Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, January 15, 2011

Kalendar Iklan dari Timbalan Ketua Menteri PKR Pulau Pinang


Mengikut seorang sahabat yang bertugas di negeri Pulau Pinang yang mengirimkan MMS ini, sejak awal tahun 2010 lagi, YB Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang dari PKR ini mencetak dan mengedarkan kalendar kepada pegawai dan kakitangan Kerajaan di Pulau Pinang. Siap dengan gambar dan maklumat sekali.

Jika kalendar ini diedarkan kepada penyokong-penyokong PKR di luar kawasan pejabat-pejabat Kerajaan ianya bolehlah diterima, tetapi mengedarkan kepada kakitangan yang berkhidmat tanpa pegangan politik di pejabat amatlah dikesali.

Tidaklah diketahui dari mana punca wang bayaran pesanan kalendar yang dibuat oleh YB ini. Harap jangan plak menggunakan wang kerajaan negeri. Di mana slogan Cekap, Akauntabiliti dan Telus (CAT) yang dilaungkan oleh Lim Guan Eng selama ini jika wang Kerajaan digunakan dalam pembikinan kalendar ini?

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP