Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, November 26, 2010

DAP akan kekal memerintah Penang selepas PRU13

Ramai sahabat-sahabat dan rakan taulan sama ada di dalam maupun di luar negeri Pulau Pinang bertanya kepada penulis sama ada jika Pilihan Raya Umum yang ke 13 diadakan sebelum tarikh 8 Mac 2013, adakah parti DAP akan dapat mengekalkan kuasa politik mereka di Pulau Pinang?

Jawapan penulis kepada mereka dengan berlandaskan kepada perkembangan dan senario politik semasa menunjukkan ke arah yang DAP akan terus menguasai Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Lim Guan Eng juga akan kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jika pada PRU12 lepas DAP memenangi kesemua 19 kerusi DUN (dari jumlah bilangan 40) dengan menewaskan kesemua calon-calon Gerakan dan MCA dan MIC, tetapi ADUN-ADUN PKR yang berbangsa Cina dan India berdiri teguh dan sepakat di belakang Lim Guan Eng, setiausaha parti DAP itu. Tambahan kepada faktor itu juga, ADUN-ADUN Melayu PKR dan seorang ADUN dari parti politik yang berfahaman Syiah Khawarij juga bersikap sama.

Sekarang mari kita kaji apa yang telah dan sedang dilakukan oleh Lim Guan Eng untuk mengalih sokongan penyokong-penyokong BN kepada parti DAP dan sekutu mereka daripada maklumat-maklumat yang diperolehi oleh penulis sendiri:-

1. Selepas sahaja PRU12 lalu para pengkaji parti DAP telah mendapatkan semua Daftar Pemilih yang digunakan oleh wakil-wakil kepada calon DAP, PKR dan PAS dan mengkajinya. Mereka mendapati saluran pertama tempat mengundi, majoriti pengundi di saluran pertama itu telah tidak menyokong mereka sebaliknya lebih memihak kepada calon BN yang menjadi Kerajaan pada masa itu. Kita patut ingat bahawa saluran pertama adalah terdiri daripada pengundi-pengundi dalam lingkungan umur 50 tahun dan ke atas.

Jadi, untuk mengubah pendirian pengundi-pengundi itu maka bayaran saguhati sebanyak RM100 setahun diberikan kepada pengundi-pengundi yang berumur 60 tahun ke atas. Hanya 'Warga Emas' yang berdaftar sebagai pengundi sahaja yang layak menerima cek RM100 yang diagihkan oleh Pejabat-pejabat Daerah di mana nama, nombor kad pengenalan dan alamat diperolehi daripada Daftar Pemilih berkenaan.

Bagi mendapatkan 'fund' untuk memula dan meneruskan Kumpulan Wang Skim Warga Emas ini termasuk bayaran pengkebumian RM1,000, derma-derma telah diminta (melalui telefon, bukan bersurat bagi menidakkan bukti) dari peniaga, persatuan perniagaan Cina dsb. termasuk dari Penang Turf Club, Kempen Tiada Beg Plastik (jika bukan hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, pembeli barang dari supermarket atau hypermarket dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg) serta penggunaan wang Kerajaan Negeri sendiri.

2. Bagi memenangi hati kakitangan Kerajaan negeri, jika pegawai persekutuan hanya dibayar RM500 sahaja sebagai bayaran saguhati pesekolahan anak hujung tahun, tetapi Lim Guan Eng memastikan ia mampu menyaingi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan negeri-negeri lain. Jika tahun 2009 kakitangan kerajaan negeri telah mendapat saguhati sebanyak RM500 + RM250 = RM750, tahun ini pula sebanyak RM500 + RM300 = RM800. Tindakannya itu sedikit sebanyak mendapat sambutan positif daripada kakitangan Kerajaan yang sebagaimana kita ketahui lebih 75% daripadanya terdiri daripada orang-orang kita.

3. Pernahkah kita terfikir sebelum ini untuk mengenang jasa para buruh kasar (labourers) Kerajaan yang bekerja lebih 30 tahun menyapu sampah di jalan, mencuci longkang dan parit besar, mengangkat sampah busuk darinya siang dan malam? Tapi Lim Guan Eng telah berjaya memenangi hati mereka yang 90% majoritinya orang kita dan perkara ini disampaikan sendiri kepada penulis. Mereka berkata selama mereka bekerja lebih 30 tahun, mereka tidak pernah mendapat anugerah Perkhidmatan Cemerlang dengan begitu ramai (Anugerah perkhidmatan Cemerlang mendapat ganjaran saguhati RM1,000) sekali bagi satu-satu jabatan. Di samping juga ramai di antara mereka telah dianugerahkan Pingat Bakti Setia (Pingat yang paling rendah khas untuk kakitangan Kerajaan) yang mana para penerima angugerah dan isterinya layak kepada sepersalinan pakaian (termasuk kasut) semasa menerima pingat. Kata mereka lagi sebelum ini Ketua jabatan tak pandang pun kepada mereka dalam penganugerahan pingat setiap tahun, cuma orang atas saja diberikan.

Bagi kebanyakan pengundi-pengundi Cina di Pulau Pinang walau apapun fahaman politik mereka, mereka tidak bergantung kepada ihsan Kerajaan dalam menjalani kehidupan mereka kerana mereka berkemampuan. Mereka telah dan akan terus menguasai ekonomi, mereka telah dan akan terus menguasai hartanah, mereka telah dan akan terus menguasai pendidikan. Mereka mampu membina seribu lagi sekolah-sekolah Cina dan mereka juga mampu membina sepuluh lagi universiti swasta, jika tiada sekatan dibuat. Bagi mereka jika menghalang kepada kehendak mereka atau bangsa mereka, ianya dibalas balik melalui pilihanraya mendatang.

Di akhir kalam, maka kita para pendokong Barisan Nasional haruslah mengukuhkan perpaduan kerana walaupun Melayu di Pulau Pinang hanya dalam lingkungan 38% sahaja dari jumlah penduduk, tetapi semasa BN memerintah Pulau Pinang dulu, bilangan EXCO UMNO adalah lebih satu pertiga dari jumlah EXCO dan fortfolio Tanah dipegang oleh orang UMNO sendiri. Kita tak sebodoh Nizar yang menggadaikan EXCO Tanah dalam negeri yang majoritinya orang Melayu kepada Ngeh DAP itu.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP