Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, September 11, 2011

Antara Mat Indera dan Panglima Salleh.... Siapa Pejuang dan Siapa Petualang

Komunis

Kekejaman Komunis


Pengganas Komunis tak kira berbangsa apa.... tetap bukan nasionalis Tanah Melayu.... 1930an... perjuangan mereka lebih kepada sentimen di Tanah Besar China antara Mao Zedong dengan fahaman komunis sosialisnya, menentang Chiang Kai Syek berfahaman Nasionalis (Koumintang). Apa yang tersirat pada kenyataan ini adalah, orang orang cina di Malaya pada masa ini bersatu dengan melupakan segala perbezaan mereka (Hokkien, Teowchew dsb), demi simpati pada nasib bangsa mereka kerana mereka semua ini menganggap Tanah Besar China masih sebagai tanah leluhur... dan bukannya Malaya.

Penentang komunis di Malaya


Namun demikian, apabila Jepun mara ke Tanah Melayu pada 9 Disember 1941, perjuangan Komunis telah bertopengkan Malayan People Anti-Japanese Army(MPAJA), itupun atas sentimen dendam akibat Tanah Besar China dijajah Jepun. British memberikan bantuan senjata, makanan dan wang kepada MPAJA dan pihak MPAJA menuntut daripada British untuk memegang kuasa politik jika Jepun dikalahkan. Majoriti anggota MPAJA (PKM) adalah berbangsa Cina. Justeru, British enggan melunaskan perjanjian tersebut kerana tanah bertuah ini mereka perakui sebagai Tanah Tumpah Darah orang Melayu. Jelas di sini mereka mempunyai agenda tersirat untuk menguasai Malaya sepenuhnya. Sebab itulah semua persatuan Cina di Malaya bersatu dan mengumpul dana bagi tujuan ini.

Pada tahun tahun awal Peperangan Dunia Kedua 1941-1943, kekejaman komunis di sekitar Batu Pahat telah memaksa majoriti orang Melayu di sekitar Muar dan Batu Pahat terpaksa menandatangani keanggotaan sebagai ahli MPAJA dengan yuran keahlian satu ringgit. Jika engkar, mereka akan disiksa dan dibunuh secara kejam lalu menyebabkan mereka tiada pilihan selain menyertainya. Antara TOKOH yang akan dibincangkan di sini adalah Panglima Salleh dan Mat Indera, kerana kedua dua tokoh ini turut menyertai MPAJA. Maka, SIAPAKAH PEJUANG SEBENAR antara dua tokoh ini?

Apabila kekejaman MPAJA (juga dikenali sebagai BINTANG 3) telah mencapai kemuncaknya bila Pak Naib (Ketua Kampung) di sekitar Mukim IV dibunuh dengan kejam apabila engkar menurut perintah mereka. Rumah penduduk kampung dibakar.... maka penduduk Mukim IV bersatu dan menubuhkan kumpulan penentang yang berselindung di sebalik aktiviti keagamaan dan diberi nama Persatuan Muhamadiah (Khaujakan). Panglima pertama yang dilantik mengetuai perjuangan ini dikenali sebagai Panglima Ijam. Namun, kumpulan di bawah Panglima Ijam ini cuma bercorak defensif dan serang balas besar besaran dari pihak Bintang 3 mengakibatkan kerosakan yang lebih dahsyat. Dengan demikian, penduduk Mukim IV ingin mencari tokoh lain yang lebih agresif bagi mengekang kekejaman Bintang 3.

Dalam masa yang sama, bagi mengekang penentangan orang Melayu ini, Bintang 3 mengeluarkan arahan agar segala aktiviti keagamaan dan perkumpulan di masjid-masjid diharamkan. Kepada kampung yang engkar, seluruh rumah di kampung tersebut akan dibakar. Keadaan genting penuh penderitaan yang tak tertanggung oleh orang Melayu telah memanggil Panglima Salleh untuk tampil membela Agama, Bangsa dan Negeri..... sedangkan MAT INDERA meneruskan perjuangan beliau dengan bersekongkol melakukan kekejaman terhadap rakyat negeri Johor yang berdaulat (Negeri Johor Darul Ta'zim adalah negeri tak bersekutu yang tidak dijajah British) secara berterusan sehingga kekejamannya dihentikan apabila diracun oleh penduduk Seri Medan.

Panglima Salleh tanpa berlengah telah memimpin perjuangan bersenjata orang Melayu secara offensif dengan menyerang semua kedudukan dan kem Bintang 3 di serata Johor. Rupa-rupanya, kemasukan secara paksa beliau ke dalam MPAJA adalah sebagai siasah dan persediaan untuk mengetahui kekuatan dan lokasi najis-najis Bintang 3 ini. Gempuran Panglima Salleh bersama Tentera Selempang Merah, yang cuma bersenjatakan TAQWA dan parang panjang/pedang, telah berjaya mengekang kekejaman Bintang 3 (KOMUNIS) di Batu Pahat.

Mat Indera, walaupun berpendidikan agama dan mempunyai ilmu kebatinan yang tinggi, telah tewas dengan nafsu iaitu mempunyai cita-cita politik dan cita-cita untuk berkuasa. Beliau gagal menggunakan ilmunya untuk menentang penindasan terhadap agama dan bangsa sedangkan beliau mampu. Walaupun dikatakan bahawa ketika peristiwa di Bukit Kepong, Mat Indera tidak membunuh polis Melayu, namun dengan menyaksikan tanpa menghalang bangsat-bangsat komunis tersebut membunuh polis... wanita dan kanak-kanak adalah melayakkan Mat Indera digelar DAYUS dan pengkhianat bangsa.

Panglima Salleh dikurniakan Pingat Ibrahim Sultan (PIS) sebagai mengenang jasanya pada 17 September 1955 dan beliau meninggal dunia pada 21 April 1959. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya serta roh para pejuang yang gugur ketika menghadapi petualang Komunis. Alfatihah....

Perjuangan jihad Panglima Salleh dengan pedang ampuhnya hanya dihentikan setelah Mat Indera dapat dikalahkan dgn tipu helah penduduk Seri Medan, manakala pejuang parang panjang lainnya kembali meletakkan parang masing-masing seawal pengisytiharan darurat di seluruh negara iaitu pada tahun 1948, di mana tugas membasmi dan memerangi komunis dipikul sepenuhnya oleh anggota keselamatan.

Kekejaman komunis dan peristiwa ini kita boleh dapatkan fakta ilmiahnya dari rujukan berikut:-

1. Sejarah Perjuangan Kita tulisan Dr Burhanudin al-Helmi terbitan Semenanjung, tahun 1955.

2. Buku Biografi Perjuangan Politik Dato' Onn oleh Shaharom Hussain terbitan Fajar Bakti, tahun 1985.

3. Tesis Sejarah Malayan People's Anti-Japanese Army oleh Amnah Abu Samah dari Jabatan Sejarah, UM.

4. Artikel Kebangkitan dan Gerakan Tentera Selempang Merah dalam Sejarah Daerah Muar dan Batu Pahat oleh Hairi Abdullah...juga artikel ini disiarkan dalam Jebat, Jurnal Persatuan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia no 3/4, 1973/75.

5. Novel Sejarah "Panglima Salleh Selempang Merah", tulisan dan hasil penyelidikan Zaharah Nawawi, DBP 1988. Penyelidikan beliau dengan cara menemubual pejuang terlibat seramai lebih 30 orang responden adalah dianggap tepat kerana cerita didapati mempunyai persamaan dan bukan dari penceritaan pihak ketiga.

8 comments:

  1. Assalam Bro

    Tentulah Panglima Salleh sebagai pejuang dan hero... Mat Indera tu sebiji macam Mat Sabu, tukang laung suruh polis serah diri... jadi pencacai komunis dan DAP

    ReplyDelete
    Replies
    1. alah ko pun bukan tau cite, gampang la kau...

      Delete
    2. pukimak nenek kau..dua2 hero..ko taktau citer sebenar

      Delete
  2. Arwah Dr Burhanuddin Helmi sendiri kata PKM tu jahat. Para penjilat jubor x basuh PKM nak kata apa lagi?

    ReplyDelete
  3. blog ni patut kena tahan polis, sebar video lucah...pokemak kau la ...

    ReplyDelete
  4. cuba baca bikumpanglima salleh selimpang merah, x de pun sebut panglim salleh meletak senjata apabila mat indera diklahkan.

    Apabila komunis dikalahkan, markas terbesar komunis di bandar batu pahat siap sedia di gempur, rombongan panglima berjalan kaki, di perjalanan DATO ONN melintangkan kereta dan menahan rombongan tersebut seraya berkata, sekiranya nak serang batu pahat, lankah mayat beliau dulu. rombongan panglima ramai yg x bersetuju, antara hujah rombongan panglima ialah" mana dato onn pergi masa melayu kene sembelih komunis? bila komunis nak kene sembelih ada pulak DATO nak halng?..

    Panglima Salleh mengarahkan rombongam beliau bersurai kerana Panglima berkata Dato Ketua kita, pantang MELAYU MENDERHAKAI KETUA. maka misi menyerang pangkalan komunis terbesar di Batu Pahat di batalkan.

    x caya hng bca bk panglima salleh selimpang merah.. buku yg bercerita kisah sebanar panglima salleh.. secara x langsung menelnjangi kebobrokan ketua melayu dan sikap taat melayu kpd ketua membuta tuli..walaupun anak bini suami atuk nenek terbunuh, diseksa kejam....

    masa tu org melayu turun bandar batu phat je hilang.. di percayai dimasukkan dlmmguni bersama batumdn di campak ke sungai.

    tpi tu kish dulu. kita perlu maafkan mereka krn mereka semua dah x wujidpun...

    ReplyDelete

  5. pesan guru sy, antaranya Jgn menderhakai guru dan ketua dan jgn berkata apa yg kita x paSTI takut menjadi fitnah. yag palingnutma taat PADA ALLAH DAN RASUL

    ReplyDelete

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP