Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Tuesday, March 29, 2011

Anwar Ibrahim - Anugerah Tuhan kepada rakyat Malaysia atau tokoh besar Machiavelliah Malaysia????


"Ini kerana kamu seronok dengan selain daripada kebenaran di dunia. Kamu hanya mahu bermain" (Quran 40:75)

Malangnya, ramai daripada rakyat Malaysia hari ini bertindak mengikut prasangka, bukan akal rasional. Dari mula kita merdeka hingga baru-baru ini, kita faham bahawa negara kita terdiri dari pelbagai kaum atau suku-bangsa, dan masing-masing kita berhak bercakap tentang hak kaum masing-masing tanpa menidakkan hak yang sah kaum yang lain.

Tetapi, apabila muncul Pakatan Rakyat untuk mengambil-alih daripada Barisan Nasional, mereka menyebarkan fitnah bahawa UMNO dan BN itu ‘rasis’, kerana terdiri daripada parti-parti berdasarkan kaum. Tokoh yang muncul untuk membawa lagu ini tidak lain daripada Anwar Ibrahim!

Saya bukan perkauman hendak menghalang tertubuhnya parti berdasarkan pelbagai kaum. Ini matlamat negara Malaysia yang sudah kita tubuhkan. Matlamat ini tidak mungkin kita capai dengan serta-merta. Ia akan mengambil masa dua atau tiga generasi, mungkin lebih. Demikianlah proses penubuhan semua negara-bangsa moden, termasuk Amerika Syarikat.

Tetapi menyibarkan fitnah di kalangan rakyat bahawa BN itu sistem ‘rasis’ -- ini satu pembohongan besar yang boleh membawa mudarat besar kepada negara-bangsa Malaysia. Fitnah itu lebih buruk daripada pembunuhan. (Lihat Quran, 2: 191) Ia perlu dihentikan.

Anehnya, Anwar Ibrahim, yang dulunya dari kalangan piminan UMNO, telah menjadi tokoh besar untuk membawa perubahan (‘reformasi’, kata penyokong-penyokongnya) ini. Mengikut rekod, Anwar Ibrahim, semasa dalam Kerajaan BN dulu, tidak mempunyai rekod yang istiwewa. Beliau naik cepat dalam UMNO, kerana didukung oleh Perdama Menteri pada ketika itu, Tun Dr. Mahathir. Kemudian beliau dipecat oleh Dr. Mahathir kerana watak beliau, yang mengikut Dr Mahathir, tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri.

“Watak yang tidak sesuai” ini berhubung dengan perangai sex luarbiasanya, mengikut dakwaan sesetengah pihak. Kebanyakan rakyat, nampaknya, tidak bersetuju dengan penghukuman ini, lalu mereka memberi undi yang besar kepada beliau apabila beliau bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh, dan dengan itu menjadikan beliau Ketua Pembangkang.

Isteri beliau, Dr. Wan Azizah, yang juga Presiden PKR, menyifatkan suaminya sebagai “anugerah Tuhan kepada rakyat Malaysia”, kerana telah sanggup menghadapi pelbagai ujian dan dugaan dan masih tetap berdiri teguh sebagai tokoh yang akan menjadi Perdana Menteri.

Sekarang beliau terlibat lagi dalam satu kencah keji video sex yang telah diketengahkan oleh beberapa orang musuh beliau. Saya tidak berminat tentang hal ini. Kita patut mengelak politik keji seperti ini. Sebagai orang Islam, kita dilarang mengintip orang lain. (Lihat Quran, 49: 12).

Bahaya besar Anwar Ibrahim kepada negara kita, bukan kerana perangai sex kotornya, jika benar pun tuduhan-tuduhan itu. Bahaya besar beliau kerana falsafah politik Machavelliah yang beliau anut. Politik Machavelliah bererti menggunakan kaedah amoral, malah tidak bermoral, untuk mencapai tujuan politik beliau. Fitnah yang beliau sebarkan sejak gerakan reformasi palsu beliau hingga sekarang telah mendatangkan kerosakan besar kepada negara kita. Hukum kepada pengkhianat itu ialah bunuh. (Lihat Quran, 5: 33)

Dalam drama yang sedang kita lihat ini ada tiga pihak: PKR, DAP dan PAS. Oleh kerana kita sudah terpengaruh dengan acuan dwi-sistem politik Barat Pemerintah/Pembangkang, maka kita ingin membawa sistem itu ke negara kita. Walaupun kebanyakan orang boleh melihat ketidak-sesuain gabung politik oportunis ini, masing-masing rakan kongsi tadi mengunakan kaedah masing-masing untuk kepentingan berkuasa. Apabila mereka berkuasa, seperti yang telah dapat kita lihat sekarang, apa yang mereka tuduh terhadap UNMO-BN itu terlekat kepada mereka juga!

Mujurnya, UMNO dan BN, di bawah pimpinan Najib, telah memeranjatkan kebanyakan orang, kecuali segelintir penentang kepala batu beliau, dengan pelbagai trasformasi beliau yang telah berjaya membangkitan semula UMNO dan BN. Rakyat kita perlu memberi sokongan kepada beliau.

Dalam sebuah esei lain dalam blog ini, saya telah menganjurkan suatu sistem politik nasional kita sendiri yang jauh lebih baik daripada sistem dwi-parti Barat. Inilah sistem yang patut diusahakan oleh pemimpin dan cerdik-pandai kita. Kita jangan jadi pak-turut Barat. Saya menggesa Najib supaya mengambil daya-usaha untuk menyusun sistem politik nasional ini.


Oleh: Kassim Ahmad

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP