Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, January 2, 2011

Jom ramai-ramai kita bunuh Dr Mujahid & bakar buku “Menuju PAS Baru”!


Penulis: Mujahid Yusof Rawa

"Krisis yang agak lucu namun ianya merupakan saat penting apabila ahli-ahli PAS mencari-cari identiti masing-masing.

Rupa-rupanya pemakaian kopiah menjadi perbahasan usul ahli suatu masa dahulu. Oleh sebab ketika itu Al-arqam mempunyai kod etika pemakaian, ahli-ahli PAS terpengaruh untuk turut mencadangkan etika pemakaian untuk PAS.

Sehingga kini, masih dapat dilihat ahli PAS mempunyai kod etika pemakaian tidak rasmi seperti kopiah, berjubah dan berserban yang terhasil dari persepsi mahu kelihatan Islamik."

Dewan Ulama Pas Kedah mengeluarkan kenyataan menolak buku bertajuk "Menuju Pas Baru" tulisan Mujahid. Antaranya Mujahid menekankan Pas perlu berpijak di bumi nyata. Naib DUP Kedah berkata 'pandangan macam ni (Mujajid) tak perlu'.

Jadi anda semua tak perlu beli dan tak perlu baca buku ini.



Jom ramai-ramai kita bunuh Dr Mujahid & bakar buku “Menuju PAS Baru”!

Klik image: Zainulfaqar Yaacob (kiri) dan isteri, Hajjar Hassan
Anak usrah Ustaz Yahya Othman semalam memberitahu, bahawa Ajk PAS Pusat Datuk Abu Bakar Chik (ABC) baru-baru ini ke Kelantan bertemu dengan Yahya.

Dilaporkan ABC menuduh Dr Mujahid Yusof Rawa, anak bekas Mursyidul Am PAS cuba membuat onar dalam “jamaah” dengan menulis “Menuju PAS Baru”.

Mujahid dituduh sebagai “anai-anai” JIM (Jamaah Islah Malaysia) dalam PAS.(Kita tak sedar yang Presiden PAS Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Yahya dan banyak lagi pimpinan utama lain bukan asal dari PAS, tetapi bekas ABIM)

Difahamkan tuduhan itu ekoran Mujahid pada “Lekuk Ketiga” seakan mendedahkan kelemahan Hadi dan kepemimpinan Ulama PAS dalam meniti arus demokrasi di tanah air ini.

Yahya yang dikenali sebagai “murabi” dan ikon “Ikhwan” dalam PAS turut didesak supaya meng”haram”kan ahli-ahli PAS dari membaca buku kontroversi itu.

“Yang mengajar Mujahid mengaji al-Quran, yang tarbiah Mujahid masa kecil itu antaranya ana (saya/Yahya) di rumah al-marhum Ustaz Yusof Rawa (bekas Mursyidul Am PAS).

“Baguslah kalau dia kritik ulama PAS sekarang, ulama kita pun ada yang ‘belawok’ (menipu),” jelas Yahya kepada ABC.

Difahamkan, Yahya menyindir kepemimpin ulama tertentu yang menyokong usaha “Kerajaan Perpaduan” antara PAS dan Umno walaupun awalnya menipu ahli-ahli parti, wartawan dan rakyat dengan menafikan “rundingan dalam gelap” itu.

Baru-baru ini, ABC khabarnya menemui Ustaz Fadhli Shaari, Setiausaha Akhbar bagi Mursyidul Am PAS Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Fadhli cuba dihasut supaya meminta Nik Aziz meng”haram”kan penulisan popular Mujahid itu.

Yang menarik, Fadhli mempersoal motif desakan ABC serta menyuarakan rasa tidak bersetuju dengan hasrat tersebut secara tidak langsung.

Bahkan, Fadhli mencadangkan supaya wacana mengenai buku “Menuju PAS Baru” itu dianjurkan oleh Kerajaan Negeri Kelantan pula secara ilmiah dengan menjemput Mujahid memberikan penjelasan buku lalu direspons oleh tokoh-tokoh yang layak.

ABC tidak bersetuju dan meninggalkan Fadhli.

Khabarnya Ajk PAS Pusat Ridhwan Mohd Noor berhasrat menulis satu buku dalam tulisan popular menyanggah karya Mujahid.

Inisiatif itu sebenarnya lebih wajar berbanding inisiatif ABC yang dianggap sesetengah pihak sebagai kaedah “Talibnanisasi”.

Insiatif itu juga lebih baik dari inisiatif menantu Presiden PAS, Zaharuddin Mohamad mengadakan muzakarah Ulama Muda PAS lalu menolak karya Mujahid mentah-mentah kononnya atas disiplin syariah.

Mujahid dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor baru-baru ini mempersoal tindakan Zaharuddin menolak karyanya itu.

Zaharuddin yang juga dikenali sebagai Din Ayam dan “Khairy versi PAS” dipertikai kerana tidak menjemput Mujahid dalam muzakarah “misteri” anjuran Ulama Muda PAS itu.

Tak sabar menunggu buku Ridhwan!

Senario ini menggambarkan beberapa pemimpin PAS (khusus dari Terengganu) nampaknya angkuh serta tidak bersedia menerima kritikan dari luar dan dalam parti.

Setuju?

Zainulfaqar Yaacob
Bukit Bintang | 3.43 pagi |

Rujuk 1 : Malaysia Waves @ Tulang Besi @ Abdul Rahman Abdul Talib

Rujuk 2 : themalaysianinsider.com - 'ulamak' pelapis PAS tolak buku "Menuju Pas Baru"

2 comments:

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP