Bekas Konsul Thailand ke Malaysia itu berkata Anwar telah beberapa kali melawat Thailand dalam tempoh dua tahun lampau dan meminta blogger bertanyakan Anwar berkenaan lima soalan, iaitu
1. Sejak dua tahun lalu sudah berapa kali Anwar ke Thailand ?
2. Siapa yang menyambut Anwar di Thailand ?
3. Di hotel mana Anwar selalu menginap ?
4. Apa Anwar buat dalam bilik hotel tersebut ?; dan
5. Siapa yang menyelesaikan semua bil bayaran hotel tersebut ?.
“Awak pergi tanya dia (Anwar)…tengok apa dia akan jawab,” kata Eskay dalam pertemuan bersama beberapa orang rakan blogger di Shah Alam, malam semalam.
Eskay mendakwa, selain di Kuala Lumpur beliau juga turut menyimpan ‘bom’ aktiviti Anwar di Thailand.
“Hubungan akrab saya dengan Anwar tidak begitu diketahui ramai”, kata Eskay lagi yang menggambarkan hubungan misterinya bersama Anwar.
Malah dakwannya hubungannya dengan Anwar lebih special berbanding Datuk Nallakarupan.
“Saya akan pergi ke rumah Anwar pada waktu-waktu tertentu bila dia panggil.”katanya.
Menurut Eskay, Datuk Seri Wan Azizah Ismail tidak pernah syak apa-apa bila mereka keluar berdua kerana tahu mereka rapat.
Pertemuan bersama blogger yang turut disertai ketiga-tiga Datuk T itu menjelaskan mereka yakin 100 peratus aktor utama dalam video seks itu adalah Anwar Ibrahim dengan beberapa hujah konkrit yang tidak boleh dinyatakan di sini.
Bagi mereka kes ini sudah menjadi kes polis biarlah polis menyelesaikan siasatan berdasarkan bukti kukuh tersebut.
Eskay turut memberitahu jam tangan didakwa milik Anwar sebenarnya cuba dicuri oleh pelacur China dalam aksi seks itu, tetapi berjaya diperolehi semula setelah kawan rapat Anwar itu menemui pelacur tersebut.
Dengan ihsan : anwaraidc.com
Rujuk juga : kickdefella : 5 soalan untuk anwar - dato eskay
No comments:
Post a Comment