Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, September 19, 2011

Nazri Aziz kepada Anwar : "Selesaikan masalah moral (liwat dan zina) anda dulu, lepas itu baru boleh bercakap isu negara"



Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk menyelesaikan masalah moralnya terlebih dahulu sebelum beliau mahu bercakap isu-isu nasional, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, YB Dato’ Seri Mohamad Nazri bin Abdul Aziz.

“Dia perlu menyelesaikan masalah peribadi beliau terlebih dahulu, seperti kes liwat (terhadap Saiful) dan video seks (dengan jalang China Doll) sebelum Anwar boleh bercakap tentang isu-isu negara.

“Saya tidak fikir dia boleh dipercayai untuk mengendalikan isu-isu negara,” katanya seperti yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today (FMT)

Nazri mengulas kenyataan Anwar hari ini yang mendakwa pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) akan diganti dengan dua undang-undang lain yang lebih menindas daripada versi asal.

“Mengapa dia panik? Mengapa dia membuat kenyataan negatif tentang semua ini? Bagaimana dia boleh tahu undang-undang sebelum melihat draf?", soal Nazri.

Menurutnya semua undang-undang baru akan dibahaskan di Parlimen terlebih dahulu. Rakyat akan menilai undang-undang itu akan lebih menindas atau sebaliknya.

AIDC

1 comment:

  1. dia ada nujum pak cengkerik...pakai serban!!

    ReplyDelete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP