Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday, February 3, 2011

Di manakah usaha PAS & PKR bagi membantu pelajar-pelajar Malaysia di Mesir?

Ramai yang susah hati dan juga bimbangkan keselamatan para pelajar kita di Mesir. Ini kerana Mesir kini sedang dilanda pergolakan akibat dari pentadbiran dalaman mereka sendiri. Tapi, syukurlah pemimpin-pemimpin negara kita amat prihatin dan berusaha sepenuhnya bagi membantu menyelamatkan kesemua para pelajar kita.

Untuk menguruskan 11,000 pelajar-pelajar Malaysia (4,000 pelajar dalam bidang perubatan dan 7,000 pelajar lagi dalam bidang agama) yang dalam kesusahan di luar negara seperti di Mesir ini, ia bukan satu perkara yang mudah. Ini satu tugas yang perlukan kesabaran dan tindakan amat teliti dari Kerajaan Malaysia.

Tetapi, di manakah usaha dan juga tindakan pihak pembangkang terutamanya dari Nik Aziz, Anwar dan lain-lain di dalam isu pelajar kita di Mesir ini? Sekurang-kurangnya, ucapkanlah terima kasih pada pemimpin-pemimpin kerajaan yang sedang mengatur usaha penyelamat. Pemimpin-pemimpin pembangkang hanya pandai bersuara "segerakan selamat pelajar Malaysia' di mana pada hakikatnya sebahagian pelajar-pelajar anak pembangkang di Malaysia ini turut dalam terlibat dalam demonstrasi di Mesir itu dan ada pula yang mengalami kecederaan.

Lagipun, dikhabarkan hampir kebanyakan pelajar di sana adalah terdiri dari golongan yang pro pembangkang. Ini menguatkan lagi tanggung jawab parti-parti pembangkang untuk bersyukur dan membantu kerajaan di dalam usaha menyelamat.

Jangan hanya asyik nak mendoakan bala dan sibuk mengumpulkan rakyat untuk berdemonstrasi mendesak Presiden Mesir untuk meletak jawatan. Ini bukan masanya untuk tunjukkan kebangangan berpolitik, tetapi sebaliknya adalah masa untuk berkerja demi kesejahteraan rakyat.

Seperti sudah menjadi satu tradisi, pihak pembangkang hanya tahu menunggu kesilapan dan juga kelemahan pihak kerajaan. Ini semua bagi memenuhi agenda politik mereka untuk mengutuk dan memperlekehkan setiap usaha yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin negara.

Rakyat kini sudah bijak menilai. Rakyat kini sudah mampu membezakan pemimpin manakah yang tahu buat kerja dan yang mana yang hanya tahu bercakap sahaja. Kerajaan Barisan Nasional kini berusaha bersungguh-sungguh untuk selamatkan setiap individu warga negara Malaysia di Mesir.

Sedangkan pihak Pakatan hanya tahu menyalak tanpa melakukan apa-apa bagi meringankan beban yang ditanggung oleh pihak kerajaan. Apatah lagi untuk mententeramkan kerisauan keluarga pelajar-pelajar kita yang sedang bimbang tentang nasib anak-anak mereka.

Inilah bezanya di antara pemimpin yang tahu buat kerja dengan pemimpin yang hanya pandai bercakap sahaja. Pemimpin kerajaan sudah memikirkan mencari strategi dan cara untuk mengeluarkan serta memindahkan warga Malaysia. Pihak pembangkang pula sibuk bertungkus lumus mengajak orang ramai mengadakan demonstrasi.

Jika diteliti, adakah dengan cara berdemonstrasi seperti yang dilakukan oleh puak Pakatan akan mampu menyelamatkan para pelajar kita di Mesir?

Bukti sudah jelas didepan mata yang pemimpin-pemimpin Pakatan langsung tak tahu berfikir untuk buat kerja. Yang mereka tahu hanyalah untuk menambahkan kesusahan yang ada didalam negara.

Sebab itulah mereka-mereka ini tidak pernah diizinkan oleh Allah untuk menjadi pemimpin utama didalam negara. Puak-puak ini akan hanya membawa kemusnahan jika diberikan kuasa pada mereka. Lihat sahaja contoh dibeberapa negeri yang mereka tadbir sekarang sebagai renungan.


Oleh:Pak Long


Fatimah Zuhri - Update dari Cairo : Sedih...have warned and told them jgn keluar waktu curfew. jgn sertai demo tapi ada juga yg degil. La ni pljr Malaysia dipdg tinggi oleh both sides (pro Mubarak n anti Mubarak). Bila u join demo anti-Mubarak, u buat pljr Malaysia yg lain, yg x tahu apa2 menjadi mangsa pihak pro-Mubarak! Susah sgt ke nak phm? :-( this is not ur fight! This is egyptian internal affair)
ada yg kena tembakan peluru getah...lol
lantak la. lol...
sape suruh cari pasal?

Fatimah Zuhri - Update from cairo : STUDENTS IN EGYPT - If you are chatting with friends from Egypt yg baru dpt online OR if you are that student in Egypt yg baru masuk FB, please go and LIKE the page by Global Medic Network (GMN). Global Medic Network akan work with Wisma Putra and Team di Mesir untuk uruskan proses penghantaran anda ke Jeddah. Please sebarkan!!!

Fatimah Zuhri - Saudara/Saudari,

Maaf x boleh nak cater and reply to individual punya questions but basically

A) TIADA DIRECT FLIGHT DARI MESIR KE MALAYSIA
B) SEMUA AKAN TURUN DI JEDDAH
C) SEMUA AKAN BERKAMPUNG DI JEDDAH
D) TIADA SESIAPA DIANAKTIRIKAN
E) HANYA KAPAL LAUT/TERBANG BERIKUT YANG BEROPERASI :

- 3x C-130 Hercules TUDM
- 1x Airasia A320
- 1x MAS 747
- Kapal TLDM Bunga Mas 5

http://www.facebook.com/globalmedic
SITUASI TERKINI DI MESIR

Situasi terkini di Mesir bertambah tegang berikutan keganasan dan pertempuran yang tercetus di antara penyokong pro - Mubarak dengan penyokong antikerajaan. Pengumuman Presiden Hosni Mubarak untuk tidak bertanding di dalam pilihan raya Presiden pada bulan September 2011 tidak dapat diterima oleh penunjuk perasaan yang terus berdemonstrasi.

Gerakan pemindahan (evacuation) sedang dilaksanakan.

Semua penuntut dan rakyat Malaysia yang berada di Mesir adalah dilaporkan selamat. Pihak Kedutaan Besar Malaysia terus memantau perkembangan semasa di Mesir dan melaporkan sebarang perkembangan terkini kepada Kementerian Luar Negeri dari masa ke semasa.

Pelajar/rakyat Malaysia sedang berkumpul di tempat-tempat berikut untuk tujuan pemindahan:

· Kaherah – Jeddah [Tempat berkumpul: Kompleks Haiyyu Ashir dan Dewan Malaysia Abbasiah Kaherah (DMAK)];

· Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Rumah MARA];dan

· Mansourah – Iskandariah – Jeddah [Tempat berkumpul: Hotel New Mansourah @ 5 Februari 2011.

Sehingga kini, tiga pesawat C-130 Tentera Udara DiRaja Malaysia telah berlepas pada 2 Februari 2011. Pesawat-pesawat lain dijangka memulakan penerbangan mereka pada hari ini, 3 Februari 2011:

i) C-130
Tiga pesawat C-130 akan tiba di Jeddah pada 3 Februari 2011 seperti berikut:
- 4.45pm;
- 5.55pm; dan
- 7.28pm

Perkhidmatan ulang-alik (shuttle) di antara Jeddah – Kaherah – Iskandariah akan bermula pada 4 Februari 2011 jam 06.00 pagi kerana enjin pesawat C-130 perlu direhatkan selama 24jam sebelum perjalanan dilakukan.

ii) MAS
Pesawat MH8010 (747) telah berlepas pada 9.20am, 3 Februari 2011 dan akan tiba di Kaherah pada 1.45pm. Selepas dua jam di Kaherah, MAS akan memulakan penerbangan ulang-alik (shuttle) untuk seramai 340 penumpang ke Jeddah, yang dijangka pada jam 4.00pm.

iii) AirAsia

AirAsia X akan tiba di Kaherah pada 12.46pm, 3 Februari 2011 dan akan berlepas dari Kaherah pada jam 2.00pm dengan membawa pelajar dan rakyat Malaysia yang terperangkap di Lapangan Terbang Antarabangsa Kaherah balik ke Malaysia.

Pesawat C-130, MAS dan AirAsia akan membawa bersama-sama bekalan makanan dan peralatan perubatan untuk diagih-agihkan kepada rakyat Malaysia di Mesir.

Kapal Bunga Mas (BM5) sedang melalui Teluk Aden, telah menukar destinasinya dan dijangka berlabuh di Pelabuhan Ain Sukhna, Mesir pada 5 Februari 2011.

Sehingga kini, senarai negara yang telah membawa keluar rakyatnya dari Mesir adalah seperti berikut:

(i) Jepun – bermula 31 Jan. 2011
(ii) Indonesia – bermula 1 Feb. 2011
(iii) China – bermula 31 Jan. 2011
(iv) India – bermula 31 Jan. 2011
(v) US – bermula 29 Jan. 2011
(vi) UK – bermula 2 Feb. 2011
(vii) Arab Saudi, UAE, Lubnan dan Jordan – bermula 29 Jan 2011
(viii) Kanada – bermula 1 Feb. 2011

Untuk makluman, perintah berkurung yang dikenakan oleh Kerajaan Mesir di semua bandar raya utama termasuk di Kaherah dan Iskandariah telah dipanjangkan kepada 2.00 petang sehingga 8.00 pagi. Walau bagaimanapun, penunjuk perasaan masih berdemonstrasi di kebanyakan bandar raya utama.

Selain itu semua saluran komunikasi melalui internet/e-mel serta sistem pesanan ringkas (SMS) di kawasan Kaherah, Iskandariah dan beberapa tempat lain masih lagi digantung operasinya oleh Kerajaan Mesir. Walau bagaimanapun, talian telefon bimbit boleh digunakan, tetapi terhad.

Kementerian Luar Negeri dan Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah boleh dihubungi seperti berikut:

Bilik Operasi, Kementerian Luar Negeri
Tel: 03-88892746 / 03-88874570 / 03-88874770 /
03- 8892830/019-2784566/019-3414080/019-3154080

Bilik Operasi, Kedutaan Besar Malaysia di Kaherah, Mesir
Tel: 00 202 3760 7375 / 00 202 3761 0270

Wisma Putra, PUTRAJAYA
3 Februari 2011


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP