Biasanya bila disebut Permatang Pauh, orang ramai akan terbayangkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang sudah sinonim dengan kawasan itu sambil dibayangi isterinya, Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah Presiden PKR selaku bekas Ahli Parlimennya sejak 1999 - 2008.
Itu senario dulu, kini bila disebut saja nama Permatang Pauh, khalayak ramai lebih kerap terbayangkan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Dr Mazlan Ismail yang kini adalah calon BN yang akan mencabar kedudukan Anwar di Permatang Pauh.
Ramai yang tentunya ingat sewaktu nama Dr Mazlan sedang dalam proses pertimbangan sebagai calon BN bagi Parlimen Permatang Pauh dan diketahui oleh PKR, tiba-tiba sahaja Anwar menyatakan wujud desakan kuat oleh penyokong PKR di Perak dan Selangor yang memintanya bertanding di sana.
Rupa-rupanya Anwar tahu, seandainya Dr Mazlan benar-benar menjadi calon BN, maka peluangnya untuk mempertahankan Permatang Pauh akan semakin kabur disebabkan pengaruh bekas pemimpin PAS itu yang agak besar di kalangan pengundi tempatan.
Malah bukan lagi rahsia, selepas saja selesai proses penamaan calon, ramai pemimpin PAS dari Dewan Pemuda serta PAS Negeri yang tampil menyuarakan sokongan kepada Dr Mazlan selain turut mengerahkan penyokong PAS supaya mengundi calon BN itu.
Mereka tahu, wujud perbezaan ketara antara Dr Mazlan dan Anwar dari sudut kewibawaan, kredibiliti dan moraliti, di mana jurangnya yang terlalu besar menyebabkan Anwar kelihatan kecil saja pada pandangan mereka.
Tambahan pula, semenjak kempen berlangsung lebih seminggu lalu, Anwar dilihat gagal memberi perhatian kepada pengundinya di Permatang Pauh sebaliknya lebih cenderung untuk menjelajah tempat lain seolah-olah habis madu sepah dibuang begitu saja.
Lagi pun pemimpin dan penyokong PAS khususnya di Permatang Pauh sedar, terlalu banyak persoalan mengenai akhlak dan moral Anwar yang sehingga kini gagal dijelaskan menjadikan keraguan yang membuak dalam hati masing-masing diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada Dr Mazlan yang sudah terbukti elok budi pekerti dan akhlaknya.
Justeru itu, tidaklah menghairankan apabila kesempatan PRU-13 ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan membantu jentera kempen Dr Mazlan yang pastinya memberi kesan besar terhadap pengaruh Anwar dan jangan terkejut andainya Ketua Umum PKR itu tewas di sini kelak.
Sumber: Beruang Biru
The Secret Behind America’s Moral Panic
1 hour ago
No comments:
Post a Comment