Tindakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) menurunkan calon tangkap muat sehingga terdapat sebilangannya mengagungkan pejuang revolusi komunis dalam mendukung perjuangan mereka adalah satu perkara besar dan berbahaya yang perlu diberi perhatian serius.
Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya berkata, ini kerana fahaman komunis adalah bertentangan dengan Islam kerana tidak percayakan tuhan dan adalah sesuatu yang tidak dapat dibayangkan golongan ini dicalonkan dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).
"Ada satu pihak bertempik marah berebut kerusi, antara sebab kerana dalam geng dia (pembangkang) ada calon-calon dari kalangan mereka bawa bendera Stalin dan Lenin (Joseph Stalin) dan Vladamir Lenin, pejuang (revolusi komunis di Rusia).
"Terkejut kita bila geng-geng serban bawa calon parti komunis. Takkan kita nak ikut orang yang macam ini. Ini soal akidah, babitkan (ideologi) komunis yang tidak beriman kepada tuhan. Ini benda besar bukan kecil.
"Tiba-tiba mereka yang kononnya memperjuangkan akidah boleh benarkan geng komunis masuk dalam geng mereka," katanya ketika berucap pada Ceramah Perdana di Sungai Terap, dekat sini, malam tadi.
Sabtu lalu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam ceramahnya di Kampung Tebakang, Alor Limbat, di Marang, Terengganu mendedahkan sebab Pas bertanding di beberapa kawasan yang turut ditandingi PKR kerana pihaknya tidak boleh menerima calon-calon itu.
Abdul Hadi berkata, pihaknya mendapat maklumat terdapat calon-calon itu yang menjalankan kerja haram dengan menjual pil kuda selain mengagungkan Stalin dan Lenin serta turut memuja Karl Marx, pejuang revolusi komunis dari Jerman.
Untuk itu kata Abdul Hadi, Pas meletakkan calonnya di kawasan yang ditandingi calon-calon PKR itu bertujuan menyelamatkan parti tersebut dan pakatan pembangkang daripada anasir 'syaitan'.
UTUSAN ONLINE
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kenapa setanan boleh lantik kekasih awal dan akhir dia Shamsidar Taharin isteri Azmin memegang jawatan yg tinggi dalam Phileo Allied Bank ta...
-
Ummi Hafilda (adik Azmin Ali) menulis dalam blognya:- "Aku masih teringat, masa bagi keterangan di Bukit Aman, ramailah yang dipang...
-
1. Apakah itu GST (Goods Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan)? GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepad...
-
Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina...
-
OK bleh click di sini untuk menonton semula Video Pelacur China Doll - Bahagian 2 Rujuk juga : Video Pelacur China Doll - Bahagian 1 ...
-
Arahan hukuman rejam terhadap penzina terdapat dalam kitab Taurat dan Injil tetapi tidak terdapat dalam al-Quran. Sila rujuk hadith-hadith m...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Memandangkan saya ada menerima pm drp beberapa sahabat yg memohon saya menyiarkan coretan i...
-
L ihat gambar di sebelah...kalau tak silap yang duk mencium Anwar sampai tertutup mata Anwar (pasal stim dan syok leeee) adalah salah seora...
-
1. The original version is about 22 minutes, in high definition, in proprietary i-catch format , converted to general format for playback...
-
The video you ALL have been waiting for. Dont worry. No sexual acts in this video. This is the video where Anwar Ibrahim just came out fro...
No comments:
Post a Comment