Malah, beliau yang bertugas semasa majlis Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong Ke-XIV, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara berkata, ada beberapa saksi lain boleh mengesahkan kejadian tersebut berlaku.
Bagaimanapun, beliau enggan mengulas panjang.
“Apa yang berlaku adalah benar dan saya ada beberapa saksi lain yang turut mendengar dengan jelas segala tutur kata beberapa pemimpin pembangkang yang dimaksudkan dan pendedahan ini demi kebenaran.
“Selebihnya saya tidak boleh ulas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam laman sosial facebook semalam, Dr Rahman menzahirkan rasa kecewa terhadap tingkah laku biadap beberapa pemimpin pembangkang yang mengejek dan mempersendakan bentuk badan pemimpin kerajaan dan raja-raja Melayu.
Dakwa beliau, ejekan itu bermula semasa Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memasuki Balairong Seri dan ia berterusan kepada yang Dipertuan Negeri dan Raja-raja Melayu.
“Mereka mentertawakan penampilan dan fizikal beberapa sultan. Saya tidak tergamak hendak menulis di sini kerana ia seperti menghina baginda semua”, kata Dr Rahman sebagaimana dipetik dari akaun facebooknya.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Hulu Selangor, P Kamalanathan yang kebetulan berada di belakang salah seorang pemimpin pembangkang pada majlis itu mengesahkan pendedahan Dr Rahman benar.
Katanya, beliau dapat dengar dengan jelas ejekan yang dilemparkan kerana jarak kedudukan yang hampir antara mereka dan mengakui tidak selesa dengan keadaan itu tetapi terpaksa berdiam diri demi menghormati majlis.
“Saya tidak mengenali Dr Rahman, tetapi beliau ada menyebut nama saya dalam pendedahannya kerana kedudukan saya hampir dengan pemimpin pembangkang, perbuatan itu memang berlaku dan saya mendengarnya,”, kata beliau – Utusan
Oleh : www.anwaraidc.com
Siapa Dr. Rahman Kadir ? Klik dan Baca di sini
Siapa Azmin Ali? Klik dan Baca di sini