Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Saturday, November 27, 2010

Pengakuan dari bekas pejuang PKR mengenai Anwar, Azmin dan RPK - Revisited

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum WBT.

Memandangkan saya ada menerima pm drp beberapa sahabat yg memohon saya menyiarkan coretan ini, maka saya postkan semula hari ini. Kepada webmaster dan moderator TKO (forum Tranungkite kepunyaan penyokong PAS Terengganu) saya berharap anda dpt bertindak dgn adil dan saksama agar tidak delete atau lock thread, sesuai kebebasan media yang sering diuar-uarkan oleh PAS dan PKR selama ini.

Coretan ini saya pernah post pada 30/6/08, dan telah disiarkan lebih kurang 8 jam sahaja, selepas itu didapati hilang.

1. PENYINGKIRAN DRP TKO

Untuk pengetahuan forumer semua, riwayat ze-mi di TKO telah pun berakhir pada 29/6/08 jam 7.40pm. Maka nick ze-mi telahpun bertukar menjadi nick almarhum ze-mi. Saya seperti dpat merasakan dlm 2-3 hari kebelakangan ini yg saya akan disingkirkan. Kemuncak kpd penyingkiran saya ini adalah berpunca drp asakan2 keras saya kpd Anwar Ibrahim semalam.

Sebelum drp ini juga sudah ada kedengaran drp forumer2 yg meminta saya disingkirkan atau diboikot, hinggakan ada org yg membuat undian bertanya setuju tak ze-mi disingkirkan. tapi saya tak tahu apakah keputusan undian tersebut, saya cuba mencari thread tersebut tetapi gagal. malah ada juga forumer yg menuduh saya adalah MOD TKO yg pro UMNO dan ada yg kata saya saudara mara atau sahabat handai MOD.

Di sini saya ingin tegaskan dan saya BERSUMPAH DGN NAMA ALLAH BAHAWASANYA SAYA INI BUKAN MOD, SEDARA MARA ATAU SAHABAT KPD MOD TKO.

Saya tak pernah mengenali mereka atau berhubung dgn mereka dgn cara lain selain drp di forum ini. Apapun “tahniah” diucapkan kpd WM kerana anda telah bertindak dgn “adil” dlm soal penyingkiran saya. Anda telah menunjukan 1 “contoh “ media yg adil dan saksama sebelum pakatan pembangkang mengambil alih pemerintahan Negara.

Nampaknya anda akan semakin “adil” drp media milik BN apabila memerintah negara kelak. Saya disingkirkan tanpa sebarang amaran. Tunjukan di mana silap saya.

Majikan hendak buang pekerja pun 2 kali amaran diberi. Sedangkan saya tidak pernah menerima apa2 amaran drp pihak admin. Jika anda berkata saya ni penabur fitnah, sila tunjukan kpd saya apa yg saya kata di forum ini yg tidak benar, kebanyakan apa yg saya kata adalah benar. Sebagai seorang muslim saya pun tahu bagaimana dosa fitnah ini.

Pada pendapat saya anda semua sukar hendak menerima hakikat apa yg saya kata ini kebanyakanya benar.

Kenapa banyak forumer lain yg pro pembangkang yg fitnah anda tak ambil tindakan, malah ada juga yg mengeluarkan kata2 hina, makian dan cacian kpd pemimpin2 negara tetapi tiada tindakan. INIKAH KEADILAN YG ANDA PERJUANGKAN SELAMA INI ?

Sepatutnya anda dahulu yg menunjukan contoh yg baik kpd BN. Tapi nampaknya anda pun bertindak sama seperti BN. Ini bermakna tiada beza anda dan BN.

Jika anda lihat kembali kpd thread dan posting saya selama ini, pernahkah saya menyentuh PAS, kalau ada pun sekitar 0.01% shj, thread saya selama ini hanya kpd PKR sahaja.

Kenapa saya bermusuh dgn PKR. Saya akan jelaskan di bawah ini.

2. SIAPA ZE-MI ?

Saya menetap di kawasan lubuk reformasi di Selangor sekitar tahun 1999-2004. Berusia 35 tahun. Kali pertama saya terlibat dlm politik ialah dgn menyertai parti keADILan, selepas melihat Anwar Ibrahim “diseksa” oleh pemerintah pd masa itu.

Saya berjuang bermatian-matian dan berhabisan-habisan utk menegakkan Keadilan kpd Anwar. Saya hilang perniagaan pd masa itu kerana asyik sibuk berpolitik. Rumahtangga pun bergolak kerana politik. Walaupun sering dilarang oleh ahli keluarga jgn telibat dgn Anwar, tapi saya tolak ketepi semua nasihat itu demi Anwar Ibrahim.

Saya terlibat secara langsung dlm soal penubuhan keADILan di Bahagian Shah Alam. Saya dan Hj Shaharudin adalah org mencuci pejabat Keadilan Shah Alam pertama dulu di Seksyen 9.

Ketua bahagian pd masa itu Hj Azman Husin sebelum Ezam ambil alih. Antara rakan2 yg telibat sama dlm penubuhan di Bahagian Shah Alam dulu, adalah Hj Ardin Shah, Haris Bakar (sekarang s/usaha pkr slgr), pn Mahanum, pn Rodziah atau lebih dikenali kak ogy(sekarang exco selangor dan ADUN Bt 3) Suhaimi (sekarang Adun Sri Muda) dr Xavier (sekarang exco Selangor dan Adun Sri Andalas) Sd Johari (sekarang join UMNO bersama ezam) Nazmi (join UMNO bersama ezam) mr Rajoo (sekarang ahli majlis MPK) mr Lingam (tak tahu dimana sekarang) Zaidi (sekarang bekerja dgn YB Suhaimi dan kak ogy) Adnan Jamburi, Hanafi, Raja Komando atau lebih dikenali sbg ‘pak engku’ dan beberapa org lagi.

Kami semua ini bekerja all out masa PRU 1999 di mana Ezam menentang Datuk Salamon Selamat, keputusannya Salamon menang dgn majoriti 1440 undi drp 40000 undi dlm PRU sebelum itu.

Selepas tewas p/raya kami terus bekerja demi memastikan Keadilan ditegakkan di Malaysia. Saya pernah ditangkap beberapa kali dlm siri reformasi dulu. Antara lokap yg saya pernah masuk adalah Dang Wangi, Ipk KL, Travers, dan yg terakhir di Pandamaran semasa Perhimpunan 100 ribu rakyat di Jln Kebun.

Antara sahabat baik saya di lokap dulu adalah saudara Nasir Isa (reformis). Saya juga banyak terlibat mengatur program2 parti di sekitar Selangor dulu. Itu antara satu sebab saya mengenali ramai pemimpin2 Pas dan juga PKR. Drp mereka semua inilah saya dpt apa2 maklumat sekarang.

Khalid Ibrahim ni org baru je. Badan pun tak sempat belengas lagi, tapi nasib dia baik dpt jadi MB. Dulu kalau kami minta sumbangan utk parti (masa itu beliau masih dlm Guthrie) kedekut nak mampuihh mamat ni.

Pada masa saya sering masuk lokap itulah rumah tangga saya bergolak dan perniagaan saya rosak. Setiap kali masuk lokap nak keluar mesti dijamin nak guna 2-3 ribu.

Sampai satu tahap barang kemas isteri pulak digadai utk jaminan saya. Ada juga insan yg simpati yg menjalankan kutipan derma konon kononya utk nak jamin kami yg ditangkap ini, tetapi hasil kutipan derma ini lesap kpd mereka.

3. KENA TIPU DGN RAJA KAPOOR

Dan salah sorangnya adalah Raja Petra Kamarudin. Sebab itu sampai sekarang pun saya memang tak boleh lihat muka Petra ni. Saya dah sumpah dia 7 keturunan. Dia ni memang muka penipu, dia memang pandai cari duit utk diri dia guna nama parti. Dia memang sorang yg pandai ambil kesempatan. Sebab itu saya panggil dia ‘raja kapoor’, kerana dia byk kapoor duit. Duit deposit calon p/raya pun dia kapoor juga.

Hj Ramli seorang penderma minta dia kutip balik duit deposit calon slepas PRU, kemudian Hj Ramli suruh masukkan akaun PKR, tapi di’kapoor’kan oleh Petra juga. Sekarang Hj Ramli adalah ahli PAS,bukan PKR lagi.

Apa yg keluar drp mulut dan web Petra ni semuanya duit. Matlamat utama dia duit. Dulu dia buat ‘hikayat khairy’, sebelum siar dia minta seseorang jumpa Khairy minta duit, kalau tak bagi dia akan siarkan Hikayat Khairy. Tapi Khairy tetap tak bagi duit kpdnya, maka dia pun keluarkan cerita tersebut. Begitu juga dgn kes Altantuya.

Saya tak mahu lagilah nak cerita panjang pasal raja kapoor ni. Kalau anda nak percayakan dia terpulanglah. Dia lah salah seorang penyokong Kebebasan Antara Agama (IFC) dulu. Cek balik dia punya web pasal IFC.

4. TERLIBAT BANTU PKR

Saya juga selalu terlibat dlm beberapa p/kecil dulu drp 1999-2004. Antaranya yg pertama yg masih saya ingat adalah PRK Dun Sanggang Pahang yg mana MB Pahang keluar isyarat lucah semasa penamaan calon, kemudian parlimen Teluk Kemang NS, kemudian Dun Lunas di Kedah yg mana bekas adun dia mati ditembak dlm kereta, kemudian Dun Anak Bukit dan Parlimen Pendang (ustaz Fadzil Nor meninggal dunia), kemudian Dun Indera Kayangan Perlis dan juga p/raya Sarawak.

Saya masih ingat lagi di waktu awal keADILan ditubuh dulu, saya lah org yg sering berulang ke pejabat pertama keADILan di sebuah rumah seksyen 14 PJ utk mengambil borang2 ahli bagi diedarkan di seluruh Shah Alam. Pada masa itu s/usaha agung keADILan pertama adalah Anuar Tahir sering memuji saya “hang ni aktif lah cari ahli, baguih, baguih”, kerana saya lah org yg paling kerap datang ambil borang keahlian.

Sekarang Anuar Tahir dah masuk PAS,kenapa dia masuk PAS, anda fikirlah dan buat tafsiran sendiri, begitu juga dgn Saari Sungib org yg pernah masuk ISA, pun masuk PAS juga. Buat tafsiran sendiri.

Saya rasa cukup lah sekadar ini mengenai siapa saya, kalau saya nak tulis lagi 4 page pun tak cukup.

Bukan nak eksyen pulak dgn apa yg saya dah lakukan, tapi sekadar buat pengetahuan anda semua, kerana ada yg sering bertanya siapa yang ni. Tentang jawatan2 yg pernah dipegang semasa dlm parti dulu tak perlulah saya nyatakan di sini. Utk pengetahuan semua bukan saya seorang ja yg banyak berkorban utk perjuangan Keadilan dulu, ramai juga kawan saya yg turut bekorban, ada yg bercerai berai rumahtangga, ada yg bankrapsi, ada yg rumah kena lelong, kereta kena tarik, nak makan pun takde duit, semuanya hanya 1 matlamat demi melihat Anwar diberi keadilan.

Tapi sayang Anwar menghampakan kami semua.

5. KENAPA SAYA TINGGALKAN keADILan ?

Saya mula menjauhkan diri drp Keadilan pada 2003, kerana saya dah mula tahu siapa Anwar yg sebenar dan juga utk memperbaiki taraf kehidupan saya yg dah rosak teruk. Ada seseorang telah menunjukan bukti kpd saya siapa Anwar dan juga saya lihat satu rakaman video bagaimana Anwar menipu dia sakit belakang. Dia hanya berlakon sakit semasa hendak dibawa ke mahkamah atau ke hospital shj.

Semasa di dalam penjara dia sihat, malah boleh bermain ping pong lagi. Dan juga rakaman di HKL semasa dia dtg buat rawatan di sana, sewaktu dia hendak salin pakaian di HKL dia boleh berjalan seperti biasa, kemudian bila dah siap salin dia kembali atas kerusi roda, pura2 sakit. Tujuan beliau hanya satu pd waktu itu, agar beliau dapat pergi rawatan keluar negara dan dpt suaka politik di sana.

Ezam pun tertipu juga dlm hal ini, beriya iya aja si Ezam ni, usaha sana sini agar Anwar dpt rawtan di luar negara. Padahal Anwar menipu ja. Selepas keluar penjara pun beliau pergi ke Jerman, tak buat pembedahan pun, sekadar berehat di hospital ja. Siapa berani nafi perkara ini, saya cabar mereka nafi. Saya cabar Datuk Kamarul Bahrin, ahli Parlimen Teluk Kemang dedahkan perkara ini.

Walaupun saya dah menjauhkan diri drp Keadilan pada masa itu, tapi saya tetap berhubung dgn kawan2 yg masih dlm parti. Saya ada juga cuba menasihat mereka supaya menjauhkan diri drp parti, tetapi seperti biasa lah mereka melenting dan berkata kau nak keluar keluarlah jgn nak racun kami pulak. Maka saya pun biarkan mereka aja. Tiba p/raya 2004,saya tak terlibat langsung dlm PRU itu, walaupun ada kawan2 baik yg bertanding.

Anwar bebas Sept 2004, saya tak ambil peduli. Lansung saya tak meraikannya.

Tapi Tuhan itu Maha Kaya, pada 2006 apabila Ezam keluar parti maka ramai juga kawan2 saya ikut sama dan mereka dah mula sedar siapa Anwar, dan ada kawan yg berkata kpd saya “mie, nampaknya kau lebih awal cerdik drp kami”.

Saya nak maklumkan di sini Ezam keluar drp parti, bukan sebab lain,sebab utama ialah beliau dah tahu siapa Anwar, tetapi kerana tidak mahu mengaibkan org, maka dia guna alasan lain.

Satu contoh saya beritahu anda semua, Ezam pernah tinggal di penjara Kajang bersama Sukma di blok yg sama selama 3 bulan. Jadi anda fikirlah sendiri, Ezam ni bijak juga orgnya dlm soal siasat menyiasat. Tapi utk sementara waktu ezam lupakan dulu, apa yg beliau tahu drp Sukma, kerana simpati kpd Kak Wan dan juga cuba berusaha membebaskan Anwar.

Ini kerana pd pendapat beliau alang2 seluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan. Pada masa itu ezam juga terfikir mungkin Anwar dah bertaubat dan berubah. Jadi apa salahnya beri peluang ke 2 kpd beliau. Tetapi sangkaan Ezam meleset, Ezam mula curiga kembali kpd Anwar, apabila dia nampak beberapa kes (tak perlu saya nyatakan di sini) hinggalah pada 1 hari Ezam jumpa Nalla dan bertanya Nalla siapa Anwar yg sebenarnya. Dan Nalla berkata esok u dtg rumah saya bawa u punya Quran.

Maka Ezam pun ke rumah Nalla esok bersama Quran, dan beberapa soalan Ezam tanya kepada Nalla, dan sebelum menjawab soalan2 Ezam, Nalla terlebih dahulu ambil semua gambar anak isteri beliau letak di depan beliau. Dan Nalla berkata kalau beliau tipu anak isteri beliau akan mati.

Maaf ! saya tak boleh nyatakan apa soalan2 yg Ezam tanya kpd Nalla.

Dan Nalla juga tunjukan kpd Ezam satu video. Dan selepas melangkah keluar drp rumah Nalla, Ezam dah bertekad dia akan tinggalkan Anwar.

Saya tahu saya akan hadapi masalah dgn Ezam dan kawan2 lain bila saya ceritakan perkara ini di sini, kerana Ezam dah berpegang pada prinsip dia tak akan aibkan Anwar dgn perkara ini. Tapi saya sedia tanggung risiko perkara ini, kerana saya pun tak tahan juga lihat Ezam dihina oleh anda semua. Hanya org2 sekiling yg rapat sahaja tahu perkara ini.

Cara anda semua menyerang Ezam seolah-olah takde sedikit jasa pun oleh Ezam terhadap Anwar dan PKR. Mungkin anda semua tertanya-tanya semasa Anwar jadi TPM, Ezam tak tahu ke perkara ini ?

Ya memang Ezam tak tahu, kerana beliau bertugas sbg S/usaha Politik kpd Menteri Kewangan. Ezam bertugas di MOF Jln Duta dan Anwar hanya ke sana seminggu sekali. Org yg sgt rapat dan tahu semua perkara ini adalah Azmin Ali kerana Azmin S/usaha Sulit TPM.

Ezam amat jarang bertemu Anwar dan jika bertemu pun lebih kpd perbincangan perkara2 politik shj. Dan ezam pun tak lama bertugas dgn anwar tak sampai 2 tahun pun. Selepas Anwar dipecat,Ezam pun turut sama dipecat.

Tahukah anda yg Azmin Ali tu bapak segala rasuah semasa Anwar TPM dulu. Setiap org yg nak buat temujanji dgn TPM mesti melalui Azmin dulu dan pasti ada “tol” yg harus dibayar.

Rumah Azmin Ali bernilai RM5 juta. Kekayaan yang dikutip semasa menjadi Setiausaha Sulit Anwar, Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Tahukah anda yg Azmin Ali itu adalah pemegang AP import kereta mewah jenama Wald. Tahukah anda show room kereta mewah Azmin terletak di persimpangan Jln Sultan Ismail dan Dang Wangi sebelah Bank Pembangunan dekat traffic light.
Anwar bersama Shamsidar Taharin,isteri Azmin Ali. Bermula dari skandal isteri Azmin dan Anwar inilah jatuhnya Anwar sebagai TPM dan dipecat daripada UMNO. Banyak rahsia misteri antara Anwar dan Shamsidar seperti yang dipaparkan dalam foto di atas.


Tahukah anda Azmin Ali guna kuasa dia dan Anwar Ibrahim bagi seluruh projek papan tanda di KLIA kpd adik beliau Umi Hafilda, hinggakan takde ruang kpd kontraktor lain.

Motokar Ferrari, Azmin, keluarganya dan Ferrari di belakang

Tahukah anda berapa kekayaan Azmin, kekayaan beliau amat luar biasa. Utk perniagaan kereta wald, Azmin pasang proksi seorang tauke Cina. Tauke inilah yg sponsor Anwar beli rumah baru di Segambut berharga 2 juta dan kos ubahsuai pun 2 juta.

6. KES TERBARU ANWAR-SAIFUL.

Sebenarnya selepas keluar penjara saya dah tahu banyak kali Anwar dah lakukan perkara ini. Sebab itu saya tak terkejut dgn pengakuan Saiful ini.

Sebab itu saya sering berkata di forum ini,satu hari perkara yg sebenar akan terbongkar. Tapi anda semua maki saya. Takpe, saya terima seadanya makian anda. Ya memang betul kita tak boleh hukum dia sebab keputusan DNA belum keluar. Tetapi yg saya pelik kenapa Anwar guna jalan yg susah utk bersihkan nama beliau.

Kenapa beliau harus pergi dapatkan suaka di Kedutaan Turki ?.

Jalan yg terbaik adalah beliau datang ke balai polis beri keterangan secara sukarela, kemudian buat pula satu report polis kpd Saiful ini kerana cuba memfitnah beliau. Nak bagi sedap lagi, pergi mana2 masjid ajak sama beberapa org kepimpinan ulama PAS dan beliau bersumpah di sana. Barulah nampak gentle dan anda tak bersalah.

Beliau tak perlu guna alasan polis akan tangkap dan pukul beliau seperti dulu. Secara logiknya benda yg sama tak kan berulang lagi. Sekarang beliau guna pendekatan salahkan kerajaan, Ketua Polis dan Peguam Negara. Jgn lari drp tajuk asal, jgn salahkan org lain. bersihkan nama anda dulu.

Dulu pun begitu juga anda alihkan perhatian rakyat dgn menyalah Tun Dr. Mahathir. Dia selalu menguar-uarkan kpd rakyat,‘kalau takut dgn risikon jgn bicara pasal perjuangan’ dan ‘lawan tetap lawan’. Alih-alih dia pula yg pergi berlindung di Kedutaan Turki. Inikah pejuang sejati ?

Sekarang polis belum pun nak tangkapnya, tapi kenapa beliau takut dgn bayang2 sendiri edarkan sms kpd org ramai suruh berkumpul di Shah Alam kerana polis nak tangkap beliau.

Pd saya tindakan beliau itu adalah sekadar nak test market nak tengok berapa ramai rakyat akan turun sokong beliau, dan hasilnya tak berapa ramai pun. Beliau ingat ianya akan sama seperti 1998. Setelah melihat sokongan rakyat agak kurang maka beliau pun tak jadi turun drp hotel utk sidang media.

Setelah melihat sokongan rakyat agak lemah maka jalan terbaik ialah dapatkan suaka di Kedutaan Turki. Ada yg kata Anwar terima ancaman bunuh, karut semua tu, kalau org nak bunuh dia sebelum kes ni pun dah kena.

Pernahkah anda dengar cubaan bunuh terhadap beliau. Sebenarnya anwar takut utk ke penjara, kerana beliau pernah tinggal disana 6 tahun, dan beliau tahu keadaan di sana, sebab itu dia memilih utk berlindung di kedutaan.

Dan saya tak terkejut jika Anwar berjaya menyusup ke luar negara dgn cara haram. Ada yg kata konpirasi kerajaan. Adakah PM dan TPM ni takde otak nak piker, nak buat naya kat Anwar lagi, mereka dah kalah teruk PRU lepas, sokongan rakyat dah merosot dan jika mereka berbuat begini maka mereka sengaja mencari nahas utk hancurkan kerajaan mereka sendiri.

Begitu juga gambar Saiful di Pejabat TPM, gambar itu diambil semasa Saiful menjadi Timbalan Presiden Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN dan beliau ke sana utk bertemu rakan beliau yg bekerja dgn TPM dan menjaga hal ehwal pendidikan tinggi, Saiful ke sana pasal urusan kerja.

Akhir kata kita sama2 tunggu dan lihat lah acara seterusnya. Nak cerita lagi 6 page pun tak cukup.

7. AKHIR KATA DRP ZE-MI

Saya rasa cukup setakat ini utk hari ini. Semoga anda semua ceria selalu, saya sayang sahabat semua. Tiada sedikit pun perasaan marah terhadap anda semua. Jika selama ini saya ada terkasar bahasa, atau kesilapan lain, maaf dipinta. Kpd MOD dan WM maafkan saya jika saya menyusahkan anda selama ini.

Semua yg baik itu datang drp Allah, yg buruk itu dtg drp saya.

BYE ! BYE !

SALAM PENUH KASIH SAYANG DAN IKHLAS DRP ZE-MI.

SEKIAN
ZE-MI (TKO)
EX ADNAN J 501 (KLPOS)-dulu ler.


Friday, November 26, 2010

Azmin Ali - Qesoh dolu dolu

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu, kesan tompokan air mani yang ada pada tilam yang dirampas polis di pangsapuri Tivoli Villas, adalah kepunyaan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin, isteri bekas setiausaha sulitnya, Mohd Azmin Ali. Ahli Kimia di Jabatan Kimia, Lim Kong Boon berkata beliau membuat kesimpulan itu berdasarkan kepada ujian DNA yang dibuat ke atas air mani dan contoh darah Anwar serta Shamsidar.

Menurutnya, air mani lelaki dan wanita yang didapati pada tilam itu adalah hasil daripada perhubungan seksual. (Setiap individu mempunyai profil DNA (Deoxyribonucleic acid yang berbeza kecuali pasangan kembar, DNA mereka mungkin hampir sama. Profil DNA setiap individu adalah sama mengikut sumber biologi individu seperti rambut, darah atau air mani).

Katanya, daripada 13 tompokan kesan air mani pada tilam itu, 10 menyamai DNA Anwar dan beberapa tompokan daripada DNA tertuduh yang dirujuk sebagai Lelaki Satu bercampur dengan DNA Shamsidar. Lim berkata, satu kesan tompokan itu menyamai DNA Anwar, Shamsidar dan seorang lelaki yang tidak dikenali, satu kesan tompokan mengandungi DNA tertuduh dan seorang wanita dan lelaki tidak dikenali.

Menjawab soalan Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Abdul Gani Patail, siapakah yang beliau rujuk sebagai Lelaki Satu dalam ujian DNA itu, Lim menjawab: Berdasarkan kepada keputusan DNA saya, Lelaki Satu yang dirujuk itu adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Peguam bela Gurbachan Singh membantah jawapan saksi itu dengan alasan Lim tidak tahu identiti contoh darah yang diserahkan oleh polis kepadanya sebelum menjalankan analisis contoh darah yang dikenali sebagai A5095.

Bagaimanapun, Abdul Gani memberitahu mahkamah saksi pendakwa ke-20, Pakar Forensik Hospital Kuala Lumpur, Dr Zahari Noor, mengesahkan contoh darah A5095 adalah diambil daripada Anwar.

Gurbachan berhujah pembela tidak pernah bersetuju dengan barangan kes itu

(A5095) adalah contoh darah Anwar.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk S Augustine Paul berkata, tidak ada isu yang perlu ditimbulkan dalam perkara itu dan meminta meneruskan soalan ke atas saksi berkenaan.

Kepada soalan Abdul Gani, Lim berkata Wanita Kedua yang dirujuk dalam hasil analisis DNA adalah Shamsidar.

Ditanya oleh mahkamah bagaimana beliau tahu contoh darah yang dianalisis itu diambil daripada Shamsidar, Lim berkata: Asisten Superintendan Mohd Rodwan Yusoff yang beritahu saya.

Keluarga Anwar dan orang ramai yang mendengar jawapan itu terus bertepuk tangan dan ketawa, menyebabkan hakim membuat teguran.

Paul: Kenapa awak semua ketawa dan bertepuk tangan. Ini bukan panggung wayang.

Lim berkata, beliau membuat perbandingan hasil DNA darah dan air mani Anwar serta Shamsidar, hasilnya kedua-dua DNA mempunyai persamaan.

Selain itu, katanya, ujian DNA mendapati kesan air mani yang ada pada tilam itu juga kepunyaan seorang lelaki dan dua wanita yang tidak dikenali.

Kepada soalan Abdul Gani, Lim memberitahu mahkamah beliau menggunakan kaedah "Polymerose Chain Reaction" (PCR) yang diamalkan secara meluas dan diakui di peringkat antarabangsa bagi membuat analisis ke atas kesan yang diperolehinya daripada potongan tilam yang ditanda sebagai E1 hingga E13.

Lim: Penemuan saya berdasarkan kepada semua profil DNA yang dinyatakan seperti berikut.

* Profil DNA yang diperolehi daripada sumber lelaki pada tompok air mani E1 hingga E7; E11, 12 dan 13 adalah sepadan. Ini menunjukkan DNA itu dikenal pasti daripada sumber yang sama. Saya menamakan sumber ini Lelaki Satu. Saya ingin menambah, profil DNA ini sepadan dengan profil DNA yang dikembangkan daripada contoh darah A5095. Ini menunjukkan sumber itu adalah berpunca daripada contoh darah itu dan ia adalah sumber lelaki pada E1-E7, E11, 12 dan 13.

Kemungkinan profil DNA seorang lelaki Melayu Malaysia yang dipilih secara rambang, mempunyai profil yang sepadan dengan profil DNA yang diperolehi daripada tompokan air mani berkenaan, adalah satu dalam 50 bilion dan satu dalam lapan bilion.

* Saya ada membuat perbandingan profil DNA sumber wanita yang diperolehi daripada tompokan E1, E11, E5, E13 dan E2 dengan profil DNA daripada contoh darah Shamsidar, keputusannya adalah seperti berikut. Profil DNA daripada sumber wanita diperolehi daripada tompokan E5 dan E13 sepadan. Ini menunjukkan DNA itu berpunca daripada sumber sama. Saya namakan sumber ini Wanita Kedua.

Profil DNA ini sepadan dengan profil DNA contoh darah Shamsidar. Ini menunjukkan sumber itu berpunca daripada contoh darah Shamsidar adalah sumber wanita yang diperolehi daripada tompokan air mani pada E5 dan E13.

Kemungkinan profil DNA seorang wanita Melayu Malaysia yang dipilih secara rambang mempunyai profil DNA yang sepadan dengan DNA wanita yang diperolehi daripada tompokan air mani itu adalah satu dalam 31 juta.

* Profil DNA daripada sumber wanita yang diperolehi daripada tompokan air mani E1 dan E11 sepadan, menunjukkan DNA yang dikenal pasti adalah berpunca daripada sumber yang sama. Saya namakan Wanita Pertama.

* Profil DNA sumber wanita yang diperolehi daripada tompokan air mani E2 tidak sepadan dengan yang dikembangkan daripada tompokan air mani E1,E11,E5,13. Ini menunjukkan DNA yang dikenal pasti adalah daripada sumber lain. Saya namakan Wanita Ketiga.

Abdul Gani: Apakah kesimpulan kamu berhubung tompokan air mani pada E10?

Lim: Profil DNA daripada sumber lelaki yang diperolehi daripada tompokan air mani E10 tidak sepadan dengan DNA yang dikembangkan daripada E1 hingga E7; E11,E12 dan E13. Ini menunjukkan bahawa DNA yang dikenal pasti daripada sumber lain. Saya namakan Lelaki Kedua.

Abdul Gani: Tompok air mani E8?

Lim: Berhubung profil DNA yang dikembangkan daripada E8 adalah sejajar dengan Lelaki Satu dan Dua serta Wanita Dua adalah sumber kepada DNA.

Abdul Gani: Tompok air mani E9?

Lim: Profil DNA yang dikembangkan daripada E9 adalah sejajar dengan Lelaki Satu dan Dua serta Wanita Kedua adalah sumber kepada DNA.

Kepada soalan Abdul Gani, Lim yang mempunyai pengalaman dalam ujian DNA memberitahu mahkamah keterangannya berhubung analisis ujian DNA sebelum ini diterima oleh Mahkamah Sesyen serta Mahkamah Tinggi.

Paul bertanya: Adakah kemungkinan keterangan kamu tidak diterima?

Lim: Saya tentunya diberitahu.

Sebelum itu, Lim memberitahu mahkamah bahawa beliau membuat analisis ke atas 13 tompokan air mani pada tilam itu.

Katanya, hasil analisis itu pada tompokan E1 adalah sumber air mani lelaki dan wanita; E2 (lelaki dan wanita); E3 (lelaki); E4 (lelaki); E5 (lelaki dan wanita); E6 (lelaki); E7 (lelaki); E8 (lebih dua sumber); E9 (lebih dua sumber); E10 (lelaki); E11 (lelaki dan wanita); E12 (lelaki) dan E13 (lelaki dan wanita).

Menjawab soalan Abdul Gani, Lim berkata sumber lelaki pada E1 hingga 13, profil DNA adalah dikembangkan daripada sel sperma.

Abdul Gani: Dalam E1, adakah sumber lelaki dan wanita itu daripada profil DNA yang diperolehi tompokan itu?

Lim: Sumber lelaki dan wanita yang ditunjukkan DNA adalah datang daripada tompokan yang sama, E1.

Kepada soalan Abdul Gani, Lim berkata sumber lelaki dan wanita pada E2 adalah daripada tompokan yang sama.

"Sumber lelaki dan wanita pada E5 adalah daripada tompokan yang sama, lebih dua sumber pada E8 dan E9 adalah daripada tompokan yang sama, manakala sumber lelaki dan wanita pada E11 dan E13 adalah tompokan yang sama" katanya.

Lim berkata, sel sperma yang diperolehi daripada tompokan itu adalah berkaitan dengan kes seksual atau perhubungan seksual.


Rujukan : Berita Harian Khamis 31 Disember 1998 12 Ramadan 1419..

DAP akan kekal memerintah Penang selepas PRU13

Ramai sahabat-sahabat dan rakan taulan sama ada di dalam maupun di luar negeri Pulau Pinang bertanya kepada penulis sama ada jika Pilihan Raya Umum yang ke 13 diadakan sebelum tarikh 8 Mac 2013, adakah parti DAP akan dapat mengekalkan kuasa politik mereka di Pulau Pinang?

Jawapan penulis kepada mereka dengan berlandaskan kepada perkembangan dan senario politik semasa menunjukkan ke arah yang DAP akan terus menguasai Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dan Lim Guan Eng juga akan kekal sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang.

Jika pada PRU12 lepas DAP memenangi kesemua 19 kerusi DUN (dari jumlah bilangan 40) dengan menewaskan kesemua calon-calon Gerakan dan MCA dan MIC, tetapi ADUN-ADUN PKR yang berbangsa Cina dan India berdiri teguh dan sepakat di belakang Lim Guan Eng, setiausaha parti DAP itu. Tambahan kepada faktor itu juga, ADUN-ADUN Melayu PKR dan seorang ADUN dari parti politik yang berfahaman Syiah Khawarij juga bersikap sama.

Sekarang mari kita kaji apa yang telah dan sedang dilakukan oleh Lim Guan Eng untuk mengalih sokongan penyokong-penyokong BN kepada parti DAP dan sekutu mereka daripada maklumat-maklumat yang diperolehi oleh penulis sendiri:-

1. Selepas sahaja PRU12 lalu para pengkaji parti DAP telah mendapatkan semua Daftar Pemilih yang digunakan oleh wakil-wakil kepada calon DAP, PKR dan PAS dan mengkajinya. Mereka mendapati saluran pertama tempat mengundi, majoriti pengundi di saluran pertama itu telah tidak menyokong mereka sebaliknya lebih memihak kepada calon BN yang menjadi Kerajaan pada masa itu. Kita patut ingat bahawa saluran pertama adalah terdiri daripada pengundi-pengundi dalam lingkungan umur 50 tahun dan ke atas.

Jadi, untuk mengubah pendirian pengundi-pengundi itu maka bayaran saguhati sebanyak RM100 setahun diberikan kepada pengundi-pengundi yang berumur 60 tahun ke atas. Hanya 'Warga Emas' yang berdaftar sebagai pengundi sahaja yang layak menerima cek RM100 yang diagihkan oleh Pejabat-pejabat Daerah di mana nama, nombor kad pengenalan dan alamat diperolehi daripada Daftar Pemilih berkenaan.

Bagi mendapatkan 'fund' untuk memula dan meneruskan Kumpulan Wang Skim Warga Emas ini termasuk bayaran pengkebumian RM1,000, derma-derma telah diminta (melalui telefon, bukan bersurat bagi menidakkan bukti) dari peniaga, persatuan perniagaan Cina dsb. termasuk dari Penang Turf Club, Kempen Tiada Beg Plastik (jika bukan hari Jumaat, Sabtu atau Ahad, pembeli barang dari supermarket atau hypermarket dikenakan bayaran 20 sen bagi setiap beg) serta penggunaan wang Kerajaan Negeri sendiri.

2. Bagi memenangi hati kakitangan Kerajaan negeri, jika pegawai persekutuan hanya dibayar RM500 sahaja sebagai bayaran saguhati pesekolahan anak hujung tahun, tetapi Lim Guan Eng memastikan ia mampu menyaingi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan negeri-negeri lain. Jika tahun 2009 kakitangan kerajaan negeri telah mendapat saguhati sebanyak RM500 + RM250 = RM750, tahun ini pula sebanyak RM500 + RM300 = RM800. Tindakannya itu sedikit sebanyak mendapat sambutan positif daripada kakitangan Kerajaan yang sebagaimana kita ketahui lebih 75% daripadanya terdiri daripada orang-orang kita.

3. Pernahkah kita terfikir sebelum ini untuk mengenang jasa para buruh kasar (labourers) Kerajaan yang bekerja lebih 30 tahun menyapu sampah di jalan, mencuci longkang dan parit besar, mengangkat sampah busuk darinya siang dan malam? Tapi Lim Guan Eng telah berjaya memenangi hati mereka yang 90% majoritinya orang kita dan perkara ini disampaikan sendiri kepada penulis. Mereka berkata selama mereka bekerja lebih 30 tahun, mereka tidak pernah mendapat anugerah Perkhidmatan Cemerlang dengan begitu ramai (Anugerah perkhidmatan Cemerlang mendapat ganjaran saguhati RM1,000) sekali bagi satu-satu jabatan. Di samping juga ramai di antara mereka telah dianugerahkan Pingat Bakti Setia (Pingat yang paling rendah khas untuk kakitangan Kerajaan) yang mana para penerima angugerah dan isterinya layak kepada sepersalinan pakaian (termasuk kasut) semasa menerima pingat. Kata mereka lagi sebelum ini Ketua jabatan tak pandang pun kepada mereka dalam penganugerahan pingat setiap tahun, cuma orang atas saja diberikan.

Bagi kebanyakan pengundi-pengundi Cina di Pulau Pinang walau apapun fahaman politik mereka, mereka tidak bergantung kepada ihsan Kerajaan dalam menjalani kehidupan mereka kerana mereka berkemampuan. Mereka telah dan akan terus menguasai ekonomi, mereka telah dan akan terus menguasai hartanah, mereka telah dan akan terus menguasai pendidikan. Mereka mampu membina seribu lagi sekolah-sekolah Cina dan mereka juga mampu membina sepuluh lagi universiti swasta, jika tiada sekatan dibuat. Bagi mereka jika menghalang kepada kehendak mereka atau bangsa mereka, ianya dibalas balik melalui pilihanraya mendatang.

Di akhir kalam, maka kita para pendokong Barisan Nasional haruslah mengukuhkan perpaduan kerana walaupun Melayu di Pulau Pinang hanya dalam lingkungan 38% sahaja dari jumlah penduduk, tetapi semasa BN memerintah Pulau Pinang dulu, bilangan EXCO UMNO adalah lebih satu pertiga dari jumlah EXCO dan fortfolio Tanah dipegang oleh orang UMNO sendiri. Kita tak sebodoh Nizar yang menggadaikan EXCO Tanah dalam negeri yang majoritinya orang Melayu kepada Ngeh DAP itu.

Thursday, November 25, 2010

Bekas KM Pulau Pinang, Lim Chong Eu meninggal dunia

Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Tun Dr Lim Chong Eu, 91 meninggal dunia hari ini akibat serangan angin ahmar.

Ketua menteri selama 21 tahun itu meninggalkan seorang balu, dua anak lelaki dan dua anak prempuan.

Dr Lim dilaporkan meninggal dunia di rumahnya di Tanjong Bungah di Georgetown setelah dibawa balik dari Hospital Pulau Pinang petang tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Koh Tsu Koon ketika dihubungi mengesahkan berita mengenai kematian Dr Lim itu.

Satu makluman rasmi akan diumumkan, kata Koh.

Dr Lim, dimasukkan ke di wad Unit Rawatan Rapi Hospital Pulau Pinang (HPP) pada 26 Okt lalu dan terus tidak sedarkan diri.

Beliau menjadi ketua menteri kedua Pulau Pinang selepas Tan Sri Wong Pow Nee dan memegang jawatan itu dari 12 Mei 1969 hingga 25 Oktober 1990.

Beliau menjadi presiden Gerakan selama sembilan tahun mulai 1971.

Di bawah kepimpinannya, Gerakan menyertai BN pada 1972.

malaysiakini

Wednesday, November 24, 2010

Gelombang Reformasi Anwar Ibrahim Yang Semakin Lesu

Di bawah ini adalah posting yang telah dibuat oleh blogger Reformis Jalanan dalam blognya untuk penilaian bersama:-


Gelombang Yang Semakin Lesu

Tak sampai 3 tahun! Saya melihat mood kebanyakan orang terhadap parti-parti politik semakin lesu, terutamanya di sebelah PR. Jika 2 tahun lepas rakyat masih lagi memasang angan-angan untuk melihat perubahan dan yakin pada Anwar Ibrahim, sekarang semuanya entah ke mana. Nampaknya mereka semua sudah menolak "politik harapan". Bermacam-macam harapan yang dijanjikan sebelum pilihanraya tapi mereka mendapati apa bezanya kerajaan yang memerintah di beberapa buah negeri dengan kerajaan pusat?

Anwar Ibrahim contohnya. Dari dulu sampai sekarang cakap pasal "reform". Nak reform itu dan ini tapi pada hakikatnya parti sendiri pun dia gagal nak reform. Berbagai masalah ditambah pula dengan gelagat pimpinan dan golongan elitis dan berkepentingan di dalam parti tersebut. Selepas PRu 2008, beberapa kali siri pilihanraya kecil dilihat memihak kepada PR kerana waktu itu mood rakyat yang mahukan kepada pembaharuan dan perubahan masih lagi menebal. Sekarang, satu demi satu tumpas. Dan UMNO/BN (la`natullah) berjaya menarik kembali sokongan rakyat dan pengundi sedikit demi sedikit.

Sebelum bercakap nak menuju ke Putrajaya, lebih baik bersiap sedia dengan kemungkinan akan terlepas negeri-negeri yang berjaya ditawan pada PRU 2008.

Catatan Blogger : Penulis blog ini merupakan seorang yang pro kepada Pakatan Rakyat. Blog ini juga anti kepada sebarang usaha untuk menyatukan parti yang diterajui oleh orang Melayu atas alasan demi kepentingan Melayu dan Islam. Kepada pengunjung yang wala membabi buta, yang semangat kemelayuan menebal, dan lain-lain lagi, blog ini tidak sesuai untuk anda semua dan anda disarankan tidak membaca kandungan blog ini. Semua pengisian dalam blog ini adalah dari diri saya sendiri, tanpa disuruh atau dibayar. Jadi terpulang kepada saya untuk menulis apa saja. Saya sekadar menggunakan hak saya selaku warganegara Malaysia yang termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia perkara 10 bab kebebasan bercakap. Harap maklum.

Monday, November 22, 2010

Mereka tidak lagi mempercayai Anwar Ibrahim dan PKR, anda bila lagi??????


click to enlarge

Kasih sayang Mohd Shukri Mohd Ramli @ Cucumatkilau kepada Anwar juga sudah luntur seterusnya meninggalkan PKR

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan pada tahun 1999 dengan hasrat kononnya untuk menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat kini menghadapi situasi politik yang tidak menentu.

Walaupun parti itu yang diketuai oleh Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan didampingi oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta disokong oleh insan kesayangan Anwar, Azmin Ali dan anak Anwar, Nurul Izzah baru sahaja menyelesaikan pemilihan tetapi ia boleh dianggap sekadar pemilihan semata-mata.

Tiada apa-apa signifikannya kerana semua orang tahu bagaimana pemilihan berlangsung di peringkat cabang-cabang, yang pasti semua orang Anwar menang.


Bagi mereka yang ikhlas berjuang untuk memperkasakan PKR yang dilihat sudah lari daripada matlamat perjuangan asal, mereka terpaksa angkat kaki. Mereka tidak mahu hanya menjadi perkakas politik kepada Anwar bagi mencapai cita-citanya ke Putrajaya.

Kalau pun mereka berhasrat melakukan perubahan apatah lagi menentang orang kesayangan Anwar seperti Azmin maka mereka perlu bersedia menerima akibatnya.

Demokrasi dan kebebasan yang dilaung-laungkan hanyalah hipokrit Anwar dan konco-konconya, berikutan itu maka seorang demi seorang meninggalkan parti tersebut.

Terbaru yang berbuat demikian atas nama prinsip ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Puncanya, beliau muak dengan masalah dalaman PKR.

Langkah Zaid akan menambahkan lagi senarai panjang mereka yang meninggalkan parti itu atas nama kebenaran.

Malah lebih menarik Zaid bukanlah sebarangan pemimpin, ia terbukti apabila tidak sampai beberapa bulan menyertai PKR, beliau telah dipilih bertanding sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Hakikatnya, sejak tahun 2007, PKR tidak pernah sunyi daripada tindakan pemimpin-pemimpinnya meninggalkan parti itu.

Antara yang paling awal berbuat demikian ialah Dr Chandra Muzaffar yang memegang jawatan Timbalan Presiden. Kemudian ia diikuti pula dengan orang-orang yang dianggap rapat dan sanggup mati demi Anwar.

Ia termasuklah, kawan baik Anwar, Datuk S. Nallakaruppan, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Noor, Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Ketua PKR Negeri Sembilan, Ruslan Kassim, Setiausaha AMK, SD Mohamad Johari Yassin.

Pemimpin-pemimpin wanita juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat tinggal kepada PKR dan Anwar, mereka yang agak terkenal ialah Nell On (Ketua Wanita PKR), Marina Yusuff (Naib Presiden Parti Keadilan), Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bagan Serai), Datin Saidatul Badru Said Keruak (Naib Presiden PKR), Aminah Abdullah (bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang) dan beberapa orang lagi di peringkat bahagian.

PKR juga turut menerima tamparan hebat apabila mulai tahun lalu seorang demi seorang wakil rakyat “angkat kaki”.

Bermula dengan peletakan jawatan V. Arumugan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, ia diikuti oleh Mohd Radzi Salleh (Lunas), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Tan Wei Shu (Bakar Arang), Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang).

Biarpun pelbagai tuduhan dilemparkan oleh PKR terhadap tindakan wakil-wakil rakyat berkenaan namun ia belum mampu menghentikan fenomena meninggalkan parti.

Bagi mereka yang berprinsip dan melihat PKR penuh dengan kepincangan, kepalsuan serta pembohongan, mereka tidak mahu terus bersekongkol dengan Anwar dan konco-konconya.

Justeru wujudlah tindakan keluar parti oleh beberapa ahli Parlimen PKR. Mereka ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd.Hashim, Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Jika mahu disenaraikan satu persatu siapa yang sudah mengucapkan selamat tinggal kepada PKR ia sememangnya ramai. Tetapi apa yang jelas ia belum juga menginsafkan Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR lain.

Sebaliknya, mereka dengan dibantu oleh pemimpin-pemimpin DAP dan PAS terus melemparkan pelbagai tuduhan kepada pemimpin yang meninggalkan PKR.

Paling hebat apabila Anwar mengatakan ahli Parlimen yang keluar dibayar berjuta-juta ringgit tetapi sampai ke hari ini tiada satu pun bukti diketengahkan.

Pembohongan, memutar belit fakta dan memperalatkan siapa juga demi kepentingan politik yang menjadi agenda Anwar apabila beliau memimpin PKR selepas keluar dari penjara telah menimbulkan perasaan muak di kalangan pemimpin dan ahli parti itu.

Tetapi Anwar, Dr Wan Azizah, Azmin dan Nurul Izzah tidak mahu mengakuinya. Malahan Anwar lebih suka meneruskan “hobinya” memburuk-burukkan Malaysia di luar negara.

Anwar tahu bahawa tiada sesiapa pun dalam PKR termasuklah Dr Wan Azizah yang menjadi Presiden, tidak akan berani menegur cara berpolitik yang beliau amalkan.

Namun apa yang jelas perjuangan politik PKR kini semakin kelam-kabut dan tiada hala tuju, malahan PKR yang diterajui Anwar sekarang tidak lagi dilihat berjuang untuk rakyat, sebaliknya lebih kepada politik merebut kekuasaan semata-mata.


''Sebagai sebuah parti, hala tuju PKR sudah jauh terpesong daripada asas-asas penubuhannya. Ia sudah menjadi parti anak beranak dan kroni Anwar sahaja,'' kata seorang penganalisis politik terkenal di sebuah universiti tempatan.

Menurut beliau, ramai rakan lama Anwar sudah mula tinggalkan Penasihat PKR itu kerana tidak sanggup bersubahat dengan penyelewengan dalam perjuangan yang Anwar bawa sekarang.

Kita tidak hairan jika selepas ini ramai lagi yang akan meninggalkan PKR kerana tidak semua di dalam parti itu yang rela diperbodoh atau menjadi “pak turut” kepada cara berpolitik Anwar.

PKR hakikatnya semakin kehilangan pengaruh di kalangan rakyat. Selain daripada masalah dalaman yang semakin meruncing, tindakan parti itu terutamanya Anwar yang tidak menunaikan janji ketika pilihan raya umum lalu turut akan menghancurkan perjalanan politik PKR.

Mungkin Anwar dan pemimpin-pemimpin yang masih kekal di dalam PKR boleh berhujah apa sahaja mengenai situasi parti itu.

Tetapi apa yang jelas segala keburukan PKR semakin terdedah dan ia bukannya dilakukan oleh mainan politik sesiapa tetapi oleh pemimpin-pemimpin PKR sendiri.

Dalam situasi ini juga, maka tidak keterlaluan jika kita bertanya kepada PAS, kapal siapakah sebenar yang hendak karam?

Ia kerana sebelum ini parti itu menolak kerjasama dengan Umno dengan mengibaratkan Umno seperti kapal yang mahu karam tetapi ketika parti terbesar Melayu itu semakin pulih daripada kejutan Pilihan Raya Umum 2008, PKR pula yang terumbang-ambing dan paling malang ia mungkin akan menyeret PAS bersama-sama.


Zulkiflee Bakar - Utusan Malaysia

Sunday, November 21, 2010

Mamat Yang Cium Anwar Penuh Ghairah Pun Keluar PKR



Lihat gambar di sebelah...kalau tak silap yang duk mencium Anwar sampai tertutup mata Anwar (pasal stim dan syok leeee) adalah salah seorang calon yang menawarkan diri untuk bertanding sebagai Exco AMK Pusat dalam pemilihan 2010 iaitu Mohd Shukri Mohd Ramli @ Cucumatkilau.

Dia ni adalah salah seorang blogers PKR yang terawal....cuma tak berapa popular....entah mengapa....

Satu Hala pernah jumpa dia di Pahang suatu masa dahulu....cakap terus terang.....kalau toreh kulit...mahu keluar darah biru cair yang sama dengan warna bendera PKR....fanatik abis dengan parti itu....

Dia ni adalah pejuang sejati kepada idea reformasi dan keadilan...lebih suci dan telus daripada Anwar (sebab Anwar adalah penipu dan gay)....dia mempercayai idea berlaku adil kepada semua dengan hati yang ikhlas....

Tapi nak tahu tak....dia ni pun dah chow daripada PKR baru-baru ni....berhenti daripada parti itu...dia frust gila dengan Anwar Ibrahim....mamat yang dia idolakan satu masa dahulu...bacalah sebahagian daripada entri terakhir dia di bawah:-

"Tindakan Keluar Parti Bukanlah Satu Keputusan Yang Bijak, Namun Demi Meneruskan Perjuangan CMK Rela Bebaskan Diri Jika Itu Sudah Takdirnya.


Ramai yang terkejut dengan keputusan CMK untuk berundur dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dalam masa terdekat ini. Satu keputusan yang cukup berat dalam sejarah hidup CMK sebenarnya. Selepas lebih 11 tahun berjuang mempertahankan Anwar dan Keadilan, akhirnya CMK tidak sanggup lagi untuk menipu diri sendiri."


Baca terus di blog dia di sini ... atau ikut link di bawah...

http://cucumatkilau.blogspot.com/

Bayangkan...mamat yang begitu ghairah cium Anwar satu masa dulu pun dah boring dan chow daripada PKR......apa nak cakap lagi? Takkan nak kata itu kerja UMNO jugak...bayar RM2 juta.....memang pukimaklah kalau itu alasannya...

Oleh Satu Hala

Thursday, November 18, 2010

Hudud PAS Kelantan 1993 - Ulasan Tun Mahathir

Ucapan Penuh Tun Mahathir di Nilam Puri - 3 Mac 1999.

text related to image

Bismillahir Rahmanir Rahim, Dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

2.      Setiap kali kita berucap atau membuat sesuatu kita mula dengan nama Allah yang Maha Pemurah dan Maha Mengasihani.

3.      Sementara kita menyebut sifat-sifat yang ada pada Allah Subhanahu wa Ta'ala kita dapati ada orang yang tidak pula mengambilkira sama ada kita sendiri wajib mengamal dan menunjukkan sifat-sifat ini.    Sebaliknya apabila menjalankan urusan-urusan Islam jika terdapat tafsiran al-Quran dan Sunnah yang tidak secocok dengan sifat-sifat yang ada pada Allah Subhanahu wa Ta'ala, mereka terima sahaja tanpa menyoal sama ada ianya adalah daripada ajaran al-Quran atau Sunnah atau kerana kesilapan dalam kefahaman dan tafsiran ajaran-ajaran ini.

4.       Antara kita ada juga yang tidak cuba mengikut atau menghayati sifat-sifat yang ada pada Allah Subhanahu wa Ta'ala. Antara kita ada yang bukan sahaja tidak penyayang dan pengasih, tetapi juga mudah bertindak dengan tidak adil kepada umat Islam yang lain dan umat manusia.   Mereka ini tidak menganggap kebengisan atau ketidakadilan mereka sebagai bertentangan dengan ajaran Islam.    Dengan ini maka agama Islam tercemar dan orang Islam tidak dihormati.

5.       Agama Islam disampaikan kepada umat manusia melalui bahasa Arab asli.   Namun tiap seorang Arab tidak mungkin memahami ajaran Islam hanya kerana ia faham dan menggunakan bahasa Arab setiap hari.

6.       Untuk memahami ajaran al-Quran dan Sunnah Nabi, semua orang Arab perlu kepada tafsiran dan penjelasan oleh orang yang sudah mempelajari agama dan membaca serta mentafsir ajaran al-Quran dan Sunnah.   Tetapi tafsiran dan penjelasan oleh pakar-pakar agama ini bergantung kepada pengertian dan kefahaman atau fikh mereka tentang apa yang mereka baca dalam Quran dan Hadith.   Selepas itu apa yang disampaikan oleh mereka kepada orang Arab pun bergantung kepada terjemahan mereka ke bahasa Arab harian.    Ini mendedahkan mereka kepada dua kemungkinan.    Jika kefahaman orang yang menyampai ajaran Quran dan Hadith salah, maka salahlah ajaran mereka.   Yang kedua jika penterjemahan ke bahasa Arab harian salah, maka salahlah ajaran. Kemungkinan kesalahan berlaku menjadi lebih apabila orang bukan Arab tetapi faham bahasa Arab cuba menyampaikan ajaran Quran dan Hadith dalam bahasa bukan Arab.   Kefahaman dan tafsirannya mungkin salah di samping penterjemahannya juga salah.

7.       Kemungkinan kesalahan berlaku apabila seorang bukan Arab menyampaikan ajaran Islam dalam bahasa bukan Arab adalah sama dengan kemungkinan kesalahan berlaku apabila orang Arab yang fasih dalam bahasa bukan Arab mengajar melalui syarahan atau buku dalam bahasa berkenaan. Justeru itu janganlah sesiapa mendakwa bahawa ajarannya lebih tepat hanya kerana ia faham bahasa Arab. Ianya juga mungkin salah sama seperti orang Arab yang menulis dalam bahasa lain. Orang yang mempelajari agama Islam yang tidak memahami bahasa Arab tidak semestinya selalu salah berbanding dengan orang yang memahami bahasa Arab. Semua pihak terdedah kepada kesalahan kefahaman atau tafsiran atau penterjemahan oleh diri sendiri atau oleh ulama.

8.       Amatlah angkuh bagi orang Melayu yang faham bahasa Arab moden mendakwa bahawa hanya kefahaman dan tafsiran mereka sahaja yang tepat dan sesiapa yang mempelajari agama melalui tafsiran dan kefahaman ulama lain dalam bahasa bukan Arab tidak tepat dan tidak boleh diterima. Tiap kali mereka mengulas tafsiran mereka dalam bahasa bukan Arab, mereka juga boleh melakukan kesalahan sama seperti orang yang menulis buku-buku agama dalam bahasa bukan Arab. Tidak ada perbezaan antara orang yang tahu bahasa Arab dan mengajar dalam bahasa Melayu, dengan orang yang juga tahu bahasa Arab dan menulis dalam bahasa Melayu.

9.       Perbezaan tafsiran terhadap ajaran Islam memang berlaku sepanjang zaman, walaupun di kalangan orang yang berbahasa Arab. Ini adalah oleh kerana terdapat dalam al-Quran bukan sahaja ayat-ayat yang jelas dan terang seperti yang menyatakan babi dan zina adalah haram.

10.       Tetapi terdapat kebanyakan daripada ayat-ayat dalam al-Quran yang memberi panduan secara umum. Ini memang begitu kerana panduan ini adalah untuk keadaan yang berbeza-beza. Dengan itu tafsiran ayat-ayat ini melalui proses ijtihad sekali pun boleh berbeza mengikut kefahaman atau fikh pentafsir atau keadaan atau zaman.

11.       Hanya kerana ada perbezaan tafsiran ini tidak bermakna yang satu itu betul dan yang lainnya semua salah. Semua tafsiran mungkin betul dan semua mungkin salah, dan juga mungkin ada yang betul dan mungkin ada yang salah antara tafsiran-tafsiran yang dibuat. Bukanlah suatu perkara yang mustahil bagi hasil ijtihad yang dahulu dibatal atau diubah oleh ijtihad yang kemudian. Yang tidak boleh diubah atau dipinda ialah ayat-ayat al-Quran dan Hadith yang sahih. Ahli fikh boleh mempunyai kefahaman yang berbeza berkenaan ayat dan Hadith yang sama.

12.       Oleh kerana terdapat perbezaan tafsiran ajaran Islam dalam al-Quran dan Hadith maka terbentuklah banyak mazhab. Tidak ada satu mazhab yang berhak mendakwa bahawa ianya sahaja Islam, dan yang lain tidak Islam.

13.        Walaupun ada ajaran yang tetap menyeleweng dan tidak Islam tetapi mazhab-mazhab yang diiktiraf, walaupun berbeza, tidak boleh didakwa tidak Islam dengan sewenang-wenangnya.

14.        Yang ditegah oleh agama Islam ialah perpecahan di kalangan ummah. Dalam Surah Al-An'am Ayat 159 Allah berfirman yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang memecahbelah agamanya dan mereka menjadi beberapa golongan, tidak ada sedikit pun tanggungjawab terhadap mereka Allah yang akan memberitahu kepada mereka apa yang telah mereka perbuat"

15.        Dakwaan oleh PAS bahawa sesiapa tidak menerima undang-undang hudud PAS menjadi murtad amatlah bertentangan dengan ajaran Islam yang memberi kelonggaran dalam mentafsir ajaran Islam sehingga perbezaan boleh berlaku. Kita dibenar menolak atau menerima mana-mana tafsiran. Undang-undang hudud PAS adalah hasil kefahaman atau fikh dan tafsiran orang PAS akan ajaran al-Quran dan hukum syarak. Ia juga adalah hasil kepentingan politik parti. Ia tidak menjadi sebahagian daripada ajaran Islam yang mesti diterima oleh semua orang Islam. Ia tidak pun termasuk dalam ajaran Islam hasil kefahaman dan tafsiran imam-imam yang diiktiraf baik oleh puak Sunni atau Syiah.

16.      Kita tidak menafikan adanya orang yang boleh menjadi murtad. Ada syarat dan perbuatan tertentu yang membolehkan kita mendakwa orang itu murtad. Penolakan undang-undang PAS tidak termasuk dalam syarat-syarat ini. Bahkan undang-undang PAS juga tidak memasukkan 'kesalahan' menolak undang-undang PAS sebagai sebahagian daripada perbuatan "irtidad" atau "riddah". Ini boleh dilihat dalam seksyen 23 dalam undang-undang PAS.

17.      Oleh itu PAS tidak boleh mendakwa bahawa undang-undangnya tepat dan menjadi sebahagian daripada ajaran Islam. Kesahihan undang-undang PAS pun belum boleh ditentukan. Ia mungkin bertentangan dengan ajaran Islam sendiri.

18.       Untuk menentukan sama ada undang-undang hudud PAS Kelantan mematuhi hukum hudud dalam Islam, tidak ada ujian yang lebih tepat daripada penilaian terhadap adil atau tidak adilnya hukuman yang akan dihasilkan oleh undang-undang PAS. Jika adil maka kemungkinannya ialah ia diasaskan kepada hukum-hukum Islam. Jika hukuman yang dibuat berasaskan kepada undang-undang PAS itu jelas dan nyata tidak adil maka mustahillah ia adalah berasaskan kepada hukum-hukum Islam sepenuhnya yang juga mengambilkira maslahah Am Syariah. Soal berat atau tidak hukum Islam berbanding dengan hukum dalam undang-undang semasa tidak perlu diambilkira.

19.      Sebagai contoh untuk kajian, kita boleh mengambil kes rogol. Secara ringkas seorang wanita yang belum kahwin dirogol. Ia membuat pengaduan terhadap orang yang merogolnya, orang yang dikenali olehnya. Apakah yang akan berlaku dengan kes ini mengikut undang-undang PAS, iaitu Seksyen 10 berkenaan Zina.

20.      Untuk mengesahkan bahawa wanita itu benar-benar telah dirogol dan bukan ianya dengan rela hati berzina, empat orang saksi yang terdiri daripada orang yang tidak berdosa besar dan tidak melakukan dosa-dosa kecil berulangkali diperlukan.

21.      Saksi seperti ini sudah tentu sukar didapati. Yang pertamanya, perogol tidak merogol di hadapan saksi. la sudah tentu tidak ingin mendedahkan dirinya kepada hukuman yang berat yang akan dikenakan ke atasnya. Jika hukuman tidak berat sekalipun ia tidak akan mendedahkan dirinya.

22.       Saksi yang mulia tidak akan berdiam diri melihat perbuatan merogol berlaku di hadapan mereka. Tentulah mereka tidak bertanggungjawab jika mereka melihat jenayah yang begitu dasyat berlaku di hadapan mereka tanpa memberi pertolongan. Jika mereka tidak cuba menolong maka mereka akan menjadi orang yang bersubahat dengan perogol. Ini bermakna mereka turut berdosa dan tidak layak lagi untuk menjadi saksi yang boleh diterima.

23.       Hanya jika mereka dipaksa menyaksi dan diugut oleh perogol atau rakan-rakannya mungkin saksi terpaksa menyaksi tanpa membuat apa-apa. Keadaan ini tidak mungkin berlaku melainkan dalam peperangan umpamanya, di waktu mana rogol berlaku tanpa apa-apa sekatan seperti di Bosnia, di mana orang Serb yang bukan Islam sering merogol. Tetapi mereka bukan Islam dan mengikut undang-undang PAS mereka tidak akan dikenakan hukum hudud.

24.       Yang jelas ialah mangsa rogol yang membuat pengaduan tidak mungkin mendapat saksi-saksi yang boleh diterima di bawah undang-undang PAS. Dengan itu perogol tidak boleh didakwa di bawah undang-undang PAS.

25.       Undang-undang PAS juga tidak akan menerima 'circumstantial evidence' iaitu tanda-tanda pada mangsa yang membuktikan ia telah dirogol. Undang-undang PAS tidak menerima kesan atau cedera luka di tempat-tempat berkenaan atau tanda-tanda pada perogol yang menunjuk mangsanya telah melawan untuk mempertahankan kehormatannya.

26.       Dengan tidak adanya saksi yang empat yang diterima sah oleh undang-undang PAS dan penolakan 'circumstantial evidence' maka pengaduan dan tuduhan oleh mangsa rogol akan ditolak. Perogol akan terlepas daripada apa-apa hukuman.

27.      Sementara itu jika wanita yang tidak berkahwin melahirkan anak maka ia dianggap telah melakukan zina. Oleh kerana ia tidak dapat membuktikan ia telah dirogol maka ia tidak akan dapat mempertahankan dirinya daripada tuduhan zina apabila ia hamil dan melahirkan anak. Mengikut undang-undang PAS wanita yang tidak berkahwin tetapi melahirkan anak adalah salah kerana zina. Dengan itu ia akan dihukum kerana berzina. (Seksyen 46 Sub seksyen 2) Undang-undang PAS.

28.      Hukuman ini berat, jika yang melakukan zina itu telah berkahwin, boleh dihukum dengan rejam sampai mati. Jika dia belum berkahwin, boleh dihukum dengan sebatan sebanyak 100 kali. Terdapat pandangan baru dalam hukuman rejam ke atas orang yang telah berkahwin tetapi ini telah tidak diambil kira.

29.      Apakah boleh umat Islam menerima bahawa menghukum mangsa rogol tetapi melepaskan orang yang merogol adalah adil? Kita boleh kata bahawa wanita sepatutnya menjaga dirinya dan tidak bergerak ke mana-mana tanpa muhrim untuk mengelak daripada dirogol. Tetapi kita tahu bahawa walau bagaimana dijaga sekalipun akan ada wanita yang akan dirogol. Mereka boleh diculik walaupun selalu berada dengan muhrim. Kemudian mereka boleh dirogol.

30.      Apakah kita boleh terima bahawa menghukum mangsa jenayah dan melepaskan penjenayah adalah adil? Sudah tentu siapa sahaja akan menganggap hukuman seperti ini tidak adil, bahkan menganiayanya. Apakah wanita dalam masyarakat yang sanggup menghukum mereka jika mereka dirogol akan berasa terselamat? Apakah masyarakat yang begitu tidak adil sehingga melepaskan perogol dengan sewenang-wenangnya akan menjadi tenteram? Apakah ada keadilan dalam masyarakat yang sedemikian?

31.      Islam adalah agama yang membawa keadilan kepada Arab Jahiliah dan kepada umatnya yang lain. Islam menjamin keadilan bagi semua rakyat yang berada dalam negara Islam dan masyarakat Islam. Islam tidak mungkin mengizinkan ketidakadilan menjadi sebahagian daripada ajarannya. Islam tetap menegakkan keadilan dan mempertahankannya. Kezaliman bukan sesuatu yang menjadi sifat KeIslaman. Firman Allah S.W.T. dalam Surah Saad Ayat 27 - bermaksud;
"Dan tiadalah kami mencipta langit dan bumi serta segala yang ada di antara keduanya sebagai ciptaan yang tidak mengandungi hikmat dan keadilan".

Dalam Surah Asy-Syura Ayat 17 Allah Berfirman bermaksud,
"Allah yang menurunkan Kitab suci dengan membawa kebenaran, dan menurunkan keterangan yang menjadi neraca keadila".

Dalam Surah Arrahman Ayat 7 -
"Dan langit dijadikannya tinggi serta Ia mengadakan undang-undang dan peraturan neraca keadilan".

Ayat 8
"Supaya kamu tidak melampau batas dalam menjalankan keadilan".

32.      Justeru itu sebarang kezaliman yang berlaku dalam masyarakat Islam bukanlah kerana ajaran Islam. Sebarang kezaliman dalam masyarakat Islam dan negara Islam adalah kerana umat Islam atau pemimpin Islam atau Kerajaan Islam tidak mengikut ajaran Islam atau mereka menyalahtafsirkan ajaran Islam yang sebenar. Dan ini memang kerap berlaku dan menyebabkan masyarakat dan negara Islam menjadi mundur, tidak tertib, kucar-kacir dan lemah.

33.      Undang-undang PAS adalah hasil tafsiran PAS terhadap ajaran agama Islam. Ia bukanlah undang-undang Islam yang asli. Ia juga bukan mengikut tafsiran ajaran Islam yang tepat. Ia adalah hasil kefahaman dan kajian agama Islam yang dibuat oleh orang-orang yang mempunyai kefahaman Islam yang tidak mendalam. Lebih buruk lagi ialah ia dibuat oleh orang dan puak yang mempunyai kepentingan tertentu, yang mana kepentingan ini tidak ada kena mengena dengan kepentingan Islam. Kepentingan Islam dalam sesebuah negara mengambilkira maqasid Am Syariah. Ini telah diketepikan. Ia adalah dipengaruhi oleh kepentingan politik sebuah parti politik yang dicipta oleh orang yang beragama Islam yang sama dengan orang Islam lain di zaman ini dan dalam sejarah Islam. Dan kita lihat bagaimana berkali-kali orang Islam atau Kerajaan orang Islam sengaja menyalahtafsirkan ajaran agama Islam untuk kepentingan mereka. Sudah tentu undang-undang PAS hasil tafsiran PAS termasuk dalam tafsiran golongan tersebut. Ini bukan kali pertama yang orang Islam membuat sesuatu yang tidak Islam tetapi berselindung dengan agama Islam. Sepanjang sejarah Islam perkara ini berlaku. Jika tidak kenapakah orang Islam yang bersaudara berperang sesama sendiri? Tidakkah peperangan sesama Islam bertentangan dengan ajaran Islam? Tetapi masing masing mendakwa mereka berperang kerana Islam, bahkan menggunakan nama Allah.

34.       Ajaran Islam tidak salah. Adalah mustahil ajaran Islam menghasilkan undang-undang yang begitu jelas tidak adil seperti yang telah dihuraikan berkenaan kes rogol. Ketidakadilan tidak boleh berlaku jika ajaran agama Islam dilaksanakan. Jika ia berlaku maka ia bukan daripada ajaran agama Islam. Adalah dusta jika sesiapa berkata ketidakadilan adalah Islam dan keadilan adalah tidak Islam.

35.      Lebih buruk lagi ialah undang-undang PAS bukan sahaja tidak adil tetapi ia menyebabkan agama Islam menjadi ejekan orang lain, memburukkan imej Islam, dan memisah serta menjauhkan orang lain daripada agama Islam dan orang Islam. Jika undang-undang PAS dilaksanakan maka bilangan penganut agama Islam tidak akan bertambah, bahkan akan berkurangan. Sebaliknya kita tahu Islam telah berkembang sebelum ada PAS dan undang-undang PAS. KeIslaman orang PAS sendiri adalah kerana tidak ada PAS dan undang-undang PAS di zaman orang Melayu menerima Islam.

36.      Kerana ketidakadilan ini sahaja pun kita tidak boleh terima undang-undang PAS sebagai undang-undang Islam sebenar. Tetapi undang undang PAS mempunyai unsur-unsur dan kesan-kesan lain yang buruk yang juga tidak Islam. Umpamanya di negara berbilang kaum seperti di Malaysia ianya dihadkan oleh Kerajaan PAS kepada orang Islam sahaja.

37.      Di zaman Nabi memang benar orang Yahudi dihukum dengan undang-undang mereka semasa Nabi memerintah di Madinah. Tetapi hukuman di bawah undang-undang Taurat Yahudi adalah sama berat dengan hukuman di bawah undang-undang Islam.

38.      Apabila orang Islam memerintah negara-negara yang mempunyai rakyat yang bukan beragama Islam, umpamanya orang Kristian Koptik di Mesir, undang-undang yang dikenakan ke atas orang Koptik ialah undang-undang yang dicipta oleh Kerajaan Islam hasil kajian dan interpretasi mereka terhadap ajaran Islam. Oleh itu orang Koptik tidak dikenakan bayaran zakat dan fitrah. Mereka dikenakan cukai kepala, atau jizyah iaitu tiap seorang orang Koptik dikenakan cukai sekian banyak tiap-tiap tahun. Ini juga amalan beberapa Kerajaan Islam dahulu. Setelah membayar jizyah mereka mendapat perlindungan. Mereka boleh dikecualikan daripada perkhidmatan ketenteraan. Dengan mengenakan jizyah maka cukai ke atas orang bukan Islam menjadi sama dengan orang Islam. Tidak siapa boleh berkata jizyah tidak adil atau zakat tidak adil.

39.      Ini adalah undang-undang Kerajaan Islam. Akan tetapi cara pelaksanaannya berubah mengikut keadaan. Ada fleksibiliti dalam pelaksanaan. Jika masyarakat atau negara Islam lain tidak menerima atau tidak mengamalkan sistem cukai jizyah ke atas orang bukan Islam, ini tidak bermakna bahawa mereka tidak Islam. Mereka masih Islam. Hanya keadaan di sesebuah negara itu yang boleh menentukan. Dalam perkara ini kaedah fekah ada menyatakan, "Hukum itu berubah dengan sebab perubahan masa, tempat dan waktu" dan kaedah lain menyatakan, "Tindakan imam atau ketua negara ke atas rakyat bergantung kepada maslahah". Kaedah-kaedah ini terkandung dalam prinsip yang besar yang dipanggil Siasah Syari'ah.

40.      Undang-undang PAS tidak akan dikenakan ke atas orang bukan Islam di Kelantan. Tetapi orang bukan Islam di Kelantan tidak terletak di bawah undang-undang mana-mana kitab. Mereka terletak di bawah undang-undang ciptaan manusia.

41.      Selain daripada itu hukum di bawah undang-undang yang akan dikenakan ke atas orang bukan Islam amat berbeza dengan hukuman ke atas orang Islam di bawah undang-undang PAS. Sementara orang Islam yang berzina akan dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati, orang bukan Islam hanya akan didenda atau dipenjara buat beberapa bulan atau tahun sahaja. Bolehkah kita menerima hukuman bunuh dan hukuman penjara itu sama?

42.      Sebaliknya mengikut Taurat Yahudi orang yang berzina dikenakan hukuman rejam dengan batu sampai mati, iaitu sama dengan hukuman dalam Islam. Inilah hukuman yang dijatuhkan oleh Nabi apabila sepasang orang Yahudi dihadapkan kepada Baginda kerana berzina. Tidaklah ada sesiapa yang boleh berkata hukuman ke atas orang bukan Islam lebih ringan daripada hukuman ke atas orang Islam. Dengan perkataan lain ketidakadilan tidak berlaku di Madinah di bawah pemerintahan Nabi.

43.      Sekali lagi terbukti yang undang-undang PAS tidak sedikit pun berasas kepada maqasid syariah. Ia akan menyebabkan ketidakadilan yang ketara berlaku dan ketidakadilan tidak boleh dianggap sebagai Islam. Perbezaan hukuman bagi orang Islam dan orang bukan Islam adalah tidak Islam.

44.      Undang-undang PAS adalah hasil tafsiran agama Islam oleh orang PAS. Tiada ada siapa yang berhak menjadikan tafsirannya sebahagian daripada agama Islam. Punca dan asas agama Islam hanyalah al-Quran dan Sunnah Nabi.

45.      Tafsiran oleh orang lain walaupun melalui proses ijtihad tidak menjadi sebahagian daripada hukum Islam yang mutlak sehingga penolakannya menjadi seseorang Islam itu murtad.

46.      Kita tahu bahawa penentuan hukuman, tafsiran atau pandangan Islam terhadap sesuatu walaupun melalui proses ijtihad berbeza di antara kumpulan dengan kumpulan, dan daripada satu masa ke satu masa. Apatah lagi apabila tafsiran, hukuman dan pandangan yang dibuat tidak melalui proses ijtihad yang sah.

47.      Undang-undang PAS bukanlah hasil proses ijtihad yang sah. Ia dibuat kerana kepentingan yang lain daripada agama, khususnya kerana politik parti PAS. PAS sendiri mendakwa bahawa undang-undang ini dibuat kerana tekanan politik oleh UMNO. Ia bukan kerana politik Islam. Politik parti dan politik Islam bukan perkara yang sama. Dengan itu ia tidak boleh diterima sebagai sah di sisi agama Islam.

48.      Hukuman yang tidak sama, hukuman yang membezakan antara pesalah yang melakukan kesalahan yang sama, hukuman yang amat berat bagi seseorang pesalah tetapi amat ringan bagi pesalah yang lain yang melakukan kesalahan yang sama adalah tidak adil, baik daripada segi Islam atau bukan Islam. Hukuman yang tidak adil tidak boleh dikatakan berasaskan kepada agama Islam. Dalam Islam ketidakadilan tidak boleh berlaku. Jika ia berlaku sudah tentu ia bukan daripada Islam. Dakwaan PAS dengan sewenang-wenangnya bahawa undang-undang ciptaan PAS hanya akan dikenakan kepada orang Islam sahaja dan tidak kepada orang bukan Islam tetap tidak adil dan dengan itu tidak Islam. Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. ada bersabda,
"Sesungguhnya yang menyebabkan binasanya orang di zaman silam ialah kerana mereka apabila seorang yang mempunyai kedudukan di kalangan mereka mencuri mereka biarkan dan apabila orang yang lemah di kalangan mereka mencuri, mereka potong tangannya".

49.      Islam bukan agama yang buta tuli, yang tidak mengambilkira keadaan, yang tidak mengambilkira masalah penganutnya dan umat Islam setempat atau keseluruhan, yang membebankan individu Islam dan umat Islam. Sebaliknya Islam adalah agama Tuhan yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang, yang memberi pertimbangan kepada segala masalah yang dihadapi oleh penganut dan umat, yang tidak menekan dan menyusahkan mereka. Kalaulah dalam perkara ibadah ada kelonggaran, apakah dalam perkara perundangan tidak ada? Allah berfirman dalam al-Quran surah al-Hajj ayat 78 yang bermaksud, "Dan sekali-kali tidak menjadikan untuk kamu dalam agama suatu kesempitan".

50.      Untuk itu banyak kelonggaran diberi dalam pengamalan ajaran-ajaran Islam, dalam pelaksanaan dan amalan ibadat dan sudah tentu dalam penguatkuasaan hukum. Sebagai contoh amalan rukun Islam yang lima pun diberi kelonggaran. Bagi anak kecil yang belum boleh bertutur dan memahami, bagi orang yang bodoh atau gila, lafaz dua kalimah syahadat tidak dikenakan. Demikian bagi orang yang diancam seksaan atau bunuh tidak melafazkan dua kalimah syahadat tidak menjadi kesalahan asalkan diniat dalam hati.

51.      Untuk solat, keadaan alam sekeliling diambilkira. Yang pertamanya masa dilonggarkan, bahkan sembahyang boleh didahulukan atau ditangguhkan, dipendek atau dicantumkan dalam keadaan tertentu. Bagi yang sakit yang tidak dapat bergerak dengan sempurna, gerak badan semasa bersembahyang tidak diperlukan sepenuhnya sebelum sembahyang menjadi sah. Bahkan penganut Islam boleh sembahyang sambil tidur, sambil duduk atau semasa bergerak dalam kenderaan. Untuk wuduk pun banyak kelonggaran diberi. Islam memberi 'rukhsah' kepada umatnya.

52.      Demikian juga dengan puasa, mengeluar zakat dan ibadat haji. Semuanya bergantung kepada kemampuan tertentu. Tidaklah menjadi kesalahan dan berdosa jika tidak melakukannya kerana keadaan tidak mengizinkan, kerana sakit, kerana miskin dan sebab-sebab lain. Jelas sekali fardhu ain pun tidak dipaksa ke atas umat dengan begitu keras sehingga menimbul masalah dan menjadi beban kepada mereka. Jelas bahawa semuanya dibenarkan mengikut prinsip-prinsip Islam.

53.      Larangan terhadap orang Islam juga mengambilkira keadaan dan masalah yang dihadapi. Daging babi tidak boleh dimakan. Tetapi oleh kerana Islam menghargai nyawa manusia, terutama nyawa orang Islam, daging babi pun dihalalkan jika tidak ada makanan lain untuk menyelamatkan nyawa. Darurah membolehkan yang terlarang.

54.      Sudah tentu dalam pelaksanaan hukum hudud, ianya tidaklah sehingga memudaratkan orang Islam. Hukum hudud adalah untuk keadilan dan kebaikan ummah. Jika ini tidak tercapai kerana keadaan atau sebab-sebab lain, ia boleh ditangguhkan pelaksanaannya. Sebagai contoh dalam pemerintahan Khalifah Hisyam bin Abdul Malik, pelaksanaan hukum hudud telah digantungkan selama setahun. Tentu ada justifikasinya mengapa pemerintahan Islam ketika itu tidak melaksanakan hukuman hudud. Menguatkuasakan hukum hudud sehingga melemahkan orang Islam, sehingga menjadi masyarakat mereka kucar kacir dan ditindas oleh orang lain tidaklah secocok dengan amalan ibadat-ibadat dan ajaran Islam yang lain yang memberi berbagai-bagai kelonggaran supaya tidak menjadikan beban kepada orang Islam. Allah Subhanahu wa Ta'ala yang disebut berkali-kali sebagai "Yang Maha Mengasihani dan Maha Menyayangi tidak menjadikan Islam sebagai agama yang zalim dan tidak bertimbangrasa.

55.       Yang menyebabkan Islam menjadi beban, zalim dan penghalang kepada kesejahteraan umat Islam ialah orang tertentu yang fanatik dan ingin menjadikan Islam sebagai agama ibadah dan amalan buta-tuli.

56.        Ini mungkin benar dalam agama-agama lain yang menganggap ibadat yang menyusah dan menyeksa pengikutnya boleh menguji kekuatan pegangan kepada agama berkenaan. Dengan itu banyaklah acara menyeksa diri yang diamalkan. Kadang-kadang membunuh diri dianggap perlu dan baik bagi penganut yang setia, yang kuat kepercayaannya.

57.       Dalam Islam tidak ada ajaran yang menyeksa diri untuk mendapat pahala. Banyak kelonggaran diberi sehingga dalam keadaan tertekan orang Islam boleh secara zahir menerima agama lain tetapi secara tersembunyi terus memegang kepada agama Islam. Sebab itu di zaman Komunis memerintah beberapa negara Islam di Eropah Timur dan Asia Tengah, agama Islam ternampak seolah-olah sudah hilang. Tetapi apabila sahaja Komunis ditewas, Islam kembali kepada negara-negara ini walaupun berpuluh tahun telah berlalu setelah Islam ditegah.

58.       Jika kelonggaran diberi dalam Islam sehingga ke peringkat ini, apakah dalam pelaksanaan hukum hudud tidak ada sama sekali kelonggaran, tidak ada faktor dan keadaan yang diambilkira? Apakah hukum hudud mesti dilaksanakan juga walau apapun keadaan sehingga mendatangkan mudarat kepada orang Islam dan agama Islam? Apakah dalam keadaan Islam sudah lemah, hukum-hukum yang boleh melemahkan lagi orang Islam mesti dilaksanakan juga? Apakah orang Islam yang tinggal di negara majoriti bukan Islam terpaksa melaksanakan juga hukum hudud sehingga mereka didakwa di bawah undang-undang negara berkenaan? Bukankah Islam itu luas dan 'flexible' serta mampu 'respond' kepada perubahan yang berlaku pada umat manusia, perubahan masa dan tempat. Inilah yang menyebabkan Islam itu sesuai dengan setiap masa dan tempat. Keadaan yang berlaku tentu diambilkira. Lebih-lebih lagi apabila keadaan umat Islam itu berada dalam keadaan lemah dan kurang kemampuan. Keadaan demikian boleh dianggap sebagai berada dalam keadaan darurat.

59.        Islam bukan agama buta-tuli yang tidak mempedulikan keadaan sekeliling dan kesan daripada pengamalan ajarannya. Tuhan yang Maha Mengasihani dan Maha Menyayangi tidak akan menyeksa umatnya. Yang buta tuli ialah sesetengah daripada ahli fikh dan pentafsir fanatik dalam Islam. Mereka ini yang menjadikan agama Islam beban besar kepada umat Islam sehingga mereka lemah dan tidak dapat menjayakan diri mereka walaupun untuk akhirat. Yang ingin menjadikan agama Islam agama buta tuli ialah mereka yang mempunyai kepentingan lain, umpamanya politik persendirian.

60.       Undang-undang PAS perlu dikaji sebelum ia boleh diterima atau ditolak oleh sebuah Kerajaan yang ingin menerap nilai-nilai Islam seperti Kerajaan Barisan Nasional. Sudah tentu Kerajaan tidak boleh membelakangkan dengan sewenang-wenangnya undang-undang yang didakwa berpunca daripada ajaran Islam.

61.        Kerajaan Barisan Nasional di Peringkat Pusat telah mengambil masa yang panjang untuk mengkaji undang-undang yang diluluskan dengan begitu mudah oleh Kerajaan PAS di Kelantan. Kajian ini belum tamat. Kajian ini akan diteruskan. Tetapi untuk memberi panduan kepada rakyat negara ini, hasil kajian hingga kini perlu dimaklumkan kepada mereka. Ini adalah bertujuan untuk menjaga kepentingan umat Islam di Malaysia tanpa mengira parti atau kumpulan. Walaupun orang Islam di Malaysia terselamat dan mampu menghadapi banyak cabaran dunia luar, tetapi mereka masih lemah dan belum dapat memelihara keselamatan diri mereka. Sudah tentu mereka belum boleh menolong umat Islam yang tertindas di tempat-tempat lain. Justeru itu, Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap umat Islam dan agama Islam tidak boleh membenar mana-mana pihak melaksanakan sesuatu yang berkaitan dengan agama Islam tanpa terlebih dahulu mengkaji baik buruk kesannya terhadap orang Islam dan agama Islam. Kerajaan Pusat bertanggungjawab dan tidak akan mengabaikan tanggungjawab ini. Kerajaan Negeri Kelantan tidak boleh dibenar melakukan sesuatu yang mungkin bertentangan dengan agama Islam.

62.       Perkara yang pertama yang perlu ditentukan ialah apakah undang-undang ini dibuat melalui proses yang mengikut kehendak dan amalan dalam Islam, iaitu berdasarkan kaedah feqah yang syaamil. Jawapan secara ringkas tetapi tepat kepada soalan ini ialah proses ini tidak digunakan. Segala alim ulama di dalam negara, bahkan di negeri Kelantan pun, tidak terlibat dalam proses tafsiran dan kajian ajaran yang terdapat dalam undang-undang Hudud PAS. Yang dibuat ialah kajian yang terhad yang tidak boleh ditafsir sebagai selari dengan kaedah feqah dan mencapai maslahah umat Islam.

63.        Mereka yang diberi peluang mengambil bahagian adalah ulama daripada parti politik tertentu atau yang bersimpati dengan parti itu sahaja. Pendirian mereka sudahpun diketahui. Mereka tidak bebas dan tidak mungkin mengasingkan diri daripada pendirian politik mereka. Dalam keadaan ini ajaran dan kepentingan Islam dan umat Islam tidak mendapat kedudukan yang utama dan unggul. Kepentingan politik parti mempengaruhi fikiran dan proses kajian. Politik Islam juga tidak mendapat tumpuan yang unggul kerana politik parti dicampuradukkan.

64.        Hukum hudud adalah berkenaan dengan jenayah. Ulama yang alim dalam ajaran Islam dan hukum hakam Islam tidak semestinya pakar dalam bidang jenayah. Keadaan dan jenayah di zaman Nabi tidak sama seperti di zaman ini. Demikian masyarakat di Madinah, bahkan masyarakat di negara-negara Islam semasa hukum hudud dilaksanakan sepenuhnya, amat berbeza dengan masyarakat di Malaysia di waktu ini. Masalah penduduk berbilang kaum dengan komposisinya di Malaysia memerlukan pertimbangan secara serius dan istimewa. Jenis jenayah perlu diambil kira. Hukuman di bawah undang-undang biasa juga perlu diambilkira.

65.        Untuk semua ini pendapat dan hujah-hujah daripada pakar-pakar jenayah bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh negara (kerana undang-undang yang hendak digubal akan melibatkan secara langsung atau secara tidak langsung rakyat seluruh negara) perlu bersama dalam proses 'ijtihad'. Tidak ada bukti yang pakar-pakar ini mengambil bahagian sepenuhnya. Ini bermakna proses ijtihad daripada segi ini juga tidak diamalkan. Ini menjadikan proses rundingan cetek dan tidak menepati kehendak dan semangat ijtihad.

66.        Kerana ini sahaja pun undang-undang PAS tidak boleh diterima sebagai secocok dengan kehendak agama Islam. Jauh daripada penolakannya menjadikan seseorang orang Islam itu murtad, kemungkinannya ialah penerimaannya akan menjadi orang yang baru memeluk Islam kembali semula ke agama asal mereka.

67.        Kajian yang akan dibuat oleh Kerajaan Pusat terhadap undang-undang PAS tertumpu kepada semua aspek yang penting dalam Islam. Perkara yang akan dipersoalkan ialah apakah undang-undang PAS berkenaan dengan hukum hudud Islam menepati dan mencapai maksud dan matlamat hukum hudud dalam Islam?

68.       Soal yang kedua ialah apakah undang-undang PAS akan menjamin keadilan bagi mereka yang akan didakwa di bawahnya? Hukum hudud bukan menekan keberatan hukum dalam Islam tetapi sebaliknya adalah untuk keadilan. Menganggap keadilan tidak penting dalam Islam adalah salah. Sebenarnya kedatangan Islamlah yang membawa keadilan kepada Arab Jahiliah dan masyarakat lain yang menerima Islam. Sebab keadilannyalah Islam mudah diterima.

69.        Secara sambil lewa dan mudah pemimpin PAS mendakwa bahawa undang-undang PAS tidak akan dipaksakan ke atas orang bukan Islam. Dakwaan ini dibuat kerana kepentingan politik. Walaupun Nabi sendiri tidak menggunakan undang-undang Islam untuk mengadili orang bukan Islam, tetapi hasilnya masih keadilan bagi semua pihak, yang Islam dan yang bukan Islam.

70.        Tetapi jika undang-undang PAS diguna untuk orang Islam dan undang-undang jenayah biasa diguna untuk bukan Islam maka hasilnya ialah perbezaan hukuman yang amat ketara antara penjenayah Islam dan penjenayah bukan Islam bagi jenayah yang sama. Perbezaan hukuman untuk jenayah yang sama amatlah tidak adil bagi apa juga sistem nilai atau agama.

71.        Daripada kajian yang telah dibuat amatlah jelas bahawa undang-undang PAS Kelantan adalah tidak menepati sepenuhnya undang-undang, semangat dan sifat-sifat yang ada pada agama Islam. Ia tidak mengasaskan sepenuhnya kepada maqasid syariah. Undang-undang PAS bukan sahaja tidak boleh diterima tetapi setakat ini hendaklah ditolak.

72. Ini tidak bermakna kita menolak hukum hudud. Kita hanya menolak tafsiran dan undang-undang PAS Kelantan yang tidak serasi dengan maqasid syariah. Penolakan sesuatu yang salah adalah wajib jika kita berpegang kepada ajaran Islam.

73.       UMNO tidak melihat undang-undang ini sebagai UMNO, sebagai sebuah Parti Politik. UMNO mengasingkan parti dan politik dalam perkara ini. UMNO hanya mengkaji daripada sudut agama semata-mata. Siapa juga mesti kaji, terima atau tolak undang-undang PAS daripada sudut agama. Adalah salah melihat undang-undang Islam daripada sudut atau kepentingan Parti. UMNO tidak berbuat demikian.

74.        Yang menolak dan patut menolak undang-undang PAS ialah orang Islam dalam UMNO. Pendirian UMNO sehingga kini ialah kerana orang Islam dalam UMNO belum mendapat bukti kajian yang tepat dilakukan berlandaskan ilmu feqah dan maqasid syariah. la bukanlah satu keputusan yang dibuat oleh UMNO secara sewenang-wenang.

75.        Saya bercakap di sini sebagai seorang orang Islam yang dipertanggungjawab sebagai Presiden UMNO. Saya juga dipertanggung jawatan Perdana Menteri Kerajaan Malaysia. Soal undang-undang PAS bukan soal Dewan Rakyat semata-mata, walaupun Dewan Rakyat mempunyai peranan mengikut Perlembagaan Negara.

76.        Kerajaan perlu mengkaji secara teliti undang-undang PAS Kelantan. Satu badan yang terdiri daripada orang Islam yang pakar dalam agama, hukum hakam dan jenayah perlu ditubuh. Mereka ini hendaklah terdiri daripada orang yang tidak mempunyai apa-apa kepentingan yang lain selain pegangan kepada agama Islam. Namun mereka perlu kepakaran bukan sahaja dalam agama Islam tetapi juga dalam agama-agama lain dan dalam bidang jenayah dan undang-undang sivil dan jenayah. Seperti biasa mereka perlu mengambilkira keadaan semasa yang mempengaruhi amalan dan pelaksanaan ajaran, ibadat dan hukum dalam Islam.

77.       Kerajaan Malaysia, sebagai Kerajaan yang bertanggungjawab terhadap agama dan umat Islam di Malaysia akan mengambil tindakan untuk menubuhkan badan ini. Sementara itu undang-undang PAS tidak boleh diterima atau dilaksanakan oleh sesiapa kerana ia masih bukan undang-undang Islam dan bukan undang-undang negara.

Saturday, November 13, 2010

Hukum 'HUDUD' - Bahagian 5

Gambar Peringatan - "The Taliban Shari’a court in Pakistan ordered the right hands of three local tribesmen to be cut off as punishment for an alleged theft - Pakistani police from the tribal region of Orakzai, near the Afghanistan border, have confirmed the incident. After the amputations, the men were transported to a hospital for treatment. The resultant blood loss following the amputations has put the men in danger of losing their lives. Orakzai, in northwest Pakistan’s semi-autonomous tribal area, has recently been the centre for action in an anti-Taliban sweep by the Pakistan military, which is trying to eradicate Islamist extremism."
Dua Autoriti dalam Perundangan Islam

Walaupun tiada perkataan ‘hudud’ dalam Quran yang merujuk kepada jenayah-jenayah hudud yang dimaksudkan olek kaum fuqaha, konsep ‘sempadan’ yang terkandung dalam makna perkataan itu membenarkan kita menggunakan perkataan itu dengan makna undang-undang dalam ertikata yang luas dan menyeluruh.

Ketempangan konsep perundangan Islam kaum fukaha dapat dilihat dari penciptaan kaedah ta`zir, iaitu hukuman di luar apa yang mereka takrifkan sebagai hudud, yang ditentukan oleh kuasa budibicara hakim.

Mengapakah, di satu pihak, mereka membenarkan kaedah ini (yang memang dibenarkan dalam Quran), sedangkan, di pihak lain, mereka menegaskan hukuman hudud itu mutlak dan tidak boleh digunakan budibicara hakim, berdasarkan dua prinsip hukum, keadilan dan ehsan, dalam Quran?

Mari kita kembali kepada soal autoriti dalam perundangan Islam?

Mengikut ahli hukum klasik, Quran dan Hadis/Sunnah merupakan dua sumber pokok, dengan tiga sumber tambahan, iaitu Qias, Ijmak dan Ijtihad. Rumusan ini boleh diterima dengan syarat sumber Quran mengatasi serta menghakimkan sumber-sumber lain. Ini sesuai dengan ajaran Quran, seperti yang diterangkan dalam ayat-ayat al-Quran 4:59 dan 5:48 berikut:-

"Hai orang mukmin, hendaklah kamu ta`ati Allah dan hendaklah kamu ta`atai rasul dan mereka yang berkuada di antara kamu. Jika kamu berbalah tentang sesuatu perkara, hendaklah kamu rujuk kepada Allah dan rasul, jika kamu beriman kepada Allah dan Hari Kemudian. Ini lebih baik dan jalan penyelesaian yang elok" [4:59].


"Kemudian Kami wahyukan kepadamu kitab suci ini dengasn benarnya, mensahkan kitab-kitab suci dulu serta mengatasinya. Hendaklah engkau hukum mereka mengikut wahyu-wahyu Tuhan dan jangan ikut kehendak mereka, jika itu bercanggah dengan kebenaran yang telah datang kepadamu.”[5:48]

Ayat pertama di atas menerangkan dua sumber undang-undang yang perlu dipatuhi oleh orang mukmin. Pertama, undang-undang dasar yang ditentukan oleh Tuhan dan terkandung dalam Quran. Inilah makna frasa “ta`ati Allah dan ta`ati rasul”. Perkataan rasul disebut kerana rasullah yang membawa Quran itu kepada manusia.

Perhatikan perkataan ‘rasul’ yang disebut, bukan nama rasul itu. Ini membuktikan Tuhan menarik perhatian kita kepada jawatan, bukan diri, rasul itu. Kedua, undang-undang tambahan, yang boleh digubal oleh pihak yang berkuasa atau pemerintah, dengan syarat undang-undan tambahan ini tidak bercanggah dengan undang-undang dasar yang Tuhan saja berhak buat.

Nabi Muhammad bukan saja bertindak sebagai nabi dan rasul untuk menerima dan menyampaikan Quran daripada Tuhan kepada manusia; beliau juga bertindak sebagai pemerintah (ulil-amr) kepada masyarakat Arab pada waktu itu. Dalam peranan dan bidang kuasa ini, beliau menggubal Piagam Madinah yang masyhur itu untuk mentadbir negara-kota Madinah dan kemudian negara-bangsa Arab di seluruh Semenanjung Arab apabila beliau menawan Mekah pada akhir misi beliau. Oleh yang demikian, praktik beliau sebagai pemimpin (pentadbir, panglima perang, hakim) menjadi precedent atau contoh ikutan.

Ayat kedua di atas menerangkan, walaupun sudah terdapat beberapa kitab suci sebelum Quran, iaitu Taurat, Zabur, dan Injil, apabila Quran datang kepada Nabi Muhammad, Quran mensahkan apa-apa yang benar dalam kitab-kitab suci terdulu, dan, di samping itu, Quran mengatasi kitab-kitab ini. Ini bermakna apa-apa yang bercanggah dengan ajaran Quran dalam kitab-kitab ini dengan sendirinya batal.

Ini juga bermakna semua ajaran atau saranan yang bercanggah dengan ajaran Quran, baik dari mana juga datangnya, tertelok dari segi Islam. Kita akan dapati bahawa sebagian daripada ketentuan-ketentuan yang dibuat dalam fiqah tradisional bercanggah dengan ajaran Quran. Tugas berat cerdik-pandai Islam sekarang ialah membuat penilaian ini terhadap warisan ilmu perundangan Islam.

Rumusan usul-fiqh tentang sumber-sumber hukum dalam Islam boleh disimpulkan ke dalam dua autoriti hukum yang disebutkan dalam ayat 5:49 yang petikan di atas. Di bawah konsep ulil-amr atau pemerintah, kita boleh terima kaedah-kaedah Qias, Ijmak dan Ijtihad, kerana sebelum sebuah undang-undang boleh dilaksanakan, ia perlu digubal, dilulus dan dilaksanakan oleh sebuah badan yang berkuasa. Saranan-saranan ahli-ahli fikir dan perdebatan dan musyawarah kaum cerdik-pandai dan pemimpin dalam masyarakat boleh menyumbang kepada pembinaan undang-undang.

Rujuk juga:-

1. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 1
2. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 2
3. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 3
4. Hukum 'HUDUD' - Bahagian 4

Wednesday, November 10, 2010

Pemanjat pagar bangunan DUN Pulau Pinang adalah ahli PAS

Wakil rakyat BN dari Permatang Berangan, Shabudin Yahaya mendakwa orang yang memanjat pintu pagar sewaktu protes Selasa lalu di luar bangunan Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang adalah ahli PAS dan bukannya "monyet Umno".

Shabudin mendakwa, lelaki itu, yang ditangkap kerana tidak mengendah arahan polis supaya bersurai, juga dikenalpasti sebagai bekas pekerja ADUN Komtar, Ng Wei Aik.

Beliau mendakwa lelaki itu mengakui dia adalah ahli PAS tetapi parti itu enggan mengakuinya.

(Individu itu telah memperkenalkan dirinya kepada wartawan minggu lalu sebagai Ariff Ibrahim.)

Sehubungan itu Shabudin bertanya apakah ianya bermakna orang yang ada masalah bukan ahli PAS.

"Dia juga pernah bekerja dengan Ng, dan YB telah mengakuinya," tegasnya lagi.

Shabudin memberi butiran tersebut selepas bertindak keluar dewan bersama anggota pembangkang lain berikutan penggantungan ADUN BN Pinang Tunggal, Roslan Saidin daripada menghadiri sidang DUN.

Ditemui di lobi DUN, Ng mengakui Ariff pernah membantunya dalam beberapa majlis tahun lalu.

"Bagaimanapun, dia tidak lagi bekerja dengan saya," katanya sambil menambah Ariff juga bukan lagi ahli PAS.

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP