Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, September 15, 2013

13 Mei 1969 - Sebelum dan Selepas (BAB 20 : Falsafah Hidup)

MENGENAI surat Dr. Mahathir yang menyebut cara bermain poker adalah satu taktik yang biasa diamalkan oleh pihak-pihak “Pelampau”, kerana memanglah menjadi amalan mereka sentiasa bercakap-cakap dan berbisik-bisik dan mengungkit-ungkit cara kehidupan saya. Mereka mengutuk saya kerana bermain poker, hadir dalam perlumbaan-perlumbaan kuda dan kerana memberi perhatian yang besar kepada sukan.

Kehidupan peribadi seseorang adalah hal dirinya sendiri dengan syarat dia tidak melanggar hak-hak orang lain. Saya mengakui bahawa saya sangat suka kepada kehidupan dan keseronokan di dalam masa hidup, tetapi tidaklah saya pernah lari daripada menjalankan kewajipan, semata-mata kerana hendak bersuka-ria. Saya percaya tidak ada orang yang berfikiran waras yang hendak menyekat mana-mana orang daripada mendapat sedikit kerehatan yang diperlukan. Tentulah seseorang yang telah bekerja pada setiap hari dalam seminggu dan pada setiap bulan dalam setahun berhak mendapat sedikit kerehatan dan ketenangan.

Memanglah berbahaya bermain kuda dengan secara besar-besaran, tetapi jika disifatkan permainan itu sebagai sukan, bagaimana yang saya  lakukan, maka ia boleh menjadi satu permainan yang menghiburkan hati. Tidaklah timbul sebarang bahaya jika kita bertaruh wang dengan secara kecil ke atas seekor kuda untuk dapat keseronokan melihat kuda itu menang. Tidak siapa pun menjadi kaya dengan berjudi; sebaliknya pula janganlah dengan berjudi itu seorang itu menjadi papa. Sekiranya ia boleh mendapatkan hiburan dari permainan itu, dan mendapat keuntungan sedikit maka tentulah permainan itu boleh mendatangkan kebaikan kepadanya.


lnilah falsafah hidup saya. Sekali-sekala saya bersuka-ria dengan permainan poker bersama-sama dengan kawan-kawan saya. Mereka ialah sahabat-sahabat dan kawan-kawan baik saya, dan persahabatan kami ini tidaklah pernah disalahgunakan oleh mana-mana seorang daripada mereka itu. Pada saya persahabatan tidaklah terbatas kepada warna kulit atau kaum. Saya menghargai kesetiaan kawan-kawan saya dan sebagaimana yang telah terbukti dalam masa ketegangan dan kegentingan mereka adalah orang-orang yang dapat membantu dan melipurkan hati saya. Saya menyifatkan poker sebagai satu permainan yang menghiburkan hati pada masa lapang, dan sebagaimana permainan kuda, dalam permainan poker ini kami bermain dengan secara yang kecil.

Kuda-kuda yang saya miliki itu atas namanya sahaja, melainkan dua ekor yang telah dihadiahkan kepada saya pada hari lahir saya, salah seekor daripadanya tidak lagi dapat digunakan untuk perlumbaan. Selain daripada menghiburkan hati saya untuk melihat kuda-kuda itu berlari, perhatian yang saya beri kepada perlumbaan kuda ini adalah semata-mata untuk tujuan mendapatkan hasil daripada perlumbaan kuda sebagai satu perusahaan yang dapat memberi sumbangan yang sangat besar kepada khazanah negara, dan dengan wang itu pula dapatlah dibelanjakan untuk berbagai-bagai projek pembangunan.


Saya juga sangat gemar kepada sukan-sukan lain. Saya telah menjadi Yang di-Pertua Kesatuan Bola Sepak Malaysia selama 20 tahun iaitu semenjak saya menjadi Timbalan Pendakwa Raya pada 1949. Saya telah menganjurkan Pertandingan Bola Sepak Merdeka yang diadakan pada setiap tahun dan telah menyelenggarakan permainan bola sepak seluruh Asia sehingga tertubuhlah Persatuan Bola Sepak Sa-Asia dalam tahun 1957 dan saya telah dipilih menjadi Yang di-Pertua sehinggalah ke hari ini. Saya juga telah menganjurkan pertandingan tahunan Bola Sepak Belia se-Asia yang sangat popular.


Selain dari itu saya juga cenderung dalam permainan golf sekali pun saya sendiri seorang pemain yang sangat mundur. Sungguh pun begitu permainan golf ini merupakan satu riadah untuk menjaga kesihatan diri saya. Saya fikir tidaklah menjadi keterlaluan jika saya katakan bahawa sumbangan-sumbangan saya dalam dunia golf, terutama sekali dengan melancarkan pertandingan tahunan bagi Piala Putra di Kuala Lumpur, telah membawa kepada lahirnya di seluruh Asia satu pertandingan yang disebut “The Golf Circuit” (Pertandingan Pusingan Golf).

Saya mencampuri dengan cergas boleh dikatakan di dalam semua permainan sukan di Asia hari ini. Saya gemar berjalan kaki, permainan perahu, memancing ikan, memandu motokar, dan semasa saya berada di London saya menyaksikan perlumbaan anjing. Saya melihat permainan tenis, kriket, badminton, hoki, sport bahkan segala jenis sukan.


Satu sahaja kekecewaan yang saya alami dalam dunia sukan iaitu semasa saya menjadi Yang Dipertua Kelab Penerbangan Selangor selama setahun kerana ketika itu tentulah saya berhajat hendak mengambil latihan memandu kapal terbang. Tetapi tujuan saya ini tidak berhasil kerana semua keluarga dan sahabat-sahabat saya bersatu menghalang saya daripada mengambil latihan itu. Jadi saya tidak dapatlah merasai keseronokan menjadi pemandu kapal terbang.

Saya mengaku saya seorang yang suka bersenang-lenang. Saya suka kepada kehidupan yang riang dan saya mahu melihat negara saya aman dan penduduknya bahagia. Jika tidak, apa ertinya hidup? Kehidupan manusia di atas muka bumi ini bukanlah begitu panjang untuk mereka menjahanam atau merosakkannya, atau pun mendatangkan sebarang bahaya kepadanya, sama ada ke atas tubuh badan atau akal fikiran.

Jadi saya tidak mahu hidup seperti seorang yang membelakangkan keduniaan, kerana kehidupan yang seperti itu tidaklah sesuai dengan diri saya. Sebaliknya saya seorang Islam yang beriman kepada Allah dan sangat menyedari tanggungan-tanggungan saya kepada agama, saya tidak pernah meninggalkan sembahyang setiap hari. Dengan keimanan saya kepada Allah dan perasaan kasih sayang saya terhadap sesama manusia, dan selagi hayat dikandung badan, maka selama itulah saya akan hidup dengan riang dan gembira, dan jika orang-orang lain juga berbuat begitu, maka dunia ini akan menjadi satu tempat yang lebih bahagia untuk kita semua hidup di-dalamnya.

Orang mungkin memikirkan bahawa kehidupan seseorang Perdana Menteri ltu satu kehidupan yang senang. Oleh itu saya rasa munasabah sekiranya saya perturunkan dibawah ini petikan dari ucapan saya di Guildhall pada satu jamuan makan malam yang diberikan oleh Datuk Bandar London kepada Perdana-perdana Menteri Komanwel pada l3 Januari, 1969 yang berbunyi :

“Tidak ada Perdana Menteri yang terus kekal seperti patung Gog dan Magog (dua buah patong yang menjadi lambang keteguhan dan ketenteraman bagi Buildhall) yang kekal selama-lamanya dalam dewan ini, Perdana Menteri adalah tokoh pergi dan tokoh datang, cuma cara datang dan perginya itu sahaja yang berbeza-beza. Ada yang pergi dengan cara yang cepat, ada yang pergi dengan cara yang susah dan ada yang pergi dengan cara yang biasa.

“Tidaklah syak lagi bahawa mana-mana orang lelaki atau perempuan yang dipilih oleh rakyat untuk menjadi Perdana Menteri ialah orang-orang yang mendapat sanjungan yang setinggi-tingginya. Sungguh pun begitu penghormatan dan kemudahan yang didapati oleh seorang Perdana Menteri tidaklah berpadanan dengan tanggungan-tanggungan yang dipikul olehnya semasa memegang jawatan yang tinggi itu. Tempoh jawatannya sentiasalah bergantung kepada kehendak rakyat, dan terkadang-kadang menurut kesukaan dan angan-angan rakyat.

“Oleh yang demikian kehidupan sesaorang Perdana Menteri itu bukanlah senang, bahkan beliau sentiasalah berhadapan dengan tanggungjawab yang memerlukan pemikiran dan pertimbangannya. Sebenarnya beliau mestilah berlagak seperti seorang pelakon “akrobat”, iaitu pelakon yang sentiasa berjaga-jaga di dalam lakonannya itu dengan membuka telinga, membuka mata, mengagakkan dengan tepat setiap langkah dan gerak-gerinya, dan sentiasa bersedia menghadapi krisis politik sama seperti berjalan di atas seutas tali, dia mesti tahu menimbang dirinya supaya selamat.”

Di waktu saya mengeluarkan perkataan-perkataan ini, saya masih dapat mendakwa bahawa sayalah yang menjadi Perdana Menteri yang paling bahagia di dalam dunia. Di waktu itu saya tidak termimpi bahawa empat bulan kemudiannya, pada tarikh yang sama, apa yang saya katakan pada masa itu di London akan terjadi ke atas diri saya sendiri di Kuala Lumpur.


(Petikan dari buku 13 Mei – Sebelum dan Selepas karya Tunku Abdul Rahman terbitan 1969)






Pengenalan
BAB 1 : Ilham Dari Hospital
BAB 2 : Bayangan Masa Lampau
BAB 3 : Pilihan Raya Umum
BAB 4 : Kongsi Gelap Dan Orang Cina
BAB 5 : Tipu Helah Dalam Kempen
BAB 6 : Sidang Islam Yang Bersejarah
BAB 7 : Upacara Pengkebumian “Pahlawan Merah”
BAB 8 : Pengundi-Pengundi Membuang Undi
BAB 9 : Hasil Yang Mengejutkan
BAB 10 : Mabuk Kemenangan
BAB 11 : Api Menyala Malam
BAB 12 : Tindakan Dan Kejadian
BAB 13 - Keadaan Darurat
BAB 14 : Putih Kembali
BAB 15 : Sepucuk Surat
BAB 16 : Rebutan Kuasa Dalam UMNO
BAB 17 : Perlembagaan Dan Hak
BAB 18 : Pemerintahan Beraja atau Republik?
BAB 19 : Khidmat Bakti Dan Pengorbanan
BAB 20 : Falsafah Hidup
BAB 21 : Peranan Akhbar Dan Rusuhan
BAB 22 : Pengajaran Dari Baling
BAB 23 : Mimpi Dan Alamat

1 comment:

  1. Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI















    Saya ibu hayati ingin berbagi cerita kepada anda semua bahwa saya yg dulunya cuma seorang TKW di HONGKONG jadi pembantu rumah tangga yg gajinya tidak mencukupi keluarga dikampun,jadi TKW itu sangat menderita dan disuatu hari saya duduk2 buka internet dan tidak disengaja saya melihat komentar orang tentan MBAH KABOIRENG dan katanya bisa membantu orang untuk memberikan nomor yg betul betul tembus dan kebetulan juga saya sering pasan nomor di HONGKONG,akhirnya saya coba untuk menhubungi MBAH KABOIRENG dan ALHAMDULILLAH beliau mau membantu saya untuk memberikan nomor,dan nomor yg diberikan MBAH KABOIRENG meman betul2 terbukti tembus dan saya sangat bersyukur berkat bantuan MBAH KABOIRENG kini saya bisa pulang ke INDONESIA untuk buka usaha sendiri,,munkin saya tidak bisa membalas budi baik MBAH KABOIRENG sekali lagi makasih yaa MBAH dan bagi teman2 yg menjadi TKW atau TKI seperti saya,bila butuh bantuan hubungi saja MBAH KABOIRENG DI 085-260-482-111 insya ALLAH beliau akan membantu anda.Ini benar benar kisah nyata dari saya seorang TKW.. KLIK GHOB 2D 3D 4D 6D DISINI

    ReplyDelete

Popular Posts

Recent Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP