BERTEMU BUKU DENGAN RUAS. Pertemuan bekas Ahli Dewan Ulama' PAS 1981-1988, Ust. Mohd Nor Deris dengan YAB Dato' Nik Aziz di rumah Haji Omar, bekas Adun Galas. Video yg menunjukkan pertembungan ideologi sesama pimpinan dewan ulama' PAS. Nik Aziz terkedu tak mampu menangkis hujah Ust. MND seorang yg mengenali Nik Aziz lebih dekat drp penyokong2 PAS lain. Jika di era Rasulullah & Sahabat dahulu teguran yg baik drp para sahabat hatta umat Islam bawahan diterima oleh pemimpin dengan terbuka. Tapi sebaliknya Nik Aziz juga kelihatan emosional & tidak dpat menerima teguran MND dengan terbuka. Rasulullah pernah diitegur, Saidina Abu Bakar, Umar, Ali & Uthman, Khalifah2 Islam di era Umayyah & Abbasiyyah juga pernah ditegur. Malah ada di kalangan para Sahabat ditegur dengan pedang. Tetapi teguran diterima dengan baik dan terbuka. Teguran diambil sebagai langkah pembaikan dalam pentadbiran & pengembangan Islam. Lebih baik kalau pemimpinn-pemimpin PAS tidak ditegur. Biarkan mereka hanyut dengan nostalgia & angan2 Mat Jenin mereka hidup bersama DAP. Biarkan mereka merosakkan parti mereka sendiri. Berikut ialah sebahagian daripada sedutan rakaman video itu: Sambil menunjukkan jari ke muka masing-masing Mohd. Nor: Mu (kamu) la berkawan dengan DAP. Nik Aziz: Oh, selagi UMNO berkawan dengan MCA... selagi UMNO berkawan dengan MCA. Mohd. Nor: Yahudi nak berkawan dengan Nabi Muhammad masa di Madinah dulu. Budak mencelah sambil menjerit suruh kedua-dua berhenti bertengkar: "Jangan gaduh!" Mohd. Nor: Siapa yang ahzab (puak-puak) sekarang ini, siapa dia ahzab, siapa dia? Mohd. Amar (Exco kerajaan Pas Kelantan, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah) meminta kedua-duanya bersalam. Nik Aziz: Tak payah salam. Mohd. Nor: Aku pun tok sir (tak mahu) salam dengan mu (kamu). Nik Aziz: Aku tok sir (tak mahu). Mohd. Nor: Kalu (kalau) masuk UMNO, aku dakap (peluk) denganmu. Mohd. Amar minta Mohd. Nor bersabar kerana mereka datang bukan hendak berbahas. Mohd. Nor: Sama dengan ambo (saya) pun. Mohd. Amar: Kita bukan hendak berbahas, kita mari (datang) nak ziarah, kalau nak berbahas dengan ambo pun tak apa. Nik Aziz pada ketika ini dilihat duduk atas kerusi tetapi Mohd. Nor kembali berdiri. Mohd. Nor: Kalu (kalau) Lim Kit Siang perintah Malaysia anak generasi-generasi kita jadi anjing suruhan DAP. Mohd. Amar: Kita bahas semula (kemudian). Mohd. Nor: Semula tak semula pun, biar taubat sebelum DAP perintah Malaysia. Nik Aziz: Mu dulu (taubat), dulu mu orang Pas. Mohd. Nor: Mu orang Pas juga, aku taubat dah hari-hari (setiap hari). Nik Aziz mencelah lagi menyuruh Mohd. Nor bertaubat dulu. Mohd. Nor: Hey, mu nak kafir (kafirkan) dengan ayat Wa'tasimu bihablillah hijamiia' wala tafaraqqu (surah Ali-Imron, ayat 103). Mohd. Amar: Dengar dulu ambo nak ghoyat (cakap), duduklah. Tetamu dalam rumah itu turut meminta Mohd. Nor duduk. Mohd. Amar: Ustaz dengar ambo ghoyat, kita sama-sama di rumah orang, bukan rumah kita, malu ko (kepada) tuan rumah...mari (datang) dengan izin tuan rumah. Mohd. Nor: Saya duk (datang) sini doh (dah), tuan rumah izin doh. Mohd. Amar: Tak pe sebab itu kita tanya khabar lagu mana (macam mana), sama-sama tetamu kita buat adat sebagai tetamu. Mohd. Nor: Adat Nabi Muhammad kalau nak kafir, lagu mana? Kalau nak munafik lagu mana? Mohd. Amar: Lepas ini, lepas ini! Mohd. Nor: Lepas ini, tunggu bila? Tunggu kafir (DAP) perintah Malaysia dulu...ahzab-ahzab ini, siapa ahzab Malaysia ini...panggil Haji Hadi (Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang), panggil Ustaz Nik Aziz, bincang sesama Islam, jangan kembali kepada DAP dan PKR. Ini pula penjelasan Ust. Mohd Nor Deris, bekas Ahli Dewan Ulama' PAS tentang pertembungannya dengan Dato' Nik Aziz di Rumah Hj. Omar di Sungai Terah itu.
© Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008
Back to TOP
No comments:
Post a Comment