Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, April 3, 2011

Tayangkan video seks yang dikatakan Anwar itu di Parlimen - Karpal Singh

malaysiakiniVideo seks dikatakan Anwar Ibrahim dengan China Doll - Satu cadangan yang paling baik dari Karpal Singh. Kita patut sokong cadangan bernas ini. Tetapi, mungkin mendapat tentangan yang paling hebat dari Anwar Ibrahim sendiri dan sekutunya. Apa pandangan anda atas cadangan bernas karpal Singh ini??? Cadangan baik kita patut sokong......


Karpal Singh minta tayang video seks di Parlimen…Anwar kena hadir

Selepas beberapa hari kena desak sejak negara kecoh dengan kes tayangan video seks di Carcosa Sri Negara 21 Mac lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh akhirnya bersuara.

Ahli Parlimen Bukit Gelogor itu dalam kenyataan medianya Ahad meminta pihak berkuasa menayangkan video seks yang dikaitkan dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dewan Rakyat.

Karpal yang juga peguam utama Anwar berkata, ini kerana Dewan Rakyat mempunyai imuniti untuk melindungi ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah.

Menurut beliau, mendedahkan video itu untuk tatapan umum merupakan kesalahan mengikut Seksyen 5(1) Akta Penapisan Filem 2002 dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan.

Bagaimanapun, katanya, jika ditayangkan di dalam Parlimen akan memberi imuniti kepada ahli parlimen daripada sebarang liabiliti jenayah atau lain-lainnya.

Karpal berkata, ia pernah dilakukan pada dua dekad yang lalu berhubung video seks bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat DP Vijandran.

Karpal sebelum ini dikecam berbagai pihak kerana berdiam diri tidak mengulas mengenai kes video seks yang didakwa melibatkan Anwar .

Karpal dituduh hipokrit kerana pada tahun Disember 1989, beliau mendedahkan video seks Vijandran dan meminta ahli-ahli parlimen menonton video tersebut bagi mengesahkan apakah ia merupakan Vijandran.

Kes Vijandran berlarutan selama beberapa tahun sebelum pemimpin MIC itu meletak jawatan dan hilang dari arus perdana politik negara.

Karpal mencadangkan ahli-ahli parlimen diberikan peluang untuk menonton video tersebut –di Dewan Rakyat- “bagi memastikan adakah sebenarnya, Anwar Ibrahim, adalah pelakon lelaki di dalam video tersebut,” kata Karpal dalam satu kenyataan media petang Ahad.

Beliau juga mendesak Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia untuk memandang serius cadangannya dan berkata, Anwar sendiri perlu diberi peluang hadir ketika tayangan.

Katanya, Pandikar Amin boleh menanguhkan penggantungan Anwar pada hari tayangan tersebut “kerana kepentingan awam” mengambil tempat.

Sementara itu, sehingga empat jam selepas berita Karpal Singh tersebar, beluam ada reaksi dari pemimpin PKR termasuk Anwar sendiri.

Bagaimanapun, blog-blog pro pembangkang serta blog pro kerajaan bersetuju supaya tayangan tersebut mengambil tempat.

Komen orang ramai di facebook Agendadaily juga menunjukkan ramai yang setuju dengan cadangan tersebut.

Seorang rakan facebook Agendadaily, Amer A Rahman dalam reaksinya menulis “Selesaikan cepat2, lepas tu passing sama gua......gua juga teringin mau tengok.”

Manakala seorang lagi, Abdl Hadi Mohamad pula beranggapan kerajaan tidak berani menayangkan video tersebut.

Katanya “Aku gerenti BN tidak berani buat... terlondeh nanti keje mengupah pelakon porno utk memfitnah & menjatuhkan pesaing politik...”

Sedangkan seorang lagi, Laily Ly pula kata “DSAI kata bukan dia…bolehlah tengok sama”

Video tersebut menjadi perbualan hangat selepas kali pertama ditayangkan kepada sekumpulan wartawan kanan di Carcosa Sri Negara pada 21 Mac lalu.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP