Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Sunday, March 6, 2011

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedua-dua DUN Kerdau dan Merlimau dengan majoriti lebih besar berbanding tiga tahun lalu.

Jadi hamba DAP, Melayu lain reject PAS...

Jom kita balik, Nak. Kita kalah....


JASIN, 6 Mac 2011 : Seperti yang dijangkakan, calon Barisan Nasional (BN), Roslan Ahmad berjaya menewaskan calon Pas, Yuhaizad Abdullah pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Ahad dengan majoriti lebih besar.

Majoriti yang diperoleh Roslan 3,643.

Roslan, 44, memperoleh 5,962 sementara Yuhaizad sekadar menerima 2,319.

Pada Pilihan Raya Umum 2008 BN hanya memperoleh majoriti sebanyak 2,154 undi.

Pengurus Pilihan Raya DUN Merlimau, Roslan Eusoff ketika mengisytiharkan keputusan itu di Pusat Penjumlahan Undi, Politeknik Merlimau, di sini berkata, undi ditolak ialah 135.

Kerusi DUN Merlimau kosong ekoran kematian wakil rakyatnya, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan dari UMNO pada 20 Januari lalu.

TEMERLOH, 6 Mac 2011 : Barisan Nasional (BN) berjaya mengekalkan kemenangan bergaya pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau dengan majoriti 2,724 undi.

BN yang diwakili Naib Ketua Umno Bahagian Kuala Krau berjaya memperolehi 5,060 undi sekaligus menewasakan calon PAS, Hassanuddin Salim yang mendapat 2,336 undi.

Kekalahan ini merupakan kali kedua bagi Hassanuddin yang sebelum ini turut bertanding di kawasan yang sama pada pilihan raya umum ke-12.

Pengumuman berkenaan dibuat oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Kerdau, Datuk Tarif Abdul Rahman di Dewan Tun Razak, Majlis Perbandaran Temerloh (MPT) di sini, Ahad.

Pada pilihan raya umum 2008, BN yang diwakili Allahyarham Datuk ZaharuddinAbu Kassim memenangi kerusi DUN Kerdau dengan majoriti 1,615 undi.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP