Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, April 22, 2011

Bertaubatlah Anwar - China Doll cum IPTS student



Gempar! Polis telah mengenal-pasti wanita di dalam video seks pelakon video seks. Wanita yang dilanggani oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim itu ialah pelajar di sebuah kolej swasta yang berusia 26 tahun dan merupakan seorang warga China.

Pihak polis juga sudah pun merakamkan perbualan dengan wanita tersebut bagi membantu polis menyelesaikan siasatan kes tersebut.

Wanita itu juga merupakan individu yang telah mendedahkan lokasi rakaman video seks itu dilakukan.

21 Februari 2011, adalah tarikh di mana Datuk Shazryl Eskay Abdullah telah membayar sebanyak RM2,000 kepada pelacur itu bagi melayan nafsu buas lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Penulis merasakan sudah tentu Datuk Eskay telah diarahkan oleh Anwar bagi mendapatkan khidmat pelacur itu bagi pihaknya dan juga membayar RM2,000 itu bagi pihaknya juga sebagaimana Datuk Eskay telah diarahkan untuk mencari jam tangan Omega Anwar yang telah tertinggal di bilik di mana berlakunya aksi seks itu.

Jika benar pelakun dalam video seks itu Anwar Ibrahim, maka musnahlah segala lakonan Anwar Ibrahim yang dia sakit tulang belakang sepertimana yang pernah dilakonkan oleh beliau sewaktu beliau dipenjarakan di Sungai Buloh dulu di mana apabila dia bersama keluarganya dia sihat walafiat.

Tetapi apabila dia keluar ke khalayak ramai, dia berpura-pura sakit belakang dengan memakai topang leher dan juga berkerusi roda semata-mata untuk mendapat belas kasihan dan simpati dari orang awam yang tidak mengenali diri Anwar. Itulah kedajalan yang sanggup dilakonkan oleh seorang insan yang dinamakan babi (Brother Anwar Bin Ibrahim) ini.

Jika dia sanggup berlakon sakit tenat dan dianiayai di dalam penjara, dia akan sanggup melakukan apa sahaja untuk meraih sokongan awam.

Pendedahan mengejutkan dari Raja Petra Kamaruddin yang mengaitkan Anwar dengan konspirasi untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuatkan Anwar Ibrahim terkedu sehingga dia terpaksa bergegas meninggalkan Sarawak untuk ke London bagi menjalani pembedahan untuk mengecilkan perutnya yang gendut kerana pelakon video seks itu perutnya buncit.

Sudah tentu Anwar ingin mempersembahkan dirinya yang terbaik dengan wajah yang lebih muda dan perut yang lebih kempis sebelum dimasukkan ke penjara Sungai Buloh kerana tentu ramai peminatnya di sana.


Oleh : Anisah Abu Latif

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP