Azman Shapawi - Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia beranggapan kalah menang bukan soal pokok pertandingan di Tenang tetapi dakwah dan suara Islam mesti sampai ke masyarakat Tenang!!! Pada anggapan Azman Shapawi, masyarakat Tenang masih Jahilliyah dan belum menerima dakwah Islam....kalau Pas tak masuk ke Tenang maknanya masih Jahilliyahlah dalam agama Islam lah penduduk Tenang itu?
LABIS: Tindakan Mursyidul Am Pas Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan mereka yang tidak mengundi Pas sebagai orang jahilliyah telah menyinggung seluruh orang Islam di negara ini termasuk di Johor dan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Nik Aziz telah menyalahgunakan Islam dengan mengeluarkan pelbagai fatwa yang bertentangan dengan agama mengikut keadaan dan masa.
"Kenyataan Nik Aziz ini membodoh-bodohkan kita hanya kerana kita tidak menyokong Pas. Adakah seluruh pengundi yang ada di Labis ini dilabel sebagai jahil oleh Nik Aziz," katanya kepada pemberita di Sekolah Menengah Kebangsaan Kamarul Ariffin di sini, Jumaat.
Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, label jahilliyah terhadap mereka yang tidak mengundi Pas itu tidak sepatutnya keluar daripada mulut seseorang yang dikatakan Mursyidul Am dan dipanggil ustaz.
Nik Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan itu dikatakan mengeluarkan perkataan jahilliyah itu pada sidang media di Kampung Redong semalam, semasa berkempen dalam pilihan raya kecil DUN Tenang. - BERNAMA
THE PRIME MINISTER OF 



No comments:
Post a Comment