Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, September 12, 2011

Arkib 1994 - Adakah ini perbualan telefon antara Mat Sabu dengan Normah mengenai hubungan seks mereka??? Anda nilai sendiri


Satu rakaman perbualan telefon seks yang didakwa melibatkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dengan Normah Abdul Halim pada tahun 1994 kini tersebar meluas di laman youtube sejak Khamis, 8 September.

Mereka berdua pernah didakwa berkhalwat di sebuah bilik di Hotel Perdana ,Kota Bharu. Namun keduanya dibebaskan setelah dibicarakan di Mahkamah Syariah.

Normah ketika itu ialah isteri orang.Perhubungan antara mereka berdua didakwa bermula semasa Mat Sabu yang ketika itu Ahli Parlimen Nilam Puri,Kelantan sering menumpang di rumah Normah bila ke Kota Bharu.

Ini kali pertama sesuatu perbualan panjang didakwa libatkan kedua mereka tersebar.

Rakaman yang diedit dan turut memuatkan suara latar yang menceritakan A sampai Z latar belakang pemimpin PAS tersebut selain diselang seli dengan rakaman 'phonesex' itu sepanjang 23 minit 21 saat itu.

Juga ada transkrip perbualan antara lelaki dan wanita berkenaan agar diketahui apa diperbualkan mereka.

Rakaman ala dokumentari itu kalau didengar sampai habis, boleh bikin 'seram-sejuk' kerana ada part dengan suara syahdu, memujuk rayu.

Terdapat empat rakaman berasingan, yang dimasukkan ikut urutan, dan diselang seli dengan teks penjelasan serta suara latar.

Ada satu 'part' yang boleh dikategorikan sebagai AMAT 18SX, dan boleh buat tekak 'geli geleman'mendengarnya.

Menurut maklumat disiarkan dalam rakaman itu, ia melibatkan kejadian pada tahun 1994, di Kelantan.

Rakaman itu dimuat naik ke laman sosial youtube oleh individu bergelar tvtrimatra dan rakaman tersebut bertajuk PHONESEX MAT SABU & NORMAH 1994 - 1peluru.blogspot

Sementara itu, tinjauan ke 1peluru.blogspot.com menemui mesej berbunyi "ini rakaman lama, tahun 1994/1995 jadi kualitinya kurang jelas. sila dengar menggunakan ear/headphone.

"Kalau Mat Sabu dakwa ini rakaman palsu, SILAKAN SAMAN supaya kita boleh dedahkan dari sumber mana rakaman ini & akan didedahkan lebih banyak lagi sejarah silam bilik 121 yang tak mampu Mat Sabu ubahsuai sewenang2 seperti sejarah Bukit Kepong!!"

Rakaman tersebut tersebar di berbagai blog dan sehingga berita ini ditulis sudah dilihat lebih 6,000 kali.

Juga sehingga berita ini ditulis belum ada kenyataan dari pihak PAS berhubung kisah gempar terbaru ini.9/9/2011

Oleh : agendadaily


Isu rakaman telefon seks: no komen... no komen... no komen – Mat Sabu


Jarang Mohamad Sabu elak soalan wartawan. Malah, Timbalan Presiden PAS itu juga pantang tolak mikrofon.

Maksudnya, beliau memang suka bercakap sebab itu dapat jolokan ayam sabung PAS kerana hebat berkokok berceramah sana sini.

Dengan stail dan gaya bersahaja, Mat Sabu kerap buat lawak bagi tarik penonton.

Kalau depan wartawan pulak, tutur kata beliau macam Datuk Seri Anwar Ibrahim; ada lawak, marah dan kadangkalai penuh sindiran.

Namun, abang Mat kita tutup mulut rapat bila minta komen pasal rakaman perbualan telefon seks di laman Youtube didakwa suaranya dengan seorang wanita dipercayai Normah Abdul Halim yang pernah ditangkap di sebuah bilik hotel di Kota Bharu pada 1994.

Memang pelik cara Mat Sabu layan wartawan Agendadaily dan beberapa media lain yang ‘tangkap’ beliau di jamuan hari raya PAS Pusat di Taman Melewar, petang Ahad 11 September 2011.

Awal-awal lagi beliau nampak macam malas nak layan wartawan sebaliknya duduk di kerusi di pintu masuk dewan PAS pusat itu untuk bersalaman dengan orang ramai yang menghadiri jamuan tersebut.

Mana boleh tunggu, wartawan terpaksa kepung Mat Sabu nak tanya komen beliau isu itu.

Ditanya sama ada beliau sudah dengar rakaman itu, “No Komen” katanya.

Selepas itu ditanya sama ada, beliau mahu nafi itu suaranya. Jawapannya sama juga ”No Komen.”

Bila ditanya, nak saman tak pihak yang siar rakaman itu, “No Komen,” katanya dalam nada suara serius.

Barangkali malu kerana tak dapat jawap soalan yang semua orang ingin jawapanya itu, Mat Sabu tempelak wartawan dan kata, dah tau wartawan nak tanya pasal itu (rakaman telefon seks).

Rupa-rupanya dalam hebat Mat Sabu ada juga lemahnya.

Tanyalah mana-mana wartawan, jika sesiapa ditanya dan asyik jawab "No Komen, mesti ada yang kata , “Lu fikirlah sendiri,”.


Oleh : ROSLAN BIAN 11/9/2011

1 comment:

  1. Babi gemuk ni kata Tun M maki hamun dia...betui ka babi gemuk? Tun M selalunya cakap tentang perkara penting dan ilmiah saja. Yang suka maki hamun orang adalah diri lu sendiri wahai babi gemuk.

    ReplyDelete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP