Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday, January 25, 2012

Penjelasan Ketua Audit Negara Malaysia mengenai isu NFC

   Syarikat JV antara Kerajaan Malaysia    dengan Agroscience Industries Sdn. Bhd.



Ekoran laporan media mengenai beberapa isu yang menghubung-kaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan projek fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara telah membuat satu kenyataan akhbar menyatakan Laporan Kajian Audit 2012 itu adalah dibuat terhadap projek National Feedlot Centre (NFCentre) di bawah seliaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan bukannya auditan terhadap syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

KENYATAAN AKHBAR OLEH KETUA AUDIT NEGARA TERHADAP PUSAT FIDLOT NASIONAL (NATIONAL FEEDLOT CENTRE)


Ekoran laporan media mengenai beberapa isu yang menghubungkaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan projek fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara ingin memberi penjelasan seperti berikut:

2.   Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp.) sebagai sebuah syarikat. NFCorp. adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1. Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd. Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar berupa:

i)    Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian. Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja.

ii)    Geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp. pada bulan September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp. untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

iii)    Pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007. Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp. berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.

3.    Tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi Kerajaan seperti KPIAT, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawaipegawai NFCorp. semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac 2011. Berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini. Selain itu, perbincangan menerusi Exit Conference telah dibuat dengan wakil-wakil KPIAT sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek ini sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.

4.    Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya. Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010. Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi.

5.    Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan. Pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

6.    Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), Kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?. Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ianya membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah pun mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek ini.

7.    JAN ingin menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek PFN ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.

Putrajaya
25 Januari 2012


Rujukan : Laman Web Jabatan Audit Negara


Published: Tuesday October 25, 2011 MYT 12:20:00 PM



"Headless" National Feedlot Centre project

PETALING JAYA: The RM73.64mil National Feedlot Centre project is in a mess', the Auditor-General's Report said.

It recommended that the Agriculture and Agro-Based Industry Ministry talk with the Finance Ministry to determine the “direction of the project.”

The project, located in Gemas, Negri Sembilan, is aimed at reducing beef imports and make the country the centre of beef production.

In an audit between January and March this year, the project's Entrepreneur Development Programme, with the aim to train 130 satellite farmers, has yet to take off.

The programme's failure resulted in only 41.1% or 3,289 cattle being produced last year compared to the targeted 8,000 heads of cattle.

The centre was slated to produce 60,000 cattle by 2015.

The Report found weaknesses in project management, while facilities remained used or improperly maintained.

“The area where grass that was supposed to be grown for animal feed or fodder was filled with acacia trees,” it said.

According to the Report, the 2,000ha of land meant for the NFC has now been reduced to 800ha as the Mentri Besar Negri Sembilan Inc. has taken back their plot.

However, the state government said it would use the plot for livestock activities and food production.

Rujukan : The Star

1 comment:

  1. Ketua Audit Negara ni tido ka? Lepas kecoh 3 bulan baru la bukak mulut... Ataupun dia pun sengaja bersekongkol dengan DAP nak dajalkan syarikat Melayu?

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My Photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP