
Ia diceritakan di bawah bab bertajuk 'Anwar's Challenge' dalam memoir setebal 800 halaman itu. Mahathir menulis, empat tahun selepas ketua polis negara, Tun Hanif pertama kali memberitahunya tentang dakwaan yang mengaitkan Anwar dengan aktiviti homoseksual, seseorang menghantar kepadanya buku '50 Dalil Kenapa Anwar Ibrahim Tidak Boleh Jadi Perdana Menteri'.<---click
Katanya, buku itu jelas merupakan satu percubaan untuk mensensasikannya untuk mengaut keuntungan, maka oleh itu, beliau tidak membacanya, tetapi khabar angin tentang Anwar tidak pernah berakhir.
Sementara itu, Mahathir berkata polis telah meneruskan pemantauan mereka terhadap aktiviti timbalan perdana menteri itu, kerana ia merupakan amalan biasa mereka.
Mahathir berkata, kalaupun beliau meminta mereka berhenti, beliau ragu yang mereka akan berbuat demikian. Dan kali ini, tambahnya, mereka mempunyai bukti, termasuk gambar-gambar dan pengakuan mereka yang terlibat.

Katanya, lelaki itu telah membawa setiap gadis itu secara berasingan ke sebuah rumah di Kenny Hills. Di situ mereka bertemu seorang yang mereka dikenalpasti sebagai timbalan perdana menteri. Mereka diminta menanggalkan pakaian untuk mengadakan hubungan seks.
Kedua-dua mereka, tulisnya lagi, enggan berbuat demikian tetapi yang dua lagi bersetuju. Mereka bersedia bercakap dengan polis dan dengan beliau, tetapi berkeras tidak mahu memberi keterangan di mahkamah.
Mahathir berkata beliau kemudian memanggil menteri besar dan ketua menteri Umno ke Sri Perdana dan memberi taklimat kepada mereka mengenai apa yang diketahuinya tentang Anwar dan menunjukkan kepada mereka gambar-gambar saksi tersebut.

Maklumat mengenai Anwar diperolehi dari Cawangan Khas – Hanif Omar

Ketika ditemui Agendadaily di pelancaran memoir bekas perdana menteri itu, Hanif berkata, sebagai polis beliau dilantik untuk menyiasat sesuatu dakwaan.
“Bila kita dapat maklumat dari mata-mata (pegawai polis) kita, kita siasat, kerja siasat ini kerja polis, dan polis dilatih untuk perkara itu.
“Jadi cakap pihak lain, konon itu ini, tak boleh pakai, kerana mereka tidak dilatih untuk menyiasat,” kata beliau.
Sejak dulu lagi, berbagai teori timbul berhubung kes liwat membabitkan Anwar.
Ramai juga yang nak jadi peguam, dan polis bila mengulas mengenai perkara tersebut dari kacamata sendiri.
Menurut Hanif, ketika beliau beritahu Dr Mahathir kali pertama, Dr Mahathir tanya dia “Ada bukti?” yang seolah-olah tidak percaya dakwaan tersebut.
Beliau pernah memberi keterangan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 18 Jun 1999 sebagai saksi pihak pendakwa dalam kes liwat pertama membabitkan Anwar.
Menurut Hanif, maklumat yang beliau perolehi daripada siasatan Cawangan Khas (SB) yang kemudian disampaikan kepada Dr Mahathir pada 9 Oktober 1993 dalam satu pertemuan di pejabat beliau.
Dr Mahathir dalam memoirnya "A doctor in the house" yang dilancarkan Selasa lalu berkata, beliau dimaklumkan kali pertama mengenai aktiviti homoseksual bekas timbalannya oleh Tun Hanif Omar.
“Saya dilihat menjadikan beliau mangsa dan memenjarakannya seolah-olah tanpa menghadapi perbicaraan.
“Nama saya tulis dalam buku dan rencana sebagai Perdana Menteri yang memenjarakan timbalan sendiri. Fakta bahawa beliau telah didakwa secara teratur dan berdepan dengan perbicaraan di mahkamah tidak pernah dibangkitkan,”katanya.
No comments:
Post a Comment