Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat disifatkan terlalu angkuh kerana menganggap UMNO sebagai bukan Islam dan tidak layak memerintah negeri ini.
Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali berkata, Mursyidul Am Pas itu perlu ingat bahawa rakyat Kelantan telah menunjukkan perubahan dan tidak mengejutkan sekiranya UMNO dapat mengambil alih pentadbiran Kelantan selepas Pilihan Raya Umum Ke-13.
"Apabila Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed membuat kenyataan bahawa parti itu memberi tumpuan khusus di 23 kerusi, "Nik Abdul Aziz menjawab usah peduli dan serah sahaja kepada Pas kerana mereka Islam dan UMNO dasar kebangsaan.
"Kenyataan ini terlalu angkuh dan tidak sepatutnya keluar dari mulut seorang bergelar tok guru, sepatutnya beliau berkata, saya sambut baik atas dasar demokrasi dan rakyat boleh membuat pilihan, jangan menidakkan hak orang lain dan hak orang, kita mahu rampas," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan hadiah kepada pelajar cemerlang Penilaian Menengah Rendah (PMR) di Sekolah Kebangsaan Dato' Ibrahim II di sini hari ini.
Pada majlis tersebut, seramai 149 pelajar cemerlang PMR dari seluruh daerah ini diberikan hadiah wang tunai, sijil dan beg sekolah.
Rabu lalu, Nik Abdul Aziz menyifatkan Mustapa tidak layak mengambil alih kepimpinan negeri ini kerana tidak mempunyai 'lesen Islam'.
Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) berkata, sasaran untuk menguasai Kelantan mampu dicapai oleh UMNO dengan syarat pemimpin parti tersebut membuang sikap tidak yakin diri dan bekerja keras.
"Kepimpinan UMNO Kelantan diserang penyakit rendah diri, pada hal saya tengok rakyat di bawah mahukan perubahan kerana 20 tahun mereka diperintah oleh Pas tanpa sebarang perubahan.
"Rakyat yakin UMNO mampu membawa perubahan cuma mereka perlu bertindak agresif tetapi dengan sikap tidak yakin diri, UMNO telah mengaku kalah sebelum berlawan," katanya.
Tambahnya, beliau tidak memihak kepada mana-mana parti politik dan tetap sebagai seorang Ahli Parlimen Bebas bagaimanapun pandangan tersebut diberikan untuk kebaikan rakyat Kelantan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kenapa setanan boleh lantik kekasih awal dan akhir dia Shamsidar Taharin isteri Azmin memegang jawatan yg tinggi dalam Phileo Allied Bank ta...
-
Ummi Hafilda (adik Azmin Ali) menulis dalam blognya:- "Aku masih teringat, masa bagi keterangan di Bukit Aman, ramailah yang dipang...
-
1. Apakah itu GST (Goods Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan)? GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepad...
-
Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina...
-
OK bleh click di sini untuk menonton semula Video Pelacur China Doll - Bahagian 2 Rujuk juga : Video Pelacur China Doll - Bahagian 1 ...
-
Arahan hukuman rejam terhadap penzina terdapat dalam kitab Taurat dan Injil tetapi tidak terdapat dalam al-Quran. Sila rujuk hadith-hadith m...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Memandangkan saya ada menerima pm drp beberapa sahabat yg memohon saya menyiarkan coretan i...
-
L ihat gambar di sebelah...kalau tak silap yang duk mencium Anwar sampai tertutup mata Anwar (pasal stim dan syok leeee) adalah salah seora...
-
1. The original version is about 22 minutes, in high definition, in proprietary i-catch format , converted to general format for playback...
-
The video you ALL have been waiting for. Dont worry. No sexual acts in this video. This is the video where Anwar Ibrahim just came out fro...
No comments:
Post a Comment