Janganlah kita silap untuk memahami tujuan puak “pelampau”. Mereka tidak puas hati dengan Malaysia yang kita kenali. Malaysia yang kita telah bina. Mereka mahu meruntuhkan seluruh binaan dan membinanya semula kemudian kelak. Menurut apa yang saya dengar, mereka berazam hendak menghapuskan pemerintahan beraja dan menubuhkan sebuah republik.
Menurut “pelampau-pelampau” itu, perbelanjaan bagi jawatan Yang di-Pertuan Agong dan Raja-Raja adalah membazirkan wang. Dan dengan kerana itu mereka mahu jawatan Sultan di semua negeri dihapuskan. Mereka mendakwa bahawa kebanyakan negara lain telah membuang pemerintahan beraja, dan menyatakan bahawa wang yang dibelanjakan untuk menegakkan kebesaran dan kedaulatan Raja-Raja itu membazir semata-mata.
Saya suka mengingatkan bahawa dalam negara yang telah menegakkan pemerintahan republik bagi menggantikan pemerintahan beraja, wang yang telah diselamatkan itu telah diboroskan dengan cara lain. Sesunggohnya banyak negara yang telah melakukan perubahan sistem pemerintahan dan kemudian mendapati diri mereka menghadapi kekurangan wang sekalipun mereka tidak payah lagi membuat peruntukan bagi perbelanjaan diraja.
Sebenarnya negara-negara itu juga tidak boleh menyelamatkan wang negara sekalipun mereka tidak perlu lagi mengadakan peruntukan diraja kerana jika negara itu tidak ada Raja dan bercorak republik ia mesti mempunyai seorang Presiden, dan taraf serta kedudukan Presiden itu perlu dipelihara sama seperti Raja itu juga.
Di zaman pemerintahan penjajah dulu, negara-negara itu dapat menyimpan wang dari hasil mahsulnya sekalipun mereka kena mengadakan peruntukan bagi Raja-Raja, dan memberi sumbangan mereka kepada khazanah Kerajaan penjajah yang memerintah mereka. Sekarang mereka menjadi miskin sekalipun mereka tidak ada Raja dan penjajah. Ke manakah segala kekayaan itu ghaib?
Lihat sahaja sekeliling dunia. Kenapa negara-negara yang mempunyai raja berperlembagaan pada umumnya kaya dan makmur. Kita boleh misalkan sesebuah negara itu sebagai rumah bagi penduduknya, sama seperti sebuah rumah itu sebagai tempat duduk bagi seseorang. Jika orang itu berbangga dengan tempat kediamannya, maka tentulah dia akan mencurahkan wangnya untuk menghias rumah itu supaya dapat menikmati keselesaan dan keindahan.
Begitu jugalah rakyat sesebuah negara boleh berbangga bukan sahaja dengan cara ia ditadbir, bahkan juga cara bagaimana dapat mempertahankan adat-resam dan istiadat. Mereka berbangga dengan cara pemerintahan beraja yang mereka pusaka kerana Raja menjadi simbol kebanggaan mereka.
Di Eropah, Britain, tiga buah negeri dalam gabungan Scandinavia, Belanda, Belgium dan Greece semuanya mempunyai pemerintahan beraja. Di Timor Tengah dan Afrika, Saudi Arabia, Iran, Jordan. Morocco dan Habshah ialah negara-negara beraja. Di Timor Jauh, Jepun, Thailand, Laos dan Malaysia juga beraja. Dan di Kampuchea mereka mempunyai pemerintahan beraja cara mereka sendiri.
Dalam kebanyakan negara tersebut, perubahan yang penting telah dilakukan. Maharaja atau Raja tidak lagi mempunyai kuasa mutlak. Mereka menjadi simbol adat dan kebesaran sesebuah negara. Di Malaysia, orang Melayu sentiasa taat kepada dalam sepanjang sejarah kita, kerana kita sentiasa mengakui Sultan sebagai ketua negeri. Orang Melayu yang tidak pernah mendapat kesempatan mempunyai sebuah negara itu telah hidup dalam Semenanjung yang terbahagi kepada beberapa buah negeri, setiap negeri mengamalkan satu corak pemerintahan yang serupa iaitu kesemuanya mempunyai Raja.
Keadaan telah berubah dalam zaman moden ini. Malaysia sekarang telah menjadi satu negara yang berupa Persekutuan Negeri-Negeri. Dalam sesebuah Persekutuan sebagaimana di Amerika Syarikat atau Kanada; sesebuah negeri itu mempunyai seorang gabenor dan ada perlembagaannya sendiri yang berlainan daripada Perlembagaan Persekutuan. Dan mana-mana Perlembagaan jua pun berkehendakkan supaya ada seorang Ketua Negeri, yang nama dan tandatangannya menjadi meteri kekuasaan yang mutlak bagi undang-undang dan kerajaan.
Apa yang telah kita lakukan di Malaysia ialah mencantumkan sistem yang lama dan yang baru. Daripada 13 negeri dalam Persekutuan, sembilan mempunyai Raja dan empat mempunyai Gabenor sekalipun gelarannya berlainan
Mereka yang dipanggil “pelampau” itu kesemuanya terdiri daripada orang Melayu, iaitu satu kaum yang sentiasa mempunyai adat-resam beraja. Kehormatan yang diberikan oleh orang Melayu kepada Raja mereka telah menjadi sebahagian daripada cara hidup mereka. Oleh yang demikian payah hendak difahami kenapa “pelampau-pelampau” ini mahu menghapuskan adat yang telah menjadi darah daging orang Melayu. Sebilangan pelampau ini telah menuntut di England dan berkahwin dengan perempuan Eropah. Saya tidak dapat memahami kenapa orang yang telah mendapat ilmu pengetahuan di England tidak membuka mata mereka semasa berada di sana untuk memerhatikan apa yang berlaku di sekeliling mereka.
Semasa saya tinggal di England selama 12 tahun, saya sangat tertarik hati dengan cara orang Inggeris menumpahkan taat setia mereka kepada Raja dan Ratu mereka. Sebenarnya orang Inggeris sentiasa membentuk cara hidup mereka menurut zaman pemerintahan Raja-Raja mereka. Misalnya mereka merujuk kepada mana-mana generasi dengan menyebut zaman pemerintahan seseorang Raja.
Sebagaimana yang dunia ketahui, orang Inggeris adalah bangsa yang terpe1ajar; tetapi mereka juga tahu apa yang baik untuk masyarakat mereka. Dengan kerana itu pemerintahan beraja tidak pernah luput daripada sejarah mereka. Pada zaman ini mereka tidak lagi menyifatkan Raja sebagai pelindung mereka seperti zaman silam, atau pun mencari perlindungan untuk keselamatan di bawah naungan Raja itu. Mereka cuma menerima Raja sebagai simbol kemegahan mereka di masa lampau dan untuk memenuhi kehendak perlembagaan.
Tidakkah “pelampau-pelampau” yang berdarah muda ini dan yang menggelar diri mereka “bijak pandai” dapat melihat semua itu semasa mereka berada di sana? Apabila saya bertanya apakah yang mereka akan buat bagi menggantikan Raja supaya orang Melayu sentiasa merasai diri mereka anak watan, terjamin dan ada perlindungan, mereka menjawab bahawa mereka akan memikirkan hal itu apabila sampai masanya. Saya tidak dapat memahami apakah tujuan jawapan mereka itu.
Memanglah benar bahawa politik yang dijalankan atas asas-asas demokrasi tidak dapat menjamin seseorang ahli politik itu terpilih lagi dalam pilihan raya yang akan datang, atau pun parti itu juga yang akan dipilih memegang kuasa. Ahli-ahli politik dan parti politik naik dan turun, tetapi Raja tetap di atas takhta masing-masing.
Raja dapat menimbulkan rasa kepercayaan di sisi semua orang dan dapat mengadakan pemerintahan yang berturun-temurun dalam sejarah sesebuah negara. Bagi orang Melayu pula, Raja dapat menimbulkan rasa keperibadian mereka. Sesungguhnya perasaan keperibadian orang Melayu yang bertali dengan Raja mereka menjadi sebab kenapa parti-parti pembangkang bukan Melayu telah bertubi-tubi melancarkan kemnpen pilihan raya menentang hak-hak orang Melayu. Adakah “pelampau” ini mahu memainkan politik yang sama dengan pembangkang bukan Melayu itu?
Mengenai dengan wang yang dibelanjakan kerana memelihara kedudukan Sultan, saya sendiri berpendapat bahawa wang itu telah dibelanjakan dengan mendatangkan faedah kepada negara kerana pada hari ini kita menjadi salah sebuah negara yang termakmur. Di Asia. Dan Raja-Raja telah memainkan peranan dengan cergas menurut Perlembagaan.
Sebagai Ketua Negara, Yang di-Pertuan Agong bertanggungjawab memanggil, menangguh dan membubarkan Parlimen, dan melakukan upacara pembukaan penggal baru bagi persidangan Parlimen dengan memberi titah ucapan yang mengandungi dasar yang Kerajaan akan laksanakan. Bagindalah yang menjadi puncak kehormatan negara dan tunggak keadilan Baginda bertindak dengan nasihat Perdana Menteri. Persetujuan Baginda mestilah diperoleh terlebih dahulu untuk melantik Perdana Menteri dan menubuhkan Kabinet. Ringkasnya, Yang di-Pertuan Agong adalah sumber yang menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Rakyat Malaysia telah mempersetujui sebuah Perlembagaan dan dalam Perkara 7 Perlembagaan tertulis bahawa “Persekutuan hendaklah menjamin hak Rara-Raja setiap negeri menaiki takhta Kerajaan Negeri itu dan haknya memegang, memakai dan menjalankan hak dan kelebihannya sebagai Raja Negerinya menurut Perlembagaan Negeri itu. Pertelingkahan berkenaan dengan hak menaiki takhta kerajaan sesuatu negeri itu hendaklah diputuskan semata-mata oleh pihak yang tertentu dan dengan cara yang ditentukan oleh Perlembagaan Negeri itu.”
Perlembagaan mengatasi segalanya dan mestilah dipatuhi oleh semua orang, daripada Yang di-Pertuan Agong hinggalah kepada rakyat jelata. Jika sebarang pindaan hendak dilakukan dalam Perlembagaan, maka pindaan itu cuma boleh dibuat atas syarat-syarat mengenai pentadbiran harian. Bencana yang besar akan menimpa sesebuah negeri kiranya dilakukan sebarang percubaan hendak membuat pindaan yang besar ke atas Perlembagaan.
Oleh yang demikian Perlembagaan yang diletakkan di bawah perlindungan Yang di-Pertuan Agong itu adalah menjadi satu jaminan yang kekal bagi meneruskan pentadbiran yang teguh.
“Pelampau-pelampau” yang terdiri daripada orang muda ini tidak menghiraukan tentang keteguhan yang Malaysia nikmati sejak merdeka. Mereka seolah-olah tidak memahami apa ertinya keteguhan itu dan pentingnya untuk kemajuan dan pembangunan yang orang Melayu mendapat faedah daripadanya. Mereka menuntut supaya diadakan perubahan tanpa menghiraukan sebarang akibat yang akan timbul. Tidak ada salahnya hendak mengadakan perubahan dengan syarat perubahan itu akan menghasilkan keadaan yang lebih baik kepada kita semua, tetapi jika perubahan itu semata-mata kerana sesuatu muslihat dan untuk kepentingan sesuatu pihak sahaja, maka tidaklah ia mendatangkan faedah kepada bangsa dan negara. Perubahan yang seumpama itu tentu-lah akan merosakkan corak penghidupan kita. Jika “pelampau-pelampau” itu berkeras hendak mengadakan perubahan yang besar itu, maka mestilah mereka sanggup bertanggungjawab di atas bencana yang akan menimpa negara. .
Saya nasihatkan “pelampau-pelampau” ini supaya jangan menghambat bayang-bayang. Marilah kita semua berpuas hati dengan apa yang kita telah capai sehingga hari ini kerana seluruh dunia memandang tinggi dan memuji di atas apa yang telah kita capai. Marilah kita bersyukurr dengan segala rahmat Tuhan.
(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan 1969)
Pengenalan
BAB 1 : Ilham Dari Hospital
BAB 2 : Bayangan Masa Lampau
BAB 3 : Pilihan Raya Umum
BAB 4 : Kongsi Gelap Dan Orang Cina
BAB 5 : Tipu Helah Dalam Kempen
BAB 6 : Sidang Islam Yang Bersejarah
BAB 7 : Upacara Pengkebumian “Pahlawan Merah”
BAB 8 : Pengundi-Pengundi Membuang Undi
BAB 9 : Hasil Yang Mengejutkan
BAB 10 : Mabuk Kemenangan
BAB 11 : Api Menyala Malam
BAB 12 : Tindakan Dan Kejadian
BAB 13 - Keadaan Darurat
BAB 14 : Putih Kembali
BAB 15 : Sepucuk Surat
BAB 16 : Rebutan Kuasa Dalam UMNO
BAB 17 : Perlembagaan Dan Hak
BAB 18 : Pemerintahan Beraja atau Republik?
BAB 19 : Khidmat Bakti Dan Pengorbanan
BAB 20 : Falsafah Hidup
BAB 21 : Peranan Akhbar Dan Rusuhan
BAB 22 : Pengajaran Dari Baling
BAB 23 : Mimpi Dan Alamat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Kenapa setanan boleh lantik kekasih awal dan akhir dia Shamsidar Taharin isteri Azmin memegang jawatan yg tinggi dalam Phileo Allied Bank ta...
-
Ummi Hafilda (adik Azmin Ali) menulis dalam blognya:- "Aku masih teringat, masa bagi keterangan di Bukit Aman, ramailah yang dipang...
-
1. Apakah itu GST (Goods Services Tax atau Cukai Barang dan Perkhidmatan)? GST adalah merupakan cukai kepenggunaan yang berasaskan kepad...
-
Cari jalan keluar mengatasi isu anak luar nikah -- Usah zalimi anak zina BANYAK respons diterima mengenai isu `Anak zina...
-
OK bleh click di sini untuk menonton semula Video Pelacur China Doll - Bahagian 2 Rujuk juga : Video Pelacur China Doll - Bahagian 1 ...
-
Arahan hukuman rejam terhadap penzina terdapat dalam kitab Taurat dan Injil tetapi tidak terdapat dalam al-Quran. Sila rujuk hadith-hadith m...
-
Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT. Memandangkan saya ada menerima pm drp beberapa sahabat yg memohon saya menyiarkan coretan i...
-
L ihat gambar di sebelah...kalau tak silap yang duk mencium Anwar sampai tertutup mata Anwar (pasal stim dan syok leeee) adalah salah seora...
-
1. The original version is about 22 minutes, in high definition, in proprietary i-catch format , converted to general format for playback...
-
The video you ALL have been waiting for. Dont worry. No sexual acts in this video. This is the video where Anwar Ibrahim just came out fro...
No comments:
Post a Comment