Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday, May 16, 2013

PEMIKIR INDONESIA KRITIK: POLITIK MALAYSIA SANGAT JELIK


PEMILU (Pemilihan Umum) atau Pilihan Raya Umum (PRU) di Malaysia sudah pun berakhir sebenarnya. Kemenangan jelas milik parti pemerintah diketuai bapak Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak).

Sebaliknya oposisi (pembangkang) di Malaysia oleh bapak Anwar dengan kerjasama Lim Kit Siang seorang Cina, kalau di Jakarta, ia seakan-akan Cina totok (konvensional) begitu.

Amat menjelikkan demokrasi ala-Malaysia kerana pemenangnya sudah jelas kepada team bapak Najib, mengapa perlu lagi bapak Anwar sibuk-sibuk bikin porak-poranda negara sendiri.

Seharusnya terima saja keputusannya. Ternyata bapak Anwar tidak punya perasaan kenegaraan yang tinggi, dia sendiri mengkianati rakyatnya.

Bapak Anwar harus menerima hakikat yang mana Malaysia bukan pengamal sistem Presiden. Jika Malaysia mengguna pakai sistem Presiden seperti di Indonesia atau di Amerika Syarikat, ya memang benar undi paling banyak dikira sebagai pemenangnya.

Misalannya, bapak Jusuf Kalla melawan bapak Susilo Bambang Yudhoyono, ternyata bapak Susilo menerima undian paling terbanyak maka sudah jelas bapak Susilo menjadi Presidennya.

Di Malaysia tidak begitu, kerana Malaysia mengguna pakai sistem Komanwel dan British Democracy. Makanya mana-mana parti yang menang walaupun tidak majoriti undinya, parti itu dikira pemenangnya. Kerana majoritinya dilihat kepada partinya, bukan kepada manusianya.

Hal ini sebenarnya amat remeh dan memalukan jika tidak difahami. Masakan bapak Anwar dan oposisinya tidak mengetahui hal-hal seperti ini.

Saya sendiri pelajar jurusan undang-undang di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia di Gombak, saya tidak faham mengapa bapak Anwar tidak bisa menerima keputusan rakyatnya sendiri.

Sistem kenegaraan Malaysia agak pelik, kerana semasa saya belajar di sana, saya lihat rakyatnya yang keturunan Cina, tidak kiralah Cina totok atau Cina moden, tidak menghormati bahasa negaranya.

Saya biasa ketemu orang Cina yang tidak pandai berbahasa Malaysia. Walhal kami di Indonesia, orang Cina mahupun yang totok Cina wajib mengguna pakai bahasa Indonesia.

Saya fikir, bapak Najib harus menekankan bidang-bidang seperti ini, kenegaraan yang utuh akan menghasilkan negara yang kukuh.

Namun begitu, pihak oposisi khusus bapak Anwar harus berubah, jangan terlalu mementingkan diri sendiri, kerana ia kelihatan sungguh jelik kepada seorang yang selalu bercakap pasal demokrasi di Jakarta.

Berilah contoh yang baik.

S. SUDARION,
Blok M, Kabayoran, Jakarta Selatan.

(artikel ini adalah kiriman emel)

Wednesday, May 1, 2013

PAS Bantu Dr. Haji Mazlan Ismail Untuk Tewaskan Anwar Di Permatang Pauh

Biasanya bila disebut Permatang Pauh, orang ramai akan terbayangkan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim yang sudah sinonim dengan kawasan itu sambil dibayangi isterinya, Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah Presiden PKR selaku bekas Ahli Parlimennya sejak 1999 - 2008.

Itu senario dulu, kini bila disebut saja nama Permatang Pauh, khalayak ramai lebih kerap terbayangkan bekas Ketua Dewan Pemuda PAS Pulau Pinang, Dr Mazlan Ismail yang kini adalah calon BN yang akan mencabar kedudukan Anwar di Permatang Pauh.


Ramai yang tentunya ingat sewaktu nama Dr Mazlan sedang dalam proses pertimbangan sebagai calon BN bagi Parlimen Permatang Pauh dan diketahui oleh PKR, tiba-tiba sahaja Anwar menyatakan wujud desakan kuat oleh penyokong PKR di Perak dan Selangor yang memintanya bertanding di sana.

Rupa-rupanya Anwar tahu, seandainya Dr Mazlan benar-benar menjadi calon BN, maka peluangnya untuk mempertahankan Permatang Pauh akan semakin kabur disebabkan pengaruh bekas pemimpin PAS itu yang agak besar di kalangan pengundi tempatan.

Malah bukan lagi rahsia, selepas saja selesai proses penamaan calon, ramai pemimpin PAS dari Dewan Pemuda serta PAS Negeri yang tampil menyuarakan sokongan kepada Dr Mazlan selain turut mengerahkan penyokong PAS supaya mengundi calon BN itu.

Mereka tahu, wujud perbezaan ketara antara Dr Mazlan dan Anwar dari sudut kewibawaan, kredibiliti dan moraliti, di mana jurangnya yang terlalu besar menyebabkan Anwar kelihatan kecil saja pada pandangan mereka.

Tambahan pula, semenjak kempen berlangsung lebih seminggu lalu, Anwar dilihat gagal memberi perhatian kepada pengundinya di Permatang Pauh sebaliknya lebih cenderung untuk menjelajah tempat lain seolah-olah habis madu sepah dibuang begitu saja.

Lagi pun pemimpin dan penyokong PAS khususnya di Permatang Pauh sedar, terlalu banyak persoalan mengenai akhlak dan moral Anwar yang sehingga kini gagal dijelaskan menjadikan keraguan yang membuak dalam hati masing-masing diterjemahkan dalam bentuk sokongan kepada Dr Mazlan yang sudah terbukti elok budi pekerti dan akhlaknya.

Justeru itu, tidaklah menghairankan apabila kesempatan PRU-13 ini dimanfaatkan sepenuhnya dengan membantu jentera kempen Dr Mazlan yang pastinya memberi kesan besar terhadap pengaruh Anwar dan jangan terkejut andainya Ketua Umum PKR itu tewas di sini kelak.


Sumber: Beruang Biru

Popular Posts

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP