Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, May 8, 2011

Pak Sheikh terus 'jual minyak' ...

Bersemangat sungguh Datuk Seri Anwar Ibrahim cerita pasal pembangkang akan tawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang malah mengingatkan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan jadi ketua pembangkang yang baru.

Tiket mudah Pak Sheikh untuk capai impiannya itu adalah dengan terus tabur janji.

Antaranya janji diulang ketua pembangkang itu ketika ceramah di Kedai Buluh di Marang, semalam adalah menurunkan harga minyak.

“Tawan Putrajaya hari ini, dalam tempoh 24 jam, saya akan buat pengumuman, minyak akan turun... dari Perlis sampai ke Sabah, malah kita akan berikan wang royalti kepada negeri pengeluar minyak sehingga 20 peratus,” katanya.

Cukup yakin Anwar berkata, setiap yang dijanjikan itu bukan janji kosong, sebaliknya ia akan dilaksanakan, dakwanya.

“Jangan main-main, ini bukan janji-janji politik... saya bukan main-main.

“Apa yang kita nak buat akan kita lakukan, minyak kita akan turunkan, royalti kita akan pulang dan banyak lagi kita akan lakukan,” katanya.

Sebenarnya cerita pembangkang nak turun harga minyak bukan modal baru Anwar.

Sudah banyak kali harga minyak jadi bahan kempen pembangkang termasuk dalam beberapa siri pilihan raya kecil.

Anwar sengaja bangkit semula cerita dan janji basi pasal harga minyak kerana kenaikkan harga minyak dunia ketika ini.

Beliau tahu, rakyat akan marah jika kerajaan terpaksa naikkan harga minyak dan mereka mungkin menyokong pembangkang – tindakan sama ketika pilihanraya umum lalu yang mengakibatkan tsunami politik.

Selain nak turun harga minyak, Anwar juga janji program dalam Buku Jingga akan turut dilaksanakan jika pembangkang berjaya tawan Putrajaya.

“Yang penting kita perlu tawan Putarajaya,” katanya.

Jelaslah, dalam kepala Ketua Umum PKR itu adalah Putrajaya sahaja.

Baginya dengan menawan Putrajaya dan dengan jadi Perdana Menteri ada yang menganggap segala kes berkaitan tuduhan liwat dan isu video seks lelaki menyerupai beliau akan ‘tutup’ terus.

Anwar sebenarnya menjadikan pilihan raya umum kali ini sebagai talian hayat terakhir politiknya.

Bukan sahaja beliau, Lim Kit Siang, Karpal Sing, dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berharap pilihan raya umum ke 13 ini bakal melaksanakan impian masing-masing berjawatan menteri dalam Kabinet Pak Sheikh.

Untuk menyakinkan rakyat kononnya pembangkang semakin kuat, Anwar kata, ““Kita akan tambah bilangan kerusi Parlimen, di Terengganu kita tambah tiga atau empat kerusi... Pulau Pinang tambah lagi satu... Perak kita boleh tambah tiga kerusi dan di Selangor kita boleh tambah dua kerusi lagi”.

“Di Sarawak, melihat kepada keputusan pilihan raya Sarawak yang lalu, kita boleh tambah 10 hingga 11 kerusi lagi,”.

Sebelum ini pun Anwar cukup yakin kata sudah ada 30 ahli parlimen BN akan lompat parti bagi jayakan pelan 16 Sept tetapi semua tahum habuk pun tarak.

Itu jumlah sebelum lima lagi ahli parlimen PKR cabut dan jadi ahli parlimen Bebas.

Kalau nak tawan Putrajaya dan jadi kerajaan, Anwar kena dapat sekurang-kurangnya 35 kerusi parlimen lagi.

Ada yang tengok, Anwar hanya bermimpi kalau dapat tambah kerusi parlimen banyak itu.

Silap haribulan, kerusi pembangkang yang ada sekarang pun, mungkin ada yang melayang.

Sebenarnya, Pak Sheikh tahu perkara ini tetapi beliau juga tahu dengan membangkitkan kemarahan rakyat dan menjanjikan untuk turunkan harga minyak, beliau percaya rakyat akan menyokong pembangkang.

Namun, Anwar juga kena percaya, rakyat hari ini lebih nak tahu siapa lelaki dalam video seks itu.

Rupa macam Pak Sheikh Cuma perutnya lebih ‘boroi’.

Peliknya, kata mereka mengapa Pak Sheikh tak berani bersumpah menafikan bukan beliaiu lelaki yang melanggan pelacur seperti ditunjukkan video tersebut.

Senang cakap, Pak Sheikh jangan ingat beliau dapat gula-gulakan rakyat dengan janji turunkan harga minyak.

Ini kerana ada rakyat yang sudah tahu temberang beliau dan ditipu seperti rakyat di Selangor kerana banyak janji tidak ditunaikan mungkin naik minyak untuk menghukum pembangkang pada pilihan raya umum ke 13 nanti.


Oleh : ROSLAN BIAN

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP