Tak payah cari. Klip video 12-13 Januari 2011 setakat ini masih belum ke udara di mana-mana termasuk di YouTube.
Namun misteri mengenainya semakin terungkai sejak trailernya tertera bertarikh 13 Januari 2011 disiarkan dalam klip video CCTV di lif apartmen Ampang dalam blog Papagomo baru-baru ini.
Lebih menarik ia bukan setakat cebisan gambar seorang lelaki memakai robe hotel tetapi kali ini... satu pengakuan.
Agendadaily Khamis malam mendapat pengakuan daripada seorang blogger terkenal, RBF Online bahawa dia sudah menonton sebahagian daripada video yang ditunggu-tunggu itu.
Pengakuan ini dibuatnya selepas tersiarnya berita mengenai komen Tan Sri Rahim Thamby Chik mengenai isu video Thailand itu di Agendadaily bahawa beliau sendiri tidak melihatnya setakat ini kecuali hanya diberitahu oleh Datuk Sharzly Eskay Abdullah wujudnya video itu.
Kata RBF dia menonton klip video itu di Hadyaai, Thailand tiga bulan lalu.
Klip berkenaan dipercayai panjangnya sekitar sejam lamanya.
“Ia diatur oleh seorang rakan di sana,” ujarnya.
RBF mendakwa dari apa yang disaksikan lelaki dalam video itu memang 100 peratus seiras Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Video itu dalam hitam putih.
Dia menjelaskan video itu bermula dengan seorang lelaki berpakaian kemas masuk ke sebuah bilik hotel dan kemudiannya tukar pakai robe hotel.
Waktu lelaki itu masuk sudah ada dua wanita di atas katil yang berasingan dalam bilik itu.
Selepas itu salah seorang daripada wanita berkenaan masuk ke bilik sebelah (connecting room).
Kemudiannya kelihatan wanita yang seorang lagi yang masih berada dalam bilik itu mengurutnya.
Kata RBF dia tidak menonton sampai habis kerana ‘panjang sangat’ dan situasi waktu itu tidak mengizinkan.
Menurutnya dia difahamkan aksi berkenaan dirakam di sebuah bilik hotel di Bangkok.
“Kalau ada orang meragui tentang wujudnya video 12-13 Januari... rasanya tidak perlu... sebab saya dah tengok dengan mata kepala sendiri,” katanya.
Ditanya bila agaknya video itu dijangka disebarkan, RBF berkata itu dia sendiri tidak tahu.
“Jangan tanya lebih daripada itu... saya hanya berpeluang menonton sendiri untuk melihat dan mengenalpasti siapa aktornya... bab-bab lain saya tidak tahu apa-apa,” katanya.
agendadaily
mampus lu kali ni Nuar..pemimpin bernafsu Binatang..
ReplyDelete