Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, April 26, 2013

Satu pengorbanan dalam perjuangan...



Calon Barisan Nasional (BN) yang gagal untuk mencalonkan diri untuk kerusi Parlimen Pasir Mas dalam Pilihan Raya 2013, Che Johan Che Pa telah diraikan seperti wira oleh rakan-rakan Umno apabila beliau pulang dari pendengaran lembaga disiplin parti semalam. Di antara yang menyambut kepulangannya adalah Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali yang berhadapan dengan calon PAS Nik Abduh Nik Abdul Aziz satu lawan satu selepas Che Johan gagal untuk memfailkan penamaan calon pada Sabtu.

“Beliau sanggup korbankan dirinya untuk memberi peluang untuk pejuang Melayu ... Beliau patut diberi tepukan gemuruh,” kata Ketua Umno Bahagian Pasir Mas Datuk Hanafi Mamat dalam satu perhimpunan di sini, sebahagian daripada kempen parti menjelang pilihan raya 5 Mei. Hadirin, campuran penyokong Umno dan Ibrahim, memberikan Che Johan sorakan besar apabila tiba gilirannya untuk memberikan ucapan. “Ambo kata soal ini bukan soal kena beli, kena pujuk, bukan soal arahan mana-mana pihak. Ini soal pengorbanan dan perjuangan,” kata Che Johan kepada hadirin, menerangkan tentang apa yang beliau beritahu kepada lembaga disiplin Umno semalam.

Beliau enggan memberitahu hukuman di atas tindakannya dan membiarkan Umno mendedahkannya tidak lama lagi. Parti tersebut telah memecat 61 orang ahli yang bertanding sebagai calon bebas dalam pilihan raya umum akan datang. Sumber dalaman Umno mengatakan Che Johan mungkin hanya digantung berbanding dipecat kerana beliau tidak bertanding sebagai calon bebas seperti Naib Ketua Wanita Umno Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri Datuk Seri Mohd Shariff Omar.

Majlis malam tadi diadakan di Pasir Mas untuk memulakan secara rasmi kerjasama di antara jentera Umno dan jentera Ibrahim dengan kehadiran lebih kurang 600 orang. Apabila Ibrahim mengambil alih pentas, beliau disambut dengan sorakan dan pekerja kempennya mengagih-agihkan lencana yang tertera wajahnya dan logo bunga raya tertulis “Mesti menang demi rakyat”.

Beliau menyelar PAS kerana meletakkan orang luar Nik Abduh sebagai calon di Pasir Mas, menggelar anak kepada Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz sebagai “kereta yang diimport dari Pulau Melaka” dan dirinya sebagai “kereta tempatan”. “Dia ibarat kereta enjin dah rosak. Tok Him nampak buruk, tapi enjin nombor satu,” terang presiden Perkasa itu. “Ambo bukan nak lawan Nik Abduh. Ambo bawa harapan dan impian rakyat nakkan Kelantan tersohor."

Ibrahim menggelarkan dirinya sebagai anak didik Dr Mahathir. Menggelar dirinya sebagai anak didik penaung Perkasa dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ibrahim berikrar untuk meningkatkan infrastruktur kawasan yang beliau dakwa diabaikan oleh PAS. Beliau mahu memulakan industri pelancongan tempatan di Pasir Mas mencadangkan untuk dibuat muzium seperti Madame Tussauds di bandar itu. Madame Tussuads adalah salah satu tarikan utama pelancong di London, memaparkan patung lilin hidup selebriti terkenal dan tokoh.

Sebelum itu dalam ucapannya, Ibrahim memohon maaf kepada rakan-rakan Umno yang mana beliau mungkin pernah singgung dalam kempennya sebagai calon bebas. Beliau juga memberitahu kepada hadirin, termasuk sebahagian lelaki Cina yang berpakaian segak, imej ultra-Melayunya dan rasis disebabkan oleh kempen jahat Pakatan Rakyat (PR). Kempen di Pasir Mas dijangka naik momentumnya Ahad ini dengan Dr Mahathir dijangka hadir dalam satu perhimpunan menyokong Ibrahim yang akan diadakan di rumah Che Johan.

Sebelum ini spekulasi tersebar Ibrahim akan dilipih oleh Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak untuk mempertahankan kerusi Pasir Mas sebagai calon langsung. Sebelum itu Dr Mahathir juga pernah menggesa BN untuk memilih Ibrahim, mengatakan beliau akan berkempen untuk anak didiknya itu. Walau bagaimanapun, Ibrahim tidak disenaraikan tetapi BN Kelantan mengatakan pada Ahad mereka terbuka untuk membantunya melawan calon dari parti PAS.


Oleh : Azli Shukri

1 comment:

  1. Che Johan dapat durian runtuh dengan tidak membuat apa-apa. Macam cerita dapat AP Kereta je.

    Pengorbanan apa ni?

    ReplyDelete

Popular Posts

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP