Anwar tidak menunggu lama untuk membuat laporan Qazaf ke atas Saiful Bukhari pada 9 Julai 2008 atas tindakan Saiful membuat laporan polis mendakwa diliwat Anwar pada 28 Jun 2008.
Itu menunjukkan bahawa Anwar tahu jika ingin tindakan di bawah hukum Qazaf diambil ke atas mana-mana individu yang konon memfitnahnya maka satu laporan perlulah dibuat di jabatan agama.
Yang menjadi tanda tanya kepada kita ialah kenapa sehingga ke hari ini, Anwar masih tidak membuat laporan Qazaf ke atas Datuk Eskay dan 2 rakannya yang didakwa memfitnahnya dalam satu kes berkaitan video lucah dengan pelacur cina?
Apa yang menghalang Anwar dari berbuat demikian?
Dalam kekecohan yang dicetus penyokong Anwar di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, laungan Qazaf ini dilaungkan oleh puak-puak AMK dalam usaha menghalang Eskay dari membuat sumpah laknat.
Tapi sedikit yang diketahui oleh puak-puak ini, sebelum tindakan di bawah hukum Qazaf boleh diambil ke atas Eskay, Anwar perlulah terlebih dahulu membuat laporan di jabatan agama.
Tapi sampai sekarang pun takdak pun laporan.
Semua ini menambah keyakinan kita bahawa memang Anwar yang ‘beraksi’ dalam video panas tersebut, bukan orang lain seperti yang didakwanya. Kalau itu orang lain, buktikanlah siapa dia tapi macam biasa Anwar takut dia pulak yang kena Qazaf nanti.
Bila kena batang hidung dia, semua hukum dicungkilnya keluar tapi Anwar kalau menuduh orang, apa saksi dan bukti pun tidak ada yang dikemukakannya. Bila Anwar menuduh Perdana Menteri dan isteri terlibat dalam pembunuhan model Mongolia, mana dia 2 saksi seperti yang disifatkan sebagai kehendak syariat Islam? Adakah Anwar sendiri menjadi salah seorang dari 2 saksi itu?
Bila kes zina kena batang hidungnya baru nak kecoh pasal 4 saksi?
Sudahlah semua gesaan agar Anwar bersumpah, buat ujian poligraf dan sebagainya ditolak mentah-mentah oleh Anwar, laporan Qazaf pun masih tidak lagi dibuat ke atas Datuk Eskay. Apa makna semua ini?
Setakat bertegang leher mengatakan diri tidak bersalah, itu saja belum cukup. Apa yang saintifik pasal mengadakan sidang media untuk menafikan penglibatan? Hal-hal macam ini perlukan lebih dari air liur, kita nak bukti dan setakat ini semua bukti yang dijadikan alasan oleh Anwar seperti Twitter dan perut, sudah tidak boleh pakai lagi.
Twitter hilang 2 jam, boroi di perut hilang sebaik seluar dipakai.
Oleh : Adamyan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kenapa setanan boleh lantik kekasih awal dan akhir dia Shamsidar Taharin isteri Azmin memegang jawatan yg tinggi dalam Phileo Allied Bank ta...
-
Ummi Hafilda (adik Azmin Ali) menulis dalam blognya:- "Aku masih teringat, masa bagi keterangan di Bukit Aman, ramailah yang dipang...
-
1. Apakah itu GST (Goods Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan)? GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepad...
-
Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina...
-
OK bleh click di sini untuk menonton semula Video Pelacur China Doll - Bahagian 2 Rujuk juga : Video Pelacur China Doll - Bahagian 1 ...
-
Arahan hukuman rejam terhadap penzina terdapat dalam kitab Taurat dan Injil tetapi tidak terdapat dalam al-Quran. Sila rujuk hadith-hadith m...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Memandangkan saya ada menerima pm drp beberapa sahabat yg memohon saya menyiarkan coretan i...
-
L ihat gambar di sebelah...kalau tak silap yang duk mencium Anwar sampai tertutup mata Anwar (pasal stim dan syok leeee) adalah salah seora...
-
1. The original version is about 22 minutes, in high definition, in proprietary i-catch format , converted to general format for playback...
-
The video you ALL have been waiting for. Dont worry. No sexual acts in this video. This is the video where Anwar Ibrahim just came out fro...
No comments:
Post a Comment