Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, April 29, 2011

Sumpah Muhabalah : Mengapa Anwar perlu takut Datuk Eskay mengesahkan kebenaran dirinya?


SUMPAH DATUK ESKAY
"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahmanirrahim. (Mengucap 3 kali). Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillahi, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."



Kenapa perlu menghalang Dato' Eskay nak bersumpah, jika lelaki dalam video itu bukan Anwar Ibrahim?? Mereka yang kata lelaki dlm video tu bukan Anwar, tiba-tiba bila Eskay nak bersumpah, pakat ramai2 datang halang beliau bersumpah. Tak ke pelik tu?




Kenyataan Duta AS Tamparan kepada Anwar Ibrahim
29 Apr 2011 8:59PM

Kenyataan Duta AS, ,Paul W Jones bahawa Malaysia berada dilandasan terbaik dan tepat dalam mengendalikan kes liwat Anwar Ibrahim pasti menggusarkan pihak pembangkang.

Beliau yang telah berada tujuh bulan di Malaysia mengikuti perkembangan kes tersebut atas arahan Setiausaha Negara Hillary Clinton, berpuas hati dengan tatacara dan perjalanan kes liwat. Paul W Jones dipertanggungjawabkan untuk melaporkan perjalanan kes Anwar Ibrahim ke Washington D.C.

"Kami percaya cara kes tersebut dikendalikan boleh meningkatkan keyakinan terhadap perundangan di Malaysia dari aspek ketelusan dan keterbukaannya" kata beliau.

Tambah beliau lagi "Kami mengikutinya dan yakin ia akan dijalankan untuk mengembalikan keyakinan rakyat Malaysia terhadap kedaulatan undang undang.

Anwar Ibrahim yang masih lagi berang dengan gagalnya usaha merosakkan dan menangguhkan majlis sumpah mubahalah Datuk Eskay, pasti lebih tercabar dengan keyakinan mendadak AS terhadap sistem perundangan dan demokrasi di Malaysia.


Sumber : klpos


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP