Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, May 9, 2011

Bila sang peliwat/penzina tegar gelabah menanti keputusan liwatnya 16 Mei ini, sanggup pula dia menghamun Datuk Seri Najib sebagai 'piglet'



Click to enlarge

He (Anwar) also blamed Prime Minister Najib Tun Razak of dwelling in gutter politics by allowing a sex tape to be released by the trio of Datuk T, in which they had claimed Anwar was the man having sex with a foreign woman. Anwar had denied this.

“Najib is a real ‘pandikutti’,” he said, drawing laughter and applause from the crowd. Pandikutti is a Tamil word for piglet.



‘Pandikutti’, Bekas Mufti Wilayah Selar Anwar

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Prof. Datuk Dr. Muhammad Yusoff Hussein berkata tindakan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggelar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘pandikutti’ atau anak babi adalah tindakan orang tidak berpelajaran.

Tegasnya Islam melarang sama sekali perbuatan menggelar seseorang dengan panggilan yang mengaibkan apatah lagi ia membabitkan seorang pemimpin negara.

Jelas beliau selaku seorang yang dianggap berwibawa dan berpengetahuan luas dalam agama, Anwar sepatutnya tahu Islam melarang keras menggelar seseorang itu dengan panggilan yang tidak baik kerana ianya adalah satu penghinaan dan menjatuhkan maruah.

“Sekiranya Anwar berkata demikian di hadapan khalayak ramai, maka ianya adalah tidak wajar sama sekali. Sekiranya seorang pemimpin itu melakukan kesalahan, kita boleh tegur tetapi tidak boleh sama sekali maki hamun.

“Anwar telah mencerca dan menjatuhkan maruah seorang pemimpin negara. Sikapnya ini tidak melambangkan bahawa dia adalah seorang yang rasional,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas tindakan Anwar Ibrahim dalam sesi ceramahnya di hadapan penyokong Hindu di Dewan Hamzah, Klang baru-baru ini yang menggelarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai ‘pandikutti’ atau anak babi.

Bekas Mufti Wilayah Persekutuan itu seterusnya berkata Anwar yang kononnya berpengetahuan luas dalam agama Islam seharusnya sedar bagaimana akhlak di dalam agama Islam.

“Janganlah kerana emosi dan kuasa, dia sanggup menjatuhkan maruah orang dan mengenepikan akhlak di dalam agama Islam. Ini bukan kali pertama Anwar bersikap sebegini dan Anwar patut berhenti bekelakuan seperti seorang yang tidak berpelajaran.

“Sepatutnya, Anwar menunjukkan tingkah laku yang baik yang mencerminkan keperibadian agama Islam sehingga boleh diikuti oleh rakan politiknya yang bukan beragama Islam, bukannya menunjukkan contoh yang tidak baik sehingga bangsa lain memandang serong terhadap Islam dan juga Perdana Menteri,” jelasnya.


Oleh : Bro Jinggo

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP