Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Wednesday, September 7, 2011

Perjuangan Mat Indera adalah untuk tubuh negara komunis

Mat Indera

Mat Sabu


Mohamad Indera atau Mat Indera bukanlah pejuang kemerdekaan dalam tragedi Bukit Kepong, sebaliknya adalah pemberontak yang mempunyai agenda untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis.

Perkara itu dijelaskan oleh bekas Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Abdul Rahman Ismail yang berkata, perjuangan Mat Indera berbeza dengan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan yang lain seperti Tok Janggut, Tok Bahaman dan Tok Gajah.

“Mat Indera yang dikatakan mengetuai serangan ke atas Balai Polis Bukit Kepong pada 23 Februari 1950, sebenarnya bukan menentang penjajah British sebaliknya bermatlamat menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu.

“Tok Janggut dan Tok Gajah pula berjuang berhabis-habisan menghalau penjajah dari tanah air bagi mengekalkan pemerintahan tempatan sedia ada,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Utusan melaporkan, Abdul Rahman turut menjelaskan perbezaan maksud pejuang dan pemberontak berdasarkan pengalamannya yang turut terlibat menyiasat kes-kes mangsa kekejaman komunis dari 1950 hingga 1955.

“Di mana-mana negara dalam dunia, pihak yang mengangkat senjata untuk merampas negara secara kekerasan adalah dianggap pemberontak manakala pihak yang mengangkat senjata untuk mempertahankan keamanan negara adalah pejuang.

“Pemberontak-pemberontak Parti Komunis Malaya (PKM) adalah pecahan daripada Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) yang pada asasnya diwujudkan untuk bersama tentera British Force 136 bagi menghalau penjajahan Jepun dari Tanah Melayu.

“Selepas Jepun menyerah diri pada Ogos 1945, MPAJA dibubarkan dan diarahkan untuk memulangkan senjata api bagaimanapun, sebahagian daripada mereka enggan berbuat demikian lalu menubuhkan PKM.

“Ini kerana mereka hendak meneruskan perjuangan menjadikan Tanah Melayu sebagai negara komunis,” katanya.

Justeru, beliau yang tamat perkhidmatannya pada 1985 itu memberitahu, tindakan Mat Indera jelas menunjukkan dia seorang pemberontak dan bukan pejuang yang perlu dijulang sebagai hero tragedi Bukit Kepong.

Beliau turut menafikan dakwaan sesetengah pihak mengenai pasukan keselamatan serta Presiden UMNO ketika itu, Tunku Abdul Rahman yang dikatakan bersekongkol dengan penjajah British.

“Polis bertanggungjawab menjaga keamanan dan keselamatan awam dan negara dari sebarang ancaman luar manakala Tunku Abdul Rahman pula bertungkus lumus mencari jalan terbaik membebaskan tanah air tercinta daripada penjajahan.

“Pihak komunis masih berterusan melakukan kekejaman, kerosakan awam dan pembunuhan kejam terhadap orang awam yang tidak berdosa walaupun selepas kemerdekaan dicapai.

“Tindakan tidak berperikemanusiaan itu sekali lagi jelas membuktikan mereka mempunyai agenda menubuhkan negara komunis walaupun semua penjajah sudah berundur,” jelasnya.

Oleh : agendadaily


SEJARAH KEKEJAMAN KOMUNIS DI BUKIT KEPONG

Gambar Kenangan Anggota Polis Bukit Kepong Sebelum Kejadian

Gambar Balai Polis Bukit Kepong Selepas Kejadian


1. INSIDEN Bukit Kepong adalah pertempuran bersenjata yang bersejarah yang berlaku pada 23 Februari 1950 antara pihak polis dan Parti Komunis Malaya (berbangsa Cina) semasa sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Pertempuran ini berlaku di kawasan sekeliling balai polis Bukit Kepong di Bukit Kepong. Balai polis yang diperbuat daripada kayu ini terletak di tebing sungai Muar, sekitar 59 km dari bandar Muar, Johor, Malaysia.

2. Kejadian ini bermula sebelum subuh apabila pihak Komunis melancarkan serangan gerila ke balai polis. Ia berakhir dengan tragik dalam penyembelihan berdarah dengan penyerang membunuh hampir kesemua pegawai polis yang bertugas di situ. Pihak komunis hendak menjadikan contoh dari serangan itu tentang apa yang akan terjadi kepada mereka yang menentang perjuangan Komunis. Apabila mereka memulakan pengepongan, pihak penyerang percaya bahawa mereka akan dapat mengalahkan polis dan mengawal stesen polis tersebut dalam tempoh yang singkat.

3. Balai Polis Bukit Kepong terletak di selekoh sungai Muar, sebuah perkampungan kecil yang terpencil dengan sekitar dua puluh buah rumah dan kedai. Menjelang awal 1950, ia merupakan tumpuan pergerakan pihak komunis di situ. Ketika itu balai polis itu diketuai oleh Ketua Polis Balai (KPB) Sarjan Ray Dancey, yang pernah berkhidmat di Palestin. Ketika serangan ke atas balai tersebut, beliau telah lama ditukarkan dan jawatannya diambil alih oleh Sarjan Jamil Mohd Shah, kemungkinannya perkara yang diketahui oleh penyerang komunis.

4. Selain itu terdapat platun campuran 15 anggota polis Tugas Am dan Konstabel Polis Marin pimpinan Sarjan Jamil sendiri. Ketika itu pasukan ini turut diperkukuhkan oleh tiga konstabel polis khas dan empat Polis Tambahan bagi tugas mengawal dan lain-lain, yang menjadikan 22 orang anggota kesemuanya.

5. Tiga belas isteri dan anak-anak anggota tinggal di berek kelamin di sebelah belakang Balai. Sistem perhubungan yang sukar adalah sebab utama penempatan pasukan polis marin di situ.

Antara anggota komunis yang terbunuh dalam serangan

Anggota-anggota komunis mengatur langkah untuk membuat serangan


6. Menurut saksi, terdapat sekitar 200 orang pengganas komunis daripada Kompeni Bebas ke-4 yang menyerang dan dipercayai diketuai oleh Muhammad Indera, Komunis Melayu yang diperdaya oleh pihak komunis Cina, di mana pada awal rancanganya Muhammad Indera dimaklumkan bahawa serangan itu sebagai amaran sahja, bagaimanapun ia bertukar menjadi tragedi buruk, ia juga disertai oleh Komisser Goh Peng Tun.

7. Pihak komunis mengepong balai Polis dengan separuh di bahagian hadapan, bakinya mengelilingi balai polis tersebut. Pertempuran bermula sekitar 04.15 pagi. Apabila Konstabel Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak mati seorang pengganas komunis yang sedang memotong kawat duri balai tersebut.

8. Pihak komunis kemudiannya menyerang dari segenap sudut, terutamanya dari bahagian hadapan. Mereka berharap serangan ini mengejutkan pihak polis tetapi kini berhadapan dengan tentangan hebat anggota-anggota polis tersebut, terutamanya daripada dua kedudukan Bren Gun yang terletak di dalam kubu di bawah bilik Kawalan.

9. Sungguhpun lebih sedikit, pihak polis yang diketuai oleh Sgt Jamil Mohd Shah, enggan menyerah, walaupun berkali-kali diseru oleh komunis agar mereka menyerah. Satu persatu anggota gugur apabila pertempuran berterusan dan dua orang isteri polis yang bertahan turut serta berjuang apabila mendapati suami mereka terkorban semasa pertempuran.

10. Sekitar pukul 5 pagi pasukan Polis Bantuan berserta sekumpulan penduduk kampung yang lengkap bersenjatakan raifal dan senapang patah digerakkan di Kampong Jawa di bawah pimpinan penghulu Ali bin Mustaffa, dan bergerak untuk membantu.

Orang kampung yang berjuang bersama anggota-anggota polis Bukit Kepong

Mat Indera Semasa Ditahan Polis dan Akhirnya Digantung Di Penjara Taiping


11. Mereka diserang hendap oleh komunis yang ditugaskan untuk menghalang sebarang bantuan dari luar dan beberapa orang kampung serta pihak komunis juga turut terkorban dalam pertempuran dikawasan itu. Sekitar masa ini, kedua-dua kedudukan Sten Gun turut dimusnahkan komunis.

12. Sekitar pukul 7 pagi, pihak komunis menawan seorang isteri polis Mariam Ibrahim, isteri kepada Konstebel Mohamad Jaafar. Dikhabarkan, ketua kumpulan komunis, Mat Indera memaksa Mariam merayu agar pihak polis menyerah tetapi tidak diendahkan oleh Jamil sendiri. Pada masa ini Fatimah Yaaba dan anaknya Hassan turut ditawan dan dipaksa menyeru pihak polis menyerah.

13. Mereka yang bertahan enggan berbuat demikian dan terus berjuang habis-habisan. Apabila mereka enggan menyerah, Mariam dicederakan dan Fatimah dibunuh. Suami Fatimah, Konstabel Abu Bakar Daud yang bertugas sebagai pemandu bot di sungai Muar, turut berjuang menentang pihak komunis sehingga cedera setelah ditembak di dada dan tangan, ketika mempertahankan botnya.

14. Dalam detik terakhir pertempuran hebat itu, komunis membakar berek kelamin dan baai polis. Dua wanita dan anak-anak mereka terbakar hangus dalam berek pasangan kawin. Pada ketika itu hanya 3 orang anggota polis dan seorang pengawal kampung yang masih hidup.

Anggota-anggota polis yang dibunuh oleh komunis dicampak ke dalam api

15. Mereka meluru keluar dari balai yang terbakar dan merempuh kedudukan komunis, membunuh sekurang-kurangnya tiga dari kumpulan pengganas yang cuba menghalang mereka. Pihak komunis terus menembak mereka yang cuba lari daripada balai polis yang sedang terbakar itu. Ketika ini penduduk kampung Durian Chondong disebelah barat menghantar bot ke Lenga untuk memberitahu pihak berkuasa mengenai serangan ini.

16. Hanya selepas lima jam bertempur, baru pihak komunis berjaya menawan balai polis dan membakar balai tersebut. Mereka
......... baca seterusnya di sini

1 comment:

  1. Dahlah, tak perlu spin banyak banyak le menutup pekung kat dada.

    Kan masa tu 1950 tak ada Jalur Gemilang dan perintah oleh King George. NegaraKu pun masa tu entah kat mana dan yang dinyanyikan polis ialah God Save the Queen.

    Jadi barua British adalah selepas Jepun.

    ReplyDelete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP