Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, January 21, 2011

Cabaran Debat Anwar kepada Najib - "DEBAT AL-MUSIBAT" kata Zulkifli Noordin

(Anwar patut sahut cabaran Saiful untuk bersumpah dahulu saperti yang dinasihatkan oleh Dr. Asri Zainal Abidin sebelum nak mencabar YAB PM berdebat!)

Salam 2 all.

Teman tertarik dengan lalakan debat yang dikompangkan oleh manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan; mencabar YAB Perdana Menteri berdebat mengenai kepalsuan janji manis "100 hari Pakatan Pembangkang" jika memerintah. Semua orang tahu itu semua adalah janji kosong seorang pembohong. Kalau satu dunia dia boleh bohong mengenai 16 Sept, setakat janji "100 Hari PR" pakai main celah gigi ajelah yop. Boleh ke percaya janji seorang pembohong? Itu soalan yang perlu nak ditanya sebelum soal debat nak dibincangkan.

Pada teman, pertama sekali Anwar perlu selesaikan hal liwat dia dengan Saiful dahulu. Kenapa bila Saiful cabar bersumpah bermati-matian Anwar tak mahu? Siap dengan fatwa Al Qorodawi lagi diselindungkan untuk mengelak dari bersumpah. Apa yang susah sangat nak bersumpah? Ikut sahaja nasihat Dr. Asri Zainul Abidin, buat sumpah muhabalah, selesai cerita. Tapi boleh ke kita percaya sumpah seorang pembohong? Teman tidak terkejut kalau dia bersumpah, jika keadaan sudah tidak boleh di elak lagi. Eh, kalau satu dunia dia boleh kelentong pasal 16 Sept, takat kelentong sumpah tu celah gigi aje yop!

Heran ya, kalau pasal sumpah cepat pulak nak berfatwa, ikut Islam konon tak boleh bersumpah. Sedangkan kalau diikut hukum, berdebat-debat ini dilarang Rasulullah saw. Banyak sangat bertanya pun dilarang ALLAH. Cuba tengok dalam surah Al Baqarah sudahlah, terang-terang ALLAH cerita tentang perangai Yahudi yang suka sangat berdebat, banyak songel kata Wak Karto. Akhirnya bukan dia nak buat pun, saja nak perabih air liur je yop! Kalau nak bersumpah mengelak sakan mengguna patwa dan pelbagai lagi, bab berdebat takkan takde patwa kot? Tak caya cuba tanya ustad-ustad yang ramai tu!

Kalau beriya-iya sangat nak berdebat, teman cabar manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ini supaya berdebat dengan Saiful dulu. Ni kes Mahkamah pun asyik menangguh aje kerjanya, takut pulak nak berdebat. Pootar sana, pooSingh sini nak mengelak dan melengah-lengahkan perbicaraan.

Kedua, kalau beriya sangat nak berdebat, tu YB Gobala dah lama ajak berdebat. Berapa punya banyak senarai salahlaku dan penyelewengan yang diadukan oleh YB Gobala. Hari ni pun YB Gobala cabar melalui twitter supaya jawab soalan dia dahulu sebelum dia nak jawab pertuduhan yang dikenakan kepada dia. Cabaran YB Gobala, Ahli Parlimen sendiri pun tak terjawab, ni kan nak ajak orang lain berdebat. Cakap tak serupa bikin, bikin tak serupa cakap!

Anwar sepatutnya berdebat dengan peguam dia sendiri Karpal Singh. Cuba debat dengan Karpal Singh pasal apa nak membela juga Anwar sedangkan Karpal Singh yang mendedahkan kegiatan homoseks & liwat Anwar dalam Parlimen pada 22.10.1997. Beliau yang mendedahkan salahlaku homoseks & liwat Anwar di Federal Hotel. Beliau yang membongkar kegiatan homoseks & liwat Anwar kepada kepimpinan PAS pada masa itu. Beliau yang menasihati Umi dan Azizan. Karpal juga yang mendesak Anwar bertaubat dan berundur apabila pembohongan 16 Sept terbongkar. Dan sekarang Karpal Singh sudah jadi lawyer dia pulak! Tidak kah itu macam pootar-pooSingh pooSingh-pootar namanya?! Pada teman, elok Anwar berdebat dengan Karpal Singh dulu sebelum nak berdebat dengan orang lain.

Ataupun kalau beriya sangat nak berdebat, cuba cabar Lee Kuan Yew atau Bahagian Risikan Singapura & Australia yang mendedahkan mereka mempunyai "bukti teknikal" Anwar terlibat dengan kegiatan homoseks & liwat, dan mereka mempercayainya! Kita umat Islam dan rakyat Malaysia pun nak tahu siapa yang benar, dan apa "bukti teknikal" yang mereka ada. Dengan mencabar mereka berdebat, pasti kebenaran akan terbongkar; samada mereka berbohong atau manusia yang ditabal bininya sebagai anugerah tuhan ni yang kelentong? Siakap senohong ikan duri, kuat berbohong berangan nak jadi Perdana Menteri!!

Sebenarnya pada teman YAB PM tidak perlu menjawab pun cabaran debat Anwar. Ngabihkan boreh je! Sebabnya, Anwar sudah beberapa kali cuba mahu berjumpa empat mata dengan YAB PM. Bukan untuk berdebat, apatah lagi membincang masalah rakyat. Tetapi sebenarnya mahu meminta supaya kes pertuduhan dia meliwat Saiful ditarik balik. Teman ingat beberapa kali Anwar minta teman supaya cuba atur berjumpa Dato' Sri Najib (bila YAB mengambil alih jawatan sebagai Perdana Menteri ke 6) untuk meminta temujanji bagi dia nak berjumpa PM untuk meminta ditarik balik kes pertuduhan liwat terhadap Saiful. Walhal masa tu teman masih Ahli Parlimen PKR. Dan teman pun tak berminat nak jumpa YAB PM, dan tak pernah pun jumpa YAB PM mengenai isu itu. Tetapi mengapa dan apa sebabnya Anwar takut sangat sehingga mahu berjumpa empat-mata dengan PM?

"Aku dah cemuih dok penjara!!", kata Anwar. Yup, Anwar Ibrahim yang mengaku hero Tamil Sivaji the Boss tu sebenarnya takut kena penjara lagi. Anwar takut masuk penjara balik. Sebab dia tahu dia akan sangkut dalam kes Saiful ini. Dan dia tahu kali ini kalau dipenjara, mungkin umur dia akan habis dalam penjara sahaja (bayangkanlah kalau dihukum 12 tahun penjara!?). Pada umur nak memasuki 64 tahun, teman faham ketakutan Anwar itu. Apatah lagi dengan cucu pun menunggu dirumah. Dan teman tidak salahkan Anwar jika berasa takut masuk penjara. Cuma nasihat teman, bertaubatlah, dan mohonlah keampunan kepada ALLAH, dan pohonlah supaya ALLAH memberi jalan keluar yang ma'ruf dan baik. Hentikanlah segala sandiwara & pembohongan ini. Kembalilah kejalan ALLAH, bertaubatlah Anwar.

Jadi pada Anwar, berhentilah nak mencabar orang lain berdebat. Pergilah berdebat dengan Saiful. Pergilah berdebat dengan YB Gobala. Pergilah berdebat dengan Karpal Singh. Sahutlah cabaran Saiful supaya bersumpah. Selesaikanlah masalah peribadi tu dahulu, kemudian bertaubat dan bertawakkallah kepada ALLAH. Moga ALLAH masih punya rahmat dan belas ihsanNya lagi.

Wallahua'lam & Wassalam.

Zulkifli Bin Noordin
Jumaat
16 Safar 1432
21 Januari 2011

Sumber : Zulkifli Noordin - Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP