Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday, January 25, 2012

Anwar tidak sanggup saman malu terhadap Ezam, Umi Hafilda, Nallakaruppan, Datuk Eskay dan bekas PKR lain kerana takut kegiatan liwat dan zinanya terbongkar lagi di mahkamah



Beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.

Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.

Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Ezam berkata, tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran.

“Kalau benar niat beliau mahu mempertahankan kebenaran, kenapa beliau tidak menyaman sahaja Datuk Shazryl Eskay Abdullah; Datuk S. Nallakaruppan dan Umi Hafilda Ali yang terang-terang mendedahkan isu moral beliau,”
katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anuar pula menegaskan, beliau juga bersedia untuk disaman oleh pemimpin itu kerana telah mendedahkan masalah akhlak pemimpin tersebut.

“Sejak kami mula keluar daripada PKR sehingga sekarang, pendirian kami terhadap pemimpin ini tidak berubah tetapi sehingga sekarang dia tidak berani saman kami,’’ katanya.

Katanya, tindakan Anwar menyaman media massa hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.

“Dia sebenarnya cuba mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya kerana keyakinan rakyat mulai goyah disebabkan isu moralnya,’’ katanya.

Mohd. Zahid pula menganggap Anwar sebagai seorang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.

“Anwar (tidak berani) berbuat demikian kerana tidak mahu mereka yang terbabit terus mendedahkan salah lakunya di mahkamah pula.

“Tindakan Anwar itu sebenarnya tersasar jauh jika benar beliau mahu membersihkan namanya," katanya.


SD Johari pula berkata, beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.

“Kenapa dia tidak saman sedangkan kenyataan saya mengenai beliau masih boleh ditonton oleh semua rakyat sehingga ke hari ini,’’ katanya.

Jumaat lalu, Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu.

SD Johari menambah, jika Anwar mahu menyaman pihak-pihak mengaibkannya, maka dia juga perlu menyaman separuh daripada rakyat di negara ini yang percaya mengenai keruntuhan akhlak dan moral pemimpin itu.

Bekas ahli AMK, Hamizun turut mengakui tindakan Anwar itu hanyalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.

“Rakyat sudah mulai sangsi dan mempertikaikan hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri kerana rekod moralnya yang sangat rendah, justeru tindakan seterus Anwar ialah menyaman akhbar ini,' katanya.

Kata beliau, tindakan Anwar itu hanyalah gertakan daripada individu yang terdesak sedangkan ia tidak akan dapat mengembalikan penghormatan masyarakat terhadapnya.

Oleh : MARZITA ABDULLAH dan UMAVATHI RAMAYAH

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP