Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Monday, March 14, 2011

AJK Cabang Permatang Pauh Pertikai Anwar Tak Bagi DNA

Pada 8 March jam 6 petang lalu di kedai kopi depan Kampung Belah Dua, Permatang Pauh, Anwar singgah bersama pegawai peribadi sebelum bertolak ke Kedah. Sambil minum petang bersama 15 AJK cabang Permatang Pauh.

Tak ramai sangat yang berkumpul tunggu Anwar, campur tolak ada la lebih kurang 30 orang. Kalangan mereka rata rata sibuk bertanya mengenai keputusan Hakim yang menolak sample DNA yang diperolehi dari lokap Polis.

Anwar kata DNA tersebut tak boleh digunakan oleh makhamah kerana mungkin ia milik orang lain. Anwar kata dia enggan beri DNA sendiri kerana tak yakin dengan ketelusan pihak pendakwa.

Menurut Anwar dia berasa yakin kes ini lebih memihak kepada beliau di mana pihak pendakwa telah mengelabah terutama tatacara mengambil DNA dibuat adalah salah.

Menurut sumber, sebaik saja Anwar meninggalkan kedai kopi, 2-3 orang AJK Cabang kembali duduk berbual, mereka persoalkan kalau dah ambik DNA cara salah, baik Anwar beri DNA secara sukarela, tak timbul paksaan dan boleh cepat selesaikan kes liwat tu.

Yang menariknya salah seorang AJK Cabang persoalkan kenapa Anwar takut sangat nak bagi DNA kalau dia tak buat salah. Kalau dah pendakwaraya ambik DNA secara salah, buatlah cara yang betul. Kalau tak salah apa nak takut?

Sambil melahirkan rasa kecewa salah seorang AJK cabang berkata sudah lah sumpah pun tak mau buat, DNA yang boleh selamatkan diri dia dari kes liwat pun dia tak mau bagi.



Anwar Pertahan Bermati-matian Tak Mahu Beri DNA

Datuk Seri Anwar Ibrahim mempertahankan diri bermati-matian daripada tuntutan-tuntutan peminat twitternya agar beliau menyerahkan DNA yang diminta untuk menentukan milik siapakah air mani Lelaki Y yang berada di dubur bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Seorang peminatnya, @asahar memohon secara sopan “Datuk Seri bagi aje DNA tu, Allah sentiasa orang yang benar” namun kerana ayatnya bersandarkan Allah sentiasa bersama orang yang benar, Anwar membidasnya secara sinis, “Guna Nama Allah untuk jadi fasiq? Rujuk hukum”



Seorang lagi peminat twitternya, @akimnasir membuat tuntutan yang sama, jika Anwar tidak meliwat, beliau tidak perlu takut untuk menyerahkan DNAnya.



Anwar menjawab, “Salam apa? Ikut hukum. Mana nota perubatan? Baca kes. Jangan fitnah”.


No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP