Anwar diketahui adalah seekor sesumpah politik (Malaysia’s Chameleon) seperti yang diterbitkan oleh majalah terkemuka The Economist bertarikh 30 Julai 2009, yang akan mengubah warna kulit dan percakapannya berdasarkan kepada persekitaran yang didudukinya.
9. Pendek kata, apabila berhadapan dengan golongan liberal, Anwar menjadi liberal. Bila berhadapan dengan golongan pluralisme agama, dia menjadi pelopor pluralisme agama. Bila berhadapan dengan golongan Islamist, Anwar akan bersalin kulit menjadi seorang Islamist dengan menjaja nama-nama beberapa tokoh Islam dan dengan membaca sepatah dua ayat Quran dan istilah-istilah Arab bagi memikat hati umat Islam. Bila berhadapan dengan pelobi Yahudi dan Amerika, dia menjadi seorang yang prodemokrasi tulen sehingga boleh menerima amalan-amalan songsang seperti homoseksual dan kebebasan untuk murtad seperti Lina Joy.
10. Itu memang Anwar. Sikap talam pelbagai mukanya itu bukanlah sesuatu yang menghairankan. Kecenderungan nalurinya yang dua alam itu sememangnya diketahui umum.
11. Jadi, tidak menjadi perkara yang menghairankan apabila Anwar Ibrahim mengeluarkan kenyataan kepada Wall Street Journal, “I support all efforts to protect the security of the state of Israel.”
12. Itulah Anwar Ibrahim. Anwar Ibrahim diketahui mempunyai hubungan rapat dengan tokoh-tokoh zionis dunia seperti Paul Wolfowitz (seorang arkitek perang Amerika berketurunan Yahudi Zionis yang menghancurkan dua buah negara Islam Iraq dan Afghanistan), William Cohen dan Al Gore, malah merupakan rakyat Malaysia pertama yang mengiktiraf negara haram Israel apabila menandatangani Annapolis Summit sesudah dia keluar dari penjara akibat sabit kesalahan liwat.
13. Dari satu segi, seolah-olah Abdul Hadi hendak memberi isyarat kepada Anwar bahawa cukup-cukuplah kamu berurusan dengan Zionis.
14. Dan dari satu segi, Hadi Awang seperti memukul Anwar yang setiap kali apabila dibangkitkan masalah moralnya, sifat pro-Amerika dan pro- Israelnya, akan menuding jari terhadap Kerajaan dengan diluahkan ejek-ejekan seperti UMNO-APCO dan "kapal Israel" yang berlabuh di Klang (bendera Israel dan Liberia pun tak kenal ke?).
15. Malah ahli-ahli parlimen Pakatan telah menukar suasana Parlimen menjadi zoo dengan ejekan-ejekan dan bunyi-bunyian yang sudah pasti membuatkan beruk-beruk dan hidupan liar lain merasa keliru dan mungkin tertanya-tanya apakah spesies haiwan baru ini.
16. Sekali lagi UMNO dibantai sebagai agen Yahudi kerana menggunakan khidmat syarikat APCO yang ada kaitan dengan orang Yahudi. Mahfuz Omar, Khalid Samad, Dr. Dzulkifli Ahmad dan beberapa pemimpin PAS lain paling kehadapan dalam menjaja isu APCO ini dan Kerajaan Datuk Sri Najib dituduh dengan pelbagai tohmahan termasuk 1Malaysia=1Israel.
17. Tetapi, yang malangnya adalah pendokong-pendokong PAS yang bersusah payah menunjukkan iltizam mereka bersama jamaah dan umat palestin berdemo dan memboikot apa sahaja kaitan dengan Yahudi. Ironinya,mereka rancak menggunakan facebook, sebuah syarikat milik seorang remaja Yahudi, menggunakan Microsoft, Blackberry, Iphone, Motorola, Siemens dan sebagainya yang semuanya memiliki pemilik saham Yahudi serta ada yang memiliki regional branch di Israel.
18. Setiapkali ada sahaja pembunuhan, pencerobohan dan juga penghinaan terhadap rumah Ibadat kita di tanah suci Baitul Muqaddis, maka tidak lenganglah Jalan Tun Abdul Razak berhadapan dengan Kedutaan Amerika menjadi tumpuan khalayak pendemo PAS.
19. KFC dan McDonalds serta kaum kerabatnya menjadi mangsa boikot kononnya konglomerat ini menyumbangkan dana kepada Israel, sehinggakan suatu masa dahulu, di Universiti Malaya, cadangan untuk mempunyai francais McDonalds terpaksa dibatalkan atas sebab yang sama. Kegagalan membuka Restoran Mc Donald di UM ini dijadikan satu testimonial kejayaan PAS Kampus iaitu Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM) sebagai bukti perjuangan mereka yang anti Yahudi. Setelah Hadi Awang bertitah beberapa hari lepas, perjuangan mereka ini bukanlah anti Yahudi tetapi adalah anti-Ekonomi.
20. Boleh dikatakan sebelum ini, belum habis saya menyebut ‘Joo’ (yang mempunyai sebutan hampir sama dengan Jew iaitu Yahudi) pun mungkin ada rakan facebook saya akan mem’ban’kan atau mem’bar’kan saya, padahal saya menyebut nama Juliana ataupun Junaidah.
21. Begitulah bencinya pendokong PAS suatu ketika dahulu terhadap Israel dan Yahudi.
22. Ada sahabat saya yang sampai tidak ampunkan kerajaan, kerana dia antara orang yang ditugaskan menjaga remaja Israel bermain kriket yang tentunya berbangsa Yahudi, walaupun belum tentu merekanya berfahaman Zionis.
23. Kami Mahasiswa UM dikerah oleh PMIUM untuk melakukan demonstrasi besar-besaran menentang kehadiran pasukan kriket Israel ini. Kami bersabung nyawa dan darah berdepan dengan belantan FRU kerana anti Yahudi. Semua ini dilakukan kerana Hadi Awang belum mengeluarkan fatwa terbarunya beberapa hari lepas.
24. Bukan setakat itu sahaja, tinggal satu hotel dengan PM Israel pun sudah menjadi dosa tidak terampun, bersalam pun salah, tulis surat pun seolah-olah melayakkan orang-orang tertentu untuk diseksa dengan Malaikat yang sama dengan Malaikat yang menyeksa Firaun, Abu Lahab dan Abu Jahal.
25. Alasan mereka kini, Nabi dahulu pun berurus niaga dengan Yahudi Madinah. Seolah-olah, riwayat ini baru sampai kepada mereka tidak sampai beberapa jam yang lepas. Seolah-olah juga sebelum kes Anwar menyokong Israel ini, Nabi tidak pernah berurusan dengan Yahudi. Tinggi sungguh ilmu ulamak seperti ini.
26. Samalah seperti setelah 30 tahun berdegar-degar mengatakan tentang Negara Islam, apabila rakan DAP mereka berdehem, Hadi Awang baru tersedar, rupa-rupanya tidak ada Negara Islam di dalam Al Quran.
27. Sekali lagi, kes Memali berulang lagi. "Mati Syahid" Ibrahim Libya menjadi sia-sia. Pengorbanan penyokong PAS disimbah air asid. Terjun dalam parit, dan disoal siasat polis, dibakulsampahkan oleh pemimpin PAS.
28. Tetapi, seperti biasa, alasan pimpinan PAS, ialah ini adalah strategi. Antum bukan ahli syura, tidak tahu hikmah keputusan syura dan akan dibebelkan keputusan terdahulu pimpinan PAS dan keajaibannya. Padahal kesilapan nyata seperti bersetuju dengan pencalonan Ibrahim Ali di Pasir Mas, menyokong Tuan Haji Zaid Ibrahim (penentang Hudud) sebagai calon pilihanraya parlimen Hulu Selangor dan pelbagai lagi keputusan "bijak" pimpinan parti yang kononnya berteraskan ugama ini disorok di bawah karpet.
29. Jadilah parti ini seperti ‘Maharaja dengan baju baru’. Pengampu dan pembodek terus berkata, baju Tuan Guru yang paling cantik, tetapi sebenarnya rakyat tahu mereka hanya bertelanjang, memperbodohkan diri dan menjual maruah agama dan negara.
30. Anwar tidak perlu risau, kerana segala maksiat dan salah laku Anwar akan diampunkan dan difatwakan halal oleh PAS selagi mana PAS meletakkan kerakusan kuasa melebihi agama.
Arahan hukuman rejam terhadap penzina terdapat dalam kitab Taurat dan Injil tetapi tidak terdapat dalam al-Quran. Sila rujuk hadith-hadith mengenai pelaksanaan hukuman rejam terhadap penzina Bani Israel di Madinah mengikut kitab Taurat mereka - mungkin Hilal Asyraf dapat mengesahkan fakta ini
1. Saya ucap berbanyak terima kasih kepada adik Hilal Asyraf (mungkin cucu lebih tepat kerana saya sudah mencecah 87 tahun Masehi – iaitu 90 tahun mengikut Hijrah) kerana membuat teguran terhadap ucapan saya di UNIMAS baru-baru ini.
2. Sebelum saya menjelaskan maksud saya di dalam ucapan itu, saya harap adik Asyraf dapat menjawab secara ringkas (Ya atau Tidak) beberapa soalan yang ingin saya tanya kepada adik.
3. Soalan :
i) Punca ajaran agama Islam ialah Al-Quran, Hadith, fatwa, ajaran ulama’-ulama’ dan guru-guru agama. Diantara punca-punca ini yang mana satukah yang diutamakan?
ii) Sekiranya terdapat perlanggaran atau percanggahan antara hadith, fatwa, pendapat ulama’ dan guru-guru agama dengan apa yang terdapat dalam Al-Quran, apakah kita harus tolak Al-Quran (terutama ayat-ayat yang jelas) dan terima hadith, fatwa dan lain-lain?
iii) Ada pihak yang mendakwa bahawa Al-Bukhari telah mengkaji sebanyak 600,000 hadith tetapi menerima hanya 7000 sebagai sahih.
iv) Apakah kesahihan hadith-hadith ini semuanya sama dengan sahih pengkaji hadith lain termasuk Muslim, Tarmizi dan lain-lain. Apakah kita harus tolak kajian-kajian lain dari Bukhari?
v) Apakah ingatan manusia lebih tepat dan kekal dari catitan, seperti wahyu dari Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. dicatit, kemudian dibukukan sebagai Al-Quran.
vi) Bukhari membuat kajian hadithnya 200 tahun selepas wafat Nabi. Apakah orang pertama yang melihat atau mendengar Nabi bersabda mencatat apa yang dilihat dan didengar dan catitan ini disimpan sehingga Bukhari mengkajinya? Atau apakah Bukhari bergantung kepada riwayat yang diperturunkan melalui beberapa generasi sehingga sampai kepada Al-Bukhari?
(Di sini jangan mula cap saya sebagai anti-hadith. Saya pegang kuat kepada hadith asalkan ia tidak berbeza, bercanggah dan menafi ayat-ayat Al-Quran. Saya sedar saya tak mungkin tahu bagaimana sembahyang jika saya pegang semata-mata kepada ayat-ayat dalam Al-Quran. Menuduh seseorang itu anti-hadith seperti menuduh seseorang itu kafir adalah cara mereka yang tidak dapat pertahan kefahaman dan pendapat mereka).
vii) Tuhan menjadikan manusia berbeza dengan haiwan kerana manusia diberi akal fikiran. Apakah agama Islam melarang manusia dari mengguna akal dan berfikir?
Saya menunggu jawapan daripada adik Hilal Asyraf supaya dapat saya betulkan diri saya.
Bila Mantan Perdana Menteri Berbicara Berkenaan Hudud.
Assalamu’alaikum Wa Rahmatullahi Wa Barokatuh.
Alhamdulillah, pada hari ini saya telah menulis status berkenaan mantan perdana menteri yang kita kasihi, apabila dia berkata berkenaan Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah, dan bukannya datang daripada Al-Quran.
Apa yang suka saya ketengahkan di dalam isu ini adalah kenyataannya – Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah. Tiada daripada Al-Quran.
Maka, saya rasa sangat kelakar, untuk seorang mantan perdana menteri yang memerintah sebuah negara ‘Islam’ untuk jangka masa lebih dua dekad, bahkan masih hidup hingga ke hari ini, untuk mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa.
Kita ketepikan dahulu persoalan ‘Bagaimana Sepatutnya Hudud Dilaksanakan’. Sebab nampaknya, persoalan ‘Apakah Hudud Itu Daripada Allah’ pun tidak diketahui rupanya.
Tiada Di Dalam Al-Quran? Tiada Di Dalam Hadith? Rekaan?
Saya hanya seorang pelajar Usuluddin, tahun akhir, di University of Yarmouk, Irbid, Jordan. Saya tidak mendalami syariah(peraturan) Islam sebagaimana pelajar Fiqh. Saya hanya ‘budak Usul’, atau ‘budak akar’ di dalam bidang agama ini. Justeru, saya belajar akan Aqidah, Tafsir Al-Quran, dan Hadith.
Sebab itu, saya mahu bahaskan tentang “Apakah benar Hukum Hudud itu rekaan ulama’ Fiqah?”. Saya tidak layak untuk membahaskan “Bagaimana Melaksanakan Hukum Hudud.” Semestinya, saya serahkan yang itu kepada yang lebih arif. KERANA SAYA TIDAK TAHU. Saya ulang, kerana saya tidak tahu. Apa yang saya tidak tahu, saya tak akan pandai-pandai sentuh.
Maka, di sini buktinya bahawa Hukum Hudud itu wujud di dalam Al-Quran dan Hadith, bukannya rekaan Ulama’.
Ini hukum mencuri:
“Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.” Surah Al-Maidah ayat 38. Ini dalil hukum hudud untuk mencuri. Jelas, ini adalah Al-Quran.
Diriwayatkan pula di dalam Sohih Bukhari Hadith no 1516 Jilid 3:
Dari Aisyah r.a., Orang Quraisy merasa tidak senang akan hukuman yang dijatuhkan kepada seorang perempuan suku Makhzum mencuri. Mereka berkata: “Siapakah yang boleh menyampaikan kepada Rasulullah s.a.w. supaya perempuan itu dibebaskan saja?” Kata mereka: “Siapakah yang berani selain Usamah bin Zaid, kesayangan Rasulullah s.a.w.!” Usamah lalu menyampaikannya kepada beliau. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Mengapa engkau memberikan pertolongan untuk membebaskan seseorang dari had (hukum) Allah?” Kemudian beliau berdiri lalu berpidato, sebagai berikut: “Orang-orang yang sebelum kamu dibinasakan, kerana kalau orang yang terhormat (mulia) mencuri, mereka biarkan saja. Tetapi kalau yang mencuri itu orang lemah, mereka jatuhi hukuman. Demi Tuhan! Kalau sekiranya Fatimah binti Muhammad mencuri, saya potong juga tangannya!”
Kemudian hukum zina pula:
“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum ugama Allah, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang beriman.” Surah An-Nur ayat 2.
Hukum Rejam untuk penzina yang telah berkahwin:
“Dari Jabir bin Abdullah Al-Ansar RA, bahawa seorang lelaki dari Aslam datang kepada Rasulullah SAW dan menyatakan bahawa dia telah berzina. Pengakuan ini diucapkannya empat kali. Lalu Rasulullah SAW menyuruh supaya orang itu direjam. Sesungguhnya dia telah berkahwin.” Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, no 1817, Jilid 4, Bab Zina.
Jelas, sekali lagi, hukum ini daripada Al-Quran dan Hadith.
Kemudian hukum murtad pula:
“Sesiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.” Hadith Riwayat Bukhari di dalam Sohihnya, Hadith no 6922. Jelas, ini adalah hadith yang sohih.
Kemudian hukum Qazaf(menuduh orang lain berzina):“Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik” Surah An-Nur ayat 4.
Sekali lagi, jelas, ini adalah daripada Al-Quran. Daripada Hadith yang Sohih.
Justeru, amatlah dangkal untuk seseorang itu sebenarnya menyatakan Hukum Hudud Adalah Rekaan Ahli Fiqah dan bukannya daripada Al-Quran.
Hukum Hudud Tidak Adil. Merugikan Orang Islam.
Dinyatakan juga oleh Mantan Perdana Menteri tersebut bahawa, Hukum Hudud ini tidak adil. Dia berulang kali menyebut bahawa Islam menekankan keadilan. Kononnya Al-Quran sendiri menyatakan akan keadilan. Hukum dengan adil. Seakan-akan, melaksanakan hudud bukan satu keadilan, bahkan merugikan orang Islam.
Katanya, kalau orang Islam kena potong tangan, dan orang bukan Islam tak kena potong tangan, bukankah itu tidak adil dan merugikan?
Sebenarnya, dari segi perlaksanaan Hukum Hudud, perlaksanaannya adalah sangat ketat. Bukan semua kecurian dihukum dengan hukuman potong tangan. Perkara ini, pelajar yang mendalami Fiqah lebih arif.
Dan sebenarnya, amatlah saya terkilan dengan kenyataan Mantan Perdana Menteri kita itu. Kerana, seakan-akan, bangsa Melayu, orang islam ini kaki mencuri pula. Bukankah kita adalah bangsa yang disematkan adab dan sopan, dan mencuri bukanlah perkara kebiasaan di dalam adat kita sendiri (atau sebenarnya iya?). Maka mengapa perlu takut sebenarnya akan hukum ini? Ramai orang Islam akan ketiadaan tangan? Pada saya itu alasan yang sangat dangkal.
Dr Asri Zainal Abidin adalah antara ulama’ yang saya suka penjelasannya akan perlaksanaan hudud. Boleh rujuk kepada video-video beliau. Saya second apa-apa sahaja fatwa beliau berkenaan hudud.
Setakat ilmu saya, perlaksanaan hududlah yang paling adil sekali dalam peraturan dunia. Semestinya kerana Allah SWT yang memberikan hukum ini kepada kita adalah Yang Maha Adil. Kerana itu hukumNya juga adalah adil. Bahkan, pada hemat saya, dengan melaksanakan hukum ini, Ummat Islam akan menjadi Ummat yang paling layak dicontohi kerana disiplin dan ketelusan mereka. Yang menjadikan kita takut dengan Hudud ini adalah daripada penerangan yang salah, dan dimomokkan pula dengan perlaksanaannya yang dikatakan barbarik, ganas, tidak berperasaan. Tidak. Hakikatnya tidak.
Apa-apa hal pun, untuk lebih detail berkenaan BAGAIMANA HUKUM HUDUD ITU PERLU DILAKSANAKAN, saya serahkan kepada rakan-rakan saya dalam bidang syariah untuk menjelaskannya. Jelas, Dr Asri Zainal Abidin banyak membahaskannya.
Penutup: Saya Tidak Perlu Menjadi Pembangkang atau Perdana Menteri Untuk Memberikan Teguran Ini.
Saya tidak perlu menjadi Pembangkang untuk menegur Mantan Perdana Menteri ini sambil menjelaskan pula perkara ini di khalayak ramai. Pada saya, ulama’-ulama’ Kerajaan perlu bertegas memberikan penjelasan akan hal ini.
Saya juga tidak perlu menjadi Perdana Menteri, untuk membetulkan statement – Hukum Hudud adalah rekaan Ahli Fiqah dan bukan daripada Al-Quran.
Kalau semua orang perlu menjadi Perdana Menteri baru boleh tegur Perdana Menteri atau Mantan Perdana Menteri, maka dalam sejarah Malaysia ini tinggal 3 orang sahaja yang layak memberikan teguran.
Dan, memandangkan saya adalah pelajar Usuluddin yang mendalami Aqidah, suka saya menekankan satu perkara penting di sini: ”Menolak apa-apa sahaja daripada Al-Quran, hukumnya adalah kafir.” Sebenarnyalah.
“Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu); dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia); dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang kafir. “ Surah Al-Maidah ayat 44.
“Dan kami telah tetapkan atas mereka di dalam kitab Taurat itu, bahawa jiwa dibalas dengan jiwa, dan mata dibalas dengan mata, dan hidung dibalas dengan hidung, dan telinga dibalas dengan telinga, dan gigi dibalas dengan gigi, dan luka-luka hendaklah dibalas (seimbang). Tetapi sesiapa yang melepaskan hak membalasnya, maka menjadilah ia penebus dosa baginya; dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim.” Surah Al-Maidah ayat 45.
“Dan hendaklah engkau menjalankan hukum di antara mereka dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah dan janganlah engkau menurut kehendak hawa nafsu mereka, dan berjaga-jagalah supaya mereka tidak memesongkanmu dari sesuatu hukum yang telah diturunkan oleh Allah kepadamu. Kemudian jika mereka berpaling (enggan menerima hukum Allah itu), maka ketahuilah, hanyasanya Allah mahu menyeksa mereka dengan sebab setengah dari dosa-dosa mereka; dan sesungguhnya kebanyakan dari umat manusia itu adalah orang-orang yang fasik.” Surah Al-Maidah ayat 49.
Saya dididik oleh guru Aqidah saya, Dr Ala’ Hilat, untuk tidak menghukum orang lain kafir. Saya tidak sesekali menyatakan Mantan Perdana Menteri kita itu kafir. Tetapi saya mahu tegaskan bahawa, menolak apa-apa daripada Al-Quran, adalah kafir. Guru saya kata, jika kita nampak orang sujud kepada pokok, katakanlah mungkin dia tidak tahu. Kemudian perjelaskanlah.
Maka saya menganggap, Mantan Perdana Menteri saya, sepanjang 22 tahun dia memerintah dan sehingga kini dia hidup, tiada siapa menjelaskan hal ini kepadanya. Dia TIDAK TAHU.
Maka saya jelaskan di sini secara ringkas.
Saya juga ingin menegaskan bahawa, sekiranya kita bukan AHLI di dalam bidang agama, maka janganlah bicara sembarangan. Bertanyalah jika benar tidak mengetahui. Mintalah penjelasan. Apatah lagi sekiranya kita seorang public figure yang mempunyai ramai pengikut fanatik yang mengikut kita dengan membuta tuli, dan sanggup mempertahankan kita walau apa yang kita sebut itu salah.
Sampai di sini sahaja nota do’if saya.
Mantan Perdana Menteri saya berbicara akan hal ini di khalayak ramai. Maka di sini nota ini saya persembahkan di khalayak ramai.
Sesiapa mahu sokong pendapat Mantan Perdana Menteri kita itu, boleh fikir 10 kali lepas baca nota ini.
Saya mahu kata di sini bahawa, sesiapa yang mampu sampaikan nota ini kepada Mantan Perdana Menteri saya itu, dia patut sampaikan.Saya tak tahu cara mana saya boleh sampaikan biar betul-betul sampai kepada dia.Sekian.
~ Seorang hamba,
Hilal Asyraf
http://langitilahi.com
Kenyataan Tun Dr. Mahathir mengenai Hudud
Ini adalah berdasarkan pemahaman saya terhadap kenaytaan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini. Sekiranya pemahaman ini adalah sama dengan apa yang cuba disampaikan oleh Tun Dr. Mahathir, saya berpendapat ianya tidak salah. Cuma mungkin boleh membawa kepada kekeliruan sekiranya tidak difahami dan dijelaskan dengan betul.
1. Berkenaan dengan kenyataan Tun Dr. Mahathir baru-baru ini, terdapat 3 perkara utama :-
Pertama : Hukum hudud tidak ada dalam Al-Quran
Kedua : Hukum hudud adalah rekaan ahli feqah
Ketiga : Undang-undang hudud yg direka ini (merujuk kpd hudud pas) tidak adil
Perkara pertama dan kedua adalah berkait. :-
Perkara pertama
2. Bagi saya apa yang dimaksudkan oleh Tun Dr. Mahathir adalah, perkataan hukum hudud yang merujuk kepada jenayah seperti mencuri, berzina dan lain-lain tidak disebut dalam Al-Quran. Tun tidak mengatakan bahawa hukuman untuk mencuri tidak ada, tetapi penggunaan perkataan hukum hudud yang merujuk kepada jenayah tersebut tidak ada dalam Al-Quran.
3. Dalam Al-Quran, perkataan hudud disebut sebanyak 14 kali. Sila rujuk dalam posting sebelum ini (Klik) untuk penciriannya.
4. Dalam kesemua ayat yang mana Allah menyebut perkataan hudud ini, tiada satupun yang merujuk kepada jenayah seperti mencuri, berzina dan lain-lain.
5. Inilah yang dimaksudkan apabila hukum hudud ini tidak disebut dalam Al-Quran. hukuman untuk mereka yang mencuri, berzina dll ada dalam Al-Quran, tetapi perkataan hudud tidak disebut dalam ayat-ayat mengenainya.
Perkara kedua
6. Apabila Tun mengatakan bahawa hukum hudud ini direka oleh ahli feqah, ianya bermaksud hukum hudud ataupun kanun jenayah shariah ini digubal atau direkebentuk oleh ahli feqah. Ini bukan bermakna hukuman-hukuman dalam kanun jenayah seperti hukuman potong tangan dan sebat 100 kali itu direka oleh ahli feqah tetapi ianya adalah satu bentuk penggubalan atau kompilasi oleh ahli-ahli feqah yang diambil daripada Alquran dan hadith maka terbentuklah apa yang disebut oleh kita sebagai hukum hudud.
7. Sebagai contoh, dalam kanun jenayah syariah atau hukum hudud ada dimasukkan hukuman rejam tetapi hukuman rejam tidak ada di dalam Al-Quran. Hukuman rejam adalah dari hadith. Maksudnya dalam pembentukan atau penggubalan hukum hudud ini ianya bukan diambil dari AL-Quran semata-mata tetapi juga dari hadith. Oleh itu, hukum yang dipanggil hudud ini digubal atau direkabentuk atau dalam perkataan Tun direka oleh Ahli Feqah.
8. Ini yang dimaksudkan oleh Tun bahawa hukum hudud ini direka oleh ahli feqah. ianya merujuk kepada penggubalan undang-undang yang dipanggil hukum hudud oleh ahli feqah yang diambil dari Al-Quran dan Hadith dan dijadikan satu dokumen undang-undang yang dipanggil hukum hudud.
9. Sebagai contoh atau analogi. Hadi Awang mengatakan bahawa negara islam tidak ada di dalam Al-Quran. kenyataan Hadi Awang ini merujuk kepada perkataan negara islam tidak disebut di dalam Al-Quran. Tetapi didalam Al-Quran ada diterangkan konsep-konsep kenegaraan, pentadbiran dalam islam, sistem ekonomi islam dan pelbagai cabang-cabang yang boleh dikkumpulkan untuk menjadi satu rangka konsep negara islam.
10. Samalah juga kalau saya katakan bahawa Negara Islam adalah direkabentuk atau digubal oleh ahli Feqah berdasarkan kepada Al-Quran dan Hadith. Negara Islam tidak disebut dalam AL-Quran, ianya dirangka oleh ahli feqah yang menggabungkan kesemua unsur yang disebut dalam Al-Quran dan Hadith. Samalah dengan hukum hudud dalam kanun jenayah syariah yang disebut oleh Tun Dr. Mahathir.
11. Dalam kenyataan Tun juga sebenarnya, Tun menyebut mengenai hukuman-hukuman dalam AL-Quran seperti mencuri dipotong tangan, berzina disebat 100 kali yang mana menunjukkan Tun mengakui akan kewujudan hukuman tersebut dalam Al-Quran. Apa yang Tun persoalkan adalah, dalam penggubalan undang-undang hudud oleh PAS, PAS tidak bersikap adil apabila membezakan bentuk hukuman diantara orang islam dan bukan islam. Sepatutnya, kalau orang islam mencuri hukumannya potong tangan maka kalau orang bukan islam mencuri hukumannya juga mestilah potong tangan. Ini membawa kepada perkara ketiga yang disebut oleh Tun.
Perkara Ketiga
12. Perkara ini Tun merujuk kepada konsep keadilan. Tun mengakui hukuman yang ditulis dalam Al-Quran seperti memotong tangan dan sebagainya, tetapi yang dipersoalkan adalah undang-undang ini perlu digunakan keatas seluruh rakyat tanpa mengira agama.
13. Dalam hudud PAS, ia mengatakan bahawa undang-undang hudud PAS ini hanya terpakai kepada umat islam. bagi orang kafir, mereka tidak perlu mengikut undang-undang hudud dan boleh mengikut undang-undang sivil. Disinilah berlaku ketidak adilan. Bagaimana boleh satu jenayah yang sama dilakukan oleh dua orang yang berbeza dari segi agama dihukum dengan dua bentuk hukuman yang berbeza. Ini dinamakan tidak adil dan kita tahu bahawa keadilan amat penting dalam islam.
Ramai di kalangan rakyat Malaysia tertipu dengan sandiwara yang dimainkan oleh Hj Hoslan Bin Hj Hussain setelah beliau membuat kegemparan dengan membaling kedua-dua seliparnya kepada ketiga-tiga Hakim yang mengendalikan kesnya.
Siapa dia Hoslan Hussein yang sebenarnya yang dianggap oleh beberapa pihak terutamanya dari parti pembangkang sebagai seorang "hero" yang menegakkan keadilan. Maka pihak masjid terpaksa menjawab segala tohmahan yang dilemparkan oleh Hoslan Husain bagi menjaga nama baik Masjid Ar-Rahimah Kg Pandan yang sudah dicalarkan oleh manusia durjana ini dengan menjaja-jaja keburukan pihak masjid.
Hoslan Hussain berasal dari Perak tetapi sudah lama menetap di Kg Pandan. Ayahnya Hj Hussain Bin Hj Abu Bakar, seorang yg. sering berulang-alik berjemaah di Masjid Ar-Rahimah. Disebabkan kekerapan Hj Hussain berjemaah di masjid, maka beliau sering membantu untuk melaungkan azan di kala tidak ada Muazzin di Masjid. Akhirnya Hj Hussain memohon jawatan sebagai Bilal. Dalam pada itu juga, Hj Hussain akan menjadi Imam jika sewaktu itu Imam Masjid mempunyai keuzuran dan tidak dapat hadir. Peluang ini juga diambil oleh Hj. Hussain (bapa Hoslan) untuk memohon pula jawatan sebagai Imam, maka dijadikan sebagai Imam Kariah atau dipanggil juga Imam Rakyat. Imam Kariah hanya boleh menjadi Imam untuk Solat Fardhu biasa dan beliau tidak berkelayakan untuk membaca khutbah Juma'at dan menjadi Imam untuk Solat Jumaat.
Sementara bagi Hoslan Hussain pula, beliau sebelum ini dikenali sebagai "Mat Rempit" di Kg. Pandan. Disebabkan Hoslan begitu aktif dengan parti pembangkang yang disertainya, maka Hoslan begitu teruja apabila melihat beberapa rakan-rakannya pergi menunaikan fardhu haji. Hoslan yang bekerja di Jabatan Alam Sekitar, akhirnya dapat mengumpulkan duit untuk menunaikan fardhu haji. Bermula dari balik hajilah, Hoslan mengubah penampilannya dengan hanya memakai jubah dan berserban walau ke mana sahaja dia pergi. Hoslan mengikuti jejak ayahnya Hj Hussain, berjemaah di Masjid Ar-Rahimah yang hanya terletak beberapa meter sahaja dari kediamannya di rumah setinggan Kg Pandan.
Pada satu Juma'at tahun 2005, Pengerusi Masjid mengumumkan bahawa masjid sedang mencari seorang Muazzin bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Hj Hussain meminta agar anaknya Hoslan memohon jawatan tersebut, maka disebabkan Hoslan sering berada di masjid, permohonannya diterima. Maka bermulalah karier Hj Hoslan sebagai Muazzin dan beliau memohon agar dapat menduduki kuarters yang disediakan oleh masjid untuk kakitangan masjid. Sejak dari memegang jawatan Muazzinlah, Hoslan begitu merasa bangga dengan jawatannya apatah lagi adakalanya beliau menjadi Imam bagi mengganti keuzuran Imam yang lain. Hoslan cuba juga memohon jawatan sebagai Imam tetapi permohonannya ditolak disebabkan beliau tidak mempunyai latar belakang pendidikan agama. Difahamkan daripada Hoslan sendiri, beliau hanyalah belajar membaca Al-Quran daripada seorang Imam yang bernama Hj Salleh.(Allahyarham)
SebagAimana lazimnya seperti juga yang terjadi di masjid-masjid yang lain, Ahli Jawatankuasa Masjid sering tidak sefahaman di antara satu sama lain dalam beberapa isu. Ketidaksefahaman mereka ini disebabkan mereka berpuak-puak dalam menjalankan sesuatu program dan bermulalah episod tuduh menuduh beberapa isu di antara mereka. Perkara ini akhirnya sampai ke pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan di mana akhirnya kesemua AJK dibubarkan dan JAWI sendiri mengambil alih pentadbiran masjid pada tahun 2006-2009. Untuk itu, pihak JAWI menghantar seorang Ketua Imam bernama Fathul Amin bagi mentadbir masjid dalam beberapa hal. Namun begitu Fathul Amin gagal dalam menjalankan tanggung-jawabnya dan sering sahaja tidak berada di masjid, maka pihak JAWI menghantar pula seorang pembantu, Ustaz Asri yang sebelum ini bertugas di masjid Alam Shah Jalan Pasar, K.L. Kelemahan yang terdapat pada Fathul Amin, membuatkan Hoslan mengambil kesempatan untuk memohon jawatan sebagai Imam Rawatib apatah lagi Hoslan seringkali menjadi "cover-up" untuk Fathul Amin. Dengan kuasa perlantikan yang ada kepada Fathul Amin, maka Hoslan pun berjaya mendapatkan jawatan yang diidam-idamkan sebagai Imam Rawattib.
Masalah disiplin Fathul Amin, Ketua Imam akhirnya sampai ke pengetahuan pihak JAWI dan akhirnya Fathul Amin ditukarkan ke Masjid Sg. Penchala dan tempatnya diganti oleh Ustaz Asri (pembantunya sebelum ini). Namun Fathul Amin tetap tidak berubah dan akhirnya JAWI terpaksa menamatkan perkhidmatannya sebagai Imam di Masjid Sg Penchala.
Ketua Imam yang baru, Ustaz Asri (kini bertugas di Masjid Besi Putrajaya), seorang yang begitu tegas dalam menjalankan amanahnya. Sedikit demi sedikit, masalah yang ditimbulkan oleh petugas-petugas masjid diperbetulkan dan Ustaz Asri jugalah yang bertanggung-jawab menyediakan uniform untuk Imam-Imam sebagaimana yang dipakai oleh Imam-Imam masjid yang lain. Hoslan tidak senang dengan ketegasan Ustaz Asri kerana Hoslan sering ditegur kerana selalu ponteng tugas (di cover oleh ayahnya), dan selalu melarikan diri setiap program yang dianjurkan oleh masjid. Hoslan juga ingkar agar diwajibkan semua Imam dan Bilal memakai pakaian rasmi sewaktu Solat Jumaat kerana Hoslan lebih suka dengan penampilannya.
Sewaktu Hoslan bertugas untuk membaca khutbah dan menjadi Imam Solat Juma'at, terdapat banyak rungutan daripada jemaah kerana bacaannya dalam Solat dari segi Tajwid tidak betul. Malah beberapa jemaah juga tidak senang apabila Hoslan dengan riak seolah-olah menunjuk-nunjuk menangis sewaktu membaca Khutbah. Daripada rungutan jamaah tersebutlah, maka pihak masjid mengambil keputusan untuk tidak membenarkan Hoslan membaca khutbah dan menjadi Imam bagi Solat Juma'at. Hoslan juga dinasihati agar mendalami ilmu Tajwid kerana masjid juga mengadakan pengajian Bertalaqi al-Quran bertajwid yang dibimbing oleh Ustaz Khalid Isa. Namun Hoslan tetap dengan pendiriannya untuk tidak belajar dengan berkata, bahawa beliau hanya menyerahkan bacaannya kepada Allah swt.
Masjid Ar-Rahimah sebagaimana lazimnya juga menjemput penceramah untuk menyampaikan Tazkirah Juma'at. Pada satu Juma'at sekitar tahun 2008, seorang Pegawai Jakim datang menyampaikan Tazkirahnya dan seterusnya menaiki mimbar untuk berkhutbah dan menjadi Imam Solat. Hal ini tidak disenangi oleh Hoslan yang akhirnya beliau sendiri naik ke atas mimbar untuk berkhutbah dan sudah tidak dapat dihalangi lagi. Sebelum itu, berlaku sedikit pertengkaran di dalam bilik Imam di mana Hoslan memanggil semua Imam kecuali ayahnya sebagai syaitan. Perbuatan Hoslan menaiki mimbar membuatkan pihak JAWI memanggil beliau untuk diberi kaunseling yang diketuai oleh Ustaz Syed Abdullah.
Hoslan yang menjadi Imam Rawatib ditawarkan rumah wakaf kepunyaan masjid tetapi di atas nasihat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, rumah tersebut tidak sesuai didiami kerana terlalu hampir dengan jalanraya. Maka pihak masjid mengarahkan Hoslan menduduki kuarters yg. terletak di dalam masjid di mana kuarters tersebut telah dikosongkan oleh Imam Zakaria@Zubir. Imam Zakaria sebagai pendaftar nikah, berpindah pula ke kuarters masjid yang lebih selesa kerana dikosong oleh Imam Zahid Ya'acob. Imam Zahid ditukarkan ke Masjid At-Tarmidzi Taman Sentosa Jln Kelang Lama yang baru siap dibina. Disebabkan tidak sabar untuk Hoslan menduduki kuarters yang berjiran dengan ayahnya, maka Hoslan memecah masuk kuarters tersebut tanpa memaklumkan kepada Ustaz Asri, Ketua Imam. Perbuatannya itu ditegur oleh Ustaz Asri dan Hoslan mula menaburkan fitnah dengan mengatakan Ustaz Asri datang ke rumahnya seperti gengster.
Penamatan jawatan Imam Hj Hoslan berlaku, apabila Hoslan sekali lagi bertindak menaiki mimbar untuk berkhutbah walaupun dilarang. Kali ini Hoslan tidak memakai jubahnya dan berserban tetapi memakai baju Melayu sepasang, bersampin dan memakai songkok. Beberapa jemaah yang melihat Hoslan, ketawa dengan gelagat yang ditunjukkan oleh Hoslan. Maka sekali lagi pihak JAWI memanggilnya dan terpaksa menamatkan perkhidmatannya setelah diberi nasihat, kaunseling dan amaran berkali-kali. Dengan itu Hoslan juga diminta agar mengosongkan kuarters yang didiaminya kerana ia untuk digunakan juga oleh pegawai-pegawai masjid yang hanya menumpang di kuarters2 pegawai yang lain. Hoslan tetap berkeras tidak mahu pindah walaupun pihak masjid dengan begitu baik memohon untuknya Pangsapuri PPRT di Jalan Chocrane. Kedegilan Hoslan membuatkan pihak masjid terpaksa memotong bekalan api dan air di kuarters tersebut, namun Hoslan bertindak pula menyambung getah dengan mengambil air dari pili masjid, sementara bekalan elektrik diambil dari rumah ayahnya dengan menyambung wayar.
Akhirnya pihak masjid tidak ada pilihan selain daripada mengambil tindakan mahkamah ke atas Hoslan dan bermulalah kes Hoslan di mahkamah. Hoslan juga sering membuat kacau di mana pada satu Juma'at, Khatib sedang membacakan khutbah melarang umat Islam menyertai Perhimpunan Bersih, maka Hoslan terus membuka jubahnya dengan mempamerkan baju Bersih yang ada di dalam jubahnya. Disebabkan perbuatnnya itulah, pihak polis terpaksa menahan beliau dan menyiasat kegiatannya.
Hoslan yang cuba merayu dengan membangkitkan beberapa isu yang tidak berkaitan, membuatkan Hakim terpaksa menolak rayuannya. Sebagaimana sikapnya yang keras hati, itulah yang ditunjukkannya kepada semua masyarakat sehingga sanggup membaling kedua-dua seliparnya ke arah ketiga-tiga Hakim. Kemudian sebagaimana lazimnya, Hoslan akan menjaja-jaja kepada umum sambil mempamerkan kewarakkannya untuk meraih simpati tentang keburukan mahkamah pula. Akhirnya di atas kebijaksanaan Hakim-Hakim, maka Hoslan terpaksa didiamkan dan dipenjara selama setahun di atas perbuatannya yang keterlaluan menghina Instituti Kehakiman.
Buat pengetahuan umum, bapanya Hj Hussain juga ditamatkan perkhidmatannya sebagai Imam Kariah kerana faktor usia (76 tahun). Ini memandangkan pihak JAWI mengambil berat dari segi bacaan dan lain-lainnya. Namun begitu pihak JAWI dan masjid, begitu bermurah hati memeberi keizinan untuk ayahnya terus menduduki kuarters masjid disebabkan beliau tidak mempunyai kediaman yang tetap.
Kami berharap, dengan pendedahan ini akan membuka mata semua masyarakat tentang perkara yang sebenarnya berlaku. Hoslan dipecat di atas perangai buruknya sendiri dan pemecatan dilakukan oleh pihak JAWI dan tidak ada unsur-unsur keterlibatan orang-orang politik seperti yang dijaja-jaja olehnya.
The video you ALL have been waiting for. Dont worry. No sexual acts in this video. This is the video where Anwar Ibrahim just came out fro...
myfriends
Search Article In This Blog
selamat datang ke blog mulutmelayu-realiti
Terima kasih jua kepada bloggers(*) yang sudi melinkkan blog ini kepada blog mereka. Harap dapat dimaklumkan jika blog BPN anda itu belum lagi dilinkkan di blog ini
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.