Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Thursday, March 10, 2011

Eksklusif : Mengenali Anwar Ibrahim sebenar - Bahagian 1





Soalan :Pak Cik orang lama di Kampung Ceruk Tok Kun Bawah ini, jadi boleh tak pak cik ceritakan di mana sebenarnya Anwar Brahim ini dilahirkan kerana ada pihak memberitahu Anwar ini bukan anak jati Jalan Kilang Ubi (JKU), Ceruk Tok Kun Bawah (CTKB), Bukit Mertajam (BM)?

Pak Chik :Boleh...boleh... Sebenarnya Anwar dilahirkan di Sungai Bakap (Seberang Perai Selatan - SPS) bukannya di Bukit Mertajam (Seberang Perai Tengah - SPT). Pada masa tu Pak Brahim bekerja di Hospital Sungai Bakap dan tinggal di sana. Mak Yan (isteri Pak Brahim) cukup kuat aktif terlibat dalam W.I. (Perkumpulan Wanita) di kawasan SPS dan juga di Pulau Pinang. Dulu bila kita sebut W.I. saja semua orang tahu. Ianya pergerakan Wanita UMNO sekarang ini.
Soalan :Baru-baru ini saya ada terbaca dalam blog Ummi Hafilda Ali yang mendakwa semasa hubungan Azmin dengan adiknya itu masih baik yang Anwar pernah memberitahu yang Wan Azizah tu sebenarnya anak orang Korea yang diambil sebagai anak angkat Wan Ismail. Dan saya ada terdengar juga yang Anwar ini bukannya anak Pak Brahim dengan Mak Yan, tetapi anak Pak Brahim dengan perempuan lain. Benarkah perkara ini Pak Cik?
Pak Chik :Wan Ismail bapa Wan Azizah tu orang Permatang Pauh dan dia pangkat besar dalam Kerajaan dulu. Dia dulu selalu kerja di luar negara. Mungkin betul Wan Azizah itu anak angkat Wan Ismail kerana kulit dan muka Wan Azizah tak sama iras dengan Wan Ismail atau isterinya. Putih lain kulitnya. Apa pun kalau nak pasti Wan Azizah tu anak betul atau anak angkat Wan Ismail kena tengok surat nikah Wan Azizah. Kalau nikah pakai wali hakim, sah lah Wan Azizah tu anak angkat Wan Ismail.

Tentang Anwar pula banyak juga orang kata macam tu kerana kulit Anwar adalah cerah jika nak dibandingkan dengan abang-abangnya seperti Mokhtar, Rani dan Marzhuki. Kulit depa tu gelap nak ikut kulit Pak Brahim. Masa Anwar kecil pun dia berkulit cerah, comel dan berperangai lembut. Kalau kita dengar cerita orang-orang tua dulu, Anwar ini bukannya anak Pak Brahim dengan Mak Yan tetapi anak Pak Brahim dengan seorang perempuan Cina yang bekerja di Hospital Sungai Bakap semasa Pak Brahim kerja di situ dulu. Tapi, saya tak maulah tuduh-tuduh, takut tersilap plak. Apa pun zaman sekarang ni canggih sungguh, dengan guna contoh darah saja dah boleh tahu Anwar itu anak sapa dengan sapa. Apa kita panggil tu? DNA?
Soalan :Pak Cik, betulkah banyak orang kata Pak Brahim tu kawin dengan orang gajinya?
Pak Chik :(Sambil ketawa juga) Bab kawin pun hang tau juga ka? Memang benar la Pak Brahim kahwin bini nombor dua orang gajinya. Sebenarnya orang gaji ini adalah girlfriend Rani, Abang Anwar yang bercita-cita nak menjadikan orang gaji tu sebagai isterinya. Tapi, dah jodoh nak buat macam mana kan?
Soalan :Masa Anwar sekolah rendah, di sekolah mana dia belajar?
Pak Chik :Setelah Pak Brahim pindah ke Jalan Kilang Ubi, Ceruk Tok Kun bawah ni, Anwar belajar di Sekolah Stowell. Sekolah ni sekolah rendah aliran Inggeris yang letaknya bersebelahan dengan BM High School (sekolah aliran Inggeris juga), sekolah yang Pak Lah belajar dalam Form 6 dulu. Anwar apabila balik sekolah dia dihantar pula oleh Pak Brahim ke sekolah agama dekat rumah dia di Jalan Kolam (jalan menuju air terjun Bukit Mertajam Recreation Park) tu. Oleh kerana Anwar semasa umur peringkat sekolah rendah dia ni jenis lembut (orang kata lembut macam pondan) dengan kulitnya cerah dan comel bagi budak lelaki maka ramai budak-budak lelaki sebaya dengannya suka mengusiknya dengan memegang-memegang pipi dan lain-lain anggota badan dia. Biasalah kalau kehidupan di kampung budak-budak suka melawak kasar, lebih-lebih lagi kepada budak-budak berperangai lembut macam budak perempuan.


Bersambung............ Zaman Anwar bersekolah di MCKK dan benarkah aktiviti meliwat Anwar bermula di situ sebagaimana kepercayaan ramai orang???

Nota: Mak Yan (Che Yan Abdul Hamid Hussin) meninggal dunia pada usia 75 tahun pada 3 April 2001 dan telah dikebumikan di Perkuburan Islam Buit Kiara.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP