Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, May 1, 2011

Biadap dan kurang ajar buat kecoh dalam masjid




Nilai sendiri!! Beginikah sikap ahli PKR ketika didalam masjid?

Seumur hidup saya ini adalah kali pertama saya melihat satu perbuatan puak politik yang kurang ajar dan biadap sanggup membuat kecoh dalam rumah Allah. Macam tidak percaya saya melihat berita di televisyen dan gambar di laman-laman blog menunjukan penyokong Anwar Ibrahim buat perangai seburuk itu.

Yang menjadi tandatanya saya apa yang penyokong Anwar yang buat kecoh cuba halang Datuk Eskay Abdullah nak buat sumpah laknat di situ. Bukankah itu menjadi hak dia untuk membuktikan dia bercakap benar.

Lantaklah kalau Anwar tidak mahu bersumpah atau nak tunggang terbalik. Apa hak penyokong yang diketuai oleh Shamsul Mad Akin nak kacau Datuk Eskay nak bersumpah. Itu antara Datuk Eskay dengan Allah.

Kalau dia buat fitnah dan buat sumpah laknat tanggunglah dia pada akibatnya nanti. Kalau Shamsul dan kawan-kawannya nak tunjuk hero sekalipun pergilah menjerit melalak di ceramah-ceramah politik. Biadap dan kurang ajar masuk buat kecoh di dalam masjid.

Siapa yang ajar mereka ini kurang ajar sampai begini sekali. Itu Anwar kena jawab. Kami rakyat biasa melihat gelagat sumbang ini dengan penuh rasa marah. Jangan sekali-kali ulangi perbuatan ini.

Perbuatan ini tidak akan mengubah persepsi kami yang sudah melihat beberapa bahagian video seks yang didakwa libatkan Anwar di internet. Malah kecurigaan pada yang didakwa itu makin bertambah melihat perbuatan desperado seperti yang berlaku di Masjid Bandar Baru Sentul.

Azlan Mohamad
Hulu Selangor


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP