Adakah Anwar tidak terlibat langsung dalam kegiatan seks liwat dan zina??? Kenyataan oleh Ummi Hafilda dalam video di bawah tidak pernah di'challenge' oleh Anwar. Jika pihak lain, mau disaman oleh Anwar RM100 juta sebagai saman malu.
Sudahkah Anwar bersedia memberikan sampel DNAnya (rambut, bulu, kuku dsb.) untuk profiling bagi membuktikan bahawa dia tidak pernah meliwat Saiful, bekas penyokong kuat yang diambilnya sebagai 'coffee boy' dan beberapa kali diusung keluar negara bersamanya???
Walau apa pun Mahkamah Tinggi besok (Rabu) berhak menentukan sama ada Anwar wajib memberikan sampel DNAnya ataupun tidak.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Nazri Abdul Aziz dilihat tampil mempertahankan lelaki misteri 'Datuk T' yang menayangkan video seks yang didakwa melibatkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Ada pepatah menyebut, jangan bunuh pembawa berita," katanya merujuk kepada banyak persoalan berkaitan kesan undang-undang terhadap pihak yang menganjurkan "tayangan meletup" itu semalam.
"Jadi jangan bangkitkan isu yang bukan pokok. Pembangkang selalu mendakwa ini semua kerja BN... kamu ada masalah dalam parti sendiri, selesaikanlah," katanya kepada pemberita di pejabatnya di bangunan Parlimen hari ini.
Katanya, dengan mengatakan BN mengambil tindakan sebegitu, ia sebenarnya menggambarkan apa yang boleh dilakukan pembangkang.
Daripada memberikan masa kepada ahli politik bagi membersihkan dirinya, Nazri mendesak 'Datuk T' segera membuat laporan polis berhubung perkara itu.
Mengulas penayangan video seks itu di sebuah hotel semalam, menteri yang bertanggungjawab dalam bidang undang-undang itu berkata bukanlah sesuatu yang salah untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting.
"Kamu beritahu saya apa yang salah. Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang maklum patut datang ke depan untuk maklumkan kepada kita," katanya.
malaysiakini
No comments:
Post a Comment