Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.

Friday, August 19, 2011

Anwar dan Peguamnya dua kali kena main dengan Musa Hassan dalam masa seminggu..!!!


Marah betul peguam-peguam Anwar semalam. Mujurlah peguam-peguam yang mewakili Anwar untuk kes liwatnya itu semuanya hitam-hitam belaka. Jika tidak, sudah tentu kita boleh nampak dengan jelas merah padam pada muka mereka apabila dua kali dipermainkan oleh bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Menurut sumber, peguam-peguam itu terpaksa menahan geram mereka sekali lagi dimahkamah hari ini. Kelmarin, mereka menghebohkan bahawa Musan Hassan akan hadir di Mahkamah Tinggi Jalan Duta untuk ditemubual dan ditentukan sama ada berpotensi atau tidak untuk pihak pembelaan itu menjadikan beliau sebagai saksi.

Malangnya, Musa Hassan hanya datang untuk “tunjuk muka” dan kemudian “blah” begitu saja selepas memberitahu bahawa beliau enggan ditemubual dan tak mahu langsung menjadi saksi pembelaan kes liwat Anwar – Saiful Bukhari itu! Masa tu, memang hitam muka peguam-peguam Anwar menahan marah dan geram!

Manakan tidak, untuk kali ini, sudah dua kali mereka di”main”kan secara berdepan oleh Musa Hassan. Kali pertamanya berlaku pada awal minggu ini apabila bekas Ketua Polis Negara itu hadir ke mahkamah sebagaimana yang diperintah mahkamah. Pada mulanya, Musa Hassan dilihat seolah “mengacah-ngacah” peguambela Anwar, bagaikan dia sedia ditemubual. Anwar dan peguamnya ketika itu sudah tersengih-sengih…

Alih-alih, selepas seketika, Musa Hassan memberitahu bahawa beliau membatalkan niatnya untuk setuju ditemuduga. Beliau memberi alasan bahawa beliau tidak mahu Anwar ada bersama di dalam temubual tersebut dan sebab itulah beliau membatalkan temuduga itu serta merta.

Mahu tidak mahu, peguambela Anwar terpaksa “melepaskan” Musa Hassan yang merupakan Pegawai Penyiasat yang mengendalikan kes liwat I Anwar yang bermula sejak tahun 1996 hingga 1999 itu. Lagi pun, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Zabidin Mohd Diah sendiri yang memberikan hak kepada 15 individu yang diperintahkan hadir ke Mahkamah untuk diberi pilihan sama ada mereka bersetuju atau tidak untuk ditemuduga dan mereka juga tidak boleh dipaksa untuk setuju!

Sekarang, “jerat sudah makan tuan”..!!! Dan untuk kali keduanya semalam, mereka sekali lagi dipermainkan oleh Musa Hassan. Jangan main-main dengan bekas Ketua Polis Negara itu. Dia cukup berpengalaman dengan kerenah Anwar. Dan dia cukup mahir dengan hak dan undang-undang. Lagi pun, Musa Hassan itu lulusan undang-undang (LLB) dari universiti luar negara jika dibandingkan dengan Anwar yang lulusan Pengajian Melayu dari Universiti Malaya.

Anwar dan peguamnya perlu tahu bahawa tidak semua orang boleh mereka permainkan atau memasukkan jarum tipu muslihat mereka. Rakyat yang bangang macam Mazlan Aliman, Nik Nazmi, Tian Chua dan Eli Wong tu boleh la dia tipu. Tapi jangan harap nak mainkan orang macam Datuk Seri Najib, Datin Seri Rosmah, Musa Hassan dan lain-lain lagi. Mereka bukan Suliati atau Fitria yang boleh dipanggil sesuka hati mak bapak saja..!

Nah! Sekarang baru terkena buku dengan ruas. Cuba mengenakan orang, orang kenakan mereka balik! Padan muka. Dua kali dimalukan begitu sahaja. Sebenarnya, Anwar sengaja timbulkan isu nak temuduga saksi ni. Mana pernah dibuat orang untuk panggil dulu saksi nak tengok dia layak atau tidak untuk dijadikan saksi. Tapi pihak kehakiman “manjakan” sangat Anwar sampai boleh buat ikut suka mak bapak dia saja.

Sebenarnya, Anwar buat semua tu untuk tangguhkan lagi perbicaraan dia. Mujurlah Hakim dah “fed-up”. Mahu tak mahu, 22 Ogos ni Anwar kena masuk kandang! Jawab soalan peguam dan semua kisah susur galur air maninya yang bertakung dalam bontot Saiful akan terbongkar! Menjawablah Anwar nanti! Harap Hakim jangan tangguhkan lagi. Kalau tak sempat sumbat Anwar ke Sg. Buloh pada Aidilfitri ni, Hari Raya Aidiladha pun bolehhh..!!!

Oleh : Duke of Monte Cristo

No comments:

Post a Comment

Popular Posts

About Me

My photo
Seorang Melayu Muslim yang dapat membezakan antara kehidupan seribu tahun lampau dengan kehidupan hari ini dan kini tinggal di daerah dan negeri di mana keturunan bukan Melayu menguasai politik, ekonomi, hartanah dan pendidikan.

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP