Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, April 10, 2011

Aktiviti Liwat dan Zina Anwar Ibrahim adalah HARAM didedahkan kepada umum



KENAPA PULA AIB ANWAR IBRAHIM TIDAK BOLEH DIDEDAHKAN?

Penulis: Kelembai Bukit, Perak Today

Hebohlah sekarang ini tentang Anwar Ibrahim dan video yang dimuatnaikkan oleh seseorang yang bergelar ThePowerMan di YouTube. Sekalipun terdapat cubaan daripada para penyokong untuk ‘menyembunyikan’ video tersebut dengan melakukan FLAG sekaligus menyebabkan pihak YouTube mengeluarkan video tersebut, namun kebanyakan blog kembali menyiarkan video yang sama berulang-ulang kali sekaligus mewujudkan impak yang lebih besar terhadap Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat.

Maka dalam cubaan untuk membela Anwar Ibrahim, para penyokongnya mula menggunakan dalih-dalih agama dan ayat-ayat al Quran di samping hadis-hadis yang mereka rasakan amat bertepatan dengan apa yang sedang mereka usahakan.

Persoalan pokok yang mereka lakukan ialah, mengapa Anwar Ibrahim DIAIBKAN sebegitu rupa? Bukankah agama Islam melarang seseorang daripada diaibkan, bahkan umpatan juga tidak dibenarkan.

Mereka berhujah tentang TIDAK BOLEH MENGUMPAT dan MEMBUKA AIB… sebaliknya pada masa yang sama, MENINGGALKAN SAMA SEKALI HUJAH tentang dibenarkan MENGUMPAT dan MEMBUKA AIB seseorang terutama sekali pemimpin.

Perkara utama yang perlu kita ketahui ialah, MENGUMPAT. Mengumpat bermaksud mendedahkan sesuatu perkara yang betul-betul ada pada seseorang yang tidak disenangi penghebahannya oleh orang tersebut.

Hukum asal kepada mengumpatlah adalah haram. Sebabnya dengan mengumpat, aib seseorang Muslim itu akan didedahkan kepad aorang ramai sedangkan Islam mewajibkan umat Islam untuk menyembunyikan aib seseorang.

Atas dasar inilah, para penyokong Anwar Ibrahim mencerca dan menghamun pihak yang telah mendedahkan video lucah yang dikaitkan dengan Anwar Ibrahim kerana bagi mereka tindakan pendedahan itu merupakan membuka aib Anwar Ibrahim.

Namun tahukah mereka, Al-Imam Al-Ghazali dan Al-Imam Al-Nawawi menerangkan bahawa terdapat enam keadaan di mana UMPATAN DIBENARKAN oleh syarak.

(1) Orang yang dizalimi membuat aduan kepada pihak pemerintah seperti khalifah dan hakim atau pihak penguatkuasa undang-undang agar individu yang melakukan kezaliman itu berhenti daripada melakukan kezaliman.

(2) Perbuatan mengumpat (membuat pendedahan) itu bertujuan untuk membasmi kemungkaran seperti apabila seseoran gitu berkata kepada orang yang mempunyai kemampuan untuk mengubah kemungkaran, “Si Fulan melakukan kemungkaran, maka cegahlah dia daripada kemungkaran tersebut.” Namun hendaklah niat mengumpat atau membuat pendedahan tadi semata-mata kerana ingin mencegah kemungkaran.

(3) Meminta fatwa daripada seorang mufti yang mana orang yang bertanya terpaksa menggunakan umpatan bagi menjelaskan masalah kepada sang mufti. Contohnya si penanya bertanya, “Bapa saya telah menzalimi saya kerana sebab begini dan begini. Bagaimanakah cara untuk saya mendapatkan hak saya?”

(4) Memberikan peringatan kepada kaum muslim terhadap kejahatan seseorang agar setiap orang dapat menghindari kejahatannya.

(5) Apabila seseorang itu menzahirkan kemungkaran yang dilakukannya. Maka pada ketika itu, tidak mengapa seandainya kita menghebahkan kepada masyarakat kejahatan yang dilakukannya kerana dia sendiri telah pun menzahirkan kejahatannya secara terang-terangan. Walau bagaimanapun kejahatan yang dibenarkan untuk didedahkan hanyalah perbuatan mungkar yang dilakukannya secara terang-terangan. Ada pun kejahatan lain yang dilakukannya secara bersembunyi maka haram hukumnya untuk didedahkan kepada masyarakat umum.

(6) Mengumpat dengan tujuan untuk mengenali seseorang. Apabila seseorang dikenali dengan sesuatu aib yang ada pada dirinya maka kita boleh menggunakan gelaran yang merupakan aib itu atas tujuan untuk mengenali orang tersebut. Namun kebanaran ini dibolehkan dengan syarat si pemilik aib itu tidak berasa marah dengan gelaran aib yang disandarkan kepadanya selepas gelaran itu dikenali ramai.


Maka bersandarkan kepada enam keadaan yang dibenarkan oleh syarak itu, maka kezaliman dan kemungkaran yang dilakukan oleh pemimpin adalah dibenarkan syarak atas sebab-sebab berikut:-

(1) Kemungkaran yang dilaksanakan oleh pemimpin pada hari ini seandainya tidak didedahkan kepada masyarakat, maka masyarakat akan tertipu dengan zahir kebaikan mereka lantas mereka memilih pemimpin itu sebagai pemerintah. Namun apabila penyelewengan pemimpin itu didedahkan kepada masyarakat, maka ia akan mendorong orang ramai untuk menghindarkan pemimpin tersebut daripada dipilih dan digantikan dengan pemimpin lain yang amanah terhadap Islam dan rakyat.

Ini bermakna tindakan mendedahkan kesalahan pemimpin itu adalah kerana ingin mengelakkan masyarakat daripada ditimpa oleh kejahatan pemimin itu.

Sekiranya pada zaman Khalifah Islamiyyah seseorang boleh mendedahkan kepada khalifah tentang keburukan para menteri yang berada di bawahnya yang tidak amanah dengan harapan khalifah dapat menegur atau menggantikannya dengan menteri yang baru, maka kita pada hari ini sudah tentu boleh mendedahkan kepada rakyat kezaliman dan ulah pemimpin yang mungkar terhadap Allah dan rakyat kerana rakyat berkuasa untuk menjatuhkan pemimpin seperti ini dalam pilihanraya di bawah sistem demokrasi pada hari ini.

(2) Kemungkaran yang dibuat oleh pemimpin pada hari ini kebanyakannya dibuat secara terang-terangan. Maka ketika itu, Islam tidak melarang mana-mana individu untuk mendedahkan kejahatan yang dilakukan secara zahir kepada rakyat dan orang awam.

Berdasarkan kata-kata Al-Imam Al-Ghazali, adalah jelas mendedahkan dan membuktikan serta mengumpat selain mendedahkan kezaliman pemimpin dibenarkan agar masyarakat terselamat daripada ulah pemimpin tersebut.

(3) Mendedahkan kejahatan para pemimpin pada hari ini adalah atas sebab kita inign meminta bantuan masyarakat untuk mengeluarkan pemimpin tersebut dengan cara menjatuhkan mereka di dalam sistem demokrasi yang digariskan oleh Perlembagaan Malaysia.

Sebenarnya hujah-hujah di atas adalah hujah-hujah yang diutarakan sendiri oleh para pemimpin dan penyokong PAS dalam satu peristiwa apabila mereka cuba mempertahankan tindakan mengumpat para pemimpin kerajaan, khususnya Najib Abdul Razak dalam kes kematian Altantuya Shiiribu. Bagaimanapun, nampaknya hujah-hujah itu telah dilupakan dalam kes video lucah yang mengaitkan Anwar Ibrahim.

Dalam Islam, sebenarnya walaupun kita dibenarkan mendedahkan kepada masyarakat tentang kejahatan dan kezaliman para pemimpin, namun keharusan itu hendaklah atas dasar ingin mencegah kemungkaran atau kerosakan yang lebih besar membabitkan masyarakat.

Persoalan yang paling utama berlegar-legar tentang Anwar Ibrahim dan video lucah yang dikaitkan dengannya, adakah Anwar Ibrahim melakukannya secara sembunyi-sembunyi atau melibatkan pihak ketiga seperti balaci yang diarahkan untuk bersubahat atau sebaliknya. Apabila melibatkan pihak lain atau pihak ketiga, secara tidak langsung apa yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim sebenarnya adalah melakukan kezaliman secara terang-terangan dan tidak lagi tertakluk kepada haramnya hukum bagi mendedahkan aib dan mengumpatnya.

Ibn Hajar dalam kitab Fath Al-Mubin membahagikan manusia kepada dua golongan iaitu,

Pertama, orang yang tidak pernah disebut melakukan kejahatan atau kemungkaran; jika terdengar atau diketahui bahawa mereka melakukan sesuatu kemungkaran, maka tidaklah harus didedahkan atau diperkatakan. Jika tetap diperkatakan atau didedahkan juga kemungkaran yang didengari itu, maka ia menjadi umpatan yang hukumnya haram dan amat berat dosanya.

Kedua, orang yang sudah terkenal dengan kejahatan atau kemungkarannya secara terang-terangan, malahan tidak mempedulikan sebarang nasihat yang diberikan dan tidak malu melakukan kejahatan secara terbuka; harus didedahkan keaibannya. Mendedah dan bercakap mengenai kejahatan mereka dalam situasi ini tidak lagi dianggap sebagai mengumpat.

Malah ada kalanya wajib didedahkan kejahatannya kepada orang ramai agar mereka sentiasa berwaspada dengan tingkah lakunya kerana jika didiamkan, tentulah dia akan bermaharajalela dan kejahatannya semakin hari akan bertambah sehingga ke peringkat membahayakan masyarakat.

Al Imam Al-Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim memberikan contoh-contoh ghibah dan umpatan yang dibenarkan yang bermaksud:

Ketahuilah! Sesungguhnya mengumpat ada juga yang dibenarkan kerana tujuan yang benar lagi disyariatkan yang tidak boleh dihasilkan melainkan dengan mengumpat. Ia terdapat pada enam sebab.

Pengaduan penganiayaan.

Meminta pertolongan untuk menegur kemungkaran dan menarik si pelaku maksiat kepada kebenaran.

Bertanya hukum atau cara penyelesaian.

Mengingatkan muslim yang lain daripada kejahatan atau menasihatinya.
Termasuk dalam kategori ini ialah tentang seseorang pemimpin yang tidak memimpin dengan baik, sama ada kerana dia tidak layak atau kerana dia adalah seorang yang fasiq atau munafiq atau cuai atau sebagainya. Maka wajib diberitahukan agar dia dipecat, tidak dihiraukan atau digantikan dengan orang yang lebih sesuai dan orang ramai tidak tertipu dengan tindak-tanduknya.

Jika dia seseorang yang jelas menunjukkan kefasiqannya atau bidaahnya.
Untuk dikenali.

Daripada sebuah hadis yang bermaksud:

Daripada Aisyah r.a, sesungguhnya ada seorang lelaki meminta izin untuk berjumpa Rasulullah s.a.w dan baginda bersabda (kepada para Sahabat), izinkanlah dia (masuk). Dialah sejahat-jahat ahli keluarga. (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Berkata Imam Nawawi: Imam Bukhari berhujah dengan hadis ini dalam membolehkan mengumpat orang yang jahat dan tidak tetap pendirian. Diharuskan mengumpati mereka supaya kita tidak terkena kejahatan mereka dan tidak perdaya dengan zahir atau rupa paras mereka.

Dalam sebuah hadis lain yang bermaksud:

Daripada Aisyah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda, “Aku rasa kedua-dua orang ini sediki pun tidak mengenali agama kita ini (Islam). (Hadis riwayat Bukhari). Berkata Al-Laith bin Saad (salah seorang perawi hadis ini), ‘kedua-dua orang ini’ adalah ditujukan kepada dua orang dari kalangan munafiqin.

Harus mengumpat orang yang munafiq supaya zahir mereka tidaklah memperdayakan orang yang tidak mengetahui hal sebenar mereka. Bagaimanapun, pada masa yang sama, kita tidak boleh sama sekali menuduh orang lain sewenang-wenangnya sebagai munafiq.

Terdapat banyak kitab yang membenarkan umpatan atau membuka aib pemimpin selain daripada dua kitab yang disebutkan di atas. Justeru apabila para penyokong Anwar Ibrahim cuba menggunakan hujah HARAM MEMBUKA AIB ANWAR IBRAHIM, maka seharusnya mereka perlu tahu bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pemimpin dan sebagai seorang pemimpin, ulah, onar dan setiap perbuatannya perlu diterangkan kepada orang ramai.

Jangan kerana dia kelihatan dan sentiasa tampil seperti hero dari kayangan dengan cakap-cakap yang memperlihatkan dia seorang sahaja yang baik dan hebat dalam serba-serbi, maka perbuatan jahatnya perlu ditutup daripada pengetahuan orang ramai.

Apa yang telah dilakukan oleh Anwar Ibrahim dari tahun 1982 sehingga 1997 terutama dalam menyusahkan berjuta-juta rakyat di Malaysia menerusi dasar kewangan yang sangat tunduk sujud kepada IMF dan Bank Dunia, sudah cukup untuk dijadikan bukti mengapa aibnya perlu didedahkan bagi membolehkan rakyat Malaysia, khususnya yang kurang mengetahui tentang sejarah Anwar Ibrahim sebagai pemimpin negara, mengetahui tentang kebenarannya.

Apatah lagi dengan penghakiman yang jelas menyatakan bahawa Anwar Ibrahim terlibat dalam kegiatan meliwat walaupun dibebaskan atas alasan teknikal iaitu tarikh perbuatan jenayahnya yang bercanggah, salah laku Anwar Ibrahim tidak boleh disenyapkan hanya semata-mata kerana kita menyokongnya.

Membiarkan seorang pemimpin yang telah didapati melakukan jenayah oleh mahkamah untuk terus berada dalam sistem pentadbiran, samalah seperti membiarkan seorang pembunuh yang telah disabitkan kesalahan oleh mahkamah dan kemudian dibebaskan kerana kesalahan teknikal di dalam masyarakat. Kerosakan yang dilakukan oleh pemimpin yang jahat, jauh lebih besar berbanding kerosakan yang dilakukan oleh pembunuh!

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP