Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, January 31, 2012

Anwar, Yahudi dan Dana Yahudi







Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini membidas bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan dakwaan kononnya pemimpin itu mahu melindungi keselamatan Israel.



Bercakap kepada pemberita di Putrajaya, Dr Mahathir berkata beliau kecewa dengan kenyataan ketua pembangkang itu tetapi tidak berasa terkejut.

Katanya, Anwar memamng mempunyai hubungan rapat dengan Yahudi, malah berkawan dengan anggota kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi.

"Memang dia (Anwar) dekat dengan Israel sebab dia suka kalau orang Barat puji dia. Dia nak ternampak sebagai seorang yang moden yang ikut trend, sebaliknya kita anggap dia sebagai lapuk," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan siri syarahan Razak berjudul 'A Malaysian Approach to Public Leadership' di Pusat Konvensyen Antarabangsa di Putrajaya.



Dakwanya lagi, timbalannya itu juga selalu menjejaskan nama baik negara di mata dunia.

Menurut Dr Mahathir, sebagai pemimpin yang telah lama mengenali perwatakan Anwar, berkata motif dan tujuan pemimpin pembangkang itu adalah untuk menonjoldan mempromosikan diri sendiri kononnya beliau adalah pemimpin moden dan liberal sekaligus mengharapkan pujian daripada negara Barat.

"Saya tak hairan kerana saya tahu dia (Anwar) sangat rapat dengan mereka (Israel). Dia amat mesra dengan ramai anggota Kongres Amerika Syarikat yang berbangsa Yahudi," dakwanya.



Sementara itu, Bernama melaporkan, ketika ditanya mengenai kepimpinan Anwar, Dr Mahathir berkata tanpa sebarang hala tuju dan agenda pembangunan untuk negara dan rakyat, bekas timbalan perdana menteri itu berkeinginan besar untuk merampas Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri.

Jelasnya hanya pemimpin yang memahami kehendak rakyat dan tidak mementingkan diri sendiri sahaja mampu membawa negara ke tahap yang lebih maju dan ternyata kualiti itu tidak dimiliki oleh Anwar.

"Dia dan penyokong dia kata perjuangan utama mereka ialah mara ke Putrajaya dan menjadi Perdana Menteri. Apa program dia (Anwar), tak ada apa. Dia kata dia liberal kepada semua orang, pemimpin untuk semua, jadi dia dapat sokongan dan mungkin menjadi Perdana Menteri," katanya.

Dalam temubual dengan akhbar Wall Street Journal baru-baru ini, Anwar didakwa menyatakan sokongan terhadap semua usaha bagi menjaga dan melindungi keselamatan negara Israel. Beliau bagaimanapun telah menafikan dakwaan berkenaan.

malaysiakini

Anwar Sokong Israel Sebab Dana & Pemuda PAS yang BAHLOL


Menarik mesyuarat koordinasi malam tadi di kalangan pimpinan PKR. Sambil tengok AJL, sebab Ketua Cabang Parit Sulong bertanding; mereka berbincang banyak perkara yang melibatkan koordinasi menjelang pilihanraya.

Antara isu yang ditimbulkan adalah keperluan bajet menjelang kempen PRU nanti. Ramai yang memberikan pendapat. Rata-rata mengakui, keperluan bajet sekurang-kurangnya DUA KALI GANDA daripada bajet tahun 2008. Dua kali ganda.

Memang Kerajaan Negeri Selangor sudah asingkan keperluan pilihanraya – RM300 juta di peringkat awal. Namun, tumpuan akan diberikan kepada Selangor. Apa keperluan Negeri lain? Mereka juga perlukan pembelaaan.

Di sinilah Anwar memberitahu bagaimana Pemuda PAS adalah kumpulan yang bahlol dan tidak ada strategi.

Anwar menerangkan bagaimana kenyataan yang dibuat baru-baru ini mengenai Israel – adalah bertujuan khas mendapatkan dana pilihanraya. Setelah diasingkan oleh kebanyakan lobbyists group dan NGO antarabangsa; Anwar perlu merapatkan diri semula dengan mereka. Oleh yang demikian, kenyataan Anwar baru-baru ini adalah khusus untuk membuka jalan mendapatkan dana luar.

Open Society milik George Soros tidak akan membantu jika Anwar masih mengambil pendekatan anti APCO. Ini sudah diberitahu kepada Anwar secara jelas. Malahan, Anwar juga mengakui bahawa Open Society hanya akan memberikan dana jika Anwar mampu mengubah pendirian mengenai isu Israel.

Pemuda PAS yang BAHLOL – kata Anwar tidak tahu bahawa mereka akan berjuang dengan poket kosong kalau tidak dengan bantuan PKR. Kebahlolan Pemuda PAS ini hanya akan meranapkan peluang PR dalam PRU yang akan datang.

Nampaknya ini soal DANA untuk PRU yang akan datang. Bukan soal ideologi.

Kita kena faham permainan dan gelagat Anwar ini…

Gelagat Anwar


Monday, January 30, 2012

Datuk Dr Hassan dan PAS - satu pandangan dari Meli




Betulkah Datuk Dr Hassan Ali tidak akan memberi bekas kepada Pas?

KERANA bebaskan diri dari kejumudan: antaranya telah menyertai dan menyokong Perhimpunan Sejuta Umat (Himpun) untuk menyelamatkan umat Islam dari murtad yang dilarang supaya jangan hadir oleh parti dan kerana enggan menyerai perhimpunan untuk menentukan satu keputusan penghakiman (kes lewat Anwar Ibrahim) yang disuruh hadir oleh parti, Datuk Dr Hassan Ali dipecat dari Pas.

Ekoran pemecatan itu, banyak luahan dibuat oleh Dr Hassan, termasuk tentang adanya orang Pas sendiri menghalangnya ketika menjalankan tugas mencegah maksiat sewaktu beliau menjadi exco. Saya, malah rakyat Malaysia seluruhnya pasti tidak akan lupa macam mana arak yang dirampas oleh pihak berkuasa agama Islam di Selangor telah dikembalikan atas desakan exco dari DAP. Ianya adalah satu bentuk penghinaan terhadap keja-kerja yang melibatkan kepentingan Islam sebagai agama resmi negara. Pihak berkuasa agama Selangor ketika itu bawah portfolio Dr Hassan,

Bagi saya pemecatan Dr Hassan adalah satu malapetaka kepada perjuangan Pas tetapi rata-rata pimpinan Pas serta pendukung dan penyokong fanatik parti itu yang bagi saya sudah jauh terpesong dari matlamat dan tujuan penubuhan Pas nampaknya yakin pemecatan Hassan tidak akan memberi bekas kepada Pas. Betulkah begitu? Saya bukan baru dalam Pas tetapi agak lebih awal mufarakah dari Pas setelah kira-kira lapan tahun berada dalam kerajaan Pas Kelantan.

Sebelumnya saya banyak belasah Umno, terutama Dr Mahathir (kini Tun) sewaktu beliau jadi PM dan Presiden Umno. Baca sambungannya......

Fitnah Anwar terhadap NFC - Satu penjelasan





Wednesday, January 25, 2012

Penjelasan Ketua Audit Negara Malaysia mengenai isu NFC

   Syarikat JV antara Kerajaan Malaysia    dengan Agroscience Industries Sdn. Bhd.



Ekoran laporan media mengenai beberapa isu yang menghubung-kaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan projek fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara telah membuat satu kenyataan akhbar menyatakan Laporan Kajian Audit 2012 itu adalah dibuat terhadap projek National Feedlot Centre (NFCentre) di bawah seliaan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, dan bukannya auditan terhadap syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp).

KENYATAAN AKHBAR OLEH KETUA AUDIT NEGARA TERHADAP PUSAT FIDLOT NASIONAL (NATIONAL FEEDLOT CENTRE)


Ekoran laporan media mengenai beberapa isu yang menghubungkaitkan Jabatan Audit Negara (JAN) dengan projek fidlot di Gemas, Jabatan Audit Negara ingin memberi penjelasan seperti berikut:

2.   Perkara yang menjadi fokus utama pengauditan prestasi yang dijalankan oleh JAN ialah pencapaian projek Pusat Fidlot Nasional (PFN) sejak penubuhannya pada tahun 2006 dan bukannya National Feedlot Corporation Sdn. Bhd. (NFCorp.) sebagai sebuah syarikat. NFCorp. adalah syarikat yang berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia di mana Kementerian Kewangan Diperbadankan memegang satu golden share bernilai RM1. Manakala modal berbayar berjumlah RM1.11 juta telah disumbangkan oleh Agroscience Industries Sdn. Bhd. Projek ini diaudit memandangkan ia penting dari segi pengeluaran makanan negara yang mana Kerajaan Malaysia telah memperuntukkan sejumlah wang yang besar berupa:

i)    Peruntukan di bawah Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani (KPIAT) berjumlah RM73.64 juta di bawah RMKe-9 bagi menampung kos pembangunan dan pengoperasian. Daripada peruntukan ini, sejumlah RM48.71 juta telah dibelanjakan setakat akhir tahun 2010 oleh KPIAT untuk menyediakan tapak seluas 5,000 ekar bagi projek ini. Kawasan ini kemudiannya dikurangkan kepada 2,000 ekar sahaja.

ii)    Geran pelancaran untuk penyediaan infrastruktur berjumlah RM13 juta diluluskan kepada NFCorp. pada bulan September 2007 dan setakat akhir tahun 2010 sejumlah RM6.52 juta telah dibayar kepada NFCorp. untuk syarikat ini menyediakan infrastruktur seperti kandang dan jalan ladang.

iii)    Pinjaman mudah (soft loan) juga telah diluluskan kepada NFCorp. yang berjumlah RM250 juta menerusi satu perjanjian pinjaman yang telah ditandatangani pada Disember 2007. Setakat Mac 2010, sejumlah RM134.7 juta telah dikeluarkan kepada NFCorp. berdasarkan kepada tuntutan yang dibuat kepada Kementerian Kewangan.

3.    Tujuan pengauditan dilaksanakan adalah untuk menilai sama ada projek PFN telah dirancang dan dilaksanakan dengan teratur dan berhemat serta mencapai objektif yang ditetapkan. Pengauditan ini melibatkan semakan terhadap maklumat yang diperolehi daripada beberapa agensi Kerajaan seperti KPIAT, Kementerian Kewangan, Jabatan Perkhidmatan Veterinar dan juga daripada pegawaipegawai NFCorp. semasa lawatan tapak dilakukan pada bulan Mac 2011. Berdasarkan analisis audit yang bersandarkan kepada maklumat tersebut, pemerhatian-pemerhatian audit telah dibuat secara bertulis untuk mendapatkan pengesahan dan maklum balas daripada pihak-pihak ini. Selain itu, perbincangan menerusi Exit Conference telah dibuat dengan wakil-wakil KPIAT sebagai Kementerian yang bertanggungjawab ke atas pelaksanaan projek ini sebelum laporan audit dimuktamadkan untuk dimuatkan ke dalam Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010.

4.    Analisis audit mendapati objektif projek PFN masih belum dicapai sepenuhnya. Ini disebabkan berbagai faktor yang dihuraikan dalam LKAN 2010. Antaranya, mengikut perjanjian pelaksanaan yang ditandatangani pada bulan Mac 2010, sasaran pengeluaran PFN iaitu 38,600 ekor lembu untuk tahun 2010 belum dicapai kerana Entreprenuer Development Program (EDP) yang melibatkan 130 pengusaha ladang satelit belum dilaksanakan lagi.

5.    Jika dibaca keseluruhan LKAN 2010 itu, tidak ada pun disebut perkataan-perkataan seperti kucar kacir, 'in a mess' atau pun penyelewengan. Perkataan-perkataan ini telah digunakan oleh pihak-pihak lain dan JAN tidak sepatutnya dipertanggungjawabkan. Pada pendapat JAN, sama ada terdapat unsur-unsur penyelewengan dalam pelaksanaan projek ini terpulanglah kepada penyiasatan pihak berkuasa seperti Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia.

6.    Pada perspektif audit, sememangnya terdapat beberapa kelemahan dalam pelaksanaan projek ini. Jikalau tidak, mengapa pada bulan Mei 2009 (sebelum pengauditan dijalankan), Kerajaan perlu menangguhkan pelaksanaan PFN sehingga satu kajian viability and business model (model perniagaan) dijalankan bagi projek ini?. Perkara ini ada dinyatakan dalam LKAN 2010. Ianya membayangkan Kerajaan Malaysia sememangnya sedar akan kelemahan-kelemahan dalam pelaksanaan projek ini dan telah pun mengambil tindakan untuk menentukan hala tuju projek ini.

7.    JAN ingin menjelaskan bahawa pengauditan terhadap projek PFN ini telah dibuat secara bebas dan profesional tanpa sebarang prejudis kepada mana-mana pihak. Sebarang kenyataan yang mempertikaikan kewibawaan dan integriti juruaudit JAN adalah dikesali.

Putrajaya
25 Januari 2012


Rujukan : Laman Web Jabatan Audit Negara


Published: Tuesday October 25, 2011 MYT 12:20:00 PM



"Headless" National Feedlot Centre project

PETALING JAYA: The RM73.64mil National Feedlot Centre project is in a mess', the Auditor-General's Report said.

It recommended that the Agriculture and Agro-Based Industry Ministry talk with the Finance Ministry to determine the “direction of the project.”

The project, located in Gemas, Negri Sembilan, is aimed at reducing beef imports and make the country the centre of beef production.

In an audit between January and March this year, the project's Entrepreneur Development Programme, with the aim to train 130 satellite farmers, has yet to take off.

The programme's failure resulted in only 41.1% or 3,289 cattle being produced last year compared to the targeted 8,000 heads of cattle.

The centre was slated to produce 60,000 cattle by 2015.

The Report found weaknesses in project management, while facilities remained used or improperly maintained.

“The area where grass that was supposed to be grown for animal feed or fodder was filled with acacia trees,” it said.

According to the Report, the 2,000ha of land meant for the NFC has now been reduced to 800ha as the Mentri Besar Negri Sembilan Inc. has taken back their plot.

However, the state government said it would use the plot for livestock activities and food production.

Rujukan : The Star

Anwar tidak sanggup saman malu terhadap Ezam, Umi Hafilda, Nallakaruppan, Datuk Eskay dan bekas PKR lain kerana takut kegiatan liwat dan zinanya terbongkar lagi di mahkamah



Beberapa bekas pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) mencabar Datuk Seri Anwar Ibrahim menyaman mereka dan bukannya pihak lain termasuk media massa kerana mendedahkan isu moral Ketua Pembangkang itu.

Antara mereka yang membuat cabaran itu ialah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor; bekas Naib Ketua AMK, Mohd. Zahid Md. Arip; bekas Setiausaha AMK, SD Johari Yasin; bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari dan bekas ahli AMK, Hamizun Khairuddin.

Mereka hairan kenapa Anwar hanya berani menyaman media seperti Utusan Malaysia sedangkan sebagai bekas pemimpin parti itu, merekalah antara yang awal mendedahkan persoalan moral dan akhlak Anwar secara terang-terangan kepada umum.

Ezam berkata, tindakan Anwar menyaman media massa lebih bersifat gimik politik dan bukan untuk mempertahankan kebenaran kerana Ketua Pembangkang itu sebenarnya takut berdepan dengan kebenaran.

“Kalau benar niat beliau mahu mempertahankan kebenaran, kenapa beliau tidak menyaman sahaja Datuk Shazryl Eskay Abdullah; Datuk S. Nallakaruppan dan Umi Hafilda Ali yang terang-terang mendedahkan isu moral beliau,”
katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Anuar pula menegaskan, beliau juga bersedia untuk disaman oleh pemimpin itu kerana telah mendedahkan masalah akhlak pemimpin tersebut.

“Sejak kami mula keluar daripada PKR sehingga sekarang, pendirian kami terhadap pemimpin ini tidak berubah tetapi sehingga sekarang dia tidak berani saman kami,’’ katanya.

Katanya, tindakan Anwar menyaman media massa hanyalah untuk menafikan kebenaran dan menambah tekanan kepada media-media yang prokerajaan.

“Dia sebenarnya cuba mengembalikan kepercayaan rakyat terhadapnya kerana keyakinan rakyat mulai goyah disebabkan isu moralnya,’’ katanya.

Mohd. Zahid pula menganggap Anwar sebagai seorang pengecut kerana beliau tidak berani mengheret mereka yang pernah mendedahkan salah lakunya ke mahkamah.

“Anwar (tidak berani) berbuat demikian kerana tidak mahu mereka yang terbabit terus mendedahkan salah lakunya di mahkamah pula.

“Tindakan Anwar itu sebenarnya tersasar jauh jika benar beliau mahu membersihkan namanya," katanya.


SD Johari pula berkata, beliau pernah mendedahkan moral Anwar melalui YouTube bermula 2006, namun sehingga kini tiada tindakan diambil oleh pemimpin berkenaan.

“Kenapa dia tidak saman sedangkan kenyataan saya mengenai beliau masih boleh ditonton oleh semua rakyat sehingga ke hari ini,’’ katanya.

Jumaat lalu, Anwar memfailkan saman fitnah RM50 juta terhadap Utusan Melayu (M) Bhd. berhubung penyiaran artikel bertajuk Tolak Anwar - Hassan pada 17 Januari lalu.

SD Johari menambah, jika Anwar mahu menyaman pihak-pihak mengaibkannya, maka dia juga perlu menyaman separuh daripada rakyat di negara ini yang percaya mengenai keruntuhan akhlak dan moral pemimpin itu.

Bekas ahli AMK, Hamizun turut mengakui tindakan Anwar itu hanyalah untuk mengembalikan keyakinan rakyat kepadanya.

“Rakyat sudah mulai sangsi dan mempertikaikan hasrat beliau untuk menjadi Perdana Menteri kerana rekod moralnya yang sangat rendah, justeru tindakan seterus Anwar ialah menyaman akhbar ini,' katanya.

Kata beliau, tindakan Anwar itu hanyalah gertakan daripada individu yang terdesak sedangkan ia tidak akan dapat mengembalikan penghormatan masyarakat terhadapnya.

Oleh : MARZITA ABDULLAH dan UMAVATHI RAMAYAH

Anwar dapat hak semaksimum Mahkamah dalam kes liwatnya, bagaimana pula dengan Saiful ?





Datuk Seri Anwar Ibrahim telah diberi keadilan sepenuhnya oleh mahkamah dalam menghadapi pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, kata Datuk Salehuddin Saidin, pengamal undang-undang yang merupakan bekas pendakwa raya di Jabatan Peguam Negara.

“Tangguhan sebanyak 56 kali atas pelbagai alasan, termasuklah alasan untuk mengenepikan hakim yang membicarakan kes tersebut.

“Setiap kali tangguhan dibuat, ianya dibawa ke Mahkamah Rayuan, dan seterusnya Mahkamah Persekutuan. Bermakna proses dipatuhi mahkamah semaksima yang mungkin dan di sini dapat kita lihat bagaimana mahkamah telah memberi setiap ruang kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memastikan keadilan dicapai oleh beliau”, katanya, ketika sesi penerangan isu-isu semasa di Tadika Nuri, Seksyen 7, Shah Alam, 15 Jan.

Dalam menilai pengertian ‘keadilan’ itu, pengamal undang-undang itu bertanya, adakah keadilan yang sama juga diberikan kepada pengadu, Mohd Saiful.

“Sebenarnya ini adalah satu ketidakadilan yang telah berlaku (kepada Mohd Saiful)”, katanya.

Mengulas tentang keputusan mahkamah yang membuat keputusan Anwar dibebaskan dan dilepaskan, Salehuddin berkata Mohd saiful perlu diberi ruang untuk mendapatkan keadilan dengan merayu ke peringkat tertinggi.

“Saiful sebagai mangsa telah meletakkan hak dia kepada Timbalan Pendakwa Raya. Sebagai seorang mangsa, dia sepatutnya dibela hingga ke peringkat terakhir iaitu Mahkamah Persekutuan.

“Apabila Timbalan pendakwa Raya telah menuduh, kalau dia kalah, dia mesti rayu, sebab untuk menjustifikasi kenapa pada mulanya kita tuduh.

“Bila kita tuduh, kita menyakini bahawa ada kes. Bila kita dah bawa segala keterangan, menunjukkan bukti, kalau mahkamah yang satu ini (Mahkamah Tinggi) tidak mahu berstuju dengan pihak pendakwaan, ada hakim lagi di peringkat yang lebih tinggi, Mahkamah Rayuan ada tiga orang hakim yang akan mengadili keputusan mahkamah yang di bawah”, katanya.

Menurutnya setelah keputusan Mahkamah Rayuan membuat keputusan, sama ada menyebelahi Anwar atau Saiful, masih ada ruang lagi untuk membuat rayuan di Mahkamah Persekutuan yang akan dinilai oleh lima orang hakim.

“Seterusnya apabila Mahkamah Rayuan membuat keputusan sama ada menyebelahi Saiful atau Datuk Seri Anwar Ibrahim, ada satu lagi peringkat iaitu Mahkamah Persekutuan yang dapat menentukan keputusan mahkamah bawah itu betul atau tidak.

“Jadi kalau satu (orang ) hakim membuat keputusan di Mahkamah Tinggi, ada tiga (orang) hakim yang buat penilaian di Mahkamah Rayuan dan ada lima lagi panel (hakim) yang akan menilai di Mahkamah Persekutuan.

“Proses undang-undang itu kalau dikuti, bermakna di akhir Mahkamah Persekutuan pastinya kedua-dua pihak mendapat keadilan sepenuhnya kerana kelapan-lapan hakim telah melihat setiap keterangan diberikan di mahkamah”, katanya.

Katanya tindakan Majlis Peguam menghalang kes itu dirayu sebagai menyekat proses keadilan dicapai untuk kedua-dua pihak.

“Malah Majlis Peguam kata tak perlu rayu. Mendesak Peguam Negara agar tidak merayu. Sepatutnya Majlis Peguam, bersikap nuetral, kalau you nak partisan itu you punya prinsip, tapi kalau you sebagai Majlis Peguam yang sepatutnya mendokong keadilan bagi setiap individu di negara ini, dia sepatutnya mengatakan hak Saiful untuk dibela sehingga ke peringkat yang terakhir.

“Inikah ini ? Inikah keadilan yang dituntut”, katanya.

Menurutnya dalam kes liwat I, Anwar juga diberi peluang untuk merayu ke Mahkamah Rayuan dan Persekutuan setelah Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman bersalah kepadanya.

“Contoh yang paling baik adalah apa yang berlaku kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwat yang pertama pada tahun 1999.

“Mahkamah Tinggi, Datuk Ariffin Jaka telah membuat keputusan Anwar bersalah meliwat Azizan pada ketika itu. Dia pun pergi Mahkamah Rayuan, boleh pula Datuk Seri Anwar Ibrahim pada masa itu..Apabila merayu ke Mahkamah Rayuan, mahkamah itu telah membuat keputusan mengesahkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Seterusnya rayu lagi ke peringkat yang lebih tinggi iaitu Mahkamah Persekutuan yang akhirnya Mahkamah Persekutuan telah membuat keputusan 2-1, mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar tidak bersalah.

“Bermakna proses undang-undang telah mengambil (tempatnya), iaitu pada peringkat pertama, disabitkan; kedua pun disahkan disabitkan, yang ketiga dia lepas..tidak pula dia kata pada ketika itu mahkamah tidak adil”, katanya.

Sumber : ANWARAIDC.COM

Tuesday, January 24, 2012

Anwar meliwat Qazaf Enakmen Syariah, Wang Zakat dan Rumah Menteri jadi sasaran





Keratan bahan fitnah dari kumpulan Anwar Ibrahim
1.    Isu Wang Zakat : Ini Semua Sebab Saya Lawan Dengan Anwar - Jamil Khir


Raut wajah, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom nampak tenang saja di ruang mesyuarat pejabatnya Tingkat 9 Bangunan JAKIM, Putrajaya pada Rabu.

Beliau ditemani Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha, Pengarah JAWI, Datuk Che Mat Che Ali, CEO Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Dr Muhammad Yamin Ismail bersama pegawai-pegawai lain, siap melayani kami – wartawan, blogger, facebooker dalam majlis pertemuan petang itu.

Ada banyak isu yang mahu dibualkan dengan bekas Mejar Jeneral Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ini, tetapi yang paling panas dan ramai hendak tahu adalah soal penggunaan wang zakat MAIWP membayar kos guaman satu perbicaraan membabitkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Isu tersebut jika diteliti secara fakta, tidak besar mana, tetapi ia menjadi kontroversi sebab pembangkang, terutamanya PKR membangkitkannya secara konsisten dan berkala hingga membentuk persepsi seolah-olah Menteri Malaysia guna duit zakat bayar kos guaman.

Kisah sebenarnya mudah, Anwar saman kerajaan (menterinya Datuk Seri Jamil Khir), Pengarah JAWI Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua jabatan pendakwaan JAWI, Shamsuddin Hussain sebab tidak mahu dakwa pengadu kes liwat Mohd Saiful Azlan Bukhari dengan dakwaan qazaf (tuduh zina tanpa empat saksi).

Jadi sebagaimana biasanya, kerajaan dan agensi-agensinya perlu mempertahankan diri dan melantik peguam. Kebiasaannya Peguam Persekutuan, Jabatan Peguam Negara akan mewakili jabatan-jabatan Kerajaan Persekutuan atau Negeri serta pegawai-pegawai itu atas nama jawatannya (bukan sebagai individu), tetapi oleh kerana kes ini melibatkan perkara khusus kepada agama Islam, maka peguam swasta yang arif dalam bidang itu dilantik mewakili jabatan/pegawainya.

Ini bukan soal peribadi Anwar lawan Jamil Khir, tapi soal Anwar lawan Jabatan Agama yang kebetulan menteri yang dipertanggung -jawabkan adalah Jamil Khir.

Dan Anwar kalah. Pusingan pertama.


Apabila lantik peguam perlu kos, sudah sebab ini saman kerajaan, sudah tentu kerajaan yang bayar, bukan individu. Maka MAIWP sebagai agensi bertanggungjawab perlu bayar kos guaman sebanyak RM63,650.

Bukan untuk Jamil Khir seorang, tetapi juga untuk Datuk Che Mat Che Ali dan Shamsuddin Hussain yang disaman Anwar. RM63,650 kongsi tiga. Itu sahaja kisahnya.

Masalah timbul apabila pembangkang bawa isu penggunaan wang zakat bayar kos guaman tersebut, dan pembangkang secara konsisten bawa isu tersebut sebab ia berkaitan dengan Anwar.

Satu demi satu dirungkai, dokumen demi dokumen dipamerkan termasuklah baucar pembayaran (ada tanda-tanda pembabitan orang dalam).

Ketika berhadapan dengan 12 orang semalam, Jamil Khir sedia di'grill', soalan terbuka untuk kami tanya, dia bersedia untuk tell the truth.

“Jika yang dihina itu diri saya, saya boleh maafkan, tapi yang dihina itu Islam, Jabatan Agama Islam, saya tidak boleh berdiam diri,” katanya memperjelaskan maksud pertemuan.

Menurut beliau, sebagai Pengerusi MAIWP, jawatan yang disandangkan bukan jawatan eksekutif.

“Urusan harian, soal pembayaran dan pentadbiran bukan saya kendalikan, tapi sebagai bos, saya kena bertanggungjawab, mereka serang saya tak mengapa, tapi mereka serang MAIWP, saya kena tampil jawab,” katanya lagi.

Menurut beliau, soal pembayaran kos guaman menggunakan duit zakat itu tidak timbul sebab beliau tahu wujud geran tahunan kerajaan kepada MAIWP setiap tahun bagi tujuan tersebut.

“Saya beranggapan begitu, walaupun baru-baru ini Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat khas pada 3 September 2009 bagi membincangkan anggaran Belanjawan MAIWP 2010, telah meluluskan sebanyak RM205,000,00 untuk perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah,” kata beliau.

Jamil Khir membacakan satu kenyataan media oleh Mufti Wilayah kepada kami dan menerangkannya satu persatu.

Antara yang ditulis oleh Mufti Wilayah tersebut adalah JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabillah dengan tafsiran yang lebih luas dari perbelanjaan untuk perang jihad semata-mata. Antara mereka adalah Imam Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar.

Menurut Rahyid Rida, "pendapat yang benar mengenai maksud fisabillah di sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan,".

Sudahpun ada kenyataan Mufti tersebut, bagi Jamil Khir, beliau beranggapan bahawa duit yang digunakan untuk bayar kos guaman tersebut adalah dari geran kerajaan sebanyak RM700,000,00 setahun yang memang digunakan untuk kes-kes perundangan yang dihadapi oleh jabatan agama.

“Saya tetap kata yang duit peguam itu dari dana kerajaan, tapi Mufti sendiri kata, jika pakai duit zakat pun boleh berdasarkan mesyuarat tahun 2009, lulus sebanyak dua ratus ribu lebih untuk tujuan perundangan, saya terima kasihlah…” katanya tegas mempertahankan integritinya.

Untuk rekod Pengarah Jawi Datuk Che Mat yang juga setiausaha Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dalam satu laporan Bernama pada Khamis berkata dana daripada kerajaan memang dimasukkan di dalam akaun yang sama, iaitu akaun zakat, cuma dimasukkan sementara tetapi akaun banknya adalah sama.

"Kalau kita nak ambil duit itu (dana kerajaan) bagi digunakan untuk pembayaran kos guaman pun boleh, tak ambil pun boleh dan jika nak ambil duit zakat pun tidak mengapa, asalkan untuk memartabat kredibiliti dan kehormatan MAIWP dalam menguruskan hal ehwal dan warga Islam di Wilayah Persekutuan," katanya.

Beliau berkata geran kerajaan sebanyak RM700,000 yang diterima MAIWP tahun lepas bagi tujuan pembayaran untuk kes tertentu seperti mempertahankan kredibiliti pengurusan hal ehwal undang-undang yang bersabit dengan MAIWP apabila majlis itu disaman dan sebagainya memang dimasukkan ke dalam akaun yang sama, iaitu akaun zakat dan pengeluaran untuk pembayaran kos guaman untuk situasi seperti didakwa adalah dibolehkan.

"Tetapi hari ini saya nak jelaskan kita bayar duit guaman itu guna dana kerajaan, kita tak ambil duit zakat walaupun kita boleh juga ambil duit zakat seperti yang dijelaskan Mufti Wilayah Persekutuan," kata Che Mat.

Sebagai bekas Mejar Jeneral dalam tentera, Jamil Khir sudah biasa dengan tekanan dan ujian, beliau nampak tegas dan bersemangat menerangkan letak duduk perkara tersebut.

Ada beberapa perkara yang off record kerana sebab-sebab tertentu.

“Ini semua sebab saya lawan dengan Anwar Ibrahim saja, dia saman saya dan dua yang lain dalam kes qazaf, bila bawa ke mahkamah, kami menang, dan dia merayu, rayuan dia akan dengar pada 30 Januari ini,” jelasnya.

Bagi yang biasa dengan gaya pembangkang mencipta isu salah satu caranya adalah dengan 'kompang' bagi kuat supaya persepsi terbentuk. Macam kes liwat Anwar di mahkamah baru-baru inilah, sebelum keputusan riuh kata konspirasi dan segala macam lagi. Lepas keputusan terus senyap sunyi.

Sebagai orang baru dalam politik, Jamil Khir yang dilantik sebagai Senator dan sekaligus Menteri yang menjaga hal ehwal agama Islam oleh Datuk Seri Najib Tun Razak sebaik PM merombak Kabinet pada April 2009.

Orangnya mudah mesra dan rendah diri. Beliau disenangi banyak pihak dan barangkali menimbulkan cemburu kepada musuh-musuh politiknya (pembangkang).

Kebetulan ada isu yang boleh ‘dilambung’ maka puak-puak ini berseronok jadikan satu tarikan untuk menjual ‘minyak angin’ mereka.

Sebelum ini Datuk Seri Jamil Khir diserang dalam soal rumah yang konon macam istana.

Beliau ada terangkan juga dalam pertemuan lebih sejam tersebut. Ceritanya memang bersahaja habis.

2.    Mufti Wilayah Persekutuan jawab tuduhan pembangkang terhadap Jamil Khir mengenai isu wang zakat



Ketika pembangkang berusaha terus menerus nak 'mandikan' Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Jamil Khir Baharom dengan isu wang zakat, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) Khamis tampil dengan satu kenyataan menjelaskan kedudukan sebenar.

Dalam kenyataan itu Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Wan Zahidi Wan Teh berkata bahawa penggunaan wang zakat untuk kos guaman dalam kes yang berkaitan dengannya adalah mengikut hukum syarak dan selaras dengan undang-undang yang berkuatkuasa di Wilayah Persekutuan.

Menurut beliau Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Wilayah Persekutuan (JPHSWP) dalam mesyuarat yang diadakan pada 3 Sept 2009 bagi membincangkan anggaran belanjawan MAIWP 2010 telah meluluskan sebanyak RM205,000 bagi perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah.

"Peruntukan ini perlu diwujudkan kerana Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 55) dalam Bahagian II Perkara 5 (2) menyatakan, majlis boleh mendakwa dan didakwa dengan nama perbadanannya.

"Selain itu, dalam melaksanakan tanggungjawab terdapat keadaan di mana Majlis itu terpaksa mendapat keputusan mahkamah seperti dalam kes tuntutan jenazah mualaf yang dituntut keluarga yang bukan Islam," katanya.

Beliau membuat kenyataan tersebut ekoran beberapa laporan media baru-baru ini yang menyebut mengenai penyalahgunaan wang zakat oleh MAIWP.

Wan Zahidi berkata: "Mengenai peletakan perbelanjaan undang-undang di bawah asnaf fisabilillah, JPHSWP menerima pakai pendapat ulama yang mentafsirkan asnaf fisabilillah dengan tafsiran yang lebih luas daripada perbelanjaan jihad semata-mata.

"Antara mereka ialah Imam Al-Fakhrul Razi dalam kitab tafsirnya dan Sheikh Rasyid Rida dalam tafsir Al-Manar, dan menurut Sheikh Rasyid pendapat yang benar mengenai maksud fisabilillah di sini ialah segala yang menyentuh kepentingan umat Islam dalam menegakkan urusan agama dan pemerintahan.



3.    Jamil Khir jawab fitnah pembangkang bayar kos guaman kes qazaf guna duit zakat...


Jangan main tuduh-tuduh tanpa bukti, sebab kita bukan sahaja hendak hidup atas dunia, tapi kena menjawab di akhirat sana, itu mesej jelas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang hari ini menafikan laporan mendakwa beliau terbabit penyelewengan wang zakat.

Beliau berkata wang yang digunakan bagi pembayaran kos guaman beliau dalam kes tuntutan qazaf Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bukannya daripada wang zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tetapi dana khas yang disalurkan kerajaan untuk pembayaran yuran guaman.

"Setiap tahun kerajaan bagi bajet kepada MAIWP dan tahun ini RM700,000 diperuntukkan untuk tujuan pembayaran contohnya kes perebutan jenazah, kes libatkan saudara baru, isu murtad yang dibawa ke mahkamah, kita pakai duit ini lah," kata.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan dakwaan penyelewengan wang zakat MAIWP bagi pembayaran kos guaman beliau, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan Shamsuddin Hussain dalam kes qazaf itu.

Sambil menyifatkan dakwaan itu dan laporan mengenai kos ubah suai rumahnya di ibu negara yang dikatakan tinggi dan mewah sebagai zalim dan kejam, Jamil Khir berkata berita seumpama itu sepatutnya diselidik terlebih dahulu sebelum disiarkan supaya tidak timbul fitnah dan salah faham rakyat terhadap pemimpin negara dan kerajaan.

Beliau berpendapat laporan itu bertujuan untuk melahirkan persepsi bahawa pihak menteri dan kerajaan selalu melakukan penyelewengan.

"Saya rasa amat tidak wajar seorang Muslim dan saya rasa yang bercakap ini pun banyak Muslim. Dia patut selidik dan kena rasa takut pada fitnah dan pembohongan yang bukan setakat habis di dunia tapi balasannya sampai di akhirat," katanya.

Menurutnya pembangkang banyak memainkan isu melibatkan kerajaan Barisan Nasional untuk dipolitikkan supaya dapat mengalihkan perhatian rakyat terhadap isu-isu pokok membabitkan pembangkang termasuk qazaf.

Mengulas mengenai isu rumahnya, Jamil Khir berkata pihak berkenaan boleh membuat semakan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan menjelaskan rumahnya itu dibeli sejak tahun 1994 sebelum beliau dilantik sebagai menteri dan pembayaran bulanan juga masih dibuat sehingga kini.

"Biasalah kalau ada sedikit penambahbaikan pada rumah itu. Saya dulu mejar jeneral, dua bintang dalam pegawai kerajaan...ada pencen penuh dan tak peliklah saya layak buat pinjaman (perumahan)," katanya.


Beliau juga berkata penjelasan beliau berkaitan dakwaan itu adalah muktamad dan berharap semua pihak memahami keadaan sebenar.

4.    Beli rumah lelong pada tahun 1994, Jamil Khir akui buat ‘renovation’ setiap hari…





Sesuatu yang pelik tentang mentaliti pembangkang di Malaysia ini adalah, mereka gemar membuat dakwaan terpilih, contohnya dalam bab rumah, rumah menteri UMNO digambarkan besar dan mewah, tapi pemimpin mereka dengan rumah yang lebih mewah tidak pulak berbangkit…




Ambil saja kisah rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bukit Segambut, banglo itu dibeli dan diubahsuai semasa beliau bebas dari penjara tahun 2004 dengan harga RM7 juta, siap kolam renang dalam rumah.

Hiasan dalaman belum tahu lagi berapa…namun puak pembangkang relaks buat buta dan pekak.

Begitu juga rumah Azmin yang bernilai lebih dari RM5 juta yang diperolehinya semasa beliau menjadi Setiausaha kepada Anwar Ibrahim selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada masa itu lagi.

Isu rumah Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom ini bukan baru, ia heboh apabila ada pemimpin PKR yang buat bising dan ada yang jadi ‘pengendap’ pergi ambil gambar ‘curi-curi’ semasa rumah yang terletak di Kampung Batu Muda, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur itu diubahsuai.

Kawasan tersebut memang terkenal sebagai kawasan rizab Melayu, sejak dulu ramai pegawai tinggi kerajaan beli tanah lot untuk buat rumah, sama ada banglo atau Semi-D.

Ini kerana tanah rizab Melayu biasanya harga lebih murah sebab bangsa lain tidak boleh beli, jadi kalau kita berkereta di kawasan Kampung Batu Muda dan yang berhampiran dengannya, kita akan lihat deretan rumah banglo atau Semi-D macam-macam bentuk.


Bagi Jamil Khir tuduhan pembangkang berkenaan rumah beliau itu amat mendukacitakan dan lebih kepada ‘pembunuhan karakter’.

“Tentang rumah ini, saya perlu jelaskan juga, sebab kalau (pembangkang) ada bukti, sila tunjukkan, duit rasuah mana yang saya guna..,” katanya.

Tuduhan liar pembangkang ini mudah difahami adalah untuk menjatuhkan kredibiliti dan intergriti pemimpin-pemimpin UMNO saja. Bukan hanya Jamil Khir banyak lagi yang menjadi mangsa fitnah sebegini.

Dalam kes Jamil Khir, faktanya; beliau membeli rumah itu dari lelongan bank pada tahun 1994 semasa berkhidmat dalam Angkatan Tentera dan berpangkat Mejar.

Kedua, rumah banglo tersebut dibeli dengan harga RM110,000,00 selepas tidak ada pembida lain dan sehingga kini beliau masih membayar pinjaman perumahan kerajaan yang diambilnya.

“Saya beli masa Mejar (1994),
saya berhenti tentera Mejar Jeneral, dia bukan dari Mejar terus naik pangkat Mejar Jeneral dari Mejar naik jadi Leftenan Kolonel, kemudian Kolonel, kemudian Brigadier Jeneral kemudian baru Mejar Jeneral, banyak tahun melalui proses…,” katanya.

Sebelum ini ada ‘orang PKR’ yang persoalkan macam mana beliau dalam masa tiga tahun jadi menteri boleh duduk rumah sebesar itu.

Bukan saja persoalkan bahkan ‘jaja’ dalam blog-blog pro pembangkang untuk bina persepsi negatif terhadap Jamil Khir.


Menurutnya, beliau buat renovation (penggubahsuaian) rumah setiap hari, dari hari pertama beli lagi.

“Beli rumah tidak siap memanglah begitu, dan saya ni jenis yang tak suka berhutang, jadi ada duit sikit, buat sikit, ada dua orang Indonesia yang saya upah untuk buat rumah itu.

“Tapi cara saya begini, mereka buat tambahan, tak ganggu rumah yang asal, siap baru ketuk dinding, jadi tak messylah.

“Tidak menganggu saya dan keluarga.

“Itu rezeki tuhan bagi. Saya beli murah, orang lain beli rumah harga awal saja RM300 ribu, saya bayar pinjaman perumahan kerajaan sebulan RM600 sahaja. Sampai sekarang,” katanya.

Rumah tersebut diduduki 12 orang, selain beliau dan isteri ada juga ibu dan bapanya yang sakit, anak-anak, saudara dan orang gaji.

“Bila saja jadi Menteri, bulan tiga tahun lepas, ayah saya kena strok sebelah, mak saya pula kena serangan darah tinggi, terus koma.

“Bawa ke hospital, duduk lama juga, doktor kata tak boleh buat apa dah, saya bincang dengan ayah, bawa emak dan ayah saya ke rumah saya, tinggal dengan saya.

“Jadi orang sakit, penjagaan kena rapi, sebagai anak saya bagi bilik saya, bilik bawah, yang besar sedikit untuk mereka, bilik-bilik lain di atas.

"Masa tak ada bilik itulah saya tambah bilik atas itu, (gambar yang dijaja dalam blog-blog pembangkang) tak kan lah menteri nak tidur di kaki lima kot.

“Saya redhalah jika sebab saya pelihara orang tua, saya diuji begini…” jelasnya.

Gambar-gambar yang dicanang dalam blog-blog pembangkang itu adalah semasa ubahsuai tambah bilik, dan bahagian atas buat surau.

“Senang kami keluarga nak berjemaah dan juga kemudahan untuk tetamu yang datang….Sejarah saya buat rumah dari tahun 1994 tidak diceritakan, tiba-tiba kata saya sejak jadi menteri buat rumah besar,” katanya.

Oleh : HELME HANAFI

Monday, January 23, 2012

Video "China Doll" yang mendorong saya tinggalkan Anwar









MUKADIMAH

SEJAK beberapa tahun lalu, ramai orang kuat di sekeliling Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim meninggalkannya seorang demi seorang.

Trend itu juga nampaknya bukan terhad di kalangan kumpulan pelopor dan pangkat tertinggi parti, malahan semakin merebak ke semua peringkat termasuklah mereka yang dahulunya penyokong tegar dan taksub dengan perjuangan Ketua Pembangkang itu.

Menjadi penyokong tegar dari bangku sekolah lagi, seorang pengikut yang sebelum ini juga taksub, dahulunya sering membawa bersama anaknya dalam semua pergerakan reformasi sehinggakan anaknya itu menjadi salah seorang setiausaha sulit Anwar.

Apabila anaknya itu beralih arah meninggalkan idolanya itu, hubungan bapa dan anak menjadi renggang akibat perbezaan fahaman politik. Namun, apabila pendedahan demi pendedahan dibuat, akhirnya pengikut tegar itu luntur keyakinannya terhadap idola yang dipandang tinggi sejak kecil. Dia memilih mengikut jejak anaknya meninggalkan perjuangan parti itu.

Ikuti luahan dan pengalaman OSMAN ISHAK, bapa kepada bekas Setiausaha Sulit Anwar, Rahimi Osman dalam wawancara dengan wartawan Mingguan Malaysia LUKMAN ISMAIL.

MINGGUAN: Sejak bila anda meletakkan kepercayaan kepada karisma Datuk Seri Anwar Ibrahim dan apa yang mendorong penglibatan dalam PKR sebagai Ketua Cabang?

OSMAN: Saya menaruh kepercayaan dan meminati karisma Anwar sejak di bangku sekolah lagi kerana saya orang kampung dan suka tengok orang memperjuangkan orang kampung.

Ketika saya memasuki Universiti Malaya pada 1974, Anwar berada di dalam tahanan ISA. Bila beliau dibebaskan, saya sering mengikuti ceramah dan forum beliau di mana-mana sahaja sekitar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya. Apabila beliau memasuki UMNO, kekaguman saya terhadapnya agak menurun, sehinggalah beliau dipecat dari UMNO dan gerakan reformasi tercetus.

Saya sentiasa bawa bersama anak saya, Rahimi, melatihnya berjuang bersama di Masjid Negara, Jalan Tunku Abdul Rahman, di hadapan Sogo, Sungai Buloh, hinggalah di Kemunting. Kemudian, apabila Parti Keadilan Nasional (ADIL) ditubuhkan, saya menjadi antara yang pertama menganggotainya dari hari pertama ia dilancarkan di sebuah hotel di Kuala Lumpur.

Kira-kira setahun sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) 2008, Anwar sudahpun dibebaskan dan saya diminta oleh seorang sahabat yang menjadi Ketua Perhubungan Negeri untuk bersamanya dalam AJK PKR Negeri Pahang bagi memantapkan parti.

Saya sebenarnya bukan orang politik, tapi atas permintaan sahabat, saya menyertainya juga. Begitu jugalah menjadi Ketua Cabang Bentong, bukanlah kehendak hati saya tapi lebih kerana permintaan pihak lain. Tapi saya tetap bersama dengan gerakan reformasi dan parti, hanya kerana kononnya mahu menegakkan keadilan.

Anda ialah ayah kepada Rahimi yang pernah bekerja dengan Anwar. Apa perasaan anda apabila Rahimi meninggalkan Anwar atas sesuatu sebab?

OSMAN: Tentu sekali sangat terkejut dan cukup menyentap hati, apatah lagi alasannya adalah sama seperti apa yang berlaku kira-kira 10 tahun lalu yang saya anggap konspirasi dan perbuatan zalim, kini kena pula kepada kawan Rahimi.

Perasaan terkejut, marah, kecewa, tidak percaya dan malu bercampur baur di dalam diri saya bila Rahimi menceritakan sebab tersebut kepada saya. Walaupun tidak percaya 100 peratus ketika itu, hati kecil saya sudah mula terdetik.

Bagaimanapun, pada peringkat awal, saya masih berjaya mempengaruhi Rahimi untuk kembali bersama Anwar. Itulah sebabnya Rahimi pergi juga menemui kumpulan peguam Anwar di sebuah hotel di Shah Alam, pada malam hari yang sama Mohd. Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis.

Malahan, dalam pilihan raya kecil Permatang Pauh, Rahimi masih membantu Anwar. Tapi itu tidak lama kerana sikap negatifnya terhadap Anwar tetap ada dan saya tidak dapat lagi mempengaruhinya.

Apa yang menyebabkan anda yakin terhadap pendirian Rahimi sehingga membawa kepada keputusan mengikutinya meninggalkan PKR?

OSMAN: Sebenarnya agak sukar dan mengambil masa panjang untuk saya menerima hakikat dan mengakui pendirian anak saya lebih benar daripada saya sendiri dalam soal ini. Walaupun cerita yang disampaikan oleh anak saya nampak ‘benar’, namun saya sukar menerimanya dan terus berselindung di sebalik alasan ‘perlunya empat saksi’ dan teori konspirasi.

Hubungan saya dengan Rahimi menjadi tegang dan satu ketika saya seolah-olah menghalaunya dari rumah. Saya juga tidak lagi ambil peduli mengenai anak saya itu. Tapi semuanya berubah apabila timbulnya satu isu baru melibatkan orang yang sama.

Video seks yang didedahkan oleh ‘Datuk T’ dan kemudiannya ditayangkan oleh sebuah blog. Tanpa segan silu saya meneliti secara serius apa yang ditayangkan itu dan saya mendapati, akal saya tidak dapat mencari satu ciri pun si pelaku itu bukan orang yang dikatakan.

Semua yang saya saksikan, dari segi fizikal dan gerak gerinya semua sangat menyamai seorang individu, itulah kesimpulan saya.


Jadi, saya berfikir memang ada kemungkinan individu tersebut boleh melakukan perkara lain yang lebih menjijikkan. Tambahan pula, bila melihat dolak dalih mereka sekeluarga dalam isu jam tangan yang tidak meyakinkan, kelihatan mereka sangat gelabah. Rasa kemungkinan besar betul, dan kalau betul, mungkin ada merit untuk kes-kes terdahulu.

Sejak dari itu, saya mula mundur dan mengakui nampaknya pendirian anak saya adalah betul. Lalu terus menjauhi PKR kerana saya tersalah langkah selama ini. Mujur juga saya tidak lagi menjadi Ketua Cabang ketika itu, kalau tidak alangkah rasa serba salahnya saya.

Video itu mendorong saya tinggalkan PKR dan hilang kepercayaan terhadap ketuanya. Ini video, yang saya boleh tengok sendiri berbanding sebelum ini hanya dengar cerita orang sahaja.

Kebetulan Rahimi kemudian membawa saya mengikuti satu perjumpaan yang mendedahkan banyak cerita tentang individu sama. Orang yang bercerita di situ pula tidak nampak seperti orang berbohong. Dari detik itu, hati saya berubah 99 peratus meninggalkan PKR dan pembangkang dan tidak lagi menghubungi rakan-rakan dalam pembangkang.

Keputusan mahkamah baru-baru ini pula semakin melegakan saya kerana kini lebih pasti kesimpulan yang saya buat adalah betul.

Jika kita lihat, sejak dari hari pertama sehingga penghujung kes itu teori konspirasi yang dicanangkan bagi mengaburi mata rakyat, tetapi keputusan mahkamah menampakkan sebaliknya.

Bagi orang yang berfikir, sudah tentu mereka memahami apa yang sebenarnya berlaku dan siapa yang sebenarnya berkonspirasi. Ini persepsi saya, tapi selepas keputusan mahkamah itu, saya menolak 100 peratus PKR dan pembangkang.

Benarkah sebelum ini anda menolak sepenuhnya media perdana terutamanya Utusan Malaysia sepanjang berjuang bersama Anwar?

OSMAN: Sebenarnya, Utusan Malaysia teman saya sepanjang bersekolah dan belajar dahulu. Namun, selepas kes liwat 1998, saya menolak Utusan Malaysia (kerana terpengaruh sentimen Anwar) selama hampir 12 tahun. Saya tidak membeli mahupun membaca Utusan Malaysia dan media perdana lain kerana semuanya digelar media fitnah. Selepas saya mengubah fikiran (perjuangan politik), saya kembali kepada Utusan Malaysia malahan menunjukkan dengan bangga saya membeli akhbar Utusan Malaysia.

Tanpa perjuangan Utusan Malaysia, kita tentu sudah sesat kerana tiada yang memperjuangkan hak kita macam Utusan. Dulu saya taksub, anggap semuanya fitnah semata-mata.

Ini pengajaran istimewa dan bermanfaat terutamanya melalui wawancara bersama Ismail Mina Ahmad bagi menjelaskan isu pluralisme dan bagaimana akidah boleh terpesong kerananya. Saya simpulkan apabila pluralisme dikaitkan dengan seseorang itu, perlu jauhkan diri saya daripada individu tersebut.

Apa pandangan anda terhadap masa depan PKR dan Anwar sendiri?

OSMAN: Saya melihat PKR hanyalah bayangan Anwar, dan Anwar itu adalah Anwar. Jadi, bagi saya, tidak perlu memikirkan sangat mengenai masa depan PKR kerana secara automatiknya PKR itu akan lenyap dengan ketiadaan Anwar. Yang perlu kita lihat ialah masa depan Anwar itu bagaimana.

Masa depan Anwar bukan sahaja penting kepada dirinya dan PKR, malahan kepada Pas dan DAP . Bagi saya, Anwar adalah seorang yang cukup pandai tetapi satu sahaja kemahirannya, memainkan sentimen rakyat. Kesinambungan hayat politik Anwar sangat bergantung kepada kepakaran beliau dalam memainkan sesuatu isu.

Itulah sebabnya beliau suka mencipta isu! Tanpa isu, manipulasi sentimen tidak boleh berlaku dan rakyat tidak akan tertarik untuk menyokongnya. Tengok sahaja bagaimana beliau boleh bertahan sejak tahun 1998 sehingga hari ini, malah hampir saja berjaya menakluki Putrajaya, semuanya dengan memanipulasikan isu.

Tapi, bak kata pepatah, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah juga. Itulah yang terjadi kepada Anwar kali ini. Beliau cuba memainkan isu konspirasi politik sekali lagi untuk menyelamatkan moralnya dalam kes liwat kedua ini tapi keputusan mahkamah baru-baru ini sangat menyimpang dari apa yang beliau canangkan. Ertinya, ada unsur pembohongan di sini.

Persepsi saya cukup negatif, persepsi orang lain saya tidak tahu. Kalau di negara maju, saya rasa peluang Anwar untuk menjadi Perdana Menteri sudah ranap. Tambahan pula sekarang, bila persoalan akidah berkaitan dengan sikapnya mengenai pluralisme agama dibangkitkan, mana mungkin ia dapat diterima oleh mereka yang benar-benar memahami Islam, tentu takkan dekat lagi dengan pemimpin begini.

Mingguan Malaysia

Sunday, January 22, 2012

Antara Projek Lembu Fidlot Kerajaan Persekutuan Dengan Projek Kambing Janapari Kerajaan Kelantan, Mana Yang Gagal???





RBF Online - Isu NFC ini sebenarnya senang sahaja.

Jika ianya milik suami kepada Jenab Binti Abu atau milik Chin Min Hiu , maka isu tersebut tidak akan menjadi masalah besar.

Akan tetapi oleh kerana ianya milik suami dan anak-anak kepada Shahrizat Jalil, seorang pemimpin besar Umno, maka perkara tersebut perlu ditumis, digoreng dan digulai sampai lunyai.

Pembangkang harus mencari jalan dalam keadaan apa sekali pun untuk memastikan Shahrizat berundur. Jika Shahrizat berundur, maka lemahlah Wanita Umno. Apabila lemah Wanita Umno maka lemahlah Umno untuk menghadapi PRU akan datang. Ini kerana kekuatan jentera pilihanraya Umno dikuasai oleh Wanita Umno.

Jika anda betul-betul memahami isu ini, ianya tidak timbul isu kegagalan atau salah guna kuasa atau kronisme seperti yang dicanangkan oleh pembangkang.

Ada dua NFC yang mempunyai entiti yang berbeza.

NFC - National Feedlot Centre (Pusat Fidlot National) - Di bawah Kerajaan Pusat.

NFC - National Feedlot Corporation ( Perbadanan Fidlot Kebangsaan) - Sebuah syarikat perniagaan swasta milik Datuk Seri Mohd Salleh dan anak-anaknya. Boleh dilihat di sini

Sudah berpuluh tahun Malaysia menghadapi masalah kekurangan bekalan daging. Untuk mengatasinya maka diimport daging dari India, New Zealand dan Australia.

Dalam setahun lebih dari RM 1 Bilion wang kita bertukar menjadi Rupee India serta Dollar Australia dan New Zealand hasil dari pengimportan daging dari negara-negara mereka.

Satu masalah besar dengan daging import yang tidak selesai-selesai sehingga ke hari ini adalah berkenaan dengan status halal. Cara penyembelihan mereka yang diragui. Waktu wakil negara kita pergi melawat mereka sembelih dengan baik. Bila wakil kita balik, apa yang mereka buat kita pun tak tahu.

Beberapa tahun lepas timbul satu isu di India, di mana sebuah NGO antarabangsa membantah tindakan penyembelih lembu di sana yang menyembur bahagian mata lembu dengan sejenis spray sebelum disembelih. Tujuan dilakukan begitu adalah untuk memudahkan kerja mereka menyembelih.

Satu lagi masalah adalah, daging-daging yang diimport dari India bukannya daging lembu, sebaliknya itu daging kerbau. Di sana mereka tak sembelih lembu kerana lembu tuhan mereka.

Untuk mengatasi masalah status halal yang diragui, masalah pengaliran keluar wang negara serta masalah kekurangan daging lembu tempatan, maka pada tahun 2006 kerajaan telah mengambil insiatif untuk mewujudkan Pusat Fidlot Nasional di Gemas.

Dengan kerjasama Kerajaan Negeri Sembilan tanah seluas 5000 ekar telah diperuntukkan untuk menjayakan projek berkenaan.

Kerajaan telah membuka peluang kepada mana-mana syarikat yang berminat untuk mengemukakan cadangan dan membentangkan kertas kerja projek mereka. Sebanyak 6 buah syarikat menghantar proposal mereka.

Akhirnya kerajaan memutuskan untuk melantik dua syarikat bagi menjayakan projek berkenaan berdasarkan tawaran terbaik yang dikemukakan mereka.

Dua syarikat berkenaan adalah Agroscience Industries yang kemudiannya menubuhkan NFCorp Sdn Bhd. Manakala sebuah syarikat lagi adalah Lambert Agriculture (M) Sdn Bhd, tetapi menarik diri kemudian.

Pada tahun 2007 MOF telah meluluskan pinjaman sebanyak RM 250 juta kepada NFCorp bagi memulakan projek. Di sini anda perlu faham, apabila disebut lulus bukannya mereka dapat seketul wang itu RM 250 juta. Mereka dapat berperingkat-peringkat berdasarkan kemajuan projek. Sehingga ke hari ini NFCorp menerima wang sebanyak RM 181 juta. Masih ada berbaki RM 69 juta di tangan kerajaan.

Pembangkang dok gebang,

Keluarga Shahrizat dapat 250 juta duit rakyat.....

Keluarga Sharizat dapat tanah 5000 ekar.....

Lembu hanya ada seekor....

Tak betul....

Itu semua tak betul.....

RM 250 juta itu adalah pinjaman yang perlu dibayar balik dalam masa 17 tahun dengan kadar interest sebanyak 2 % setahun.

Tanah 5000 ekar itu adalah tanah milik Perbadanan Menteri Besar Negeri Sembilan (MBI) yang diperuntukkan untuk disewa oleh pengusaha-pengusaha fidlot. NFCorp memajak tanah tersebut dengan keluasan 1500 ekar dari MBI. Yang baki 3500 ekar itu masih lagi milik MBI.

Tentang dakwaan Rafizi dan Zuraidah kononnya projek tersebut gagal dan lembu hanya seekor sahaja telah lama dijawab oleh rakan-rakan blogger saya. Anda boleh lihat gambar di sini.

Yang gagal adalah projek kambing janapari yang diusahakan Kerajaan Kelantan. Jangan kata seekor kambing, difahamkan tahi kambing pun tak nampak. Bab ini mungkin blogger kickdefella boleh terangkan dengan lanjut.

Selain projek kambing janapari, apa telah jadi kepada projek Kelantan Koridor Depu? Berapa banyak duit rakyat Kelantan yang terbarai hasil kegagalan projek itu ? Kalau boleh kita minta blogger kickdefella tolong jawab.

Bab pelaburan dalam bidang hartanah oleh ahli perniagaan perkara biasa. Kerajaan beri pinjaman kepada NFCorp sebanyak RM 250 juta untuk projek yang memakan masa 30 tahun. Sudah tentu angka itu tak cukup. Itu terpulang kepada mereka bagaimana cara untuk mereka membiakkan duit tersebut bagi menjayakan projek mereka.

Lainlah sekiranya mereka ambil duit pinjaman dari kerajaan dan pergi beli kondo serta tanah, tapi projek tidak laksanakan. Kalau begitu caranya sebelum dapat kepada PKR dan Pas, awal-awal lagi aku dulu yang 'sembelihkan' mereka.

Jika mereka tidak serius untuk menjayakan projek, tidak mungkin mereka sudah habiskan berpuluh-puluh juta untuk membangun segala kemudahan dan membawa lembu-lembu dari luar negara masuk. Melakukan kacukan baka-baka lembu dan pelbagai kerja-kerja lain lagi. Jika mereka tidak serius tidak mungkin anak lelaki Datuk Saleh yang juga anak seorang menteri yang hidup selesa di bandaraya KL sanggup pergi tinggal di rumah kakitangan dalam ladang lembu di Gemas untuk memastikan segala urusan perniagaan berjalan lancar.

Berbalik kepada kisah hartanah yang mereka beli. Di manakah lokasi yang mereka beli? Kondo di Bangsar dan di Singapura, serta tanah di Putrajaya. Tempat-tempat yang hartanah bernilai tinggi dan mudah untuk dijual. Tidakkah itu satu pelaburan yang bijak? Tindakan mereka perlu dipuji kerana berusaha cari jalan untuk menambah wang bagi menjayakan perniagaan, dan bukannya dengan cara meminta kerajaan menambah pinjaman kepada mereka.

Apakah ahli perniagaan Ah Seng dan Ah Hock tidak melakukan perniagaan sedemikian cara ? Sudah tentu ya. Jika Ah Seng dan Ah Hock boleh melakukan begitu, kenapa pula Saleh tak boleh ?


NFCorp, NFCentre are ‘two separate entities’

Trying to distance itself from government-owned, National Feedlot Centre, the private entity NFCorp attempts to clear opposition PKR's allegations of abuse of the RM250 million soft loan.

PETALING JAYA: Facing incessant attacks over the alleged abuse of the RM250 million soft loan from the government, the National Feedlot Corporation (NFCorp) today claimed that reports carried in the “mainstream media, news portal and blogs” were “erroneous”.

In an e-mail response to FMT, NFCorp’s executive director Wan Shahinur Izmir said that much of the confusion lay in the fact that both entities – National Feedlot Centre and National Feedlot Corporation – shared the same acronym “NFC”.

“This has been loosely used by the media to mean either, and this is where people become confused from reading in the mainstream newspapers, news portal and blogs.

“Those who have read the 2010 Auditor-General’s 2010 Report have also come out confused,” said Wan Shahinur.

The A-G’s report gave the thumbs down to the progress and implementation of the NFC.

It has been widely quoted that the report called the project a “mess” due to its mismanagement and falling short of its set targets.

However, NFCorp has rebutted the use of the word “mess”, saying that no where in the report was the term used to describe the project.

The RM250-million scandal came to light following documented disclosures by opposition PKR of alleged purchases of condominiums and cars instead of cows.

Since then, NFCorp’s assets have been frozen and the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) has launched an investigation. Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin also said yesterday that NFCorp will be be audited by independent consultants.

NFCorp mere tenants

Yesterday, Wan Shahinur, while welcoming Muhyiddin’s statement, said that NFCorp was clear in its direction when it signed the contract with the Ministry of Agriculture.

He stressed that NFCorp were merely tenants in of the NFCentre in Gemas.

“NFCorp was to undertake and develop the project with NFCentre,” he said.

He added that NFCentre is overseen by the government and audited by the Auditor-General.

Shahinur was rebutting extensive allegations by PKR that the meat produced by NFCorp was primarily supplied to posh restaurants owned by the daughter of Women, Family and Community Development Minister Shahrizat Abdul Jalil in Malaysia and Singapore.

According to him, NFCorp supplies the meat to “several customers”.

“This month alone, the orders have been valued at RM1.9 million,” he said, adding that the orders are coming from the domestic market.

“NFCorp supplies to several customers that include hypermarkets, supermarkets, mini markets, wet markets, processed meat manufacturers, hotels, restaurants and cafes,” he said.

He explained that NFCorp, which was in its fourth year of operation, was rolling out its plans in stages.

“In building the business, we have positioned ourselves to carry out this high-impact project to include large-scale commercial agriculture, satellite feedlot farming and other programmes that will support business and integrate beef production,” he said.

NFCorp plans on target

Besides “fine-tuning” a model for contract farming, Shahinur said that a second and larger abattoir was under construction.

“Increasing the local beef production is our aim – raising it from 20 to 40 percent by 2015, which is just three years down the road,” he said, adding that the abattoir has the capacity to slaughter up to 200 cattle per day.

At the moment with a “mini” abattoir at the farm, NFCorps slaughters 30 cattle per day. As of mid- January, the corporation has 4,500 head of cattle.

He expects that by 2015, contract farming will involve 310 entrepreneurs and these companies will contribute “three times more the bulk of beef production” than NFCorp.

“This model is largely based on the Felda oil palm scheme that allows business to be farmed out to interested parties who will grow the business in collaboration with the ‘master developer’,” he said.

Once the contract farming kicks in, they are expected to slaughter 186,000 cattle per year from 2015.

Under the Ninth Malaysia Plan, the project’s target by 2010 was to slaughter 276,000 cattle per year.

NFCorp clarified that its agreement with the government was to produce 246,000 cattle per year.

This target, Shahinur said, will be met through contract farming coupled with NFCorp’s own target.

Raja Petra Kamaruddin


Wednesday, January 18, 2012

Azwan Ali didakwa ugut Ummi Hafilda




Polis menahan bekas pengacara televisyen, Azwan Ali bagi membantu siasatan berhubung dakwaan ugutan jenayah yang dipercayai dilakukan terhadap adiknya, Ummi Hafilda Ali pada Jumaat lalu.

Azwan yang pernah mengacarakan program Jangan Tidur Lagi dikatakan ditahan pihak polis pada hari yang sama.

Ummi Hafilda yang membuat laporan di Balai Polis Taman Tun Dr. Ismail (TTDI) mendakwa Azwan membuat ugutan untuk membunuh dan membakarnya melalui laman sembang Twitter, bulan lalu.

Namun, kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya kerana kejadian tersebut berlaku di kediaman Ummi Hafilda di Kota Damansara.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian itu.

Menurutnya, susulan laporan itu, polis memanggil dan menahan Azwan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah terhadap Ummi.

Difahamkan, berdasarkan keterangan yang diambil daripada Azwan pada hari sama, beliau mendakwa ugutan itu dibuat atas arahan abangnya, Azmin Ali dan polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kandungan Twitter berkenaan.

Turut difahamkan, pihak polis juga telah memanggil beberapa individu lain antaranya Azmin, isteri beliau, Shamsidar Tahrin dan ibu mereka bagi membantu siasatan.


"Beliau (Azwan) dibebaskan dengan jaminan polis pada hari sama selepas kita berpuas hati dengan keterangan yang diberikan.

"Polis turut merampas dua buah telefon bimbit miliknya bagi membantu siasatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini malam ini.

Dalam pada itu, Ummi Hafilda dijangka mengadakan sidang akhbar esok bagi memberi penjelasan lanjut mengenai perkara ini.

utusan.com.my


Azwan Ali Ditahan Polis Ekoran Ugut Bunuh Ummi Hafilda



KUALA LUMPUR: Personaliti hiburan tanah air, Azwan Ali, 46, yang sering mencetuskan pelbagai kontroversi kini disiasat polis atas dakwaan mengugut mahu membunuh dan membakar adiknya, Ummi Hafilda Ali melalui laman twitternya.

Mendedahkan perkara berkenaan, Ummi berkata, dia menyedari ugutan dibuat abangnya itu pada minggu lalu apabila dimaklumkan anak saudaranya dan selepas mendapati ia benar sejurus membacanya sendiri, dia membuat laporan polis pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Menurutnya, selama ini dia bersabar dengan cacian serta pelbagai tuduhan yang dilemparkan terhadapnya, namun ugutan itu sudah keterlaluan dan menggugat keselamatan diri, apatah lagi ia dilakukan abangnya.

“Siapa tidak sedih bila darah daging sendiri memburukkan dan mencaci kita hanya kerana perbezaan pendapat serta pendirian politik. Sebelum ini, saya masih mampu bersabar dan berdiam namun kini ia sudah melampau.

“Azwan mengajak pengikut twitternya membunuh saya dengan menulis ‘Jom ramai-ramai kita tangkap perempuan neraka ini...kita kerat-kerat dan kemudian kita bakar’.

“Begitulah lebih kurang ugutan Azwan terhadap saya. Ia sudah keterlaluan dan saya perlu diambil tindakan,” katanya ketika dihubungi, semalam. - HMetro

Thursday, January 5, 2012

Kisah Saiful Bukhari, Anwar, Azlan dan Raja Petra...





SAIFUL Bukhari Azlan tidak gelabah menantikan detik-detik 9 Januari 2012 ini. Tarikh itu sebenarnya dipopularkan oleh propagandis Anwar Ibrahim dengan panggilan 901, lebih kurang sama seperti hari keruntuhan Pusat Dagangan Dunia New York di Amerika Syarikat iaitu pada 911.

Saiful, 27, menjalani kehidupannya seperti orang muda yang lain. Beliau tenang. Beliau keluar berjumpa orang. Beliau tidak gelabah. Beliau bukan pemarah. Beliau kini menyerahkan kepada Allah Taala sebarang keputusan yang akan didengarinya pada pagi Isnin depan, 901.

Beliau sudah bersumpah laknat di masjid. Pendek kata beliau tiada apa-apa lagi tekanan. Beliau akan terus berdoa, beristiqamah dan bersabar. Sebagai mangsa, beliau menyerah kepada qada dan qadar Allah SWT.

Sebaliknya bagi Anwar bin Ibrahim, 901 yang akan dihadapinya itu bukanlah kali pertama, tapi sudah kali kedua. Pertuduhan kali kedua yang dihadapinya juga membabitkan kes liwat, sama seperti pertuduhan kali pertamanya membabitkan bekas pemandu isterinya.


Bagi masyarakat Barat, kes liwat ini bukanlah satu jenayah. Ia bukan sesuatu yang menjelekkan. Ia juga bukan suatu taboo atau sesuatu yang orang mahu sembunyikan.

Di Barat, liwat-meliwat atau kehidupan gay adalah sebahagian daripada cara hidup. Lelaki boleh bernikah dengan lelaki. Mereka boleh menjalinkan hubungan seks sama jenis.

Mungkin kerana itulah para propagandis Anwar mahu menjadikan hari 901 itu sebagai Rakyat Hakim Negara. Mereka mahu menjadikan undang-undang di tangan mereka.

Tapi di Malaysia, undang-undang tidak membenarkan liwat. Jika ada kes, ia harus dibicarakan. Biar mahkamah yang menentukan salah atau tidak. Agama Islam lebih-lebih lagi tidak membenarkan langsung amalan liwat. Anak-anak kita diajar mengenai kisah Nabi Lut a.s. sejak dari kecil lagi.

Gay atau homoseksual dikenal dengan istilah liwat. Imam Ibnu Qudamah mengatakan bahawa, telah sepakat (ijma’) seluruh ulama mengenai haramnya homoseksual (ajma’a ahlul 'ilmi 'ala tahrim al-liwat) [Ibnu Qudamah, Al-Mughni, 12/348].

Sabda Rasulullah SAW: "Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut, Allah melaknat siapa sahaja yang melakukan perbuatan kaum Nabi Lut" (Hadis riwayat Ahmad).

Hukuman untuk gay adalah hukuman mati dan tidak ada khilafiyah di antara para fuqaha’ termasuklah di antara para sahabat Nabi Muhammad SAW mengenainya. Ini seperti dinyatakan oleh Qadhi Iyadh dalam kitabnya Al-Syifa’.

Sabda Rasulullah SAW: “Siapa sahaja yang kalian dapati melakukan perbuatan kaum Nabi Lut (liwat), maka bunuhlah kedua-duanya (peliwat dan yang diliwat).” [HR Al-Khamsah, kecuali an-Nasa’i].

Namun, dalam pelaksanaan hukuman bunuh tersebut, para sahabat Rasulullah SAW berbeza pendapat mengenai tatacara (uslub) hukuman mati ke atas golongan gay ini.

Menurut Ali bin Thalib ra, kaum gay mesti dibakar dengan api hingga mati. Menurut Ibnu Abbas ra, mesti dicari bangunan yang paling tinggi di suatu tempat, lalu dihumbankan si gay tadi dengan kepala ke bawah dan setelah jatuh ke tanah, dilempari dengan batu.

Menurut Umar bin Al-Khattab r.a dan Usman bin Affan r.a, golongan gay dihukum mati dengan cara dihempapkan dinding tembok kepadanya hingga mati.

Meskipun para sahabat Rasulullah SAW berbeza pendapat tentang uslub pelaksanaan hukuman, namun semuanya sepakat bahawa golongan gay ini wajib dihukum mati.
[Abdurrahman Al-Maliki, Nidzamul Uqubat, hal. 21].

Begitu seriusnya kes liwat ini. Oleh sebab itulah Islam melarang perbuatan itu. Banyak kemudaratan daripada amalan gay dan liwat ini. Ia boleh menghancurkan manusia sebagaimana yang berlaku di zaman kaum Nabi Lut a.s. Tidak mustahil ia boleh berlaku lagi sekarang.

Berbalik kepada Saiful dan Anwar, Anwar nampaknya begitu gelabah. Kita tidak pasti mengapa beliau gelabah. Apakah Anwar terlalu merasakan dirinya bersalah?

Apa yang kita tahu, para propagandisnya sedang rancak merangka rancangan siang dan malam untuk memastikan kempen Bebaskan Anwar 901 dilaksanakan. Anwar mahu mengembalikan zaman reformasi. Mereka mahu berhimpun dan membuat bising.


Bagi Saiful pula sebaliknya. Apa yang dihadapinya itu ialah masalah peribadi. Bukan soal politik. Anwar pula sebaliknya mahu menjadikannya sebagai isu politik.

Anwar mendakwa dia difitnah oleh kepimpinan Perdana Menteri Najib Tun Razak. Tapi apa kena mengena Najib dengan Anwar? Kes liwat dengan Saiful ini bermula semasa zaman Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi. Pada zaman Abdullah juga Anwar dibebaskan.

Jadi siapa fitnah siapa? Nampaknya Anwar dan pengikut-pengikutnya sudah keliru.

Bapa Saiful, Azlan memberitahu saya, keluarganya menyerahkan kepada mahkamah untuk menentukan keputusannya. Rakyat boleh menilai siapa benar, siapa salah.

"Jika anak saya salah, kami reda. Saya berdoa kes ini berjalan lancar tanpa ada huru-hara. Bukan saya tidak mengenali Anwar secara peribadi."

"Malah saya pernah menjadi penyokong tegar Anwar semasa zaman reformasi dulu. Perhimpunan reformasi di Masjid Negara dulu saya adalah salah seorang daripada ribuan penyokong Anwar Ibrahim."

"Malah saya juga pernah berterima kasih kepada Datuk Seri Anwar kerana mengambil anak saya sebagai pegawai khasnya. Dan Datuk Seri menjawab dengan suara bergurau, jangan risau kalau dia (Saiful) nakal saya pukul dia..." kata Azlan kepada saya semalam.


Jika bapa Saiful, Azlan pernah menjadi pengikut tegar Anwar, begitu juga dengan Raja Petra Kamarudin, atau dikenali sebagai RPK.

RPK juga pastinya bersama-sama dengan bapa Saiful, Azlan berada di Masjid Negara semasa zaman reformasi dulu.

Kini, bersama-sama dengan bekas-bekas pemimpin PKR – termasuk dengan bekas-bekas setiausaha sulit Anwar – semua mereka telah lari meninggalkan Anwar. Mengapa? Sebabnya, mereka tahu siapa itu Anwar.

RPK dalam reaksinya kepada New Straits Times semalam, hasil wawancaranya yang disiarkan oleh akhbar Ahad lepas, berkata: "Bukan semua boleh menerima kenyataan."

"Sudah tentu, saya menjangka akan dihentam. Mereka hanya mahu saya bercakap apa yang baik untuk telinga mereka saja, walaupun benda itu tidak betul," katanya ketika mengulas asakan yang diterima daripada penyokong Anwar ekoran wawancara Ahad lepas.


Akhir sekali, Anwar kena percaya kepada takdir qada dan qadar Allah SWT. Beliau mungkin menganggap dirinya hebat. Beliau mungkin boleh bercakap mengenai ketamadunan, peradaban, pemikiran, ilmu dan intelektualisme manusia.

Beliau mungkin the custodian of knowledge atau pun the Renaissance Man seperti Leonardo da Vinci. Tapi sedarlah, orang yang bijak pun boleh jatuh. Personaliti mereka juga boleh runtuh.

Kejatuhan mereka hanyalah kerana beberapa kesalahan kecil. Begitu juga Anwar.

Oleh : Zaini Hassan



Wednesday, January 4, 2012

Siri LIWAT 2.0 - Anjing mula menyalak !!!





Selepas pulang bercuti Tahun Baru di Phuket, Thailand, Anwar a.k.a. "Imam Mahdi" memulakan siri ceramah Road Shownya sementara menanti keputusan perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 9 Januari atas dakwaan meliwat bekas 'Coffee Boy'nya, Saiful Bukhari.

Sebagai maklumat Anwar pernah dipenjara 6 tahun setelah didapati bersalah oleh ketiga-tiga mahkamah di Malaysia ini kerana menyalahkuasa menggunakan polis dalam memaksa dan membuat Akuan Bersumpah palsu bagi mengelakkan dirinya didedahkan kegiatan liwatnya dengan bekas drebar Wan Azizah iaitu Azizan Abu Bakar.

Bila Anwar nak bersumpah mubahalah menafikan dia meliwat Saiful atau pun melanggan China Doll???

Ikuti pembohongan pertama Anwar dalam video ini yang dirakamkan di Serom 3, Ledang Johor pada 03/01/2012.



Tuesday, January 3, 2012

Hudud Pas Bukan Hudud Islam ???



MACHANG - Demi kepentingan politik, perjuangan Pas kini didakwa membelakangi perjuangan asal parti itu termasuk bekerjasama dengan parti bukan Islam.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama Pas Kelantan, Wan Ismail Wan Ahmad mendakwa, pemimpin ulama Pas berjaya dipengaruhi golongan profesional bersifat sekular dengan menguasai pemikiran dan meyakinkan mereka akan menang besar dalam pilihanraya.

Beliau berkata, akibat penyelewengan itu, Pas menggubal Rang Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah II 1993 dengan memberi pilihan kepada bukan Islam sama ada mahu menerima hudud atau tidak.

Menurutnya, ia sekali gus bertentangan perjuangan asal Pas, iaitu menguatkuasakan undang-undang Islam seluruh negeri dengan tidak meletakkan perbezaan atas sebab-sebab berlainan bangsa, agama, pangkat kecuali dalam perkara yang berhubung ibadat dan undang-undang kekeluargaan.

“Manifesto kulit hijau pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1986, muka surat lima jelas membincangkan berkaitan hukum hudud tersebut dan pada muka surat 24 turut tercatat: "Orang bukan Islam sama sahaja di sisi undang-undang jenayah dan sivil dengan orang-orang Islam".

“Namun, pada PRU 1990, perjuangan Pas mula terpesong apabila bersekongkol dengan Semangat 46, apabila parti itu bekerjasama dengan DAP dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dengan alasan akan menang besar dan ia benar-benar berlaku. Oleh itu, dalam sudut ini, Pas dan Umno tidak berbeza," katanya kepada pada sidang media di sini, semalam.

Berliau berkata demikian sebagai menyahut cabaran Timbalan Pesuruhjaya Pas Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah semasa wacana Sinar Harian November lalu yang mahukan mana-mana pihak tampil ke depan dan mendedahkan sekiranya hudud yang ingin dilaksanakan Pas Kelantan tidak betul.

Wan Ismail yang pernah menjadi calon Pas di Parlimen Machang pada PRU 1986 berkata, hukum hudud yang diluluskan dalam mesyuarat Dun Kelantan pada 1993 adalah hudud Pas, bukannya hudud Islam.

Beliau percaya perkara tersebut turut didorong perasaan takut kepada pemimpin DAP, terutama Pengerusinya, Karpal Singh yang secara terang-terangan menentang hukum hudud.

Malah, katanya, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pernah menegaskan bahawa masalah mengenakan hukum hudud kepada orang bukan Islam, tidak termasuk dalam perkara yang dinaskan dalam al-Quran dan Hadis.

“Pada pandangan Hadi dalam kenyataan berkenaan, hukuman hudud yang dilaksanakan ke atas orang Islam sahaja tidak akan berjaya bagi mengurangkan kes jenayah bahkan akan menimbulkan masalah baru," katanya.

Wan Ismail berkata, Hadi memberi contoh, seorang pencuri bukan Islam tidak akan dipotong tangan walaupun sah dia mencuri dan orang Islam pula akan dipotong jika sabit kesalahan.

"Orang mencuri itu sudah tentu tidak takut dosa, kalau takut dosa, dia tidak akan mencuri, orang macam ini, terlalu mudah akan mengisytiharkan dia bukan Islam bagi mengelakkan tangannya dipotong.

"Saya tiada kepentingan dalam politik dan pendedahan ini kerana tanggungjawab terhadap seluruh umat Islam," katanya yang pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1967.

Papagege


Monday, January 2, 2012

Hasutan Anwar Ibrahim kepada anak-anak ikannya - Apa yang sebenarnya berlaku di UPSI?





Pada jam 5pm UPSI dapat maklumat bahawa kumpulan mahasiswa Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) akan berkumpul di UM untuk mengadakan demonstrasi di UPSI. Demonstrasi ini adalah untuk mendesak kerajaan memansuhkan AUKU dan menuntut pertuduhan pada Adam Adli digugurkan.

Jam 10pm, kumpulan SMM dari UM dengan 3 kenderaan telah menuju ke UPSI. Wartawan dan beberapa kumpulan kecil mewakili pembangkang berkumpul di depan pintu utama UPSI dan kawasan sekitar.

Pihak Keselamatan UPSI telah menutup semua laluan masuk ke upsi sepenuhnya, berkawal bersama bantuan suksis. Pihak polis berpakaian freeman mengawasi jalan-jalan utama di bahagian pintu timur dan utama selain rondaan traffic serta peronda (show force)

Demi menjaga maruah UPSI seramai 80 pelajar UPSI daripada beberapa kolej yang cintakan keamanan bersedia mempertahan UPSI dari gangguan pihak luar – dengan slogan “we love upsi “. Majoriti pelajar tidak suka dengan cara pihak luar campur tangan hal dalaman upsi. Upsi bertindak tanpa mana-mana tekanan pihak luar. Rata-rata Face book dan blog yang cintakan upsi, menyatakan sokongan agar bumi upsi tidak diganggu oleh pihak luar dan pelajar berhak pertahan nama baik institusi pendidikan ini.

Sekitar jam 2.10 pagi pelajar-pelajar akhirnya memulakan demonstrasi di depan pintu utama dengan melaungkan slogan menentang kerajaan dan menuduh upsi dan tnc mengugut pelajar, dan mereka mengeluarkan kata kesat (barua, anjing) terhadap Perdana Menteri, Kementerian Pengajian Tinggi, kerajaan, UMNO dan pemimpin UPSI.

Mereka membawa kain rentang putih dan keranda daripada kotak serta membawa gambar PM sebagai simbolik pemansuhan AUKU. Polis membenarkan dengan pengawasan untuk mereka melaksanakan ucapan, jeritan, bacaan puisi dan upacara simbolik pemansuhan AUKU.

Pada waktu ini Adam Adli dibawa terus ke depan pagar upsi dijulang utk berucap berkaitan kebebasan akademik, ada dikalangan mereka juga menjerit agar pagar dibuka dan memanjat pagar pintu utama. Mereke terus melaungkan slogan power mahasiswa selang seli dengan ucapan, tanpa henti dengan nada suara jeritan. Mereka disokong oleh beberapa wakil dari parti pembangkang sepanjang demo berlaku.

2.20am - Polis menempatkan kenderaan dan anggota LSF (light strike force – bukan FRU) bagi menghadapi sebarang kemungkinan dan apabila LSF tiba mengambil tempat didepan simpang klinik shifa, kumpulan mereka (lelaki dan wanita) telah mengambil tindakan baring di atas jalan raya, bertindak sebagai perisai manusia serta konfran polis supaya tidak mengapa-apakan mereka atau berdepan tindakan revolusi pelajar seperti mesir dan Tunisia.

Yang paling lantang antara mereka adalah Khalid Ismet, pelajar undang2 um (pakai baju merah, muka macam cina) cuba provokasi pihak LSF dan polis. Polis sekadar mengawasi, tiada sebarang kekerasan atau apa-apa tindakan provokasi.

2.35am - mereka telah bergerak menghampiri pintu pagar utama dan melaungkan “Buka Pintu” dan mereka telah memanjat pintu pagar dan menjerit supaya “membuka pintu dan jangan menjadi barua UMNO”. Pintu pagar upsi telah digegarkan oleh mereka, ada yang memanjat pagar untuk memasuki dan apabila masa yang diberikan tamat, ocpd mengarahkan polis penangkap membuat tangkapan kepada kelompok tersebut selain ingin mengelakkan mereka menceroboh ke dalam upsi dan dibimbangi akan bergaduh dengan anggota pelajar suksis upsi, serta pemimpin pelajar yang berada dalam kampus. Pelajar-pelajar UPSI di dalam pagar tidak rela kampus mereka dicerobohi oleh para pelajar luar.

Oleh kerana mereka tidak mengindahkan arahan polis supaya bersurai dengan aman, mereka telah bergelut dengan pihak polis untuk membebaskan rakan mereka yang telah ditangkap dan waktu itulah rusuhan berlaku dan ada di antara mereka telah memecahkan pintu kaca (berkunci) Klinik Syifa dengan alasan rakan mereka sakit sesak nafas untuk dapatkan rawatan. Mereka dengan ganas memecahkan 3 panel dinding cermin klinik shifa. Polis tidak sesekali menggunakan kekerasan masa nak menangkap dan tidak memukul, mereka yang melawan sehingga terjatuh, malah anggota polis juga terjatuh semasa usaha menangkap mereka. Kecederaan berdarah yang dialami salah sorang dari mereka bukan kerana kekerasan polis tetapi terluka semasa mereka memecahkan dinding cermin klinik panel. Pihak polis telah menangkap 17 orang dan membawa mereka ke Balai Polis Tanjung Malim untuk ditahan, termasuk Adam Adli.

Keadaan kembali tenang selepas polis menahan 17 orang tersebut dan mengarahkan semua bersurai, polis tidak menahan pelajar wanita kecuali seorang pelajar upsi yang hadir ke balai dengan sukarela dan ditahan di sana. Polis meneruskan pengawasan terutama jalan utama depan upsi sehingga pagi bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku.

Tindakan sepenuh pada tanggungjawab polis kerana di luar kawasan upsi dan tnc hepa mengarahkan agar staf/pelajar berada di dalam dan tidak membuat provokasi, sekadar memerhati walaupun dituduh dengan pelbagai kata-kata kesat.

ACP/KS DATO’ DR JUNAIDY ABU BAKAR
TIMBALAN NAIB CANSELOR (HAL EHWAL PELAJAR)
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
TANJONG MALIM


Posted by PKamalanathan

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP